• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Gara – gara merempit cukai jalan RM20

Gara – gara merempit cukai jalan RM20

23rd December 2010 by akubiomed 58 Comments

Merempit di lebuh raya Utara selatan.

Waktu pagi yang mendung aku mula risau adakah sempatkan aku ke pejabat sebelum hujan turun. Tali topi keledar diikat kemas, mengenakan cermin mata hitam, aku mula menyarung jaket dan sarung tangan. Aku mula hidupkan enjin motorsikal Honda CBR Fireblade Modenas Kriss 110 yang menjadi temanku sejak Kawasaki ZZR250 meragam.

The Celcom Everyone Sale is back!

Aku mula memecut kuda merahku dan tiba-tiba titisan hujan mula turun membasahi pakaian. Aku pun memberhenti kan motorsikal tidak jauh dari persimpangan tol lebuh raya utara selatan yang menghala ke Shah Alam dan Bukit Kayu Hitam. Aku mula menyarung baju hujan dan teruskan perjalanan terhenti seketika gara-gara hujan tadi.

Ketika mengambil selekoh tiba-tiba datang sebuah motorsikal Honda EX5 hitam yang ditunggang laju memintas seperti Casey Stoner yang menunggang Ducati memintas  Rossi yang menunggang Fiat Yamaha M1. Aku berasa marah  dan mula merempit mengejar dengan kuda merahku macam ‘classic battle of two kings‘. Kami saling bersaing antara satu sama lain seolah-olah tidak ada tanda mahu mengalah bermula dari tol Bukit Beruntung hingga ke susur keluar tol Rawang. Masing-masing dengan rakusnya memulas tali minyak sepenuh hati hingga enjin mengaum menandakan kelajuan sudah sampai ke tahap maksimum. Ketika simpang susur keluar tol Rawang, penunggang motorsikal EX5  hitam mula membelok keluar menandakan pertarungan kami telah berakhir.

Ketika aku sampai dipejabat dan didapati kunci motorsikal bersama cukai jalan telah tercicir semasa merempit dengan motor EX5 hitam tadi. Aku mula gelabah apabila enjin motorsikal tidak dapat dimatikan dan aku bernasib baik kerana rakan sepejabat membantu mematikan enjin motorsikal. Jadi semalam aku terpaksa menunggang motorsikal pulang ke rumah tanpa cukai jalan. Ini gara-gara merempit dengan EX5 hitam dan aku hanya mampu menyalahkan diri sendiri

cukai jalan” />

Hari ini pagi-pagi lagi aku telah ke JPJ Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan salinan cukai jalan yang baru berjumlah RM20 adalah satu pengajaran supaya lebih berkemah ketika jalan raya.

AMARAN: Menunggang secara melulu boleh mengundang kemalangan dan adalah satu kesalahan  serius melanggar undang-undang jalan raya. Cerita diatas telah ditokok tambah oleh penulis blog

Dokumen yang diperlukan untuk proses mendapatkan salinan cukai jalan.

  1. Borang JPJK7(Pind.1/2010) boleh dimuat turun dari portal JPJ
  2. Salinan sijil geran kenderaan
  3. Salinan sijil insuran kenderaan
  4. Salinan kad pengenalan
  5. Sijil geran kenderaan asal – untuk semakan
  6. Sijil insuran kenderaan asal – untuk semakan
  7. Bayaran RM20 untuk cetakan salinan cukai jalan kenderaan
  8. Jangan lupa senyum ketika berurusan dengan JPJ dan akui kesalahan 🙂

P/S: Merempit is not cool and Hanis Zalikha doesn’t like it 🙂

  • Valentino Rossi jatuh lagi
  • Selamat menyambut Hari Pekerja 1 Mei
  • Musim Durian semakin tiba

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Spongebob Tercekik says

    24th September 2012 at 5:59 pm

    [MARKED AS SPAM BY ANTISPAM BEE | CSS Hack]
    gunalah jaket keselamatan

    Reply
  2. hafizmd says

    28th December 2010 at 12:21 pm

    ini semua kes merempit…kena uloq RM20…hehe…takpelah bro..janji puas hati merempit sesekali dan tak akan ulang lagi…

    tapi mesti masa ambil lap tu…ingat nak pintas mamat tu yer…gaya valentino rossi ambil lap…yeaaahhh

    Reply
  3. zik says

    25th December 2010 at 3:42 am

    benda2 nie memang kena standby selalu… kadang2 cuak juga.. check2 mana nie aku punya roadtax..nasib baik ada.. kalau tak… haha.. setakat nie alhamdulillah zero saman… tapi tak tahulah..akan datang… itu semua dugaan…

    Reply
  4. Fahmi Raazali says

    24th December 2010 at 12:28 pm

    haha… kan dah kena pakai yg salinan punya roadtax… dah lama xnaik motor jalan jarak jauh… 🙂

    ooo baru tau rupanya klu hilang boleh dptkan salinan roadtax kat jpj 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      25th December 2010 at 1:14 pm

      Boleh dapat pengantian pada harga RM20 🙂

      Reply
  5. Hadi Rofiee says

    24th December 2010 at 10:57 am

    Pengajaran yang berguna tu. Hehe.

