• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Tayar Pancit di Highway

Tayar Pancit di Highway

1st July 2011 by akubiomed 65 Comments

Peronda Jambatan Pulau Pinang kutip paku

Ini bukan Magento X-Men tapi abang Peronda Highway kutip paku di leburaya. Kredit: Berita Harian

Tayar pancit di Highway kerana terkena paku

Aku merasa berang kerana motorsikal yang selalu aku gunakan untuk pergi kerja pada waktu pagi mengalami masalah tayar pancit kerana tindakan pihak yang bertanggunjawab menabur objek tajam di jalanraya. Blogger yang aku kenal seperti Anif mengunakan motorsikal sebagai pengangkutan harian ke tempat kerja tentu bersetuju dengan aku.

Ada pihak yang mengambil kesempatan mengambil ke atas kesusahan pembonceng motorsikal seperti aku tapi adakah mereka pernah terfikir tindakan menaburkan objek di jalanraya boleh menyebabkan ada nyawa yang melayang.

Kalau ada yang perasan kehadiran pembaiki tayar motorsikal jalanan mendekati mangsa sangat cepat seolah-olah sudah merancang kejadian tayar pancit sejak dari awal lagi. Aku tidak menuduh semua tapi ada segelintir yang tidak bertanggungjawab mencari rezeki dengan cara yang kotor.

Sebelum ini rim motorsikal aku adalah jenis yang mengunakan tiub akan selalu mengalami tayar pancit secara tiba-tiba samada didalam perjalanan ke tempat kerja atau ketika perjalanan pulang. Aku mengunakan Highway PLUS sebagai laluan harian ke tempat kerja. Faham-fahamlah kalau bawa kenderaan di Highway tentu pecut dan nama pun Highway.

Ramai bersetuju kalau aku cakap rim jenis yang mengunakan tiub lebih mudah hilang kestabilan apabila tertusuk objek tajam seperti paku atau pin yang yang ditabur diatas jalanraya.  Tayar akan pancit serta merta kerana kehilangan tekanan angin dengan cepat. Pembonceng boleh terhumban ditengah jalanraya atau bergesel dengan besi penghadang di sepanjang Highway pada kelajuan tinggi.

 

Pengunaan Sport Rim melambatkan tayar pancit

Syukur beberapa kali kejadian mengalami tayar pancit berlaku berdekatan dengan susur keluar tol. Biasanya aku akan lanyak rim aku hingga ke bengkel motorsikal.

Kadangkala terdapat lebih dari 1 punca tayar pancit dan pernah sekali baru sahaja tukar tiub terkena sekali lagi paku yang menyebabkan tayar pancit kembali. Dulu tiub tayar boleh di tempek tapi sekarang ini tidak lagi. Kalau tiub bocor akan terus diganti dengan baru.

Lalu aku mengambil keputusan menukar rim kepada yang jenis sport rim lebih sesuai untuk kegunaan tayar jenis yang tidak bertiub. Apa beberapa jenama popular dipasaran antaranya jenama Racing Boy.

Pengunaan rim tayar tanpa tiub akan kehilangan angin secara perlahan-lahan jika terkena objek tajam jadi sempat untuk sampai ke bengkel motorsikal menampal kebocoran tersebut. Sahabat blogger Fitrihadi pernah terkena kunci tersusuk pada tayar motorsikalnya adalah sesuatu yang jarang-jarang berlaku peristiwa mengalami tayar pancit.

Ini pengalaman saya apabila tayar baharu bocor akibat terkena anak kunci selepas masuk tol.

  • Terima kasih babah
  • Sesekali selanggara sendiri motorsikal Kriss 110 Modenas
  • Kegunaan lain WD-40

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Yasmin says

    31st January 2012 at 9:37 am

    Tips dari aku, untuk motor kapcai kalau pancit ditengah jalan…terdesak sangat..tenggelamkan terus kepala tiub masuk kedalam tayar, Insyallah boleh jalan lagi dalam 20-30 km/j ke kedai motor berdekatan bukan kedai supermarket ya…aku dh cuba, menjadi jugak…tapi untuk yg berbadan berat tak sure la…

    Reply
    • akubiomed says

      1st February 2012 at 9:02 am

      Terima kasih kerena memberi tip tersebut. Boleh dicuba ketika terdesak.

