• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali

Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali

12th December 2014 by akubiomed 61 Comments

Panduan mengunakan mesin rumput sandang

mesin rumput sandang

Disini saya ingin berkongsi panduan bagi mereka yang mengunakan mesin rumput sandang buat pertama kali. Memandangkan saya ada mendapat trafik mengenai mesin rumput ini.

Mesin rumput sandang yang saya guna adalah jenama Okazawa BG328AE buatan negara China.

Klon kepada mesin rumput jenama Tanaka Jepun.

Didalam entri ini saya tidak berkongsi perbandingan yang mana satu jenama lebih baik kerana sudah tentu yang berjenama harganya lebih daripada yang klon.

Memandangkan saya bukanlah heavy user cukup setakat untuk memotong dihalaman rumah sahaja.

Sudah 2 tahun saya mengunakan jenama Okagawa ini untuk kerja-kerja mesin rumput tanpa sebarang masalah.

Tali nilon ini saya beli di kedai Hardware pada harga RM5.

Saya tidak guna bilah salah satu sebabnya keselamatan dan bila guna nilon kurang batu kerikil melayang.

Saya memotong rumput pada kelajuan tinggi.

Ada 2 cara untuk memasang tali nilon pada piring mesin rumput seperti didalam gambar tali nilon kuning berpintal dihujungnya dan tali nilon oren tidak.

Semasa memotong rumput, tali nilon ini akan haus dan perlu ditukar.

Contoh pemasangan tali nilon berpintal pada piring. Kelebihan guna tali pintal senang nak tukar

Contoh pemasangan tali nilon pada piring. Pastikan tali nilon masuk lubang dan dipasang secara bertentatangan.

Ambil masa untuk memasang dan menukar.

Botol bancuhan minyak dan minyak 2T. Nisbahnya 1 tutup minyak 2T dan 600ml minyak.

Enjin mesin rumput ini mengunakan enjin 2 stroke perlukan pelincir minyak 2T supaya enjin tidak panas dan jem.

Sekali bancuhan cukup untuk saya memotong rumput dihalaman rumah yang tak besar.

Cara menghidupkan mesin rumput buat pertama kali.

Pusing penutup minyak ke bawah untuk membuka pengaliran minyak ke dalam enjin.

tuil angin masuk kaburator berada posisi bawah.

Tolak tuil tali minyak sedikit. Kemudian tarik tali sawat. Butang merah pula kegunaan untuk mematikan enjin.

Jika enjin masih sejuk.

Boleh tarik angin masuk kaburator ke atas.

Apabila enjin sudah hidup letak posisi tuil pada kedudukan asal.

Apabila habis digunakan boleh keluarkan baki minyak ke dalam bekas minyak.

Kemudian tutup minyak. Cara ini dapat mengelakkan plug basah apabila digunakan nanti.

Teaser sedikit rumput dihalaman rumah selepas dipotong.

AkuBiomed: Boleh berkongsi tips dan panduan tambahan diruang komen dibawah.

  • Brush disc blade untuk mesin rumput sandang
  • Servis karburator mesin rumput sandang
  • Aktiviti hujung minggu dengan membersih kebun.

Filed Under: blog Tagged With: cara bancuh mesin rumput, harga mesin rumput, mesin rumput, mesin rumput murah, mesin rumput sandang, mesin rumput sandang murah, minyak 2t mesin rumput, tali nilon mesin rumput

Reader Interactions

Comments

  1. galut says

    17th October 2022 at 5:39 pm

    Wow…Tuan banyak pengalaman macam-macam boleh dibuat terutama DIY.Saya sentiasa mengikuti blog tuan.Syabas……info-info tuan sangat berguna.Terima kasih.

    Reply
    • akubiomed says

      17th October 2022 at 10:03 pm

      Terima kasih. Semoga ilmu DIY yang dikongsikan memberi manfaat. 🙂

      Reply
  2. ciktom says

    30th July 2020 at 9:51 am

    panduan yang bagus…kat rumah mertua ada mesin rumput..suami xpernah plk guna..entah pandai ke x..hehe

    Reply
  3. Nasirriffuddin b Salehuddin says

    14th May 2020 at 11:49 am

    Slm tuan. Saya nak tanya bila saya tarik choke angin utk hidup bila dah hidup sy tolak balik ke atas dan enjin padam balik..boleh tau apa masalah?

