• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / diy / Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.

Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.

27th May 2012 by akubiomed 90 Comments

Projek hujung minggu DIY tukar bingkai cermin tingkap Nako.

Sudah lama bercadang untuk menukarkan bingkai besi cermin tingkap yang boleh buka 4 cermin bawah dan 4 cermin atas.

Projek hujung minggu DIY tukar bingkai cermin tingkap Nako memang tepat pada masanya kerana sejak beberapa hari kebelakangan ini cuaca agak panas dan kurang berangin.

Bingkai besi cermin tingkap Nako
Bingkai besi cermin tingkap Nako

Saya terpaksa buka cermin tingkap rumah untuk pastikan udara panas dalam rumah keluar dan digantikan dengan udara sejuk berangin dari luar rumah.

Masalahya ada apabila cermin tingkap dibuka membolehkan orang melihat dalam rumah dari luar.

Bingkai cermin tingkap saya adalah jenis cermin tingkap Nako, kalau sekali buka 8 cermin serentak.

Jadi saya pergi kedai Hardware untuk membeli bingkai cermin tingkap Nako yang boleh buka separuh bawah dan separuh atas.

Saya beli bingkai cermin tingkap ini pada harga RM19 satu set.

Saya membeli 3 set untuk menukar bingkai besi tingkap bilik dan bahagian dapur.

Buka skru bingkai besi cermin tingkap
Bingkai besi cermin tingkap baru perlu dipotong dibahagian hujung supaya muat untuk dimasukkan kembali bingkai tingkap kayu
Memotong sedikit bingkai besi cermin tingkap supaya boleh muat bingkai tingkap kayu
Memasang skru pada bingkai besi cermin tingkap
Bingkai besi cermin tingkap yang telah siap dipasang

p/s: Boleh dapatkan tip memilih jubin boleh baca di blog kak Jie dan membaca pengalaman DenaiHati renovasi rumah beliau.

  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Contest Kaca Mata PapaMifz.com
  • Pakai cermin mata bukan kerana kacak

Filed Under: diy

Reader Interactions

Comments

  1. Hafizul says

    28th October 2012 at 6:34 pm

    wah pandai jugak ler ni bab bertukang nih..hehe..memang best bila da nako mcm ni..tak ada la buka semua smp nampak segalanya..hehe

    Reply
  2. mrazydy says

    29th May 2012 at 10:58 pm

    lawa theme baru ni..

    Reply
    • akubiomed says

      30th May 2012 at 12:55 am

      Terima kasih bro. Saya cuma tukar child theme sahaja. 🙂

      Reply
      • suri says

        31st May 2012 at 8:55 pm

        cmner bro nk tukar latar blkg blog tu heeee.. ada tips or panduan ker? bosan asyik love warna ungu huuu…

        Reply
    • hafizmd says

      30th May 2012 at 10:40 pm

      setuju…font yg diguna sgt smart!

      Reply
  3. mrazydy says

    29th May 2012 at 10:56 pm

    memang terbaik diy tu.. belajar kat mana bertukang ni.. macam expert je..

    Reply
    • suri says

      31st May 2012 at 8:56 pm

      ha bertukang ayat tak menahan…mesti tgok org buat pastu dpt blja sendri kot

      Reply
  4. Hairul says

    29th May 2012 at 6:42 pm

    satu langkah keselamatan pasang bingkai spt tu… mmg hebat la bro pasang sendiri je….

    Reply
    • akubiomed says

      30th May 2012 at 1:15 am

      Tidaklah hebat mana pun bro. Buka skru dan pasang skru pada bingkai baru. 🙂

      Reply
      • Hafizul says

        28th October 2012 at 6:35 pm

        haha..semudah makan kacang kan bro..hehe

        Reply
  5. Ummi Hanie says

    29th May 2012 at 5:16 pm

    encik azrin ni geng ayah mentua sayalah… jenis handyman. sng kan boleh buat sndiri smua kerja2 mmbaiki dan bertukang ni 😉

    Reply
    • akubiomed says

      30th May 2012 at 1:16 am

      Kalau ikutkan saya lebih suka tukangan kayu. Cuma masa dan harga kayu agak mahal. Isteri sudah minta buat kabinet dapur dan almari.

