Sambutan Hari Raya bersama rakan sepejabat.
Semalam kelab kebajikan tempat kerja saya telah menganjur sambutan Hari Raya untuk kakitangan.
Sambutan Hari Raya serba sederhana tetapi meriah.
Sambutan Hari Raya yang serba sederhana tetap meriah dengan menu raya, pertandingan pakaian Raya tercantik untuk lelaki dan perempuan dan sambutan hari lahir.
Ingin saya kongsi sedikit beberapa bingkisan melalui gambar-gambar sempena sambutan Hari Raya di pejabat semalam.
Prop lemang ketupat sudah sinonim mengambarkan suasana Hari Raya.
Door gift untuk kakitangan yang hadir
Lokasi photo booth juga disediakan.
Nama-nama menu Raya yang eksotik.
Penghargaan kepada tim kebajikan yang membuat deko, menguruskan perjalanan majlis sambutan Hari Raya.
Rakan sekerja yang menghadiri majlis sambutan Hari Raya.
Sedap dan lazat menu yang disediakan..
hidangan lazat n nama menu yg kretif…
bikin terliur nak makan…best bangat
Salah satu tarikan dengan meletakkan nama menu yang glamour. 🙂
semuanya nampak sedap..
Memang sedap sampaikan habis. 🙂
wah, siap ada photo both bagai. nama menu tak menahannya…
Tersenyum membaca nama menu-menu Raya yang glamour. 🙂
meriah…nama menu pun best…hehe…
Nama menu meriah. 🙂
meriah dan penuh warna warni
selamat hari raya untuk semua
Kredit perlu diberikan kepada ahli jawatankuasa yang memberikan sentuhan kreatif.
Tiap menu ada nama yang tersendiri.. boleh cuba ni untuk open house ai tahun depan.. hehehe..
Kena fikir nama tajuk drama dan filem Melayu yang popular. 🙂
peh sudah makan tapau bawak balik..seminggu belum habis kalau tak makan
Alhamdulillah lauk Raya mengcukupi dan tidak ada pembaziran.
meriah dan nama-nama makanan tue comey ikut nama drama…haha..
Sambutan Hari raya pada hujung-hujung Syawal rasanya lebih meriah dan menyeronokkan
Kebiasaan memang macam tuh. 🙂
wah..meriahnya makanan…best betul…
Tak sangka nama tajuk drama dan filem Melayu dijadikan nama menu Raya menjadi glamour. 🙂
Best tengok acara sambutan hari raya di ofis..meriah
Memang meriah selain sambutan Hari Raya, ada sambutan Hari Lahir dan pertandingan baju Raya tercantik untuk lelaki dan wanita.