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2020 at 12:13 pm

      Walaikumsalam, Sepatutnya selepas enjin sudah panas boleh tolak tutup choke. Ini jawapan umum saya. Boleh bersihkan penapis angin dahulu dan kemudian servis kaburator. Makluman saya tidak pakar perkara mekanikal tetapi setakat servis mudah kaburator saya buat sendiri.

      Reply
  4. Safuan says

    5th January 2020 at 8:54 pm

    Salam boss..sy pon bru beli mesin rumput stihl..kne mcm tu jgak..isi minyak campur 2t xikot sukatan yg btl..mesin mati trs xidup..

    Reply
  5. az says

    31st August 2019 at 1:46 pm

    minyak tu
    pertol ke diesel?

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2019 at 9:12 pm

      Mesin rumput guna minyak petrol.

      Reply
  6. Zainuddin says

    5th July 2019 at 11:11 am

    Mane dulu nak taruk dlm bekas bancuhan myk 2t atau petrol

    Reply
    • akubiomed says

      9th July 2019 at 10:29 pm

      Cara saya masuk 2T diikuti minyak petrol supaya cepat campuran 2T dan minyak petrol. Kemudian goncang. Orang lain mungkin berbeza caranya.

      Reply
  7. shark says

    8th May 2019 at 7:21 am

    ada botol tu tapi saya x faham lepas tu salah nisbah.
    terima kasih

    Reply
    • akubiomed says

      11th May 2019 at 10:37 pm

      Satu penutup botol minyak 2T dan selebihnya adalah minyak 600ml. Itulah nisbah bancuhan minyak 2T dan minyak bila botol sukat yang disediakan.

      Reply
  8. shark says

    7th May 2019 at 7:36 am

    kalau terlebih 2t rosak tak? saya beli jenama stihl…first time guna dah tersilap 2t nisbah 1:5..lepas tu enjin mati tak boleh start

    Reply
    • akubiomed says

      7th May 2019 at 11:21 am

      Biasanya apabila Mesin rumput sandang akan diberikan botol nisbah bancuhan minyak dan minyak 2T. Saya kurang pasti lebihan bacuhan 2T menjadi punca enjin susah nak start.

      Mungkin ada sebab-sebab lain.

      Reply
  9. eGUMIS says

    24th January 2018 at 9:24 am

    Adik ipar je pandai mesin, saya tak pernah mesin. Takut batu melantun kena badan ouch haha

    Reply
    • akubiomed says

      24th January 2018 at 9:58 pm

      Kalau guna tali Nilon tidak menjadi masalah. Batu kerikil kurang melayang.

      Reply
  10. Hadi says

    15th July 2017 at 1:10 am

    Inilah mesin rumput paling ‘Favorite’ dan boleh buat macam-macam aksi. Selain tu dijadikan juga sebagai mesin urut automatik. 😀

    Reply
  11. jambubatublog says

    16th December 2016 at 10:59 am

    owh.. guna tali nilon. Ingatkan guna cable tie jek.. Hahaha… Thanks for infor bro. 🙂

    Reply
  12. satriabajahitam says

    25th November 2016 at 9:27 pm

    Thank’s. Ini lengkap sekali! 😀

    Reply
  13. Oyong Ilham says

    27th September 2016 at 8:40 pm

    akhirnya saya bisa berkomentar di blog abang ini …. setelah sebleumnya saya coba berkomentar … tapi komentar saya tidak bisa muncul … senangnya….

    Reply
  14. riangria says

    19th July 2016 at 2:26 pm

    panduan penggunaan mesin rumput yng bermanfaat..