      Reply
  6. Denaihati says

    29th May 2012 at 4:34 pm

    DIY boleh save banyak rm, tapi kena minat mcm bro. kalau tak minat, apa pun tak jadi.

    Reply
    • akubiomed says

      30th May 2012 at 1:27 am

      Memang ada yang tidak minat.

      Reply
      • hafizmd says

        30th May 2012 at 10:41 pm

        Ada yg minat, tp tangan mmg keras. bila buat, tak berapa kemas…hehe

        Reply
      • suri says

        31st May 2012 at 9:02 pm

        sy tak ni tk pernh buat diy bagai heee klu simple2 bosa homemade jer

        Reply
    • Hafizul says

      28th October 2012 at 6:36 pm

      best bertukang nih..hehe

      Reply
  7. Nurul says

    29th May 2012 at 1:04 pm

    Wah.. Dah bertukang jadi tukang rumah/ Tukang Nako.. hehehe

    Reply
  8. suri says

    29th May 2012 at 12:49 pm

    salam..
    wah dah ada tugasan baharu, rumah kg sy persisnya bgtulah cerminya

    Reply
  9. eiela says

    29th May 2012 at 11:59 am

    oo tu ke namanya tingkap nako. hari tu adik pasangkan cerminnya, pecah

    Reply
    • suri says

      29th May 2012 at 12:50 pm

      sy baru tahu nama dia hee sllu org akan panggil tingkap keping kaca jer..

      Reply
      • hafizmd says

        30th May 2012 at 10:41 pm

        Terengganu jugak panggil nako =)

        Reply
        • suri says

          31st May 2012 at 9:03 pm

          nako bukan naruto hrrrrrrrr

          Reply
  10. Izzuddin Fauzi says

    29th May 2012 at 8:21 am

    Operasi bertukang yer… 🙂 DIY – Semuanya sendiri 🙂

    Reply
    • suri says

      29th May 2012 at 12:50 pm

      yerlah klu nk suruh org bt paling tidak pun kita kena klrkan kos wang hee..ni kira jimat wang

      Reply
  11. MrShokri says

    29th May 2012 at 12:24 am

    Kalau dah pakar tu sejang je..Tak payah susah2 nak upah tukang buat..he3

    Reply
  12. cik tom says

    29th May 2012 at 12:24 am

    terernya buat sendiri…mmg bagus..

    Reply
    • MrShokri says

      29th May 2012 at 12:26 am

      Cik Tom nanti boleh la upah akubiomed jadi tukang ye…

      Reply
    • suri says

      29th May 2012 at 12:51 pm

      mmg buat sendri lebih mudah heee

      Reply
    • suri says

      31st May 2012 at 9:14 pm

      menjimatkan dan bila2 perlu kita ada utk baiki semua itu

      Reply
  13. Nur says

    28th May 2012 at 11:05 pm

    Bagusnya DIY … Tak payah susah nak cari tukang repair. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2012 at 11:11 pm

      Alat tukang ada dan proses untuk tukar bingkai besi tingkap ini pun mudah.

      Reply
      • suri says

        29th May 2012 at 12:51 pm

        pasni blh tukang bahagian yg lain pula. seronok buat sendri lebih2 lagi rumah tu rumah sendri yang kita beli heee

        Reply
      • Nur says

        2nd June 2012 at 4:13 pm

        Samalah dengan suami Nur, complete set ada kat rumah.. Semua dia buat sendiri, macam Macgyver.. 🙂

        Reply
  14. Jebeng Otai™ says

    28th May 2012 at 9:29 pm

    mmg xyah upah2 tukng..jimat belanja..

