• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Suamiku bukan Encik Sotong

Suamiku bukan Encik Sotong

16th November 2014 by akubiomed 62 Comments

Bukti suamiku bukan Encik Sotong

Apa kena dengan tajuk entri, suamiku bukan Encik Sotong? Minggu ini perasaan saya bercampur baur. Mana tidaknya berulang-alik ke hospital. Bermacam-macam perkara penting yang berlaku didalam kehidupan sebagai suami isteri. Lagi-lagi peristiwa yang bakal kekal terpahat didalam ingatan kehidupan berumah tangga.

Hari Isnin yang baru lepas ini telah terakam sejarah penting buat keluarga kami kerana telah menyambut kelahiran puteri pertama. Apabila mengimbau pengalaman isteri mengandung selama sembilan bulan membawa erti sangat besar kepada saya dan isteri dengan kehadiran puteri pertama yang sangat comel. Adik-beradik Koning paling gembira kerana menerima seorang adik lagi. Maka akan bermula proses belajar dan pengalaman baru dengan kehadiran bayi perempuan tentu tidak sama dengan bayi lelaki.

Kelahiran ini amat bermakna

Pertama kali saya mendapat peluang untuk menyaksikan kelahiran puteri. Ia semua berlaku selepas saya mengerjakan solat Asar, tiba-tiba isteri telefon supaya masuk wad bersalin. Setelah 8 jam menunggu sejak dari pagi dengan isteri memberitahu tanda-tanda kelahiran. Syukur alhamdulillah keatas kekuasaanNya dan tanda-tanda kebesaran, buat pertama kali dapat melihat dengan mata kepala sendiri saat-saat kelahiran. Kalau sebelum ini, kelahiran adik-beradik koning langsung tidak berpeluang untuk bersama isteri di wad bersalin. Jam 5.01 petang hari Isnin dengan bayi perempuan seberat 3.21kg telah selamat dilahirkan secara normal. Perkara pertama saya lakukan adalah melihat jantina. Oh syukur alhamdulillah bayi perempuan dikurniakan untuk keluarga kami. Pernah beberapa kali buat imbasan mesin ultrasound setiap kali rutin pemeriksaan ibu mengandung. Doktor tidak pun mengiyakan samada bakal mendapat bayi perempuan atau lelaki. Saya dan isteri sudah redha samada lelaki atau perempuan, yang penting bagi kami adalah bayi dilahirkan sehat.

Minggu yang sibuk berulang-alik ke hospital.

Minggu ini sibuk buat saya kerana berulang alik ke hospital kerana puteri kami ada masalah jaundice @ kuning. Jadi perlu mengatur jadual kehidupan kerana perlu berulang alik untuk rawatan kuning di hospital. Anak-anak lain bersekolah kecuali Aslah yang baru masuk 4 tahun perlu diambil perhatian. Kerja-kerja rumah seperti membasuh baju, melipat baju dan menguruskan persiapan sekolah adik-beradik Koning perlu diuruskan. Sebagai seorang suami saya perlu beri sokongan kepada isteri kelihatan sedih apabila diberitahu bacaan kuning tinggi perlu mendapatkan rawatan lampu phototherapy. Sebagai seorang ibu tentulah mempunyai perasaan kasih kepada anaknya dan kehadiran suami disisi memberi sokongan dapat memberi kekuatan untuk menghadapi dugaan. Tiada susu kambing diberikan untuk rawatan kuning selain dengan merawat dibawah lampu phototherapy. Bayi yang baru dilahir mempunyai organ yang belum berfungsi sepenuhnya. Phototherapy unit mengeluarkan warna biru dapat menguraikan kuning pada kulit bayi dan seterusnya dikeluar melalui najis dan air kencing. Nasihat saya kalau ada masalah bayi kuning teruslah bawa  ke hospital dan mendapatkan rawatan lampu phototherapy.

