• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Pembuangan bayi apa kes?

Pembuangan bayi apa kes?

30th January 2012 by akubiomed 59 Comments

Pembuangan bayi di Ampang.

Hari ini masih lagi hangat diperkatakan mengenai kemenangan Hafiz AF dengan lagu “Awang Nano” hanya bermodal prop t-shirt dan seluar track suit. Apa yang ingin kongsikan pada pagi Isnin bukanlah kemenangan peserta-peserta AJL2011 semalam tetapi kes pembuangan bayi di Ampang 2 hari lepas.

Kes pembuangan bayi semakin menjadi-jadi.

Ketika melayar blog terlihat gambar kes pembuangan bayi di Hulu Kelang. Terus terang tidak termampu untuk mata ini melihat gambar sekujur tubuh bayi yang sudah tidak bernyawa terdapar diatas batu yang dipaparkan beberapa blog. Keadaan jasad ditemui dengan tidak sempurna sifat, tidak berkepala dan hilang sebelah kaki. Manusia jenis apakah yang tergamak melakukan kekejaman ini tidak layak dipanggil manusia. 🙁

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Seorang lelaki terpaksa membatalkan hasrat mahu menjala ikan di Sungai Hulu Klang di Lorong Embun 3, Kuala Ampang, Ampang dekat sini hari ini, setelah terkejut menemui mayat bayi tanpa kepala terdampar di atas batu di tebing sungai tersebut-sumber Utusan.

Baby Aslah sudah berumur 1 tahun 3 bulan

Apabila melihat gambar anak saya(baby Aslah) tidak terkata kerana beliau terlalu naif dan meluap-luap perasaan sayang timbul apabila melihat wajah comel si cilik ini. Saya merasakan pengunjung blog AkuBiomed juga mempunyai perasaan yang sama apabila melihat gambar ini.

Saya tidak dapat bayangkan manusia apakah yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk untuk menutup sumbang mahram yang dilakukan. Doa saya semoga Allah SWT menghukum pasangan yang melakukan perbuatan terkutuk ini. 🙁

p/s: Kepada Uda dan Dara berfikir panjanglah dan cukup-cukuplah kes pembuangan bayi ini.

Sila tekan butang kongsi:

  • Selamat Hari Lahir Abang Koning
  • Jangkitan kuman pada paru paru bayi Amsyar
  • Jom sertai Mini Giveaway Blog Melastik Bintang 2014

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Areyue nieda says

    11th February 2012 at 8:01 pm

    Brhrap la kpd org buang bayi..sedar lah..kite mngandung kn ank 9bln..syg lah ank ue..ank anugrah allah..nikmat jge ank..sy pnah jge bdk kecik..sy syg bayi ue wlaupown bkn ank sy..

    Reply
  2. Norasikin says

    3rd February 2012 at 9:16 am

    mcm tu la bila dah mula buat benda yg dilarang allah. Syaitan akan terus menghasut. Memula berzina, lepas tu bunuh anak. Bila dah ditangkap nanti mula la nak menipu. Pas tu nak fitnah org lain pulak

    Reply
  3. zulkbo says

    1st February 2012 at 3:08 pm

    salam..
    mereka ni adalah manusia yang tak di beri
    peluang..termomok dengan ketakutan bila
    tahu dah mengandung..masa sedap dulu
    memang lupa dah..nama mak ayah pun
    tak hengat! tetapi pada saya mereka layak
    di beri peluang kedua seandainya termengandung..
    dosa dengan Allah biarlah mereka tanggung
    mana tahu taubat mereka di terima kan..?

    Reply
    • Areyue nieda says

      11th February 2012 at 7:24 pm

      Ue la zaman skrang..law aq pown trjdi cntoh ye aq mngandung aq xkn buang bayi ue..sbb ue slah kite sndiri..ank xbrslah..org yg dah kwen pown ssah nk dpt ank ney yg xkwen nk buang2 bayi..ya allah..cpt2 lah ke pangkal jln..

