• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / review / Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas

Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas

1st September 2018 by akubiomed 18 Comments

Air Cooler 20 Liter Mind mudah alih dan jimat tenaga elektrik

Air Cooler 20 Liter Mind

Air Cooler dapat menurunkan suhu bilik.

Sekarang musim panas tentu tidak berasa selesa sebab badan rasa melekit dan berpeluh. Pasang kipas pun tidak rasa angin sebab angin kipas juga terasa panas. Alternatif boleh guna untuk turun suhu bilik walaupun tidak sebaik Penghawa dingin tetapi jimat dari segi pengunaan tenaga elektrik.

Air Cooler 20 Liter jenama MIND menjadi pilihan.

Saya berkira-kira nak pasang Penghawa dingin atau Air Cooler? Mana tidaknya dari segi harga kos perbandingan antara Penghawa dingin dan Air Cooler besar perbezaan. Setelah melihat kemampuan poket diri sendiri dengan mengambil Air Cooler.

 

Cabaran hendak memilih Air Cooler.

Jangan terkejut ada Air Cooler yang boleh menjangkau ribuan Ringgit untuk yang jenis kegunaan komersial dan heavy duty. Pemilihan Air Cooler boleh dilihat dari segi keluasan ruang untuk Air Cooler berfungsi dengan baik dan kapasiti tangki air.

Agak mengecewakan ada Air Cooler tidak mempunyai maklumat yang diperlukan terutama keluasan ruang penyejukan. Saya beranggapan Air Cooler berkapasiti tangki 20 Liter adalah sesuai untuk ruang bilik bujang atau diruang tetamu boleh dijadikan Air Cooler peribadi.

 

Ciri-ciri yang ada pada Air Cooler MIND.

  1. Mempunyai 2 ruang iaitu Unit utama dan tangki 20 Liter.
  2. Kuasa tenaga 80W.

 

Saya mengujikan fungsi Air Cooler 20 Liter MIND dengan mengunakan tolok suhu Infra Red untuk dapatkan bacaan suhu bilik sebelum dan selepas mengunakann Air Cooler ini,

 

bacaan suhu bilik sebelum ON Air Cooler

bacaan suhu bilik selepas ON Air Cooler.

Penapis Air Cooler

Penapis Honey Comb bertindak menyejuk udara panas yang melaluinya.

Tanki 20 Liter Air Cooler MIND

Boleh tambah Ice Box untuk turunkan suhu.

Panel Air Cooler MIND

Kesimpulan selepas pengunaan MIND Air Cooler.

Bagi memastikan Air Cooler berfungsi dengan optimum adalah membuat pemilihan Air Cooler berdasarkan keluasan ruang yang membolehkan Air Cooler berfungsi ditahap optimum. Kapasiti tangki untuk mengisi air dan besar kapasiti Liter mengurangkan kekerapan untuk menambah air ke dalam tangki.

Nak simpan MIND Air Cooler ini mudah kerana Unit Utama apabila sudah kering boleh diterbalikkan muat untuk masuk ke dalam tangki 20 Liter. Tidak memerlukan ruang besar untuk penyimpanan dan boleh bawa masuk ke dalam bonet kereta.

Klik link untuk dapatkan MIND Air Cooler

 

Video iklan MIND Air Cooler

  • Projek hujung minggu DIY bersih air duct Proton Gen2
  • Produk Mitsubishi Electric esok lebih hijau dengan ecoChanges
  • Ilmu berguna di seminar produk Mitsubishi Electric
Summary
Reviewer
Azrin
Review Date
2018-09-01
Reviewed Item
MIND Air Cooler
Author Rating
3

Filed Under: review Tagged With: air cooler murah, harga mind air cooler, mind air cooler review

Reader Interactions

Comments

  1. Sito says

    19th April 2020 at 4:01 pm

    Camane nk hantar repair ni..da rosak..baru pakai x smpai setahun

    Reply
    • akubiomed says

      24th April 2020 at 4:52 pm

      Puan boleh hubungi Service Center untuk bantuan. Syukur alhamdulillah. Saya tidak ada masalah.