      Reply
  2. MEKAR says

    11th July 2011 at 11:07 am

    Diaorg nak bisnes dgn cara mengenakan orang. Tak berkat betul pekerjaan seperti itu

    Reply
  3. hanys says

    9th July 2011 at 1:45 am

    bahayanya..nak2 dekat highway yang keadaan kenderaan laju masing2..
    kena ada pengawasan yang berkala ni..or guna kamera litar ke..

    Reply
  4. bEe says

    7th July 2011 at 6:32 pm

    Sangat melampau dgn aktiviti tak bermoral ni
    Menci tau!!! Kalau kena org pompuan sorang2 drive mahu kesian… huhu

    Reply
  5. Freepercuma says

    7th July 2011 at 9:59 am

    Salaam. kena ada camera kan highway, boleh rakam siapa yang letak paku2 ni

    Reply
  6. Petua Herba says

    6th July 2011 at 10:42 am

    Dekat highway lagi pula tu, sangat-sangat bahaya..

    Reply
  7. ken says

    5th July 2011 at 10:36 am

    it’s always a bad experience to get a tayar puncture :/

    Reply
  8. Gaara says

    5th July 2011 at 1:59 am

    tiubless lagi tahan dan kos nak baiki pun murah..setakat ni tiubless pilihan terbaik la..

    Reply
  9. Fitrihadi says

    5th July 2011 at 1:53 am

    pakai tubeless tahan skit tayar tu..kalau tayar tiub sebulan sekali asyik pancit je.. uihh tak tahan..
    .

    Reply
  10. nuriz says

    4th July 2011 at 9:40 pm

    nak cari duit tapi cara yg salah, sanggup diorang ni makan hasil dari kerja menipu dan aniaya org

    Reply
    • akubiomed says

      5th July 2011 at 1:38 am

      Menyusahkan orang sahaja dengan cara tidak jujur 🙁

      Reply
  11. Mus says

    4th July 2011 at 1:09 pm

    selalu sangat melaluinya dulu..

    Reply
  12. Ladfe Amir says

    3rd July 2011 at 2:45 pm

    itulah antara cabaran penunggang motosikal bila melalui highway. motor pancit.
    kena pulak pancit waktu malam, mmg kes paling haru.

    tayar moto saya pun pernah terkena paku, tapi masih sempat sampai ke bengkel. terkena di jalan kampung, bknnya highway.
    tapi, motor yg lama tak pernah kena paku dan pancit, tapi selalu kehabisan minyak (meter minyak dah rosak) di tgh perjalanan. kena tolak juga lah

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2011 at 5:03 pm

      Meter rosak kes haru juga kalau balik tengah malam di jalan yang tidak banyak kenderaan susah juga hendak mendapatkan bantuan

      Reply
  13. Sir Marcello says

    3rd July 2011 at 12:12 pm

    Alhamdulillah…tak pernah lagi berlaku kejadian tertusuk paku atau pancit sebab mmg guna tubeless….tapi bengang gak lah bila kita nie jadi mangsa keadaan…peronda2 plus kena pantau hal ini

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2011 at 5:05 pm

      Lebuh raya PLUS saya tidak pasti samada peronda lebuhraya ada mengutip paku dijalanraya. Setiap kali periksa tayar motor memang ada sahaa objek tajam melekat pada tayar motorsikal

      Reply
  14. afzal laidin says

    3rd July 2011 at 9:23 am

    Tak patut betullah orang yang letak paku tu.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2011 at 5:05 pm

      Duit punya pasal tidak kira cara kotor sekali pun 🙁

      Reply
  15. yas says

    3rd July 2011 at 2:04 am

    Yuppp…tubeless yg terbaik bro..kalau rajin beli spray can tu…bro leh refer kat blog firestarting automobil blogspot yg banyak bg tips ttg kenderaan. Dulu moto aku penah pancit sehari sampai 3 kali gara guna tiub…dawai halus jer bro…guna tubeless…pueh ati…sampai merekah tayar tu bru aku tuko…hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2011 at 5:07 pm

      Ada yang cakap mengunakan Spray akan merosak rim tapi kalau kes kecemasan terpaksa juga digunakan

      Reply
  16. Tips Blogging Terbaik says

    2nd July 2011 at 11:26 pm

    erm, mmg kalau pakai sport rim dengan tubeless kurang risau pasal tayar pancit… aku sendiri kalau naik motor jalan jauh risau je pasal tayar motor bocor…

    Reply
  17. Dulu Lain Sekarang Lain says

    2nd July 2011 at 10:33 pm

    teringat zaman IPT ehhh.. Kawe pon guna tiubless gak.. Penting bila balik kampung jauh2 di highway.. Bila balik beg penuh dgn tools (pam, spray, plug, etc) . Kalau pancit, kawe spray jer.. lepas tu pam sikit… Sampai tu balik rumah.. 😀 Tapi kawe stuju lah yg main2 buang paku ni, bagus di pakunya tangan dia .. baru tau!

