• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Petronas Primax95 Xtra kuasa pecutan bak F1

Petronas Primax95 Xtra kuasa pecutan bak F1

12th April 2011 by akubiomed 79 Comments

Petronas memperkenal Primax95 Xtra inspirasi teknologi bahanapi F1

Kebetulan sudah menjadi laluan harian aku mengunakan lebuhraya PLUS untuk ke pejabat di Kota Damansara. Hari ini didalam perjalan pulang jarum penanda aras minyak sudah sampai tahap E biasanya aku memasuki perhentian jejantas Sungai Buloh ada stesen minyak Esso Mobil untuk mengisi minyak. Kali ini walaupun penanda aras sudah menunjukkan E aku masih menunggang motorsikal moped Superbike untuk ke stesen minyak Petronas di hentian Rawang yang menghala Utara.

Risalah Petronas Primax95 Xtra

Gimik duit syiling mengekori kereta

Petronas Primax95 Xtra mula dijual 10 April 2011

Ketika sampai stesen minyak Petronas hentian Rawang, aku terus ke meletakkan motosikal dengan tongkat sebelah di pam nombor 13. Stesen minyak hentian Rawang ini hanya menjual RON95 bagi kereta yang hanya guna RON97 mahu gigit jari kalau baki minyak nyawa-nyawa ikan. Biasanya untuk motorsikal Modenas Kriss 110 yang sudah 13 tahun setia berbakti akan diisi minyak jenis RON95 sahaja. Macam biasa aku ke kaunter stesen minyak dengan menghulur kad Mesra Petronas untuk mendapat mata ganjaran bagi pengisian RM5 cukup untuk perjalanan sehari. Mata aku tertumpu kepada risalah mengenai Petronas Primax95 Xtra. Lalu mulut ini ringan ingin bertanya kepada juruwang stesen minyak Petronas, ‘Bro Petronas Primax95 Xtra dah mula dijual? ‘Ya, mulai semalam‘,balas juruwang tersebut.

Aku tidak dapat hendak beri komen kerana baru sahaja buat isian penuh. Mungkin apabila enjin sepenuhnya telah dikuasakan oleh Petronas Primax95 Xtra baru ada kuasa pecutan dan penjimatan. Yang bagus minyak Petronas Primax95 Xtra masih dijual pada harga kawalan.

Petronas juga aktif menaja sukan pemotoran

Mercedes GP Petronas F1 Team (Micheal Shumacher dan Nico Rosberg)

Yamaha Factory Racing (Jorge Lorenzo dan Ben Spies)

p/s: Semasa keluar dari stesen minyak Petronas aku perhatikan jika ada duit syiling mengekori 🙂

  • Tabung kanister warisan Shell edisi terhad sempena sambutan ulang tahun ke-125 Shell
  • Yea dapat Ferrari Model LEGO Shell
  • Karipap pusing segera untuk minum petang

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. muhammad irfan says

    3rd July 2011 at 2:00 am

    hopefully petronas terbaeeeek..go malaysia brand..

    Reply
  2. Minyak Zaitun says

    25th June 2011 at 6:48 am

    Petronas memang sudah go internasional. Kita di Indonesia juga tahu Petronas dari event-event sport yang diselenggarakan dengan kerjasama perusahaan-perusahaan di Indonesia. Ya, mudah-mudahan masyarakat belahan Asia Tenggara semakin maju dan berjaya.

    Reply
    • akubiomed says

      26th June 2011 at 10:34 am

      Bagi saya ia adalah satu penghormatan apabila ada negara Asian mengetahui Petronas berasal dari Malaysia

      Reply
  3. PakarBuahPinggang says

    19th April 2011 at 6:05 pm

    Cuma rakyat mengharapkan agar jangan sekadar gimik sahaja.Kalau rakyat ditipu pun bukannya tahukan.

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 12:43 am

      Minyak Petronas Primax95 Xtra tela diuji oleh firma bebas di UK untuk penilaian

      Reply
  4. Ladfe Amir says

    15th April 2011 at 9:17 am

    utk motor kapcai mmg aku guna petronas dan juga caltex (mana yg sempat singgah).

    syarikat minyak ni mmg kena bersaing ngan kualiti minyak mereka dan juga peraduan.

    majoriti rakyat di malaysia ramai gunakan Shell dan petronas barulah esso/mobil. caltex dan BP.

