• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

4th August 2020 by akubiomed Leave a Comment

voltage regulator motorsikal

Masalah motorsikal bateri tidak masuk cas.

Motorsikal Modenas Kriss saya sudah berusia dan dari sejak beli tidak pernah tukar Voltage Regulator. Fungsi Voltage Regulator ini sebagai pengecas bateri semasa enjin motor hidup. Motorsikal saya ini mempunyai suis pengidup enjin yang perlu kuasa bateri untuk hidupkan enjin.

Cara mengenal pasti simptom bateri lemah dan tidak masuk cas.

Jika motorsikal mempunyai suis pengidup hidup enjin tetapi tak mampu hidupkan enjin kerana untuk hidupkan enjin perlukan kuasa bateri yang kuat. Motorsikal boleh dihidupkan dengan penghidup kaki kaki tetapi lampu hadapan,  lampu signal dan lampu brek malap kerana bekalan kuasa tidak cukup kuat.

Motorsikal boleh bergerak cumanya bekalan kuasa untuk komponen yang memerlukan kuasa elektrik tidak mencukupi.

Ada banyak sebab bateri lemah dan tidak masuk cas. Kita boleh mencari punca dengan perkara yang mudah dengan mengikuti senarai mengikut turutan dibawah:-

  1. Fius – mungkin sudah terputus.
  2. Bateri – sudah sampai jangka hayat sekitar 2 tahun.
  3. Voltage Regulator – boleh periksa voltan semasa hidupkan enjin.

Multimeter adalah peralatan yang berguna untuk memudahkan kerja mengenal pasti masalah kerana mempunyai bacaan voltan untuk memeriksa arus pengecas dan kuasa bateri. Manakala bacaan continuity yang ada pada multimeter untuk memeriksa fius.

1. Fius.

Jika mempunyai Multimeter boleh periksa sambungan fius dalam keadaan baik atau tidak. Cara lain ada lihat sambungan fius dengan pandangan mata kasar atau tukar sahaja dengan fius baru

2. Bateri.

Nak periksa bateri memerlukan Multimeter dan bacaan voltan pada bateri tidak boleh dibaca tanpa Multimeter. Bacaan voltan bateri yang baik sekitar 12.5V. Jika bacaan bawah 12V sebagai contoh 11.5V tanda bateri sudah lemah.

3. Voltage Regulator.

Multimeter diperlukan untuk memeriksa samada Voltage regulator boleh mengecas bateri atau tidak. Enjin motor perlu dihidupkan terlebih dahulu. Guna Multimeter untuk ambil bacaan voltan pada bateri yang baik sekitar 13V hingga 14.1V. Bacaan voltan akan naik apabila pulas minyak. Voltan semasa mengecas perlu lebih tinggi dari voltan bateri.

Uji dengan Voltage Regulator baru jika tidak mempunyai Multimeter. Cuba pulas minyak untuk melihat lampu hadapan dan lampu brek terang.

Voltage Regulator berfungsi untuk sebagai pengecas bateri

Video DIY penukaran Voltage Regulator untuk motorsikal Modenas Kriss.

  • Sesekali selanggara sendiri motorsikal Kriss 110 Modenas
  • Gara – gara merempit cukai jalan RM20
  • Portable Jump Starter Penyelamat Bateri Kereta Lemah

Filed Under: blog, diy Tagged With: kriss, modenas, modenas kriss, motorcycle voltage rectifier, motorcycle voltage regulator

Reader Interactions

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in