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2011 at 5:08 pm

      He..hee..licik mereka ini

      Reply
  18. tehr says

    2nd July 2011 at 10:19 pm

    kalau kumpulkan paku sepanjang lebuh raya
    agak2 boleh buat sebuah rumah tak, bro

    Reply
    • Dulu Lain Sekarang Lain says

      2nd July 2011 at 10:34 pm

      kurang2 pon pondok sure boleh siap punya 😀

      Reply
      • akubiomed says

        3rd July 2011 at 5:09 pm

        Lihat pada gambar peronda lebuhraya kumpul paku adalah didalam segengam. Kalau buat reban ayam lepaslah. 🙂

        Reply
  19. Ayieblog says

    2nd July 2011 at 9:21 pm

    Adeh. Apalah ambil kesempatan atas kesusahan orang lain. Boleh membahayakan nyawa pulak tu.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2011 at 5:10 pm

      Nak cari keuntungan cepat, nyawa belakang kira 🙁

      Reply
  20. touya says

    2nd July 2011 at 8:18 pm

    Ko nie taw-taw jer aku nak pakai Sport Rim …. kena berapa erk ? Untuk tayar depan dan belakang . AKu nak bajet

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2011 at 5:11 pm

      Bolehlah bajet didalam RM2++ untuk rim sport + tayar depan dan belakang

      Reply
  21. Kay Masingan says

    2nd July 2011 at 6:24 pm

    Bahaya kalau tayar pancit, lebih2 lagi kalau dalam keadaan laju..so kena extra careful la ni..harap2 tidak lagi berulang..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2011 at 5:13 pm

      Kalau Valentino Rossi sekali pun kecut perut hendak stabilkan motor pada kelajuan tinggi tiba-tiba tayar pancit

      Reply
  22. Chipcoklat says

    2nd July 2011 at 4:24 pm

    Ini semua angkara pencari rezki yang membuat service ganti tiub moto. runner tiub ni. diorg ni mendapt rezki daripada kesengsaraan orang lain. Hukumnya HARAM! duit hasil pendapatan tu.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2011 at 5:14 pm

      Tiub yang digantikan pun murah tapi caj tinggi 🙁

      Reply
  23. anif says

    2nd July 2011 at 12:22 pm

    Isu tayar pancit ni memang merupakan masalah besar bagi bikers! Kalau ia berlaku sekali sekala ok la.. Tetapi jika melibatkan unsur khianat memang boleh buat hati terbakar!

    Apa pun bagi yang mencari rezeki dengan cara kotor ini, sila berhenti berbuat demikian. Tak berkat rezeki beb!

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2011 at 2:48 pm

      Pernah sekali lebih dari seorang pembonceng mengalami tayar pancit pada jalanraya yang sama

      Reply
      • Dulu Lain Sekarang Lain says

        2nd July 2011 at 10:35 pm

        He he Anif dah bersuara…. 😀

        Reply
  24. sud says

    2nd July 2011 at 11:58 am

    apa pekdah yg dorang dapat kepuasan atas kesengsaraan orng lain….

    Reply
    • sud says

      2nd July 2011 at 11:59 am

      *orang

      Reply
      • akubiomed says

        2nd July 2011 at 2:49 pm

        Tayar pancit menyusahkan pembonceng motorsikal dan paling bahaya kalau motor hilang kestabilan

        Reply
  25. MDHAFiZ.NET says

    2nd July 2011 at 11:26 am

    best lah theme baru ni.. 🙂
    eheh… co-ba-an…tayar pancit.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2011 at 2:51 pm

      Terima kasih, banyak lagi hendak dipelajari theme ini kerana widgetnya sungguh banyak

      Reply
  26. syahrilhafiz says

    2nd July 2011 at 11:00 am

    moto yang risiko tinggi tu
    nasib naik kereta je..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2011 at 2:51 pm

      Pembonceng motorsikal adalah golongan berisiko tinggi terutama di Lembah Kelang

      Reply
  27. titan says

    2nd July 2011 at 9:40 am

    motor aku pakai yang tiubless tu la..senang..takut kes macam ni jadi la..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2011 at 2:52 pm

