• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN

Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN

11th January 2022 by akubiomed 15 Comments

Mati Setem Hasil dokumen perjanjian belajar di LHDN.

Saya ingin berkongsi pengalaman mati Setem Hasil dokumen perjanjian belajar di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebutan yang biasa orang awam guna adalah mati Setem Hasil atau perkataan sebenar adalah ‘Penyeteman’ dari LHDN.

Beli Setem Hasil atau Sijil Setem?

Setem Hasil

Ada dua pilihan sebelum membuat proses mati setem. Boleh beli Setem Hasil di mana-mana pejabat POS Malaysia. Ikut arahan pemberi pinjaman untuk nilai Setem Hasil. Setem hasil tersebut perlu ditampal pada muka surat hadapan pada sudut sebelah kanan atas pada dokumen perjanjian.

Cara satu lagi tanpa beli Setem Hasil tetapi terus buat sijil setem di pejabat LHDN. Pilihan diatas tangan masing-masing samada nak beli Setem Hasil dan kemudian bawa ke LHDN untuk matikan Setem Hasil atau mendapatkan Sijil Setem di LHDN.

Saya memilih Sijil Setem di LHDN kerana lebih mudah dan tidak perlu buat kerja dua kali dengan pergi beli Setem Hasil di pejabat POS Malaysia. Kemudian ke LHDN untuk mati Setem Hasil pada dokumen.

Kalau ditanya samada akan dikenakan caj mati Setem Hasil yang ditampal pada dokumen perjanjian di LHDN? Saya memang tidak tahu. Apa yang bakal akan saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya mendapatkan Sijil Setem.

Saya telah walk-in ke LHDN dan seperti biasa perlu patuhi SOP Covid 19 seperti mengimbas kod QR My Sejahtera dan suhu badan. Mereka yang lengkap suntikan dua dos vaksin dibenarkan masuk ke dalam premis dan ambil no giliran.

Permohonan mati Setem Hasil perjanjian perlu daftar ke dalam sistem STAMPS.

Sekarang ini LHDN telah memperkenalkan tatacara baru untuk mati Setem Hasil. Tidak boleh teruskan mati Setem Hasil tetapi perlu mengisi secara online permohonan untuk mati Setem Hasil mengunakan sistem Stamp Assessment And Payment System (STAMPS).

Sistem STAMPS

Saya sendiri agak terkejut kerana sebelum ini urusan mati Setem Hasil tanpa perlu membuat permohonan terlebih dahulu dan ini adalah pembaharuan diperkenalkan oleh pihak LHDN dengan memperkenalkan pengunaan sistem STAMPS.

Jangan risau kalau tak tahu nak guna sistem STAMPS ini akan dibantu oleh petugas LHDN yang ditugas untuk bantu orang awam mengunakan sistem STAMPS ini. Ada beberapa PC disediakan untuk akses sistem STAMPS. Petugas LHDN akan bantu beri tunjuk ajar buka akaun pertama kali sebagai Pengguna baharu dan kata laluan untuk akses sistem STAMPS ini dan butiran seterusnya.

Maaf saya sendiri tak ingat stepsnya kerana dibantu oleh petugas LHDN yang banyak membantu semasa mengisi maklumat yang diperlukan. Urusan perjanjian perlu didaftarkan ke dalam sistem STAMPS ini. Kita akan mendapat no rujukan dan perlu isi ke dalam borang untuk proses pembayaran di kaunter hasil.

Kita perlu menunggu panggilan no giliran untuk penyerahan dokumen perjanjian di kaunter hasil dan buat pembayaran. Macam saya menyerahkan tiga dokumen perjanjian dan setiap satu kos sijil Setem Hasil adalah RM10. Jumlah keseluruhan adalah RM30 untuk tiga dokumen perjanjian. Sijil Setem akan diserahkan mengikut jumlah dokumen.

Waktu urusan mati Setem Hasil.

Waktu urusan mati Setem Hasil bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengahari sahaja. Jadi perlu rancang ke pejabat LHDN untuk berurusan. Klik link ini untuk jadual waktu urusan LHDN mengikut negeri.

