Motorsikal Modenas Kriss 110 yang banyak berjasa.
Motorsikal menjadi kegunaan harian ke tempat kerja dan aktiviti lain. Jauh perjalanan motorsikal ini dari Semenanjung ke Miri, Sarawak ke Kota Kinabalu, Sabah dan sebelum kembali ke Semenanjung. Motorsikal ini terbang ke Bumi Kenyalang dan negeri di Bawah Bayu kerana bertugas saya bertugas disana.
Enjin motorsikal Modenas Kriss 110 sudah beberapa kali overhaul.
Sekarang ini kurang di bawa kerana enjinnya sudah beberapa kali overhaul dan odometer sudah beberapa kali ke pusingan kosong. Walaupun begitu motorsikal Modenas Kriss 110 ini masih boleh dibawa dan lasak. Berpuas hati dapat memilikinya.
Motorsikal ini telah mengunakan rim tubeless kerana saya selalu alami tayar bocor ketika menunggang. Saya ambil keputusan tukar kepada sport rim membolehkan memasang tayar tubeless. Angin lambat keluar kalau bocor berbanding tayar motorsikal guna tiub akan bocor dengan cepat. Sekarang ini ada cecair gam boleh digunakan untuk menutup sendiri kebocoran tanpa perlu bimbang tayar bocor.
Tak sampai hati nak bawa perjalanan jauh ke tempat kerja berulang-alik dengan jarak 110km dan untuk itu ada motorsikal penganti untuk jarak tersebut. Motorsikal Modenas Kriss 110 ini masih digunakan untuk dibawa hantar anak ke sekolah, sesi main bola, pergi ke kedai dan sebagainya.
Bajet untuk mengantikan aksesori yang sudah usang.
Kali ini ada bajet lebih sikit beli:
- bateri sel kering bebas penyelenggaraan
- absorber gas jenama Apido
Bateri sel kering bebas penyelenggaraan. Kod amalan baik dengan label tarikh penukaran bateri.
Saya memilih bateri sel kering bebas penyelenggaraan kerana tidak perlu nak periksa selalu air bateri yang digunakan oleh bateri sel basah. Kadang-kadang terlupa nak periksa air bateri sehingga tinggal separuh aras air bateri turun kerana kering.
Absorber belakang yang sudah lembut
Absorber gas adjustable baru
Absorber gas Apido ini agak tinggi sikit berbanding absorber lama
Pengalaman mengunakan Absorber gas Apido ini rasa tidak berhenjut dan stabil ketika mengambil selekoh. Jika ada pembonceng dibelakang tidak terasa tayar belakang membuang secara dapat meningkat tahap keselamatan ketika menunggang motorsikal.
Apabila sudah tukar alat ganti motorsikal yang usang dapat memanjangkan hayat motorsikal. Tukar minyak hitam pun boleh buat sendiri dengan hanya beli minyak hitam 4T. Kemudian tukar sendiri.
Leave a ReplyCancel reply