Maklumat mengenai >>jaundice @ demam kuning<<

Sila tekan butang kongsi:

  • Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari (BCL) dapat baby lelaki
  • Kehadiran puteri penyeri sambutan Hari Raya Aidilfitri
  • Sepetang di Pantai Puteri

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. ProfHariz says

    15th October 2015 at 4:15 pm

    Tahniah bro, semoga ada rezeki boleh jumpa lagi.

    Reply
  2. Qider says

    27th November 2014 at 4:02 pm

    Tahniah dapat baby girl. Semoga bacaan kuning baby cepat turun. Ubat demam kuning ni cuma susu ibu sahaja. Moga ibu baby pun kuat semangat.

    Reply
  3. Sya Isya says

    26th November 2014 at 1:01 am

    tahniah atas kelahiran puteri sulung.

    memang bukan encik sotong ni. 😀

    Reply
  4. Hafizul says

    23rd November 2014 at 10:56 am

    Wahhh..Dah lahirkan anak yer..tahniah akubiomed..tak apa..insyaAllah baby tu lekas hilang kuning bila duk bawah lampu tu..ank sulong saya dulu kuning tinggi gak..ank kedua tak ada kuning..

    Reply
  5. Nurul says

    20th November 2014 at 1:39 pm

    Tahniah di atas kelahiran puteri pertama 🙂

    Reply
  6. suri says

    20th November 2014 at 9:55 am

    masih mencari novel “encik sotong itu” ada cerita keluar dalam tv tapi masaih tak done nak melihatnya.

    Reply
  7. suri says

    20th November 2014 at 9:53 am

    makin bahagia dan lengkaplah keluarga abang koning ya.alhamdulillah

    Reply
  8. suri says

    19th November 2014 at 9:02 pm

    alhamdulillah ahli keluarga ab makin bertambah.syukurlah.saya tumpang gembira walaupun sudah lama menanti. tahniah.

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:01 pm

      Bersyukur dengan kehadiran seorang puteri didalam keluarga kami. 🙂

      Reply
  9. Mus says

    19th November 2014 at 12:43 pm

    Tahniah bro..ada sudah puteri penyeri keluarga

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:01 pm

      Terima kasih bro Mus. 🙂

      Reply
  10. Amirul says

    19th November 2014 at 5:25 am

    Tahniah bro, semoga puteri baru tu menjadi anak yang solehah

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:02 pm

      Alhamdulillah, impian setiap ibubapa untuk mendidik anak mereka yang taat kepada agama dan anak yang soleh.

      Reply
  11. Khairul Zamri says

    18th November 2014 at 10:37 pm

    Alhamdulillah semoga bro dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Salam tahniah!

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:02 pm

      Ameen, semoga dimurahkan rezeki kehadiran orang baru. 🙂

      Reply
  12. Raihanah Ahmad says

    18th November 2014 at 1:19 pm

    tahniah u for the girl. anak2 saya sebelum ni mmg dua2 kuning. jadi minima saya stay hosp adalah seminggu. tiring and tension phase. jadi bantuan suami mmg sangat2 perlu.

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:03 pm

      Saya memahami emosi seorang isteri dan seorang ibu. Alhamdulillah puteri saya hanya diberi rawatan Phototherapy unit semalam sahaja.

      Reply
  13. Iffah Azhar says

    18th November 2014 at 12:27 pm

    tahniah atas kelahiran puteri yang ditunggu2. Alhamdulillah semuanya selamat. saya baru saja berkongsi petua mudah bersalin normal.. moga bermanfaat buat mommies lain yang bakal melahirkan. sekali lagi, alf mabruk!

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:04 pm

      Alhamdulillah isteri saya melahirkan secara normal dan tanpa sebarang komplikasi dari mula mengandung hinggalah tarikh kelahiran.

      Reply
  14. Kamal Mustafa says

    18th November 2014 at 10:49 am

    Tahniah Bro Azrin, Semoga anak sentiasa sihat dalam pantang nie.

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:04 pm

      Tanda kasih sayang yang tidak ada tolok bandingan.