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 12:30 am

      Itulah salah cara untuk menarik pelanggan dengan menganjur contest

      Reply
  5. mancai says

    14th April 2011 at 5:03 pm

    huhuhu… macam best…setakat ni pernah 3 kali je guna v power shell nak merasa, memang mantap… versi petronas ni nak try la juga…

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 12:29 am

      VPower memang sedap kalau untuk jalan jauh walaupun dibeli pada harga premium

      Reply
  6. Razlan says

    14th April 2011 at 3:34 pm

    Patotla kocek aku berlubang ,kat sini rupenye duit syiling aku ne !!

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 12:28 am

      Kalau ada jatuh dekat sini duit saya tuh 🙂

      Reply
  7. titan says

    14th April 2011 at 8:10 am

    kena singgah jap kat petronas ni. nak test plak minyak baru nih..

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 12:27 am

      Kalau nak rasa perbezaan apabila tangki minyak sampai E baru isi minyak Primax95 Xtra baru dapat buat penilaian

      Reply
  8. zik says

    14th April 2011 at 2:15 am

    eh2 duit syiling saper nih yang jatuh kat sini.. baik mengaku.. hehe..

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 12:26 am

      Ha..ha..baik ngaku cepat

      Reply
  9. Firdaus Kasim says

    13th April 2011 at 5:07 pm

    aq mmg x ambil kisah pun isu2 minyak naik harga nie.. selalu kt poli dulu isi minya motor RM5, penuh tank..

    tapi dah 9 bulan lepas habis poli, aq isi minyak RM5, separuh lebih je.. huhu

    Entri paling hot :
    6 ciri blog yang bagus”

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 12:26 am

      Ohh..saya kalau isi RM5 tinggal setakut untuk penuh

      Reply
  10. nasslimdiet2 says

    13th April 2011 at 2:55 pm

    tahniah petronas. saya memang sentiasa guna petronas. kalau takda baru pi shell

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 12:25 am

      Oh ye ker. Ini boleh dikira pelanggan setian Petronas 🙂

      Reply
  11. nuriz says

    13th April 2011 at 2:13 pm

    Harap harap tak naik harga le , kalau nak penaik pun, naik lambat sikit takpa la. selalu lepas pilihanraya naik kot hehehe!!

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 12:24 am

      Harap dapat bertahan harga RON95 kalau tidak menyusahkan pengguna kerana kereta elektrik dan kereta hibrid masih mahal harganya

      Reply
  12. Fathiha Zainal says

    13th April 2011 at 7:52 am

    Agak2 boleh challenge minyak 97 tak?? Huhu..

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 12:23 am

      RON95 dan RON97 banyak beza dan tidak sama dari segi kandungan Oktana

      Reply
  13. donny says

    13th April 2011 at 2:04 am

    Bangga ndan pertonas & sepang …terbaik asia~~~

    Reply
    • donny says

      13th April 2011 at 2:41 pm

      promosi minyak enjin ke bro?..hehe

      Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 12:21 am

      Petronas banyak juga menyumbang pendapatan cukai kepada negara. Litar F1 Sepang meletakkan antara litar terbaik di dunia

      Reply
  14. aimannajmy says

    13th April 2011 at 1:01 am

    wah dah kuar ek..boleh cuba nanti..selalu dok setai ngan shell je hehe sebab dekat ngan umah..

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 12:18 am

      Boleh aja asalkan kereta dapat bergerak 🙂

      Reply
  15. Izwan says

    13th April 2011 at 12:23 am

    bro..salah ejaan kat gambar 1st..gimik, bukan gimi.. hehe..
    even new formula,tapi still tak yakin ngan 95..nak guna 97 kat motor skrg,harga dah melambung… -.-“

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2011 at 12:17 am

      Terima kasih atas teguran. Sudah diperbetulkan 🙂 Setakat harga minyak RON95 masih bertahan tetapi tidaklah tahu berapa lama

      Reply
  16. brat2104 says

    13th April 2011 at 12:15 am

    skrg guna bhp.. terasa mcm guna ron97..