    Reply
  15. Amar says

    26th December 2014 at 5:17 pm

    Mesin rumput saya tu dah tak tahu kenapa, masa potong rumput minyaknya keluar. Berapa kali repair dah tak lega-lega. Sudahnya duduk senyap2 bawah tangga. Tanaka tu. Sia jer kena tipu dengan Jepun. Hmmm…

    Reply
    • mrhanafi says

      10th July 2016 at 11:55 am

      panduan yang sangat berguna dan ia memang menjadi keperluan kepada mereka ada mesin pemotong rumput

      Reply
  16. Ummi Hanie says

    24th December 2014 at 12:10 am

    indahnya laman yg comel tu…

    terperinci maklumat step by step tu… terbaik lah 🙂

    Reply
  17. Syahril Hafiz says

    17th December 2014 at 1:56 pm

    Ada juga panduan. haha terbaik, dulu 1st time guna galas dulu, nak start susah 😛
    Nak selamat guna tali, nak cepat guna bilah..sebab jenis rumput sambau atau rumput tua2, tali tak makan.
    Gambar tu terbaik, kalau ada skill photographer, kamera cun, memang banyak dah panduan nak guna semua ni.

    Reply
  18. Alongxp says

    15th December 2014 at 4:46 pm

    ni adalah salah satu mesin yang saya tak pernah guna, walaupun bapak saya ada mesin tu… takut takleh handle kang mesin makan kaki pulak hehehe

    Reply
  19. titan says

    14th December 2014 at 11:00 pm

    Dulu aku tak reti gak menda n8..lepas belajar dengan tukang kebun sekola..baru la tau..

    Best gak dengar cite tukang kebun sekolah ni wat dyit sambiln guna mesin rumput ni. Hoho..

    Reply
  20. Adam says

    14th December 2014 at 6:22 pm

    Kalau guna mesin rumput ni, lepas habis kerja memotong rumput kena makan nasik pakai sudu. Ye dak?

    Reply
  21. imran says

    14th December 2014 at 5:15 pm

    terima kasih dengan perkongsian ini.

    Reply
  22. blogger lelaki says

    13th December 2014 at 2:07 am

    aduiyai..siapa ada panduan guna mesin rumput sandang nie..tapi betul bro kalau orang tak biasa xreti nak buat nie..tak tahu mana nak dulu..nak start dulu ke nak galas dulu..hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      13th December 2014 at 10:21 am

      Dulu perlu bantuan nak sandang mesin sekarang ini lepas hidupkan enjin boleh sandang sendiri. 🙂

      Reply
    • Adam says

      14th December 2014 at 6:23 pm

      Hidupkan dulu baru sandang. Tapi hati hati dengan throttle ya. Haha.

      Reply
  23. TehR says

    12th December 2014 at 11:24 pm

    belum pernah guna mesin ni
    hanya pernah tolong hidupkan je

    Reply
    • akubiomed says

      13th December 2014 at 10:23 am

      Okay juga. Bukan semua orang boleh hidupkan enjin ada yang berpeluh bagai dan buntu tidak tahu apa masalahnya. 🙂

      Reply
  24. suri says

    12th December 2014 at 8:08 pm

    ada sakit bahu tak kalau pakai mesin rumput ini

    Reply
    • akubiomed says

      13th December 2014 at 10:23 am

      Ada pad jadi taklah sakit sangat cuma lenguh tangan. 🙂

      Reply
  25. suri says

    12th December 2014 at 8:07 pm

    kerja kalau dapat buat hujung minggu memang seronok

    Reply
    • akubiomed says

      13th December 2014 at 10:24 am

      Itu masa yang ada kecuali cuti perayaan.

      Reply
  26. suri says

    12th December 2014 at 7:20 pm

    kurang suka bunyi bisingnya hee..tapi suka cara orang berkerja pantas sahaja ia membersihkan rumput halaman

    Reply
    • akubiomed says

      13th December 2014 at 10:37 am

      Mesin rumput enjin 2 lejang memang bising tetapi tak pasti mesin 4 lejang kurang bising atau tidak.

      Reply
  27. emalinmohd says

    12th December 2014 at 5:24 pm

    Saya tak berapa berani tengok mesin yang laju-laju ni. Kisar kelapa tu pun saya gerun tengok. Tapi duduk rumah ‘burung’ tak perlu la buat masa ini mesin pemotong rumput ni.