      Reply
  15. Amir says

    18th November 2014 at 1:01 am

    bukan encik sotong..cuma sama-sama urus umah tangga 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:05 pm

      Ya, mengambil alih tugas isteri yang sekarang ini memberi tumpuan untuk pemulihan dan penjagaan bayi.

      Reply
  16. Noriza Rahman says

    17th November 2014 at 3:56 pm

    Tahniah bro, semoga isteri dan anak kecil tu dikurniakan kesihatan yang baik

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:06 pm

      Terima kasih mendoakan kesejahteraan ibu dan anak. 🙂

      Reply
  17. Ani Haryani says

    17th November 2014 at 3:56 pm

    Alhamdulillah.Tahniah atas kelahiran puteri pertama

    Semoga anak cepat sembuh Amin 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:06 pm

      Terima kasih. 🙂

      Reply
  18. Yana says

    17th November 2014 at 11:54 am

    tahniah atas kelahiran puteri pertama… tp comels sgt haaa tajuk entry ni…:)

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:07 pm

      Terima kasih. 🙂

      Reply
  19. Jie Susannos says

    17th November 2014 at 10:15 am

    tahniah bro dpt pteri yg sihat..

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:08 pm

      Alhamdulillah, cukup sifatnya.

      Reply
  20. Azeni Ahmad says

    17th November 2014 at 6:14 am

    Tahniah untuk kelahiran puteri pertama..
    Makin meriah la kan sebab ada bunga nanti..
    Petua untuk jaundice senang je bro…
    Paling mudah kerapkan susu ibu sekerap yg mungkin.. kalau kena tahan, pam susu badan dan bagi pada nurse untuk bagi pada baby..
    Bacaan nanti cepat turun..
    Dulu saya anak 2 memang amalkan selepas je kuar hospital, mandikan dgn air rendaman daun kucai..
    kerapkan mandi dgn daun kucai dan bilas dgn air biasa.
    Alhamduillah anak2 saya semua bacaan rendah je jaundice…
    Semoga bermanfaar utk bro…

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:09 pm

      Ya, isteri amalkan penyusuan lebih kerap setiap 2 jam sekali.

      Reply
  21. jaymiee says

    16th November 2014 at 11:31 pm

    Tahniah Bro Azrin….aku ingat tadi bro tengah menyusukan anak…haha….

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:09 pm

      Terima kasih bro. 🙂

      Reply
  22. Blogginspired says

    16th November 2014 at 11:31 pm

    Tahniah bro kerana mendapat cahaya mata. Boleh dikatakan kelahiran bayi pada zaman sekarang akan kena kuning tetapi insha allah lama-kelamaan ok. Banyak petua yang boleh diguna pakai.

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:11 pm

      Ramai bayi yang ada masalah kuning. Kami menunggu lama untuk mendapatkan rawatan phototherapy untu satu malam selepas bacaan kuning turun.

      Reply
  23. emalinmohd says

    16th November 2014 at 11:18 pm

    Berikan susu ibu sebanyak mungkin agar kuning lagi cepat turun. Masa ni memang sokongan suami diperlukan sebab isteri dalam proses recovery. Mungkin perlu tambahan vitamin & supplement tambahan agar badan tak penat sangat macam set berpantang Shaklee.

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:11 pm

      Ya, isteri amalkan penyusuan setiap 2 jam sekali.

      Reply
      • emalinmohd says

        20th November 2014 at 11:13 am

        Terbaik. Keep it up!

        Reply
  24. Norhayati Suaib says

    16th November 2014 at 10:45 pm

    anak saya pun kena jaundis.Esok kena bawa klinik untuk ambil darah dekat KK.Semoga anak saya dan tuan sihat.

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:12 pm

      Tanniah ya mendapat baby. 🙂

      Reply
  25. blogger lelaki says

    16th November 2014 at 10:33 pm

    dan aku juga bukannya lelaki sotong..hahahaha..dan tahniah kerna dapat cahaya mata seorang puteri

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:12 pm

      Terima kasih bro. 🙂

      Reply
  26. ikhwan says

    16th November 2014 at 10:22 pm

    terima kasih atas perkongsian, macam dah jadi kes biasa demam kuning ni.