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2012 at 11:12 pm

      Memang jimat bro. Seriur. 🙂

      Reply
  15. cmratu says

    28th May 2012 at 5:21 pm

    rajinnya semua buat sendiri… untung isteri.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2012 at 11:12 pm

      Mana yang boleh buat sendiri akan dilaksanakan. 🙂

      Reply
  16. sha says

    28th May 2012 at 4:05 pm

    org lelaki mmg suke dgn DIY ni… sama dgn hubby sha…bagus2x…

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2012 at 11:13 pm

      Saya suka pasang-pasang terutama barangan daripada Ikea. 🙂

      Reply
      • suri says

        29th May 2012 at 12:52 pm

        ikea mmg terbaik..sy sering mikir bila le mereka nk buka cawangan..kmi dpt pergi ke kl beberpa kli jer..klu ada d ipoh bukan mudah hee..

        Reply
      • hafizmd says

        30th May 2012 at 10:42 pm

        Sebut pasal barangan IKEA, mmg amat kreatif barang2 yg pasang sendiri dari IKEA. Terbaiklah!

        Reply
        • suri says

          31st May 2012 at 9:14 pm

          jauh bro..klu kt area bro hafiz mesti dekat heeee

          Reply
  17. azman says

    28th May 2012 at 3:23 pm

    Kalau pandai tak de masalah he3..saya boleh bertukang nih..tapi peralatan kena cukup.

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2012 at 11:13 pm

      Insyallah alat tukang memang boleh dikatakan lengkap hingga gergaji elektrik pun saya ada. 🙂

      Reply
  18. tehr says

    28th May 2012 at 2:46 pm

    memang sesuai nako yang boleh buka separuh ni
    rumah mak aku juga sebahagiannya guna jenis macam ni

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2012 at 11:14 pm

      Sudah lama hendak beli tetapi tidak beli-beli. Bila sudah cacing kepanasan baru hendak cari. 🙂

      Reply
  19. Norizwan says

    28th May 2012 at 2:32 pm

    wah bro…ada perasan kat baju tu ada gambar logo tu…sajer edit ker tu hehehe…

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2012 at 11:15 pm

      Memang ada logo MU pada bahu.

      Reply
  20. Dulu Lain Sekarang Lain says

    28th May 2012 at 12:53 pm

    Dlm banyak2 gambo, yg ada logo Man Utd tu yg paling mengancam!

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2012 at 11:15 pm

      He..hee..jangan mare.

      Reply
    • hafizmd says

      30th May 2012 at 10:43 pm

      hehee….mestilah mengancam bro…kelab paling ramai peminat tu… 😀

      Reply
  21. Zarul Umbrella says

    28th May 2012 at 1:16 am

    DIY value fr ur money hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2012 at 11:15 pm

      Ada masa dan ada barang boleh jalan projek DIY. 🙂

      Reply
  22. cikgu naman says

    28th May 2012 at 12:48 am

    nanti ambil upah tak renovate rumah? nak booking..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2012 at 11:16 pm

      Apa dia bro hendak renovasi rumah. Ampun…lebih baik bro tukang yang baik. 🙂

      Reply
      • suri says

        29th May 2012 at 12:53 pm

        tawaran telah di buka tunggu sebut harga nampaknya tu bro

        Reply
  23. titan says

    28th May 2012 at 12:34 am

    memang serba boleh ko ni. hoho..

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2012 at 1:34 am

      Tapi saya tidak boleh lawan makan Cendol dengan bro Titan. 🙂

      Reply
  24. nurmisnan says

    27th May 2012 at 11:54 pm

    Bagus buat sendiri.. tak perlu upah orang.. jimat ongkosnya..

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2012 at 11:16 pm

      Memang jimat. 🙂

      Reply
      • suri says

        31st May 2012 at 9:22 pm

        blh beli brgn yang lain atau save ke tabung

        Reply
    • suri says

      31st May 2012 at 10:02 pm

      waduh bikon indo pulak deh

      Reply
  25. Juan says

    27th May 2012 at 11:52 pm

    saya suka tgk org buat DIY

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2012 at 11:16 pm

      Dari kecil suka main LEGO. 🙂

      Reply
  26. zool says

    27th May 2012 at 11:46 pm

    bagus.. saya nak ganti pintu rumah sewa tak ganti2 lagi.. nak pasang tak reti.. duduk berlubang le penyewa..