      Ramai pembonceng motosikal sudah mula mengunakan tayar tanpa tiub

      Reply
  28. LiFe KaMi says

    2nd July 2011 at 9:01 am

    rupanya masih ada lagi gejala yg menabur paku kat tgh jalan ni,
    member2 kami ada juga yg pernah tekena, baru je pancit 5 minit kejap je ada mamat yg bawa tiub spare mcm tau2 je ada org tayar nak pecah..pastu charge lebih..
    klu cara mcm tu cara nak kaut duit mmg tak aman hidup dia..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2011 at 2:53 pm

      Benar apa yang bro katakan. Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang

      Reply
  29. serol says

    2nd July 2011 at 8:47 am

    aku dah 3 tahun guna tayar tubeless n sportrim, tapi itu pun pernah pancit juga terkena paku 2 kali je. tapi boleh tampal balik dan kena cas dalam RM1 ke Rm2.

    Reply
  30. tengkorakemas says

    2nd July 2011 at 7:50 am

    itulah, kadang kesian dengan rakan yg terkena perbuatan mereka yg tidak bertanggungjawab..TE tak pernah kena, lagipun TZM tubeless..rasanya ada terbaca iman yg paling lemah apabila kita buang sesuatu yg menghalang laluan di jalan, jadi jika ada yg meletakkan sesuatu yg menghalang..bagaimana dgn imannya?

    Reply
  31. Norizwan says

    2nd July 2011 at 7:43 am

    aku pun masalah yang sama juga bro…dulu aku ikut highway dari Putrajaya ke shah alam pergi kerja, sekarang ikut jalan lain, biar jauh kereta banyak ciluk-ciluk….di highway memang kerap tayar pancit…tiba-tiba pula ada orang datang kata nak repair tayar…aku mula syak dia yang tabur paku tu…tapi tak pikir apa pun, dah terlambat pegi kerja…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2011 at 2:55 pm

      Kalau tayar dah pancit mahu tak mahu kena baiki juga walaupun cajnya mahal

      Reply
  32. Izwan says

    2nd July 2011 at 2:47 am

    sport rim atau biasa org ckp tubeless lambat pancit.. leh cover lagi la.. gambar 1st tu angle lawa.. ingatkan bro yg capture.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2011 at 2:57 pm

      Sempat lagi pergi bengkel motorsikal untuk tampal dan yang penting kalau tayar tertusuk objek tajam jangan buangkan dahulu.

      Reply
  33. Sabahan Bloggers Club says

    2nd July 2011 at 1:07 am

    Yang gambar berita harian tu, dia guna magnet ke pungut paku?

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2011 at 1:22 am

      Peronda lebuh raya jambatan Pulau Pinang mengunakan magnet membuat paku dilebuh raya.

      Reply
  34. Ekspresi Ruang says

    2nd July 2011 at 12:54 am

    tips yg berguna. buat smo, berhati2lah di jalanraya esp lebuhraya.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2011 at 1:23 am

      Kalau ada duit lebih digalakkan tukar kepada tayar tanpa tiub.

      Reply
  35. maza says

    2nd July 2011 at 12:51 am

    maza masih menggunakan tayar bertiub lagi..
    mahu tukar rim sukan rasa lambatttt lagi.. tunggu duit gugur kot.. ahaks.. hehehhee

    syukur maza tak pernah alami perkara sebegitu sejak sekian lama.. dulu2 masa naik RXZ pernah berlaku… tapi sempat jugalah berhenti di tepi jalan.. bahaya sehhh..

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2011 at 1:24 am

      Banyak juga belanja juga hendak tukar sport rim dan tayar satu set.

      Reply
  36. Rajdev says

    2nd July 2011 at 12:51 am

    Pernah terkena kat aku ,naseb tayar aku jenis yang besar tu ,lambat sikit nak kempis .Selalu kena time balik kerja.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2011 at 1:26 am

      Tayar besar lebih stabil berbanding tayar ‘sotong’ sangat kecil

      Reply
  37. faiz says

    2nd July 2011 at 12:08 am

    mmg bahaya kan..lagi2 kalo kena kat highway…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd July 2011 at 1:25 am

      Memang bahaya kalau tayar pancit tiba-tiba pada kenderaan kelajuan tinggi boleh mengundang kemalangan

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in