Semoga panduan ini dapat membantu kalian.

Sila tekan butang kongsi:

  • Cara pendaftaran tahun 1
  • Buat projek dalam gelap
  • Outing solo dengan kamera DSLR di Jonker Walk 2

Filed Under: blog Tagged With: mati setem hasil, mati setem hasil lhdn, mati setem hasil perjanjian, setem hasil perjanjian, sijil setem hasil

Reader Interactions

Comments

  1. shahiza says

    24th January 2023 at 5:16 pm

    kalau sy nak mohon sijil setem utk surat kontrak sy dan kawan2 sy..n sy sebagai wakil..perlu isi melalui app STAMPS n sy kena select options yg mana ye..boleh bantu sy en.

    Reply
    • akubiomed says

      24th January 2023 at 6:33 pm

      Maaf, tempoh hari saya walkin sahaja ke LHDN dan minta bantuan petugas LHDN guide untuk isi borang permohonan aplikasi STAMPS di LHDN.

      Reply
  2. shahiza says

    24th January 2023 at 5:12 pm

    kalau sy nak mohon sijil setem utk surat kontrak kerja sy dan kawan2 n sy sebagai wakil..dkt apps STAMPS tu sy nak kena select apa ye..boleh guide sy en.

    Reply
  3. NORLAILA MOHD HUSIN says

    13th January 2023 at 12:21 pm

    Boleh ke urusan mati stamp dibuat oleh orang lain atau penama yang perlu buat sendiri.

    Reply
    • akubiomed says

      16th January 2023 at 5:32 pm

      Untuk urusan mati stamp atas perjanjian pengajian nama anak saya dan saya yang buatkan untuk mati setem. Saya rasa tidak ada masalah.

      Reply
  4. hiii says

    12th January 2023 at 4:03 pm

    kalau setem hasil yang dy nak rm10 tapi saya beli 2 setem yg berharga rm5 boleh ke?

    Reply
    • akubiomed says

      12th January 2023 at 4:33 pm

      Boleh, tiada masalah asalkan jumlahnya cukup.

      Reply
  5. NURSHUHADAH BINTI SHAFIEE says

    29th December 2022 at 5:43 pm

    Assalammualaikum nak tanya , saya punya ladang sewa bulanan RM2000 (kontrak 2 tahun). kalau buat pengiraan untuk duty stamp akan jadi RM172.80. Soalan saya , mengapa saya perlu bayar RM174.00 kepada LHDN ? RM1.20 itu kira caj atau macam mana ? Minta tunjuk ajar dan penjelasan.

    Reply
    • akubiomed says

      30th December 2022 at 9:21 am

      Walaikusalam, Maaf saya tidak pasti caj tambahan yang dikenakan untuk tujuan apa.

      Reply
  6. Nadia says

    21st November 2022 at 10:29 am

    Untuk setem hasil dan mati setem boleh dibuat di pejabat pos tak?

    Reply
    • akubiomed says

      21st November 2022 at 10:55 am

      Pejabat POS tidak menyediakan perkhidmatan mati setem sebab itu saya prefer buat terus di LHDN sekali harung lebih mudah seperti yang kongsi pengalaman dalam posting blog ini. Nak elak dua kali kerja.

      Reply
  7. AD says

    17th October 2022 at 2:40 pm

    bang, untuk ptptn, kalau kita mohon sijil setem terus boleh kan? so tak perlu la beli setem kat pos malaysia kn?

    Reply
    • akubiomed says

      17th October 2022 at 3:03 pm

      Betul, Kalau beli Setem Hasil perlu tampal pada surat perjanjian. Boleh direct ke LHDN untuk dapat sijil setem hasil tanpa beli setem hasil.

      Reply
  8. KlinikMinda says

    12th January 2022 at 9:21 pm

    Ohh..sekarang kena buat permohonan pulak. Dulu boleh terus pergi ke kaunter je.

    Reply
    • akubiomed says

      12th January 2022 at 9:53 pm

      Ya, dahulu boleh terus ke kaunter. Sekarang perlu daftar permohonan ke dalam sistem STAMPS.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Servis karburator mesin rumput sandang
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in