Perasaan pertama kali menjadi Babah 9 tahun yang lalu.
Baru-baru ini pasangan Mawi dan Ekin telah dikurniakan bayi perempuan setelah 3 tahun menunggu. Apabila melihat bayi perempuan pasangan ini yang diberi nama Cahaya Malika sayu mata saya menatap gambar bayi yang comel ini. Mungkin ia adalah perasaan normal terdetik seorang Babah.
Apabila membaca blogger AriffShah membicara tajuk “Anak Ekpress” yang membincangkan perlukah pasangan muda merancang zuriat atau tidak? Macam-macam reaksi komen yang diberikan oleh pembaca mengenainya. Ada hadis tentang apabila roh ditiupkan ke dalam rahim, setiap anak Adam telah tertulis 4 perkara-umurnya, rezekinya, ajal mautnya dan bahagiakah atau celaka!. Nabi Muhammad SAW menyukai umatnya yang ramai. Cukuplah saya tidak mahu membicarakan hal ini dengan panjang lebar samada perlu merancang zuriat atau tidak kerana nas-nas hadis sudah cukup jelas.
Perasaan pertama terbit melihat zuriat sendiri.
Seperti mana-mana bapa pasangan muda lain, ketika menyambut anak sulung tentulah timbul perasaan bercampur baur dan perasaan gembira yang tidak terhingga . Secara tidak langsung mendapat gelaran “Babah” secara automatis. Kita akan menjaga anak ini yang ibarat kain putih sebaik mungkin “bagai menatang minyak yang penuh”.
Semuanya seperti kembali belajar semula dengan segala-segala perlu bermula dari kosong untuk belajar bahasa merenggek, menyalin lampin, mandi, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan sembutan pertama. Saya rasa semua bersetuju dengan pengalaman yang dialami.
Babah merasa gusar apabila anak jatuh sakit.
Apa bila anak jatuh sakit kita merasa gusar dan bimbang kerana anak kecil tidak mampu membicara kesakitan yang dialami. Cepat-cepat kita membawa anak ke klinik untuk mendapat rawatan. Begitu sayang kita curah akan kepada zuriat kita.
Nasihat kepada bapa-bapa muda kecapi peluang mendampingi anak mereka kerana ia adalah peluang sekali didalam hidup dan jika terlepas masa tersebut tidak lagi boleh putar kebelakang.
Jangan lupa kongsi pengalaman pertama menyambut anak diruang komen.
p/s: Jadilah Babah terbaik untuk anak.
Hehe..teringat akan kisah waktu sy bergelar ayah…anak kena sakit kuning dan dimasukkan ke wad, memang hati tak tenteram..smp basuh baju anak pun boleh mengalirkan air mata bila memikirkan nasib anak yang terpaksa duduk di bawah sinaran lampu dengan pakai lampin jer…adoiii..terharu giler..haha
Saya akan menjadi bapa pada bulan 10 nanti..
Hehehehe
indah bila ibubapa dpt chaya mata…syang anak tuh bagaikan..sekor nyamuk pon x bg hinggap kt anak..
tp Miss Amy hairan bila ad sesetengah anak yg mula tingkt dewasa..tak boleyh syang ibubapa mcm mane ibubapa syang mereka ketika kecil…
macam tak percaya bila melihat Ladfe Ali Ridha dilahirkan ke dunia . keluar dari perut ibunya dgn mata yg terbeliak.
tak lupa juga bila wife gembira sambil menyebut jantinanya bila ditanya nurse
hehehehe seronok eh..lupa sakit
mesti ayah saya pun suka masa sambut kelahiran saya dulu.
memang gelabah dapat anak pertama.. tak ada pengalaman.