      Reply
  2. ameer says

    17th April 2020 at 4:45 pm

    ok x brand ni? ak tgh survey nk pakai air cooler ke portable air cond

    Reply
    • akubiomed says

      17th April 2020 at 11:52 pm

      Jenama yang okay. Jangan samakan dengan Air Cooler dengan Aircond. Sudah tentu Aircond boleh sejuk. Nak berjimat mengunakan Aircond. Saya sarankan set Dry Mode.

      Reply
  3. Khai says

    19th February 2020 at 11:45 pm

    Berapa hrga ni

    Reply
    • akubiomed says

      26th February 2020 at 11:59 pm

      Harga sekitar RM2++ tetapi model ini sudah dihenti pengilangan dan diganti dengan model baru.

      Reply
  4. Zaiem Othman says

    19th September 2018 at 5:15 am

    Aku pernah beli kira kira 10 tahun lepas. saiz hampir sama besar.
    kalau nak sejuk kena tambah ais ketul.
    tapi tak efficient sebab ais akan cepat cair dalam cuaca panas.
    bukaan udara kecil, tak sesuai untuk tiup kawasan besar.

    Reply
  5. Ummi Hanie says

    14th September 2018 at 3:58 pm

    kami pun tengah fikir nak beli satu air cooler utk kawasan yg tak diliputi aircond

    Reply
    • akubiomed says

      14th September 2018 at 8:40 pm

      Sebelum beli Air Cooler dengan buat survey untuk dapatkan maklumat keluasan kawasan untuk Air Cooler berfungsi secara optimum.

      Reply
  6. wanzawawi says

    8th September 2018 at 12:29 pm

    Bagus juga kalau ada air coller macam ni

    Reply
    • akubiomed says

      8th September 2018 at 8:29 pm

      Air Cooler boleh turun suhu panas walaupun tidak boleh tandingi Penghawa dingin. Dari segi pengunaan tenaga Air Cooler lebih jimat berbanding Penghawa Dingin.

      Reply
  7. Suriya Majid says

    5th September 2018 at 1:33 am

    Pernah juga beli satu air cooler, tapi macam tak berapa sejuk pula. Mungkin jenamanya tak berapa bagus.

    Reply
    • akubiomed says

      5th September 2018 at 5:27 pm

      Air Cooler tidak boleh tandingi penghawa dingin tetapu boleh turun suhu didalam 2-3 darjah.

      Masa pemilihan Air Cooler perlu perhatikan keluasan kawasan Air Cooler boleh beroperasi secara Optimum.

      Reply
  8. Hairul HIssam says

    4th September 2018 at 2:22 am

    saya pun ada air cooler brand sharp.. nampak menu2 nya tak jauh berbeza…
    tapi dah jarang buka. mungkin keluasan rumah tak padan dgn kemampuan air cooler tu..

    Reply
  9. ahmadyani says

    2nd September 2018 at 6:32 pm

    Salah satu kelebihannya ia mudah alih. Kalau letak aircond dinding, rugilah kalau bilik tu tak ada orang guna.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2018 at 10:57 pm

      Ya, Air Cooler ada kekurangan dan kelebihan. Setuju mudah alih.

      Reply
  10. Ksjb @ kerjasendirijb says

    2nd September 2018 at 11:12 am

    Kat kampung ada air cooler tapi bukan jenama Mind. Saya rasa kipas meja lagi sejuk. Mungkin air cooler Mind lebih baik?

    Reply
    • akubiomed says

      2nd September 2018 at 11:03 pm

      Macam saya tulis Air Cooler tidak ada kelebihan dan kekurangan. Keluasan untuk Air Cooler berfungsi ditahap Optima. Kipas akan berasa panas jika kitar udara panas.

      Cara Air Cooler berfungis adalah menyedut udara panas dan sejuk udara panas ketika melalui penapis Honey Comb yang dibasahi air.

      Saya ambil bacaan suhu motor kipas syiling mengunakan Termometer Digital Infra Red memberi bacaan sekitar 42°C

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in