    Reply
    • akubiomed says

      28th May 2012 at 12:07 am

      Saya pasang pintu boleh tapi hendak buat tombol pintu tidak reti. 🙂

      Reply
  27. akhiyy says

    27th May 2012 at 10:12 pm

    wahh..memang selalu buat DIY ke..memang jimat..

    Reply
    • akubiomed says

      27th May 2012 at 10:13 pm

      Tahun lepas banyak juga dilaksanakan projek DIY ini.

      Reply
      • suri says

        31st May 2012 at 9:24 pm

        harap tahun ini akan byk yg menyusul

        Reply
  28. donnyien says

    27th May 2012 at 9:26 pm

    Baguslah kalau pandai tukar sendiri, tak perlu upah orang buat, jimat kos. Don x boleh blah ngan Logo kat belakang baju bro tu hehe

    Reply
    • akubiomed says

      27th May 2012 at 10:07 pm

      Ops..jangan marah yer bro Donny. 🙂

      Reply
  29. azura says

    27th May 2012 at 9:07 pm

    rajin bro

    Reply
    • akubiomed says

      27th May 2012 at 10:08 pm

      Bukan rajin tapi tanggungjawab. Kalau keadaan rumah panas tak akan hendak mendiamkan diri. Kesian kepada isteri dan anak-anak, rasanya ia adalah penyelesaian sementara yang terbaik setakat ini.

      Reply
  30. Mus says

    27th May 2012 at 7:31 pm

    Puas hati bila hasil kerja sempurna. Jimat belanja.

    Reply
    • akubiomed says

      27th May 2012 at 10:09 pm

      Saya pastikan ia dilakukan seperti mana keadaan asal dan tiada skru yang berlebihan. 🙂

      Reply
    • suri says

      31st May 2012 at 10:02 pm

      hasil kerja tangan unik mesti gmbra

      Reply
  31. KiD says

    27th May 2012 at 7:04 pm

    waaaaahhh.. pandai bro bertukang yea..

    Reply
    • akubiomed says

      27th May 2012 at 10:09 pm

      Insyallah boleh yang mana ringkas-ringkas boleh dilaksanakan. 🙂

      Reply
  32. iza says

    27th May 2012 at 5:02 pm

    Assalam…
    Cuaca sekarang ni memang panas, elok la pasang nako tu..

    Reply
    • KiD says

      27th May 2012 at 7:06 pm

      kalau tak nako, pasang aircond.. hehehee

      Reply
      • akubiomed says

        27th May 2012 at 10:10 pm

        Pasang penghawa dingin bukan masa terdekat ini. 🙂

        Reply
        • suri says

          29th May 2012 at 12:54 pm

          bulan2 bayar bil elektrik banyak juga tuh hee..lebih2 lagi cuaca panas

          Reply
          • hafizmd says

            30th May 2012 at 10:44 pm

            Kalau nak pasang, kena beli yg jimat tenaga macam cap LG tuh =)

            Reply
    • akubiomed says

      27th May 2012 at 10:10 pm

      Penyeleasaian sementara. 🙂

      Reply
  33. pipoq says

    27th May 2012 at 2:58 pm

    tingkap nako yang boleh dibuka dua bahagian ni memang lebih mudah sebab kadang kadang tu kita cuma nak bukak sikit bagi angin masuk je..kalau nak dilepaskan langsir, sama macam tak bukak tingkap je..

    Reply
    • akubiomed says

      27th May 2012 at 3:23 pm

      Betul bro. Rumah pula panas sebab itu terus tukar jenis bingkai tingkap cermin jenis ini.

      Reply
    • hafizmd says

      27th May 2012 at 4:55 pm

      Setuju. Mmg lebih praktikal nako jenis ni. Bukan atas, tutup bawah.

      Bro AB, ni sape yg jadi jurugambar ni? =)

      Reply
      • akubiomed says

        27th May 2012 at 5:59 pm

        Siapa lagi kalau bukan isteri sendiri. 🙂

        Reply
        • suri says

          29th May 2012 at 1:25 pm

          si dia mmg sporting

          Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in