nasib baik isteri bersalin di kampung.. ada juga mak ayah tolong bagi nasihat
perasaan masa mula-mula menjadi ayah memang tersangat-sangat gembira. anak sulung aku kembar. ister aku terpaksa ceaser tak cukup bulan sebab darah tinggi pas elok-elok pesawat landing di K. Kinabalu..masa tu memang sangat2 cemas..apapun, memang tersangat gembira bila dah tengok zuriat kita
Dibenarkan juga menaiki kapal terbang walaupun sudah sarat mengandung. Kalau saya pun menjadi tidak tentu arah. Syukur semuanya selamat dan dikurniakan bayi kembar. Seronok saya dan isteri jika dikurniakan bayi kembar. 🙂
masa tu baru 32 minggu. Airasia boleh sehingga 33 minggu. anak saya lahir 1.4kg dan 1.9 kg..memang ringan sangat. panjang sikit dari tapak tangan saya aje
panjangnya komen ,
saya share perasaan pertama kali menjadi ibu ..
dapat anak tk dirancang , kawin dan sebulan berikutnya dapat keputusan mengandung . perkara pertama yang terlintas adalah ..
mampukah jd ibu di usia muda (20 tahun)
mampukah memberi makan , pakai tempat tinggal sesempurna mungkin , sebab muda , baru nak bina kerjaya.
kemudian anak lahir ..
semua pertanyaan terjawab ..
setiap anak ada rezekinya..
Lahirnya seorang anak , setiapkali itu lah kerjaya berkembang.
Lahirnya seorang anak , setiapkali itu lah ayah naik pangkat .
Tuhan dah tetapkan semua untuk kita.
Jangan menyesal melahirkan anak , jangan ragu2 untuk lahirkan anak. tk perlu susah2 nak racang sangat kot
Apa yang diceritakan oleh Puan Bee memang benar belaka. Begitu pengalaman yang dialami walaupun runsing kewangan keluarga untuk membesarkan anak. Alhamdulillah rezeki anak tidak putus.
anak itu ibarat kain putih terpulang pada kedua ibu bapa nak mencorak anak, bila Allah dah kurniakan anak haruslah kita hargai dan tak lupa amanah..yang tidak ada rezeki walau bertahun berkahwin nak sangat anak
Amanah yang berat perlu dipukul oleh ibubapa untuk membentuk anak yang beramal soleh.
sudah tentu perasaan amat tdk terkata apabila melihat hasil zuriat sendiri, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ketika itu…;)
Saya cukup terharu apabila menatap setiap wajah anak ketika mereka nyenyak tidur adik beradik. Agaknya begitulah bapa kita melihat ketika kita tidur sewaktu kecil.
pengalaman jadi ayah kali pertama memang tak boleh lupa.. masa tu terpaksa bermalam di kereta depan hospital sebab jarak hospital dan rumah agak jauh.. perasaan risau dan teruja datang silih berganti..
Saya tidak dapat bayangkan perjalanan yang perlu ditempuhi oleh bro untuk menghantar isteri sakit bersalin di hospital.
memang susah masa tu bro.. tambahan masa tu adalah pengalaman pertama.. apapun syukurlah.. pengalaman ni lah yang memudahkan kita untuk perkara yang sama berikutnya
perasaan yang memang tak boleh digambarkan. rasa tak percaya dan suka yang sangat melampau 🙂
Untung yer kaum Hawa kerana memberikan zuriat kepada anak Adam.
perasaan yg tak dpt nk diungkapkan…
Ada kemungkinan dapat zuriat ketika negara Perancis? 🙂
jadila babah yg baik…
Insyallah, moga-moga dimakbulkan Allah SWT. 🙂
Saya pula..macam blur blur masa pertama kali pregnant dan melahirkan. Blur tapi happy dan bersyukur sangat sebab terpilih mendapat semua tu diusia muda 🙂
Syukur ibu muda yang dapat zuriat di usia muda. Nanti anak sudah besar nanti ingat kakak dan adik. 🙂
Pertama kali melihat anak dilahirkan…kalo boleh tak nak titis air mata depan org ramai…tapi tak tahan teruja sangat akhirnya membasahi pipi juga huhu….alhamdulillah anak saya sudah setahun sebulan sekarang….
Ini mesti cari mana tembok menangis disebalik tembok. 🙂
Kenapa bila dah ada hubungan yg halal tak nak anak cepat.. Padahal pengalaman tu satu nikmat yg tak tergambar dengan kata2… Husband dulu, siap menitiskan air mata bila anak selamat dilahirkan depan mata dia sendiri… InsyaAllah, awal bulan 10 akan alami pengalaman tu lagi… Harap semua akan dipermudahkan….