    Aku pernah hilang dompet, seksa juga. Huhu. 😐

    Reply
    • akubiomed says

      24th December 2010 at 11:44 am

      Saya pernah tecicir dompet semasa naik bas di Kuching memang susah tidak ada pengenalan diri terasa macam rakyat asing ditanah air. Terpaksa minta orang tua pos surat register surat beranak dari Semenanjung 🙂

      Reply
  6. eLLy says

    23rd December 2010 at 11:52 pm

    hahahha dah sampai susur Rawang tu ngape tak join skali.. boleh berhenti rehat kat Tampler park 🙂

    Anda talah di TAG untuk join GA,sudi2 kan lah ye 🙂

    http://ellywithlove.blogspot.com/2010/12/anniversary-ga-pn-reena.html

    Reply
    • akubiomed says

      23rd December 2010 at 11:54 pm

      Pejabat saya terletak di Kota Damansara. Alamak ingatkan kena saman tadi 🙂

      Reply
  7. Panduan Buah Pinggang Sihat says

    23rd December 2010 at 11:15 pm

    Itulah bro akibat merempit.Lepas ni jangan buat lagi.

    Reply
    • akubiomed says

      24th December 2010 at 12:10 am

      Ex5 hitam bikin panas mana boleh tahan ego tercabar. Tuhan Maha kuasa sebab itu cukai jalan pun tercicir

      Reply
  8. akubiomed says

    23rd December 2010 at 8:57 pm

    Bro salah satu perkara yang kurang diamalkan. Mulut kena manis 🙂

    Reply
    • suri says

      23rd December 2010 at 11:08 pm

      hati mesti baik heee..

      pas ni jangan merempit tak ingat dunia heeee.. kan dah susahkan diri sendiri huhu…

      Reply
  9. etomyam says

    23rd December 2010 at 7:30 pm

    yang no 8 tu aku suka hahaha, human personal touch… 😀

    Reply
  10. fendidahada says

    23rd December 2010 at 6:08 pm

    jiwa muda bro…rempit rempit jugak..tapi beringat la ye..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      23rd December 2010 at 8:57 pm

      Jangan lakukan aksi diatas hanya yang profesional sahaja 🙂

      Reply
  11. Ladfe Amir says

    23rd December 2010 at 6:03 pm

    aku letak roadtax bawah seat motor yg memang ada lubang. smp terlupa dah tamat tempoh seminggu.

    memang dasat..smp tercicir roadtax n kunci. tahap taufan f5 ni

    Reply
    • akubiomed says

      23rd December 2010 at 8:56 pm

      Haa..haa. memang kawan tuh lansung tak nak mengalah

      Reply
  12. sw33tdarling.com says

    23rd December 2010 at 5:43 pm

    lama giler tak merempet
    Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

    Reply
    • akubiomed says

      23rd December 2010 at 8:55 pm

      Sweet pernah merempit dahulu? Tak dapat bayang minah rempit bakar 🙂

      Reply
      • suri says

        23rd December 2010 at 11:07 pm

        merempit komen blh lah lagi heee

        Reply
  13. sweet says

    23rd December 2010 at 3:08 pm

    kalau bwr rm1000 lepas tu tcicir masa merempit camne rase?? haaaa

    Reply
    • akubiomed says

      23rd December 2010 at 4:10 pm

      Sanggup patah balik cari sampai dapat tak kita apa keadaan pun walaupun kilat sabut menyabung 🙂

      Reply
  14. Bijen M. says

    23rd December 2010 at 11:54 am

    Hanis Zalikha kata, “I loike Mat Rempit.”
    Ha ha.

    Reply
    • akubiomed says

      23rd December 2010 at 1:06 pm

      Haa..haa.. kalau nak ikut naik motor apa salahnya 🙂

      Reply
  15. maza says

    23rd December 2010 at 11:09 am

    wahhh! ZZR250 Kawa tu.. hebat tu. hehehhe

    lain kali jgn sepit kan road tax bersama kunci motor.. tak selamat seh.. letak aje road tax dlm wallet siap di laminate gitew.. hahahaha

    Reply
    • akubiomed says

      23rd December 2010 at 11:39 am

      Sebab letak dalam wallet tukar ke kunci sebab leceh apabila roadblock terkial-kial cari road tax 🙂 Ni hah senang jer sebelum dia tanya dah uloq

      Reply
  16. abby kamil says

    23rd December 2010 at 9:39 am

    hahahahahahahha

    lepas ni sila jangan merempit lagi ye. kang tercicir helmet lak kan susah. hihihi

    Reply
    • akubiomed says

      23rd December 2010 at 9:49 am

      Ha..haa…kalau bawa GF memang tercicir. Kawan saya kata jangan bawa GF yang menangkap rantai. Apa maksudnya tuh?

