• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC

Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC

28th March 2011 by akubiomed 84 Comments

Logo MC pada permainan kanak-kanak

Adakah kita prihatin ketika membeli mainan untuk anak-anak dengan memeriksa logo Malaysia Comformity(MC) atau Pematuhan Malaysia?

Longgokan barangan permainan yang murah dijual pada harga serendah RM2 boleh dibeli dengan mudah. Melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menguatkuasa logo MC yang mempunyai nombor rujukan Perakuan Kelulusan (COC).

Logo MC perlu ada pada permainan kanak-kanak (kredit: MStar)

Semua barangan permainan kanak-kanak yang sedang dijual dan akan dipasarkan perlu mematuhi dengan label logo MC selaras dengan dengan piawaian keselamatan kanak-kanak di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna 2009 dan 2010 yang mewajibkan mainan baru dikilangkan atau diimport supaya didaftarkan. Permainan kanak-kanak yang tidak mempunyai logo MC dikhuatiri akan mengundang bahaya dan tidak selamat kepada kanak-kanak.

Pihak KPDNKK akan menyita dan merampas yang alat permainan yang tidak mempunyai tanda logo MC. Mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan melalui Seksyen 25, Akta 599 bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna.

1. Jenis hukuman bagi individu jika disabit kesalahan:

Kesalahan kali Pertama: Denda tidak melebihi RM100,000 atau penjaran tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Kesalahan kali Kedua atau berikutnya: Denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya.

2. Jenis hukuman bagi pertubuhan jika disabit kesalahan:

Kesalahan kali Pertama: Denda tidak melebihi RM250,000.

Kesalahan kali Kedua atau berikutnya: Denda tidak melebihi RM500,000.

Sumber: Mstar

Pematuhan logo MC pada permainan kanak-kanak

Permainan kanak-kanak yang mempunyai logo MC

Baru-baru ini aku membeli permainan gasing tarik untuk anak-anakku yang dibeli pada harga RM2. Pada bungkusan permainan gasing tersebut mempunyai tanda logo MC dan bagi permainan yang lain yang berada di rak tidak mempunyai logo MC. Bagi aku pihak pasaraya besar dan gedung permainan yang berjenama tidak mempunyai masalah untuk mematuhi peraturan ini. Bagaimana pula kedai-kedai runcit dan kedai barangan yang menjual RM5 dan RM2 adakah mereka sedar akan peraturan ini telah berkuatkuasa sejak bulan Februari 2011 yang lalu.

p/s: Mengenai botol susu yang bebas BPA boleh rujuk pada blog saudara my.Mustaffa

  • Aslah menang pingat emas di sukaneka tadika
  • Timang bulu ayam permainan tradisi Melayu
  • Status sistem pencernaan mencermin kesihatan kanak-kanak

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Datin Tyka says

    14th June 2013 at 9:11 am

    ooh baru tahu kena ada MC

    Reply
  2. Pondok Papan says

    24th February 2013 at 4:42 pm

    Emm terima kasih..baru saya tahu..hehe

    Reply
    • Datin Tyka says

      14th June 2013 at 9:21 am

      sama la kita baru tahu

      Reply
  3. afzal laidin says

    9th June 2011 at 8:20 am

    ini panduan yang berguna untuk ibu bapa. memang pasaraya besar tak ada masalah dalam hal ni. kalau beli di kedai runcit tu, ibu bapa lah kena mainkan peranan.

    Reply
    • akubiomed says

      9th June 2011 at 1:56 pm

      Boleh dikatakan gedung pasar raya sudah mula jual permainan yang ada logo MC. Tempat saya permainan yang saya beli di kedai 2 Ringgit pun sudah ada nampak logo MC

      Reply
    • Datin Tyka says

      14th June 2013 at 9:13 am

      lepas ni beli kena cek dlu ya

      Reply
  4. Firdaus Kasim says

    4th April 2011 at 3:59 pm

    adakah botol susu perlu ada logo MC?

    Reply
    • akubiomed says

      9th June 2011 at 1:55 pm

      Botol susu tidak logo MC tetapi hanya ada logo ‘BPA Free’

      Reply
  5. zik says

    3rd April 2011 at 10:58 am

    banyak bahan2 yang merbahaya nie. sebab bila semuanya nak ekspress.. dan permintaan dah banyak akan fikir pasal untung… tidak akan fkir kesan kepada pengguna…

    Reply
    • Datin Tyka says

      14th June 2013 at 9:13 am

      semua bahan diperbuat dari kimia.. itu kena cek betul2

      Reply
  6. dnoBiz says

    2nd April 2011 at 2:48 am

    Kalau kat kampung jarang sangat yang kisah tentang benda macam ni, kena kena pula yang beli kat pasar malam atau kedai runcit..
    Ps : silap silap tanya pasal MC nanti penjual tu suruh gi Hospital…

    Reply
    • akubiomed says

      9th June 2011 at 2:04 pm

      Anak-anak kampung apa yang hendak dibimbangkan kerana selalu bermain permainan tradisional seperti galah panjang, tarik upih dan sebagainya lagi menyehatkan badan

      Reply
  7. aimannajmy says

    1st April 2011 at 3:20 am

    aiseh baru perasan! bumblebee aku takdak logo MC pun huhu.. maybe stok lama hehe

    Reply
  8. titan says

    31st March 2011 at 2:35 am

    tak pernah pun terfikir tentang logo MC ni..

