• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik

Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik

12th December 2018 by akubiomed 12 Comments

tuang clog remover ke dalam paip tersumbat

Paip sinki tersumbat

Paip sinki dapur tersumbat yang meresahkan.

Sudah beberapa kali situasi paip singki dapur tersubat. Ada yang mudah diselesaikan dan ada yang ambil masa berjam-jam nak selesaikan.

Cuka dan Soda bikarbonat untuk sinki tersumbat.

Isteri telefon beritahu sinki dapur tersumbat. Sudah cuba guna kombinasi cuka dan soda bikarbonat tetapi situasi sinki tersumbat makin teruk. Sudah curah air panas masih tiada perubahan.

Pernah guna cuka dan soda bikarbonat sebelum ini untuk selesaikan masalah sinki tersumbat dan hasilnya berjaya cuma kali ini tidak mujarab petua ini untuk melegakan paip tersumbat.

Balik dari pejabat saya guna cecair peluntur Chlorox untuk cairkan yang tersumbat malah hasilnya lebih teruk. Walaupun keluar bendalir-bendalir semasa masuk getah paip untuk buang bendalir tersumbat yang sudah mula tertanggal dari paip.

Tiada tanda-tanda air sinki tersumbat keluar ke saluran penakung. Air surut didalam paip sangat perlahan tetapi progress yang baik kerana paip getah boleh masuk sampai jauh ke dalam saluran paip sambil beri tekanan air.

Nampaknya masalahnya tersumbat kali ini lebih teruk dari sebelum ini. Sampaikan tengah malam mengerjakan paip sinki tersumbat dengan bantuan isteri dan anak-anak. Kami berhenti kerana masing-masing kepenatan mengalih barang-barang dan bersih air limpahan kotor.

Biarkan air surut serendah yang boleh untuk masuk bahan kimia Clog Remover dari kedai Hardware esok harinya.

Esok hari dapatkan Clog Remover dari kedai Hardware.

Saya kedai Hardware untuk beli Clog Remover merupakan asid pencair benda asing punca tersumbat. Penjual kedai Hardware mencadangkan Clog Remover jenama Jes Key Lion. Dikatakan Clog Remover ini mampu mencairkan dan menguraikan benda-benda yang tersumbat.

Clog Remover

Penjual memberi nasihat dan panduan cara mengendalikan Clog Remover ini kerana ia mengandungi bahan Toksik yang boleh mendatangkan kecederaan jika tidak dikendali dengan berhati-hati.

Hampir sebotol tuang Clog Remover masih tidak ada tanda-tanda masalah tersumbat berjaya diselesaikan. Sudah hampir-hampir putus asa.

Usaha terakhir dengan sumbat paip getah dalam paip sinki dan padat dengan kain supaya bila buka air tekanan tidak terpancut keluar. Usaha terakhir ini berhasil dengan beri tekanan air berjaya menolak bahan tersumbat keluar.

Jika mengharapkan graviti semata-mata tidak menjadi kerana benda asing tersumbat perlu melalui saluran paip yang panjang untuk sampai ke perangkap air sebelum ke saluran paip Indah Water.

Clog Remover ini berharga RM28.

[PERHATIAN] Semasa mengendalikan Clog Remover perlu pakai Sarung tangan dan Penutup hidung

1. Tuang sikit-sikit dan berhenti sebelum meneruskan kerana ada kemungkinan semasa asid Clog Remover bertindak akan menolak keluar dari paip dan mengeluarkan bau berasid yang bertoksik.

2. Jangan cuba menghidu asap yang keluar dan menyentuh cecair Clog Remover yang sememangnya bahaya bila terkena pada kulit boleh melecur dan rasa lemas bila dihidu. Semasa cecair Clog Remover berada didalam batang paip akan beri kesan panas kerana tindak balas kimia.

3. Pastikan pengudaraan baik dan tiada anak kecil berhampiran kerana pengendalian Clog Remover perlu berhati-hati dan perhatian keselamatan. Tuang sikit-sikit untuk biarkan tindak balas 10 – 15 minit sebelum sambung tuang Clog Remover.