      Reply
      • adele says

        23rd December 2010 at 9:59 am

        hahaha.lagi dasyat meninggal dunia gf tu..nyesal seumur hdup

        Reply
      • hafizmd says

        28th December 2010 at 12:19 pm

        menangkap rantai? aduh…ni term rempit ni..sape tau?sila jawab sekarang…

        Reply
  17. sazuwi says

    23rd December 2010 at 4:44 am

    kunci ngan road tax ilang tue..
    sakit jugak..
    lepas nie kener berhati-hati bro..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd December 2010 at 9:09 am

      Pertama kali kena. Memang good lesson.

      Reply
  18. dnoBiz says

    23rd December 2010 at 2:51 am

    hahaha..
    takpe bro janji hati Puas…
    walaupun sakit 😀

    Reply
    • Ladfe Amir says

      23rd December 2010 at 5:59 pm

      sesekali apa salahnya merempit. asal masih ingat dunia

      Reply
      • akubiomed says

        23rd December 2010 at 8:54 pm

        Bila dah ada anaak hati sudah tidak sekering semasa bujang

        Reply
        • hafizmd says

          28th December 2010 at 12:18 pm

          betul…tapi kalau dah kena bakar line…terus lupa jap…hahaha

          Reply
  19. Fitrihadi says

    23rd December 2010 at 2:50 am

    woo jangan berlumba bro!! bahaya tu..

    biar lambat asalkan tak cepat heehee

    Reply
    • akubiomed says

      23rd December 2010 at 8:53 pm

      Tak boleh apabila orang bakar line 🙂

      Reply
      • hafizmd says

        28th December 2010 at 12:18 pm

        ini memang tak leh cabar langsung ni…nasib baik motor zzr tu rosak..lau tak…telan asap si pesaing tuh…hehe

        Reply
        • akubiomed says

          28th December 2010 at 2:08 pm

          ZZR tak laju mana pun LC pun boleh potong dia 🙂

          Reply
  20. saiful says

    23rd December 2010 at 2:29 am

    fuh! mcm pengulas sukan bermotorla,haha.
    roadtax aku letak dlm dompet,takut tercicir.xda roadblock xpa,kalau ada,apa nak tunjuk.
    JPJ kuala Kubu?adik ipar aku kerja kat situ.

    Reply
    • akubiomed says

      23rd December 2010 at 9:51 am

      Ooh ye ker. Saya duduk di Bukit Beruntung tapi sebenarnya tidak untung. Suka pergi JPJ Kuala Kubu Bharu sebab tidak sibuk

      Reply
  21. mie says

    23rd December 2010 at 1:31 am

    fuh!!!
    kena beringat ni…
    pernah juga tercicir brg masa merempit..

    Reply
    • akubiomed says

      23rd December 2010 at 1:39 am

      Tak pasal-pasal terbang RM20. Status saman belum check lagi nih

      Reply
      • hafizmd says

        28th December 2010 at 12:17 pm

        ini mungkin ada…tapi kalau kena saman…ada diskaun 50%…

        Reply
  22. mankuchai says

    23rd December 2010 at 1:30 am

    he3..aduh naya betui la..saya pun naik motor hari biasa hujung minggu baru berkereta…

    Reply
    • akubiomed says

      23rd December 2010 at 1:33 am

      Kereta isteri bawa untuk hantar anak sekolah dan sebagai weekend car

      Reply
  23. MR.Z says

    23rd December 2010 at 1:04 am

    agak bahaya juga kalau merempit time hujan2 ni.. semoga berhati-hati.. dah macam pengulas racing motor la pulak bro.. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      23rd December 2010 at 1:32 am

      Cerita asal telah ditokok tambah dengan perisa Ajinamoto 🙂

      Reply
      • hafizmd says

        28th December 2010 at 12:16 pm

        baru lebih sedap dan terasa sedang berempit…tak gitu bro…

        mmg aku bace, siap boleh bayang lagi ni…maklumlah..selalu tgk race moto gp…hehe

        Reply
  24. zulkbo says

    23rd December 2010 at 12:33 am

    …mantop tu..siap
    konar baring cecah telinga..
    he he..

    Reply
    • dnoBiz says

      23rd December 2010 at 2:51 am

      keluar api bagai hehehe

      Reply
      • akubiomed says

        23rd December 2010 at 9:21 am

        Pernah keluar api apa bila tempat letak kaki cecah jalan raya. Ha..ha. kisah lama

        Reply
        • suri says

          23rd December 2010 at 11:06 pm

          kamu di tangkap! heeee

          Reply
    • hafizmd says

      28th December 2010 at 12:16 pm

      kalau ambil lap cecah telinga…habislah bro biomed..bukan setakat kena p jpj..kene p klinik sekali…ambil salinan telinga baru…. 😀

      Reply
  25. zulkbo says

    23rd December 2010 at 12:32 am

    salam..
    setakat ni semuanya
    ORI je..belum pernah
    pakai yang salinan lagik..

    Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in