    Reply
  9. Ladfe Amir says

    30th March 2011 at 11:45 pm

    selama ini aku mmg tak pernah ambil berat pun pasal benda ni. esok lupa pun tak tahu lagi. mungkin dah lupa kot

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2011 at 12:39 am

      Sekarang kerajaan sudah mewajibkan pengeluar permainan tempatan atau permainan yang diimport perlu ada logo MC ini

      Reply
    • Datin Tyka says

      14th June 2013 at 9:22 am

      kena ambil tahu juga.. penting untuk anak2 nanti

      Reply
  10. syah says

    30th March 2011 at 5:26 pm

    oh.. bru tahu ttg ni.. tp selalu tgk byk yg xde mc ni..

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2011 at 12:44 am

      Sepatutunya awal tahun ini sudah berkuatkuasa maklumlah kesedaran lambat dikalangan perniaga

      Reply
      • dnoBiz says

        2nd April 2011 at 2:50 am

        kesedaran dan satu lagi kelongaran (rasanyalah)..
        terutama untuk peniaga keci seperti pasar malam dan pasar pagi…
        yang penting kita pengguna harus pandai buat pilihan

        Reply
  11. hafizmd says

    30th March 2011 at 4:05 pm

    Alhamdulillah…dpat ilmu baru kat sini..

    Sebenarnya, baru perasan juga ni pasal MC…sebelum ni kadang2 main beli jer..hehe

    Terima kasih Bro AB… 😀

    pssst…rasanya ramai peniaga tak perasan atau buat2 tak perasan…maklumlah…kurang pemantauan

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2011 at 12:45 am

      Rasanya kalau barang yang bermainan berjenama tidak masalah kerana dijaga kualitinya

      Reply
  12. nasslimdiet2 says

    30th March 2011 at 2:48 pm

    lepas ni beli mainan anak kene tengok la logo ni. thanks bro

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2011 at 12:46 am

      Senang sahaja hendak kenal pasti logo MC ini

      Reply
  13. Dila.13 says

    30th March 2011 at 2:19 pm

    terima kasih atas info yang diberikan. saya baru tahu tentang penguatkuasaan ini walaupun sekarang dah nak masuk bulan April! ini kes tak baca akhbar & tak tengok berita semasa (tempatan!).

    insyaAllah saya akan sebarkan kepada saudara mara yang ada anak-anak kecil untuk lebih berhati-hati. yelah.. kadang-kadang perkara remeh macam ni kita pandang sebelah mata pun tidak sebab tak terkena batang hidung sendiri.

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2011 at 12:48 am

      Tak apa Dilla kerana kerajaan telah mengeluar garis pemantuhan lgo MC diperingkat nasional kalau pengguna tidak sedari mengenai logo ini pun tak apa kerana sudah ada tindakan dari pihak kerajaan. Sebagai contoh pengharaman penjualan botol susu yang mengandungi BPA

      Reply
  14. Amry says

    30th March 2011 at 2:01 pm

    baru tahu ni bro..thanx for da info.kire baru lagi la erk penguatkuasaan ni. feb 2011. pas ni kalau masuk kedai permainan nak tengok ada tak tanda MC ni.saje rla nak tengok kan

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2011 at 1:05 am

      Boleh sahaja bro jadi pemerhati jika ada pematuhan. Kalau berani educate penjual 🙂

      Reply
  15. Bro Framestone says

    30th March 2011 at 1:05 pm

    Thank untuk info nie…

    awat bro xtau ek… xpe xpe.. lepas nie dah tahu dah

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2011 at 1:21 am

      Sama-sama kerana mesej sampai 🙂

      Reply
  16. wazy says

    30th March 2011 at 12:25 pm

    bagus gak ada logo mc ni
    tak la merbahaya nanti

    Reply
  17. Kamal Mustafa says

    30th March 2011 at 10:54 am

    Baru tahu….sebelum nie tak tau pulak.TQ for info

    Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2011 at 5:20 pm

      Sama-sama kalau informasi diberikan dapat dimanfaatkan

      Reply
  18. sw33tdarling says

    30th March 2011 at 10:20 am

    bagi penjual kecil2an, tanggungjawab membeli diserah bulat2 kepada ibubapa.. terpulang kepada ibubapa pilihan mana untuk membeli mainan anak mereka