Pengunaan Clog Remover adalah pilihan terakhir selepas guna cuka dan soda borkabonat tidak berjaya. Macam kes saya, paip sinki hampir sebotol Clog Remover digunakan. Keberkesanan dan jumlah pengunaan Clog Remover bergantung keterukan masalah yang dihadapi.

Video selesaikan masalah paip sinki tersumbat.

 

Tukar paip fleksibel untuk singki dapur

Paip Fleksibel yang baru dipasang

Paip asal susah untuk melakukan pembersihan

Tujuan menukar paip sinki kepada paip fleksibel untuk memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan pada masa hadapan.

[PENAFIAN] Saya tidak bertanggunjawab atas apa perkara yang terjadi dari perkongsian ini adalah atas risiko diatas diri sendiri.

Sila tekan butang kongsi:

  • Garment steamer Salav membuatkan menggosok baju tidak lagi membosankan
  • Projek DIY rak simpan hos paip dari paip PVC
  • Servis karburator mesin rumput sandang

Filed Under: blog, diy Tagged With: clog remover, paip sinki tersumbat, sinki tersumbat

Reader Interactions

Comments

  1. ciktom says

    30th July 2020 at 9:53 am

    masa pkp aritu tersumbat…macam2 versi remover dah cuba..xjalan..sbb sumbat kat paip bwh tanah…last2 panggil plumber jugakk…huhu

    Reply
  2. akmal says

    8th February 2019 at 2:40 pm

    kalau letak air,bendasing dgn air di dalam tak terpancut keluar ke?saya dah macam macam buat ,cuma cara ini belum lagi

    Reply
    • akubiomed says

      8th February 2019 at 7:55 pm

      Perlu cairkan benda asing yang punca tersumbat. Saya masukkan paip kemudian sumbat kain keliling paip untuk beri tekanan dan benda asing tak keluar balik.

      Reply
  3. Zurainny Ismail says

    10th January 2019 at 11:28 am

    Kami pun ada mslh ni – guna soda bokarbonat + cuka & Mr Muscle pun x berkesan. Nampaknya kena cari Clog Remover Jes Key Lion jg. Kalau panggil Mr Plumber, sgt mahal, & silap2 dorang rekomen mcm2 benda lain pulak.

    Reply
  4. akubiomed says

    5th January 2019 at 7:58 pm

    Kadang-kadang gambar dan penerangan tidak mencukupi. Bila ada perbuatan didalam bentuk video visual semoga mudah difahami.

    Reply
  5. Xplorasi Destinasi says

    1st January 2019 at 11:15 pm

    Menarik jugak penggunaan paip fleksibel tu.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd January 2019 at 1:51 pm

      Guna paip fleksible ini sebab senang selenggara dan harganya pun murah boleh beli dari MrDiy.

      Reply
  6. Novelblogger says

    25th December 2018 at 7:07 pm

    Pakai paip fleksibel lagi senang rupanya. Nanti nak carilah. Berapa harga paip fleksibel tu? Senang tak nak pasang sendiri?

    Reply
    • akubiomed says

      25th December 2018 at 10:11 pm

      Boleh dapat murah dari kedai MrDIY. Mudah pasang.

      Reply
  7. Mus says

    20th December 2018 at 9:35 am

    memang apa saja yang tersumbat kat rumah akan menyebabkan keadaan di rumah tak selasa. kena buat sendiri atau upah orang. saya lebih suka buat sendiri dahulu

    Reply
    • akubiomed says

      20th December 2018 at 4:28 pm

      Selagi boleh ikhtiar akan berusaha sampai berjaya.

      Reply
  8. baretta79 says

    15th December 2018 at 10:19 pm

    Nasib ada video sekali.. senang nak buat nanti

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Servis karburator mesin rumput sandang
  • Asas kegunaan baja berdasarkan warna baja untuk newbie

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in