    psikologi je kot.. hehe

    Reply
    • akubiomed says

      19th April 2011 at 10:44 pm

      Kawan saya ada juga bagi BHP cepat habis. Betul tidak saya tidak pasti kerana tidak ada pengalaman mengunakan jenama berkenaan

      Reply
  17. Nadri says

    12th April 2011 at 11:57 pm

    harap2 kuasa pecutan minyak Primax95 Xtra ini seperti motor gp @ kereta F1..hehehe…

    Reply
    • akubiomed says

      19th April 2011 at 10:42 pm

      Jangan enjin motor tertinggal ditengah jalan 🙂

      Reply
  18. Mrs.Ayie says

    12th April 2011 at 10:44 pm

    Jarang isi di Petronas, bukan sebab apa pun sebab serik kena marah masa kali pertama isi minyak dulu bila mintak tolong elok-elok tapi kena marah pulak.

    * Tapi bangga setiap kali nampak nama Petronas dalam F1*

    Reply
    • aimannajmy says

      13th April 2011 at 1:11 am

      haha kena marah.. mat bangla ke marah..

      Reply
    • akubiomed says

      19th April 2011 at 10:41 pm

      Tentu fobia apabila dimarahi tanpa sebab

      Reply
  19. tehr says

    12th April 2011 at 5:18 pm

    kalau ada pun syiling dari poket bro juga tu
    bukan dari laci stesen pam

    mereka suka kira untung je

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 8:02 pm

      Ha..ha..betul mungkin poket berlubang

      Reply
    • dnoBiz says

      13th April 2011 at 9:05 pm

      Itu sudah pasti Tehr 😀

      Reply
  20. dnoBiz says

    12th April 2011 at 3:47 pm

    syiling yg yang mengekori atau syiling yang berterabur.. :D,

    Reply
  21. bEe says

    12th April 2011 at 2:48 pm

    Tp kan bila saya isi minyak dari petronas sure cepat aje meter tu jalan & minta diisi balik. Bila isi dari shell meter tu lmbt sket lak nak jalan… Nape ek???? Sedangkan kedua2 stesen minyak ni memberikan kualiti minyak yg sama. Huhuhuhuhuu musykil.com.my

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 8:01 pm

      Harap dengar produk yang terbaru dari Petronas akan lebih kilometer 🙂

      Reply
  22. abby kamil says

    12th April 2011 at 1:53 pm

    hehehe

    saye suke ayat last.

    ade x duit syiling ikut? hiih

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 7:59 pm

      Setakat ini tidak pula nampak duit syiling mengekor 🙂

      Reply
  23. suri says

    12th April 2011 at 1:53 pm

    sslu bro pakai myk apa? petronas..mobil..shell mana lbh memuaskan hati gunakannya ??

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 7:59 pm

      Tidak kisah sangat jenama asal RON95. Beza antara satu jenama adalah kandungan addictive didalam minyak

      Reply
  24. suri says

    12th April 2011 at 1:51 pm

    dema yg masyuk bro sebb kiat beli myk kat setesn mereka hooo

    Reply
  25. Wan Perlis says

    12th April 2011 at 12:22 pm

    petronas bila nak kuaq minyak ron97?

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 7:55 pm

      Selain RON95, Petronas juga ada minyak premium RON97

      Reply
  26. hafidz says

    12th April 2011 at 12:16 pm

    jadi ada tak duit syiling mengekori? hihi 😛

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 7:54 pm

      Perhati juga buat masa ini belum ada 🙂

      Reply
  27. sazuwi says

    12th April 2011 at 12:09 pm

    wah..baru tau dah start jual minyak nie..
    boleh ar cuba nanti..
    tq utk info nie..

