• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Baju Raya anak didahulukan keceriaan anak dipagi Raya diutamakan

Baju Raya anak didahulukan keceriaan anak dipagi Raya diutamakan

14th July 2014 by akubiomed 46 Comments

Baju raya anak didahulukan barulah babah dan emaknya

Baju Raya anak
persiapan baju raya anak tahun lepas

Hari Sabtu lepas saya telah membawa famili untuk membeli baju Raya. Sudah menjadi kebiasaan setiap kali persediaan sambutan Hari Raya untuk membeli baju Raya anak didahulukan barulah babah dan emaknya.

Anak-anak seperti biasa akan berasa gembira apabila dikhabarkan bakal mendapat memakai baju baru dan cantik di pagi Raya nanti. Lokasi kami di gedung pakaian yang menawarkan harga promosi sempena Raya.

Nampaknya masih tidak ramai pelanggan dibeberapa tempat kami kunjungan untuk membeli belah. Ada kemungkinan ada ibubapa telah membuat persiapan awal atau menunggu saat-saat akhir untuk mendapat potongan harga gila-gila. Mungkin tunggu cuti umum sempena sambutan Nuzul Quran pada hari Selasa nanti baru sesak.

Mood dan feel raya dengan membeli belah di jalan Masjid India.

Teringat akan rakan sekerja beri alasan kenapa suka membeli ditempat sesak seperti jalan Masjid India, jalan TAR dan SOGO. Mereka mahukan feel dan mood pembelian persiapan raya dengan suasana sesak adalah satu keseronokkan berbelanja. Saban tahun loaksi ini selalu sesak dengan pengunjung dari merata tempat ada yang dengan sejauh dari utara, timur dan selatan tanah air turun rombongan membeli belah.

Kalau tahun lepas kami anak beranak berjubah dan tahun ini kami kembali berbaju Melayu. Tidak ada lagi baju warna sedodon seperti tahun yang lepas-lepas. Anak-anak sudah mula mahu pilihan warna yang berlainan. Nampak gaya tahun ini kami berbaju Raya berwarna-warni.

Anak-anak sudah meningkat naik, mula pandai untuk memilih baju sendiri. Asalkan didalam bajet babahnya tidak menjadi masalah untuk mengikut kehendak anak-anak. Tiada amalan pembaziran diamalkan.

Seronok dapat melihat anak-anak tersenyum sampai ke telinga mengayakan baju raya masing-masing. Ada yang sampai tidak mahu buka. Alahai anakku teruja betul hendak pakai baju raya ya. Terkenang semasa zaman ketika kanak-kanak dahulu melalui pengalaman yang sama apabila mendapat baju baru. Sekarang ini perasaan tersebut untuk anak-anak pula.

Persiapan Raya dengan membeli belah diatas talian

Membeli belah secara online sudah mula  diterima. Saya melihat beberapa rakan blogger membeli diatas talian. Berkongsi hasil pembelian dan terkejut kos lebih bajet. Lebih selesa tidak perlu bersesak dan berasa lebih selamat dengan membeli diatas talian dari gedung online yang diyakini. Hak masing-masing asalkan bergaya di pagi Raya nanti.

Lazada Malaysia

Berhati-hati ketika membeli persiapan raya.

Saya perhatikan beberapa kecuaian boleh dielakkan semasa membeli belah diantaranya adalah mengawasi anak-anak. Jangan asyik kusyuk membeli hingga terleka untuk memerhatikan gerak-geri anak mungkin boleh hilang dicelah-celah pengunjung yang sesak.

Meninggalkan beg tangan tanpa pengawasan asyik membelek barang terutama oleh wanita. Ini berlaku ketika saya mengunjugi kedai kasut ternampak beg tangan ditinggalkan tanpa pengawasan. Tuan punya beg tangan asyik membelek kasut dirak. Perlu diingat kecurian boleh berlaku tanpa mengenal masa dan tempat. Kecuaiaan seperti ini boleh menyumbangkan sesalan tidak  kesudahan.

AkuBiomed: Bagaimana persiapan Raya rakan blogger sekelian. Boleh kongsi tips ketika membeli-belah diruang komen.

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Kamil Salleh says

    9th August 2014 at 10:45 pm

    Salam Aidilfitri bro… maaf dah terlepas untuk memberi komen di sini. Pakaian untuk hari raya memang kita perlu buat persiapan awal-awal, lebih lagi terhadap anak-anak dan isteri. Saya pun buat sedemikian juga. Semoga pakaian yang dibeli tu sepadan dengan kehendak mereka.