      Reply
  4. chii says

    1st February 2012 at 2:07 pm

    Xtau la. Manusia skrg ni da hilang pertimbngan. Sifat kemanusiaan da semakin ilang. Buang baby mcm buang ikan je. Grrr

    Reply
    • Norasikin says

      3rd February 2012 at 9:17 am

      pembunuh mesti dihukum mati jugak

      Reply
  5. sabree hussin says

    1st February 2012 at 10:38 am

    kalau kelahiran bayi tu tak mengikut cara yang betul, tak mustahil mereka sanggup nak buang bayi

    Reply
  6. kulanz says

    1st February 2012 at 12:29 am

    aku.. jangankan tengok gambar, dengar atau baca berita pasal kes-kes macam ni pun aku dah sedih..

    Reply
  7. titan says

    31st January 2012 at 11:31 pm

    emmm..buang sampah aje sudah la.
    takkan bayi pun nak buang gakk. tau nak sedap aje.

    Reply
  8. obat tradisional asam urat says

    31st January 2012 at 11:21 pm

    kasihan tuh bayi,,,
    emang orang sekarang semangat bikin nya.,,,tapi gak mau urus tuh bayi

    Reply
  9. hafidz says

    30th January 2012 at 11:52 pm

    aku kadang tak faham la. tak terfikir panjang ke dorang time tengah buang bayi tuh. payah betul la. makin teruk. makin ramai pulak yang tak berakal. fuh~

    Reply
  10. Norizwan says

    30th January 2012 at 11:36 pm

    semalam dengar berita ni…menitis air mata saya, menangis sebab isteri cubit kuat sangat kat belakang badan saya, geram sangat kat pembunuh bayi tu….saya pun geram juga sapa la manusia tak berhati perut tu….

    Reply
  11. klcitizen says

    30th January 2012 at 11:11 pm

    menyedihkan…

    Reply
  12. Miss Yati says

    30th January 2012 at 10:35 pm

    Dengar tajuk berita pun perasaan dah sedih, meluap-luap.. apa lagi tengok gambar. Tak sanggup. Bila fikirkan satu nyawa manusia yang sangat bersih sifatnya dibuang begitu sahaja.

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:42 pm

      Memang sudah sifat manusia akan menjadi sayu dan tersentuh apabila mendengar tajuk berita, 🙁

      Reply
  13. puanbee says

    30th January 2012 at 10:33 pm

    Tulah kesian baby2 yg dibuang dan dibunuh tu ..

    harap2 terhindar dari kaum keluarga kita

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:43 pm

      Harap-harap anak kita semua menjadi anak yang soleh dan taat pada agama.

      Reply
  14. Cyza says

    30th January 2012 at 10:15 pm

    Kes macam ni ada tak di barat? Aku tak pasti…tapi rasanya sangat menjadi2 di negara kita. Di manakah silapnya?

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:25 pm

      Rasanya kalau di luar negara ada program anak angkat.

      Reply
  15. tehr says

    30th January 2012 at 10:15 pm

    aku juga dah tak larat tangok bayi kena buang
    moga2 mereka insaf dan bertaubat

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:26 pm

      Apabila kerap sangat berlaku kes pembuangan bayi nanti masyarakat menganggap ia adalah perkara biasa. 🙁

      Reply
  16. mancai says

    30th January 2012 at 5:36 pm

    aku baru selesai menjalani kursus sebagai fasilitator dalam program pencegahan jenayah untuk remaja… harap2 program terbaru 2012 ini dapat mengurangkan kadar kes2 jenayah seperti ini.. insya Allah…

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:27 pm

      Cerita sedikit bagaimana program ini dapat membantu remaja bermasalah?