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 7:53 pm

      Sama-sama 🙂

      Reply
  28. benjy says

    12th April 2011 at 12:03 pm

    Mungkin ia sebagai penyedap hati je sedangkan kandungannya sama … atau mungkin juga betul … pada pandangan saya penjimatan berlaku jika harga minyak diturunkan … kerana perubahan pada kandungan minyak MUNGKIN hanya menjimatkan 0.0000001% pengunaan minyak itu … ia lebih kurang cam 0% lah …(hanya sekadar pandangan)

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 7:53 pm

      Pihak Petronas perlu menunjukkan hasil ujian tapi di fahamkan minyak Petronas Primax95 Xtra diuji firma bebas di UK

      Reply
  29. sw33tdarling says

    12th April 2011 at 10:25 am

    ada orang pesan, jangan pakai petronas… bila kita pump minyak, banyak angin jer keluar.. wallahualam

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 7:52 pm

      Rasanya tidak berlaku lagi

      Reply
    • aimannajmy says

      13th April 2011 at 1:10 am

      ooh yaka biaq betik huhu.. baru tahu hal ni.. design pump petrol kat petronas tak sama ka huhu

      Reply
      • Ladfe Amir says

        15th April 2011 at 9:13 am

        tipu je tu. tuduhan yg sengaja nak menjatuhkan petronas nampaknya.

        Reply
  30. pipoq says

    12th April 2011 at 9:09 am

    laju ke ? jarang tul isi kat Petronas..selalu guna Mobil je..

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 7:52 pm

      Tempat saya ada 2 stesen minyak Esso Mobil dan 1 stesen minyak Petronas

      Reply
  31. Sabahan Bloggers Club says

    12th April 2011 at 8:27 am

    Tak pernah try lagi ni. Sekarang ni ramai orang tak kisah pasal kuasa pecutan. Orang nak lebih kilometer. Kalau minyak 95xtra ni dapat lebih kilometer mesti ramai yang beralih kepada petronas. Termasuklah saya pengguna Shell sejati ni…. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 7:51 pm

      Kalau Petronas boleh memberi lebih kilometer tentu ramai pengguna boleh tersenyum

      Reply
  32. decrewz says

    12th April 2011 at 6:07 am

    Baru tadi dapat flyer kat petronas pasal ni..he3. Tapi x faham papepun sebab tulis BI, jap tadi tengok balik rupanya belakang dia ada tulis BM..hu3

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 7:50 pm

      Haa..haaa. risalah memang ditulis dwi bahasa

      Reply
  33. shamizu says

    12th April 2011 at 3:56 am

    petronas memang hebat. Boleh bersaing dengan syarikat minyak lain. Dekat luar pun nama petronas memang top.

    NI mungkin menyak yang terbaik dari petronas

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 7:49 pm

      Oh bangga mendengarnya bila nama Petronas jenama dari Malaysia dikenali oleh dunia luar

      Reply
  34. tengkorak emas says

    12th April 2011 at 1:44 am

    selalu TE isi shell sebab mahukan mata bonuslink, tapi sekarang ke petronas untuk beli 2 botol minuman jenama yg sama untuk melayakkan diri ke peraduan petronas 🙂

    amacam bro, berapa banyak duit syling? 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 7:17 pm

      Ntahlah bro, setahu saya mata ganjaran Esso Mobil tidak pernah luput

      Reply
  35. wazy says

    12th April 2011 at 1:25 am

    semakin maju petronas ni
    hehehe ayat syiling mengekori tu best pulak
    kalau betul terjadi kan bagus

    Reply
    • dnoBiz says

      12th April 2011 at 3:48 pm

      jangan syiling tu datang dari kocek kita yang bocor dah la hehehh

      Reply
      • akubiomed says

        12th April 2011 at 7:16 pm

        Mungkin juga tuh bro ha..ha..

        Reply
        • dnoBiz says

          13th April 2011 at 9:04 pm

          tengok tengok dah licin hahah

          Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 7:16 pm

      Kalau duit syiling mengekori sanggup berhenti kutip 🙂

      Reply
      • dnoBiz says

        13th April 2011 at 9:04 pm

        Agak agak kes kutip syiling yang ni masuk paper tak bro hahah

        Reply
        • akubiomed says

          15th April 2011 at 12:23 am

          Ha..haa..jangan buat pasal nanti muka masuk suratkhabar muka depan 🙂

          Reply
  36. Ekspresi Ruang says

    12th April 2011 at 1:13 am

    tahniah kpd petronas atas langkah dan inisiatif diorang. at least nmpk la gk hasil dan faedah drpd dok berkecimpung dlm f1 tu. huhu

    Reply
    • akubiomed says

      12th April 2011 at 7:15 pm

      Yelah bro, teknologi dapat dimanfaat kembali kepada rakyat Malaysia

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in