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:13 pm

      Memang tidak dinafikan memang banyak yang terkena demam kuning ini.

      Reply
  27. NuyunNajmi says

    16th November 2014 at 10:05 pm

    Tahniah untuk azrin dan isteri.
    Di doakan semoga bayi cepat hilang kuningnya.
    Biasalah bila isteri dalam pantang, suami mestilah ambil alih tugas isteri buat sementara,
    barulah namanya suami mithali.

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:13 pm

      Sekarang ini senang sedikit uruskan rumah kerana anak-anak sudah besar yang boleh membantu. 🙂

      Reply
  28. amirulfaiz says

    16th November 2014 at 6:35 pm

    Tahniah bro, semoga dipermudahkan segala urusan. Teruja dapat puteri pertama ya? 🙂 Alhamdulillah.

    Ya, moga nanti anak tuan akan berkata “Ayahku bukan encik sotong.” 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th November 2014 at 9:47 pm

      Sudah tentu bersyukur kerana menanti lama untuk kehadiran seorang puteri. 🙂

      Reply
  29. Dja says

    16th November 2014 at 11:45 am

    Tahniah ..anak bongsu Sis dulu pun disambut sendiri oleh ayahnya. Cuma doktor minta confirmation dan beri serba sedikit pesanan dulu, takut si ayahnya pengsan pula nanti hihi..apa2 pun, elok para suami belajar buat macam ni. At least boleh tahu bagaimana payahnya isteri bertarung nyawa nak lahirkan zuriat mereka ..

    Reply
    • akubiomed says

      16th November 2014 at 9:49 pm

      Saya bekerja didalam Khidmat Sokongan Hospital. Alhamdulillah boleh tangani dengan baik kerana melalui situasi cemas yang tidak dapat dikongsi didalam ruang komen ini.

      Reply
  30. Putri says

    16th November 2014 at 8:54 am

    Tahniah!

    Memang kasi makan susu kambing ke baby tu tips orang-orang dulu.. tapi ada jugak yang beri makan susu kambing dan baby sakit perut melampau – jadi terpulang pada ibu bapa sama ada nak ambil risiko atau tak.

    Seeloknya, kalau menyusukan badan, ibu yang minum susu kambing dan inshaAllah zatnya akan tersalur kepada bayi..

    Apa-apa pun, selamat menempuh alam keibu-bapaan. Penat tapi memuaskan 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th November 2014 at 9:55 pm

      Saya lebih suka isteri mengamal penyusuan badan lebih kerap. Mana kala susu kambing boleh diamal ketika mengandung.

      Reply
  31. yanmie says

    16th November 2014 at 7:41 am

    Salam,

    Tahniah Azrin dan Isteri atas kelahiran puteri pertama.

    Faham sangat macam mana situasi seorang suami bila mengambil alih semua urusan harian isteri heheee.

    Moga Baby cepat sembuh dari juandice. Dan slmt berpantang untuk isteri Azrin.

    Bestnyaaaa gomol baby 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:14 pm

      Memang hari-hari gomol baby. 🙂

      Reply
  32. titan says

    16th November 2014 at 6:48 am

    akhirnya..sudah ada puteri sudahh..

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:16 pm

      Alhamdulillah menyambut puteri kali ini. 🙂

      Reply
  33. eyriqazz says

    16th November 2014 at 2:01 am

    Tahniah bro atas kehadiran puteri dalam family…

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:16 pm

      Terasa famili lengkap dengan kehadiran seorang puteri.

      Reply
  34. EjamOthman says

    16th November 2014 at 12:57 am

    Tahniah buat bro sekeluarga atas kelahiran puteri pertama ini.
    Semoga puteri comel cepat sihat, tak nak kuning lama2 yer.
    Kekerapan baby menyusu susu ibu juga membantu mengurangkan kuning baby.

    Reply
    • akubiomed says

      19th November 2014 at 10:17 pm

      Terima kasih bro. Masalah kuning berjaya diatasi.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in