      Reply
  17. hafizmd says

    30th January 2012 at 5:03 pm

    1. Mmg sayu dan sedih. Mana mungkin seorang ibu yg mengandungkanya 9 bulan tergamak buang bayi melainkan sebab satu perkara iaitu mungkin Allah telahpun menarik nikmat kasih sayang drinya.

    2. Kes2 camni membuktikan yg kita diakhir zaman.

    3. Nampaknya, masyarakat kena jaga tepi kain org sekitar terutamanya kawasan perumahan. Selamba jer budak2 zman sekarang bawak jantan balik rumah. Wanau’zubillah

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:28 pm

      Kita yang mempunyai keluarga pula segan melihat gelagat muda mudi sekarang.

      Reply
  18. amirulfaiz says

    30th January 2012 at 4:57 pm

    Astaghfirullah. Bukat setakat ibubapa, uda dara, malah seluruh masyarakat ada peranan untuk mengelak dari perkara ini berulang.

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:29 pm

      Pelaku cilik menyembunyi aktiviti sumbang mahram mereka.

      Reply
  19. nizam says

    30th January 2012 at 4:52 pm

    ntahla..makin menjadi-jadi kes ni di negara kita kan…jadi nak salahkan siapa?

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:29 pm

      Tidak guna hendak menunding siapa salah tetapi bagaimana hendak membina penampan dan memberi kesedaran.

      Reply
  20. suri says

    30th January 2012 at 4:30 pm

    sedih bila makin maju manusia semakin gila buat sex !

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:30 pm

      Ini adalah tanda-tanda akhir zaman.

      Reply
  21. wahida says

    30th January 2012 at 4:23 pm

    mmg sedih….
    hanya Allah yg mampu membalas perbuatan mereka tu…

    Reply
  22. isza says

    30th January 2012 at 3:56 pm

    Bagi saya cerita seperti ini(pembuangan bayi) sepatutnya tidak diwar2kan seperti dalam Islam yang menyatakan setiap keaiban itu perlu ditutup/dipelihara drp pengetahuan org ramai.
    Pembongkaran demi pembongkaran bukannya menjadi pengajaran sebaliknya menjadikan manusia lebih berani untuk melakukan keaiban kerana ianya seolah2 menjadi satu perkara yang biasa dilihat.

    Contoh: Apa kisah nak buang bayi (luar nikah) sebab mmg ramai pun yang buang…

    Sekadar pendangan~

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:31 pm

      Itulah yang kita bimbangkan suatu masa masyarakat akan menganggap ia adalah perkara biasa. 🙁

      Reply
  23. Fahmi Raazali says

    30th January 2012 at 3:48 pm

    Situasi sekarang kian meruncing. Gejala sosial bertambah teruk. Semoga kita jauh dari sebarang gejala yang tidak sihat.

    Zaman sekarang, nak buat maksiat lagi mudah dari buat perkara baik.

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:33 pm

      Kadang-kadang tidak faham kenapa ada pihak mepolitikkan apabila ada pihak cuba menarik belia untuk menyertai program agama seperti yang dianjurkan oleh Ustaz Azhar Idrus.

      Reply
  24. Dulu Lain Sekarang Lain says

    30th January 2012 at 3:19 pm

    Kasihan pd sang anak kerana terbuang begitu shj. Simpati pd ibubapanya yg telah hilang rasa kasih sayang dalam jiwa mereka.

    Reply
  25. CMRatu says

    30th January 2012 at 2:54 pm

    memang pelik, tak rasa sayang ke anak sendiri.. huhu.. memang tak ada perasaan..

    Reply
  26. Azman says

    30th January 2012 at 2:50 pm

    Masalah ni tak selesai2 dari dulu,kata nak buat tempat khas bagi yg tak nak bayi mereka,sampai sekarang tak dengar berita pun.

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:35 pm

      Memang sudah ada tempat penyerahan bayi di Malaysia tetapi tidak sepatutnya berlaku hanya ingin menyorok perbuatan terkutuk.