    Reply
  2. ema says

    18th July 2014 at 10:38 am

    keperluan anak-anak semua dah selesai, hanya kami berdua saja yang belum..yang penting anak-anak..kalau anak lelaki senang pakai t-shirt dan seluar….anak perempuan pula banyak pilihan..sampai tak tahu nak pilih mana.

    Reply
    • akubiomed says

      20th July 2014 at 1:58 pm

      Ya, anak-anak didahulukan barulah ibubapa.

      Reply
  3. sweetkurma says

    18th July 2014 at 12:46 am

    alhamdulillah, seronok anak2 dapat baju raya

    Reply
  4. TehR says

    18th July 2014 at 12:29 am

    setiap kali musim raya
    memang anak2 je yang perlu siap awal
    kita yang dah tua ni pakai yang mana ada je…

    Reply
  5. AUC says

    17th July 2014 at 11:27 pm

    samalah dgn saya pakai yg lama je, yg anak2 dah selesai semua…..

    Reply
  6. hafiz says

    17th July 2014 at 10:31 pm

    Samalah bro, beli baju raya bdk2 dulu

    Reply
  7. anif says

    17th July 2014 at 5:33 pm

    Yang berkeluarga tentunya persiapan anak-anak didahulukan.. Ibu bapa last minute pun tak pe 🙂

    Reply
  8. maza says

    17th July 2014 at 4:53 pm

    wahh.. maza tak buat apa2 persiapa lagi kecuali langsir yang baru dibasuh.
    Recycle satu kali aje.. ammmak!

    hahaha

    Reply
  9. Rawlins_GLAM says

    17th July 2014 at 3:44 pm

    Saya masih belum ada nak tapi ada 4 anak saudara yang masih kecil-kecil
    Memang didahulukan diorang je pun

    Reply
  10. Lizz says

    17th July 2014 at 2:46 pm

    betul, kawan-kawan yang dah ada anak, memang bila tanya dah beli baju raya belum…semua cakap nantilah dulu. sediakan baju anak je dulu

    Reply
  11. sohoque says

    17th July 2014 at 1:01 pm

    sy seminggu sebelum raya dah bereskan baju raya untuk anak2 ni.. lps tu lega rasanya.. hehehe

    Reply
  12. suri says

    17th July 2014 at 10:09 am

    anak suri dah selamat pakai baju raya tshirt tu heee..aduh..

    Reply
  13. Hans says

    17th July 2014 at 4:04 am

    tahun nih beli dua pasang baju melayu dan dua sampin
    hehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      17th July 2014 at 9:09 am

      Bro memang hebat. Selamat beraya sakan nanti. 🙂

      Reply
      • suri says

        17th July 2014 at 10:10 am

        wah semua dua pasang kalau begitu kasut raya pun ada dua pasang dan berlainan warnalah ya

        Reply
  14. nafisa81 says

    16th July 2014 at 10:49 pm

    Belum mula lagi…ada beberapa helai yg dah dibeli awal konon utk raya…dah dipakai pun…sy dan suami pilih jusco je selalunya…pergi pukul 9 pagi hari bekerja…plan nak gi isnin depan..

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:17 pm

      Sudah pergi buat tinjuan di Aeon memang ada harga diskaun tetapi masih diluar bajet kami.

      Reply
  15. Aniq Bukhary says

    16th July 2014 at 8:38 pm

    Memang murah kain kat masjid jamek jalan masjid india tu. Salah satu syurga bagi kaum wanita gak tu 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:19 pm

      Memang post untuk membeli belah di jalan Masjid India ini.

      Reply
  16. Afiffuddin says

    16th July 2014 at 7:39 pm

    Untungla anak2 yg punya ibu bapa mithali berperinsip seperti ini. Barakallahufikum 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:23 pm

      Ada bahagian untuk anak-anak. Syukur Alhamdulillah.

      Reply
  17. Ismail N says

    16th July 2014 at 3:24 pm

    Sejak setahun dua kebelakangan ini, kawe lebih prefer beli secara online. Mungkin mcm baju melayu tu yang perlu sikit ‘fitting’ kena beli lah di kedai. Tapi yang lain2 termasuk juga kuih raya lebih senang order shj di internet. Mudah dan jimat masa/minyak keta. Btw, ya hati-hati bila bershopping dlm keadaan sesak. Keselamatan anak2 perlu diutamakan.