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2011 at 1:22 am

      Penjual tidak boleh mengejar keuntungan semata-mata kerana ada tanggungjawab kepada manusia dan alam sekitar

      Reply
  19. Affan says

    30th March 2011 at 8:56 am

    Macam varu je logo ni.
    Maklumlah dah lama tak beli mainan kehkeh

    Selalu ada tengok logo yang ada tulisan
    “Not suitable for children below 3 years old” dan yang seumpama dengannya, tapi belum menjamin lagi kualiti dan keselamatan. Sebab kadang2 ada mainan yang dibuat dari bahan kimia berbahaya.

    Kira ni macam logo halal lah kot, nak pastikan keselamatan.

    Reply
    • akubiomed says

      31st March 2011 at 1:32 am

      Mainan nampak comel dan cantik tapi ia memudaratkan

      Reply
  20. samdaddycool says

    30th March 2011 at 3:02 am

    Sangat bagus penguatkuasaan ini, terutama yang melibatkan bahan kimia cecair (mcm buih sabun, dsb).

    Reply
  21. Juan says

    30th March 2011 at 2:07 am

    setuju juga, bnyk skrg barang mainan pon bahaya ada chemical

    Reply
  22. Mrs.Ayie says

    30th March 2011 at 12:57 am

    Sebelum ni tak alert pasal logo ni. Lain kali sebelum beli untuk anak-anak sedara kena tengok dulu.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2011 at 5:12 pm

      Tak apa Ayie, selepas ini lebih prihatin 🙂

      Reply
  23. Nadri says

    29th March 2011 at 11:35 pm

    gomen patut tegas dalam isu ini…bukannya apa…kanak2 suka masukkan mainan dalam mulut mereka…contoh anak2 sendiri…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2011 at 5:12 pm

      Anak-anak kecil memang macam tuh apa yang dicapai semua hendak dimasukkan ke dalam mulut

      Reply
  24. boss says

    29th March 2011 at 11:13 pm

    hmm tak tau apa2 pun pasal logo MC ni.. pas baca baru tau..

    Reply
  25. saiful says

    29th March 2011 at 8:58 pm

    Bagus juga KPDNKK kuatkuasakan logo MC untuk keselamatan pengguna terutamanya kanak2 tapi harapnya logo tu tak jadi macam sijil halal.
    Setakat keluarkan sijil pada pengusaha tapi tak dipantau,sama je macam tak guna logo.

    Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2011 at 5:11 pm

      Kalau barang yang diseludup susah hendak dipantau macam rokok seludup yang tidak bercukai. Sebagai pengguna kia perlu bijak memilih

      Reply
  26. tips-kurus says

    29th March 2011 at 8:38 pm

    erk.. baru tau ni. mujur x suke beli mainan 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2011 at 5:08 pm

      Memang sekarang tidak beli tapi apabula sudah ada anak nanti perlu beri perhatian dengan logo MC pada mainan

      Reply
  27. Wan says

    29th March 2011 at 7:26 pm

    kena prihatin dan jaga2
    jgn pakai beli ja

    Reply
    • akubiomed says

      2nd April 2011 at 5:08 pm

      Kalau sudah ada logo ini kalau terbeli dan tidak tahu pun masih rasa selamat berbanding tiada logo MC

      Reply
  28. anif says

    29th March 2011 at 5:27 pm

    Piawaian kesalamatan sudah ada.. akta pun sudah ada.. Harap ia dikuatkuasakan. Semuanya demi kepentingan pengguna.

    Reply
  29. datuk D says

    29th March 2011 at 5:18 pm

    Logo baru untuk barang rupanya… ingat mc kerja tadi hehe

    Reply
  30. naimulfirdaus says

    29th March 2011 at 2:20 pm

    ok, saya dah sebut tentang cerita tergantung dalam artikel sesekali bergurau..

    Reply
  31. eLLy says

    29th March 2011 at 12:53 pm

    baru lagi kan mesti susah nak jumpa logo MC kat mainan

    Reply
  32. suri says

    29th March 2011 at 11:52 am

    skrg berminat mmbli buku sb anak dah mkin mmbesar.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      30th March 2011 at 12:13 am

      Suri beli buku abjad yang berwarna atau flash card kerana ia akan meransang pemikiran anak kecil

      Reply
  33. suri says

    29th March 2011 at 11:50 am

    harus ambil berat 🙂

    setakat ni cuba stopkan membeli brg mainan anak2. hampir semua brg kami beli rasanya taka da cop tuh kot..mujur semua brg mainan masuk dlm bakalu dia nak capai pun sush..

    bli brg mainan dah bayk di beli, baru tahu akan ini rasanya brg tu akan di biar tanpa tuannya heee

    Reply
    • akubiomed says

      30th March 2011 at 12:07 am

      Mainan anak-anak saya ada sebakul kalau ikutkan banyak lagi tapi telah dibuang akibat rosak

      Reply
  34. pipoq says

    29th March 2011 at 11:37 am

    ooooo..pehni kene cek bebetul la kalo nak beli mainan untuk anak..

    Reply
    • akubiomed says

      30th March 2011 at 12:05 am

      Kalau sudah tahu mengenai logo MC boleh lebih berhati-hati ketika memilih permainan untuk anak nanti

      Reply
  35. adele says

    29th March 2011 at 8:42 am

    terima kasih atas info ini..
    kalau barang mainan dr cina lg risiko tinggi, membahayakan kanak2..

    Reply
    • akubiomed says

      30th March 2011 at 12:03 am

      Terima kasih Adele. Tidak semua barangan dari China rendah kualaiti. Kalau ia adalah dari yang berjenama sudah tentu kualitinya dipantau.

      Apple ipad2 dan iPhone 4 dikilang di China tau

      Reply
      • adele says

        31st March 2011 at 2:13 pm

        owh,sy maksudkan barang mainan budak kecik..kalau elektronik mmg china pny ada yg baik jgk..pdahal diorg boleh je nak kuarkan barang yg berkualiti..huhu

        Reply
  36. tehr says

    29th March 2011 at 1:52 am

    aku juga tak pernah tahu tentang logo ni
    thanks
    banyak mainan dari seberang yang tak ada tanda ni

    Reply
    • akubiomed says

      29th March 2011 at 11:51 pm

      Tidak pasti sejauh mana pemantuan dari kementerian kepada peniaga yang engkar

      Reply
  37. maza says

    29th March 2011 at 1:16 am

    wah,,, bagus lah info abg mus…

    maza sendiri pun tak berapa nak aware.. hehehe

    Reply
  38. benjy says

    29th March 2011 at 12:34 am

    Saya pun sama macam Kulanz … tidak menyedari adanya arahan tersebut … info yang baik kepada seorang ayah macam saya … Tq bro … aku terkenang ‘lastik burung’ yang ayah ku buat semasa aku berumur 6 tahun ternyata tidak mempunyi logo MC … (Memang lastik burung tersebut bahaya kerana tiada MC, dan ia boleh menyebabkan kepupusan burung pipit … bahaya, bahaya …)

    Reply
    • akubiomed says

      29th March 2011 at 10:48 pm

      Ha..haa..mengenait lastik dan senapang ceri tidak termasuk didalam senarai pemakaian logo MC. Walau bagaimana pun ia berpontensi mengundang bahaya

      Reply
  39. kulanz says

    28th March 2011 at 11:45 pm

    thanks bro info.. aku mmg tak tahu pasal logo MC tu.. terlepas pandang pula pasal ni..

    Reply
  40. sweet says

    28th March 2011 at 11:33 pm

    skg ni byk mainan mbhayakan mcm cat cpt luntur, masuk dlm mulut knk2 bahaya kalau tertelan. bgus laa ada MC ni

    Reply
    • akubiomed says

      29th March 2011 at 10:44 pm

      Dulu pernah ada penarikan beberapa kereta mainan dari jenama terkenal yang dikilang di China terpaksa ditarik balik dari pasaran gara-gara kimia yang berbahaya didalam warna cat pada kereta

      Reply
  41. sazuwi says

    28th March 2011 at 10:35 pm

    ada banyak gak permainan kat kedai2 runcit yg tak der mc..

    Reply
    • akubiomed says

      29th March 2011 at 10:42 pm

      Saya rasa pemilik kedai runcit tidak sedar akan arahan penggunaan logo MC ini

      Reply
    • Datin Tyka says

      14th June 2013 at 9:31 am

      kedai runcit yang murah pnye

      Reply
  42. Mus says

    28th March 2011 at 10:07 pm

    kena berhati-hatilah sekarang.. dah tahu kepentingan ada logo MC tu..

    Reply
  43. tengkorak emas says

    28th March 2011 at 9:59 pm

    hm..adakah model die-cast ada logo mc di kotaknya..tak perasan pula,

    Reply
    • akubiomed says

      29th March 2011 at 10:40 pm

      Semua jenis permainan samada buatan tempatan atau diimport perlu mematuhi logo MC

      Reply
    • padin says

      31st March 2011 at 8:54 am

      aku tak pernah periksa pulak logo ni huuu

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in