      Reply
  27. sw33tdarling says

    30th January 2012 at 2:00 pm

    yang buang bayi ada, yang bayi mati di taska pun ada… pokok pangkal, yang bernasib malang adalah si bayi

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:35 pm

      Bayi terlalu naif untuk mengerti hal dunia.

      Reply
  28. faiz says

    30th January 2012 at 1:01 pm

    binatang pun syg anak…

    Reply
    • suri says

      30th January 2012 at 4:31 pm

      manusia jenis apa ya?

      Reply
  29. pipoq says

    30th January 2012 at 12:50 pm

    setiap kali ada kes kes pembuangan bayi, memang aku ngan wifey tak terkata apa..kesian melihatkan bayi bayi yang menjadi mangsa tu..

    apa la perasaan si ibu yang mengandungkan anak tu selama 9 bulan, kemudian dibuang pulak tu..

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:36 pm

      Sudah pasti ibu yang membuang bayi akan mengalami trauma kerana perbuatan tidak bertamadun itu.

      Reply
  30. nuriz says

    30th January 2012 at 12:05 pm

    kes yang tak pernah selesai malah semakin menjadi jadi..kenapa manusia tidak ada perasaan belas kasihan dan takut kepada hukuman Allah

    Reply
    • akubiomed says

      30th January 2012 at 10:37 pm

      Yang sedih apabila kes pembuangan bayi dilaporkan situasi bayi tersebut amat menyedihkan. 🙁

      Reply
  31. anif says

    30th January 2012 at 11:54 am

    Tiada kata-kata kesat yang sesuai di muka bumi ini untuk melabelkan mereka yang terlibat!!!

    Reply
  32. adamfaiz says

    30th January 2012 at 11:45 am

    PATI pun ramai yang amik kesempatan dalam isu ni… derang yang buat, tapi remaja kita juga yang orang tuduh

    Reply
  33. Kamal Mustafa says

    30th January 2012 at 11:27 am

    Manusia dah jadi haiwan sekarang nie…kesian betul kes baru2 nie. kepala dan kaki bayi takde.

    Reply
  34. yas says

    30th January 2012 at 10:21 am

    Mintak tolong laa…terutamanya kpd remaja2 yg dah buat salah kali pertama dgn sumbang mahram tu…jangan buat salah kali kedua dgn membunuh bayi yg tak berdosa tu..kejam sangat,layak di gelar pembunuh,

    …klau tak sanggup nak bela pun tlg hantar kat pusat2 perlindungan bayi…tlg la jgn bunuh bayi korang tu…sedih betul la

    Reply
  35. shraqs says

    30th January 2012 at 10:20 am

    Yang pasti, si pelaku mestinya pasangan yang belum kahwin… Hampeh! Buat tahu, jaga tak tahu plak!

    Reply
  36. adele says

    30th January 2012 at 8:33 am

    itu haiwan yg bertopengkan manusia sbnrnya…

    Reply
    • Denaihati says

      30th January 2012 at 11:07 pm

      antara perkataan yg sesuai, dahlah buat anak tanpa nikah, lepas tu buang sebarang, banyak kes anak yg dibuang mati.

      Reply
  37. bardboo says

    30th January 2012 at 5:31 am

    kesian bayi yang tak bersalah tu dibuang macam tu je…apalah diorang ni..tak ada otak …

    Reply
  38. ohcikgu says

    30th January 2012 at 4:59 am

    waa..galaknya mata dia..

    Reply
  39. maza says

    30th January 2012 at 1:30 am

    aduh! manusia jenis apakah mereka itu?
    baik bapa atau ibu kepada arwah harus dihukum seberat2nya….
    bila manusia sudah hilang peri, perangai serta tabiat mereka jauh lebih hina dari haiwan!

    Reply
  40. zie fauzi says

    30th January 2012 at 12:49 am

    memang terasa sayu bila tengok gambar terbaru kes buang bayi… tak tahu nak kata apa dah…. 🙁

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in