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:24 pm

      Kalau pakaian tidak berani beli secara online mesti hendak cuba dahulu samada kacak dipakai atau tidak terlebih dahulu. 🙂

      Reply
  18. syaifuddin alias says

    16th July 2014 at 2:42 pm

    saya syorkan beli mana yang nak dipakai saja..hehe
    dan beli biarlah besar sikit sebab anak akan membesar

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2014 at 11:37 pm

      Biasanya saya dan isteri sudah rancang beberapa pasang baju perlu dibeli dan bajet.

      Reply
  19. myrujukan says

    15th July 2014 at 9:57 pm

    selalunya orang dewasa ni rilek rilek jer, budak budak yang kita kena pentingkan

    Reply
    • akubiomed says

      15th July 2014 at 11:07 pm

      Baju raya untuk anak wajib untuk memakai baju baru dipagi raya.

      Reply
  20. titan says

    15th July 2014 at 8:59 pm

    hoho..takde anak-anak lagi.

    nanti dah ada..barulah belikan untuk diorang baju raya.

    Reply
    • akubiomed says

      15th July 2014 at 11:06 pm

      Kalau belum ada anak. Baju isteri perlu diutamakan dahulu. 🙂

      Reply
  21. Padin says

    15th July 2014 at 9:45 am

    hehee tahun ni beli baju melayu je….
    dan sikit stok mercun 😀

    Reply
    • akubiomed says

      15th July 2014 at 11:06 pm

      Orang bujang. Wah dah rancang rapi untuk bermain mercun. 🙂

      Reply
  22. Zuan says

    15th July 2014 at 6:27 am

    den akan beli bila ada promosi je.. huhu.. skang ni baru ada sehelai..

    Reply
    • akubiomed says

      15th July 2014 at 11:05 pm

      Ada yang tunggu malam sebelum Raya untuk mendapat potongan harga gila.

      Reply
  23. Mus says

    15th July 2014 at 6:26 am

    Saya mungkin shopping di kuching jer nanti,
    malas nak angkat luggage..
    harga pun lebih kurang juga dgn KK..

    Reply
    • akubiomed says

      15th July 2014 at 11:04 pm

      Oh ya seperti tahun lepas bro dan famili beraya di kampung halaman.

      Reply
  24. Norasikin says

    15th July 2014 at 1:07 am

    Saya dah beli pakaian raya sikit-sikit sejak beberapa bulan lalu. kalau nak beli semuanya sekaligus bulan ni, memang tak tahan. memang saya praktikkan cara ini dari dulu termasuk barang-barang masa nak kahwin dulu.

    Reply
    • akubiomed says

      15th July 2014 at 11:04 pm

      Hendak beli awal tetapi tunggu potongan harga dan pada masa sama bimbang tak muat nanti semasa Raya.

      Reply
  25. farid laham says

    15th July 2014 at 12:49 am

    seronok dpat shopping raya ni..apalagi dengan anak2,,mesti macam2 ragam yang dtunjukkan (lucu plak tengok) ..memang ghalibnya bila dh syok sgt membeli tu,memang tak ingat dh dekat anak & barang2 yang berharga ni..bila dh tak ada,baru sedar..

    Reply
    • akubiomed says

      15th July 2014 at 11:02 pm

      Terlalu asyik membeli hingga terleka perhatian kepada anak-anak.

      Reply
  26. sha says

    15th July 2014 at 12:37 am

    tips nya ermmmm kenalah rancang budget betul2 sebelum pegi usha dan shopping baju raya. kalau boleh buat window shopping dulu, pusing 3-4 kedai hahahhaha baru decide nak beli yg mana satu

    Reply
    • akubiomed says

      15th July 2014 at 11:02 pm

      Ada masa boleh buat windows shopping. Kalau bulan puasa menguji kekuatan.

      Reply
  27. Kaio says

    14th July 2014 at 9:43 pm

    Anak berapa ramai bro?

    Reply
    • akubiomed says

      14th July 2014 at 11:30 pm

      Setakat tim sepak takraw sudah lepas. 🙂

      Reply
  28. suriaamanda says

    14th July 2014 at 3:59 pm

    Betul tu…apa2 memang keperluan anak didahulukan..nak plak SA hanya ada sorang je anak..tp yang sorang tu belanjanya mengalahkan sepuluh anak…hehehehe…tp nak buat camana kan..rezeki kita cari memang dah tentu2 untuk anak…

    Reply
    • akubiomed says

      14th July 2014 at 11:31 pm

      Samalah dahulu menyambut anak sulung. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL