• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Sesekali selanggara sendiri motorsikal Kriss 110 Modenas

Sesekali selanggara sendiri motorsikal Kriss 110 Modenas

17th September 2019 by akubiomed Leave a Comment

alat ganti motorsikal modenas kriss 110

Motorsikal Modenas Kriss 110 yang banyak berjasa.

Motorsikal menjadi kegunaan harian ke tempat kerja dan aktiviti lain. Jauh perjalanan motorsikal ini dari Semenanjung ke Miri, Sarawak ke Kota Kinabalu, Sabah dan sebelum kembali ke Semenanjung. Motorsikal ini terbang ke  Bumi Kenyalang dan negeri di Bawah Bayu kerana bertugas saya bertugas disana.

Enjin motorsikal Modenas Kriss 110 sudah beberapa kali overhaul.

Sekarang ini kurang di bawa kerana enjinnya sudah beberapa kali overhaul dan odometer sudah beberapa kali ke pusingan kosong. Walaupun begitu motorsikal Modenas Kriss 110 ini masih boleh dibawa dan lasak. Berpuas hati dapat memilikinya.

Motorsikal ini telah mengunakan rim tubeless kerana saya selalu alami tayar bocor ketika menunggang. Saya ambil keputusan tukar kepada sport rim membolehkan memasang tayar tubeless. Angin lambat keluar kalau bocor berbanding tayar motorsikal guna tiub akan bocor dengan cepat. Sekarang ini ada cecair gam boleh digunakan untuk menutup sendiri kebocoran tanpa perlu bimbang tayar bocor.

Tak sampai hati nak bawa perjalanan jauh ke tempat kerja berulang-alik dengan jarak 110km dan untuk itu ada motorsikal penganti untuk jarak tersebut. Motorsikal Modenas Kriss 110 ini masih digunakan untuk dibawa hantar anak ke sekolah, sesi main bola, pergi ke kedai dan sebagainya.

Bajet untuk mengantikan aksesori yang sudah usang.

Kali ini ada bajet lebih sikit beli:

  1. bateri sel kering bebas penyelenggaraan
  2. absorber gas jenama Apido

Bateri sel kering bebas penyelenggaraan. Kod amalan baik dengan label tarikh penukaran bateri.

Saya memilih bateri sel kering bebas penyelenggaraan kerana tidak perlu nak periksa selalu air bateri yang digunakan oleh bateri sel basah. Kadang-kadang terlupa nak periksa air bateri sehingga tinggal separuh aras air bateri turun kerana kering.

Absorber belakang yang sudah lembut

Absorber gas adjustable baru

Absorber gas Apido ini agak tinggi sikit berbanding absorber lama

Pengalaman mengunakan Absorber gas Apido ini rasa tidak berhenjut dan stabil ketika mengambil selekoh. Jika ada pembonceng dibelakang tidak terasa tayar belakang membuang secara dapat meningkat tahap keselamatan ketika menunggang motorsikal.

Apabila sudah tukar alat ganti motorsikal yang usang dapat memanjangkan hayat motorsikal. Tukar minyak hitam pun boleh buat sendiri dengan hanya beli minyak hitam 4T. Kemudian tukar sendiri.

Jahit sambungan seat cover kerana benang jahitan tetas.

  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas
  • Gara – gara merempit cukai jalan RM20
  • Petronas Primax95 Xtra kuasa pecutan bak F1

Filed Under: blog Tagged With: absorber motor, bateri motor, diy, kriss 110, modenas, modenas kriss, motorsikal

Reader Interactions

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in