Tanniahlah bakal menimang cahaya mata lagi. Apa yang saya pernah alami setiap anak dari mula dikandung hinggalah bersalin tidak akan sama pengalamannya. Tentu terharu bila suami menitis air mata kejantanannya.
indah sungguh kan perasaan tu.. tp saya takdapat lagi meraasa pengalaman tu..hehe
Apa lagi bila sudah berkerjaya bolehlah merancang untuk berumahtangga.
Dalam dunia tak semua orang mempunyai perasaan sama. Ada babah yang penyayang, ada babah yang benci akan anak kandungnya sendiri dan ada juga babah yang makan anaknya sendiri. Jika kita benar2 menghayati Islam, melakukan apa yang disuruh, meninggalkan apa yg dilarang…rasanya kita pasti akan menjadi babah yang bakal menjadi contoh kepada zuriat kita sendiri…insyaallah.
Kita mengharap menjadi bapa yang terbaik untuk anak-anak. 🙂
Uish macam-macam ada
saya tiada pengalaman lagi, hehe
Nanti sudah berumah tangga akan melalui pengalaman yang manis ini. 🙂
susah juga nak beri pendapat sebab belum kahwin lagi…tapi bagi saya anak adalah pelengkap jadi jika saya berkahwin maka zuriat itu adalah pelengkap hidup berumahtangga…ramaikan umat nabi Mjuhammad saw
Wanita yang melahirkan anak ibarat kiamat kecil bagi mereka.
untung jadi wanita…
teringat lagi hampir 12 jam menunggu isteri di dewan bersalin di hari pertama ramadhan 2008..dalam hati sentiasa berdoa tak putus2 agar dipermudahkan segala urusan..bila dikhabarkan isteri perlu lakukan pembedahan, hampir sejam jugak terasa kecut perut menantikan keputusan kelahiran..
bila tengok isteri je yang disorong keluar dari dewan bersalin, hati terdetik risau dimana pulak anaknya..ikut kata nurse, doktor nak pantau sekejap dulu anak tu..masa tu pulak dah terbelah bagi nak tunggu anak atau temankan ibunya..
sayu + terharu melihatkan isteri yang kelihatan lemah tak berdaya setelah proses kelahiran tu..
bangga + gembira kali pertama melihatkan zuriat sendiri di depan mata..
insyaAllah bulan depan akan melalui lagi pengalaman camni..mungkin berbeza kot..
p/s : dah macam entri pulak komen ni..hehehe..tapi memang best bila secara rasminya menyertai ‘kelab bapa bapa 1Malaysia’ ni..
Sudah tentu kita bimbangkan situasi si ibu dan anak. Masih lagi saya ingat pengalaman melihat isteri diusung keluar dari Dewan Pembedahan dengan anak yang baru lahir didalam keadaan berbedung dihujung kaki isteri. Lega rasanya apabila kedua-duanya didalam keadaan selamat.
Seronoknya pengalaman korang huhhu
semua bakal2 bapak mak akan gelisah bila nak sambut anak sulong..
seronok bagai tak ingat perkara lain dah…bila terjatuh sikit pun akan
cepat2 rawat pergi klinik sedangkan kita boleh rawat sendiri…
Tipulah tidak gelisah. Lebih-lebih lagi menyambut anak sulung.
Pengalaman yang paling berharga dalam hidup tu.. Jangan mempersiakannya.
Betultuh bro masa terlepas tidak akan boleh diputarkan semula.
Pengalaman mengasuh anak adalah pengalaman yg sukar nak digambarkan.Hairan kenapa pasangan baru kahwin tak nak anak,padahal kalau mereka tahu bestnya ada anak mereka akan cepat2 nak anak 🙂
*tapi pasangan belum kawin banyak yg dapat anak dulu 🙁
Pasangan muda yang tidak mempunyai mendapat anak sebelum masanya amat menyedikan. 🙁