    Reply
    • akubiomed says

      13th December 2014 at 10:37 am

      Betul tak perlu risau mengenai rumput.

      Reply
  28. Mak Jemah Jual Vitamin says

    12th December 2014 at 1:25 pm

    wah rajinnya encik biomed potong rumput, baru tau penggunaan tali nilon ni kurangkan batu kelikir berterbangan. yang ni selalu takut bila drive tepi jalan ada orang potong rumput asyik terpikir kang batu melayang..

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2014 at 5:29 pm

      Kalau rumput panjang perlu potong sebab beberapa kali terserempak ular tedung. Mengenai batu kerikil melayang bergantung kepada kelajuan motor.

      Reply
  29. diarysihat says

    12th December 2014 at 1:22 pm

    selalu suka tengok pakcik tukang kebun potong rumput mase sekolah dulu

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2014 at 5:30 pm

      Ini mesti tengok pakcik tukang kebun sekolah tolak mesin potong rumput. 🙂

      Reply
  30. fyna says

    12th December 2014 at 10:29 am

    errr.. fyna tak suka mesin rumput. takut. hehehe…

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2014 at 5:31 pm

      Nak buat macamana sudah tanggungjawab. Potong rumput bukan sahaja halaman rumah kelihatan cantik tetapi dapat menghindar binatang berbisa seperti ular bersarang.

      Reply
      • fyna says

        12th December 2014 at 8:19 pm

        senanglah kalau boleh buat sendiri kan. sebab cermin kereta kawan fyna pecah time ada orang potong rumput itu potong rumput kat sekolah.

        Reply
  31. Aretikz says

    12th December 2014 at 10:08 am

    Masa kecik selalu nak kacau abah sal nak try benda ni.. hehe.. tp dapat pakai pun time besar.. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2014 at 5:31 pm

      Saya hanya baru-baru ini dapat mengunakan mesin rumput. Sebelum ini mengunakan sabit tangan dan guting rumput shaaja.

      Reply
      • suri says

        12th December 2014 at 7:46 pm

        menggunakan secara manual penat ya ab. saya laman rumah kampung melaka hanya pasir hitam sahaja. tapi teruk kena cabut rumputlah pula sebab masih ada juga tanah batu keras dalamnya.terkadang pakai sesuatu yang keras untuk mencungkil rumput

        Reply
  32. JMR says

    12th December 2014 at 10:03 am

    baca entri ni teringat arwah ayah yang ajar cara mesin rumbut sandang ni kat kampung..

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2014 at 5:32 pm

      Saya belajar sendiri dengan sedikit panduan daripada adik lelaki yang ada pengalaman mengunakan mesin rumput sandang.

      Reply
  33. Bro Framestone says

    12th December 2014 at 8:46 am

    He…23x dulu zaman memuda suka gak ambil upah potong rumput rumah sendiri dan rumah orang…

    settle je.. tangan dah macam Parkinson

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2014 at 5:33 pm

      Mula-mula dahulu sekarang ini tidak lagi mengalami masalah tangan bergetar kalau tahu cara memegang.

      Reply
  34. Raihanah Ahmad says

    12th December 2014 at 6:02 am

    bagus usaha ni sbb boleh jimatkan kos.

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2014 at 5:34 pm

      Dengan minyak RM5 bukan setakat dapat potong dihalaman rumah sehingga rumah jiran sekali tapau. 🙂

      Reply
      • suri says

        12th December 2014 at 7:27 pm

        alhamdulilah kala buat kerja kebajikan sejuk hati jiran begini ahai

        Reply
  35. ikhwan says

    12th December 2014 at 12:52 am

    bagusnya, saya tak pernah pakai, kena belajar juga nanti sebab kebun pokok gaharu dah makin semak, kena potong dengan mesin, kalau guna parang parah la jawabnya.

    Reply
    • akubiomed says

      12th December 2014 at 12:56 am

      Saya pun masih baru guna mesin rumput sandang. Kalau sebelum ini guna sabit dan gunting rumput untuk memotong.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in