• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Pengalaman anak jatuh sakit

Pengalaman anak jatuh sakit

11th January 2012 by akubiomed 86 Comments

Setiap ibubapa pasti melalui pengalaman anak jatuh sakit.

Ops Ulat buku di Rawang ke 2. Klik gambar untuk baca

Semalam saya tidak sempat hendak menulis entri baru sebab ada satu lagi misi ops ulat buku perlu dilaksanakan kali ini untuk buku teks pinjaman abang Koning pula. Siapa yang ada anak kecil tentu pernah melalui pengalaman anak jatuh sakit susah hati dibuatnya. Beberapa sahabat blogger ada menulis entri mengenai anak mereka jatuh sakit di awal persekolahan 2012 yang baru dibuka antaranya Kulanz dan Puan Bee.

Penyakit demam panas antara penyakit paling mudah terkena kepada anak kecil tentu mengundang kebimbang diwajah kedua ibubapa jika dibiarkan tanpa rawatan demam panas boleh menyebabkan terkena Sawan. Macam saya kalau anak kecil saya terkena demam panas tentu akan meragam dan sampai satu tahap akan muntah-muntah. Jadilah kalau anak jatuh sakit janganlah tangguh-tangguh untuk membawa anak kecil mendapatkan rawatan diklinik.

Pengalaman anak jatuh sakit mendewasakan kedua ibubapanya

Pengalaman kena denda di sekolah. Klik gamabr untuk membaca

Anak-anak saya mempunyai sejarah Asma sejak dari kecil lagi jadi setiap kali Asma menyerang pasti perlu ambil ubat Asma mengunakan mesin Nebulizer. Kalau balik kampung tentu ada 1 bekas khas untuk ubat anak-anak dibawa balik sebagai langkah persediaan kalau anak jatuh sakit. Oleh kerana kerap sangat membawa anak kecil ke klinik untuk mendapatkan rawatan Asma dengan mengunakan mesin Nebulizer jadi saya beli 1 mesin Nebulizer untuk kegunaan sendiri dirumah. Dulu saya kerap “outstation” dan pada ketika itu isteri belum mempunyai lesen memandu jadi susahlah kalau untuk bawa anak ke klinik. Sampai bila kita hendak menyusahkan jiran tetangga.

Ubat anak-anak satu bekas koning

Saya ada beberapa peralatan asas perubatan yang disediakandirumah maklumlah bidang kerja saya pun juga berkaitan Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Bioperubatan kalau dengan bahasa mudahnya doktor merawat manusia mana kala saya adalah doktor kepada mesin perubatan yang doktor gunakan. Dengan kata lain kami ini adalah doktor mesin.

Ketika baby Aslah terkena demam panas. Klik gambar untuk baca.

Antara peralatan asas perubatan yang ada dirumah saya.

1. Pengukur suhu badan digital

2. Mesin Nebulizer untuk rawatan Asma.

3. Inhaler untuk rawatan Asma

4. Pek Panas/ Sejuk

p/s: Kita lebih bersedia  pada masa akan datang kerana pernah melalui pengalaman anak jatuh sakit.

  • Perasaan pertama kali menjadi Babah
  • Ops Ulat buku di Rawang
  • Bersederhana menjelangnya bulan puasa Ramadhan

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. Taisir says

    3rd April 2016 at 8:29 pm

    Boleh tolong cadangkan nebuliser machine yg bagus? Saya bercadang utk membelinya. Terima kasih

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2016 at 9:18 pm

      Kalau nak beli nebulizer ada beberapa jenis diantaranya:-
      1. Motorize drive Nebulizer-harga murah tetapi agak bising
      2. Ultrasonic Nebulizer-harga mahal tetapi senyap

      Reply
  2. aisyah bdullah says

    22nd December 2012 at 9:48 am

    salam saya nak tanya Mesin Nebulizer untuk rawatan Asma itu boleh dibeli di mana ya?

    Reply
    • akubiomed says

      22nd December 2012 at 10:13 am

      Mesin nebulizer boleh dibeli di farmasi berdekatan. Ada yang murah dan yang mahal bergantung jenis motor. Yang murah agak bising sedikit.

      Reply
      • aisyah bdullah says

        22nd December 2012 at 10:40 am

        ohada jual di farmasi biasa sahaja ya? harga dalam lingkungan berapa ya? kalau untuk warga emas sesuai ke ?

        Reply
        • akubiomed says

          22nd December 2012 at 10:55 am

          Dalam linkungan RM1++ bergantung jenis jenama. Nebulizer ini datangkan aksesori inhaler yang sesuai untuk kanak dan dewasa jadi tidak perlu bimbang.

          Reply
          • aisyah bdullah says

            22nd December 2012 at 11:06 am

            owh ok ok. terima kasih, saya cari di internet tapi tiada pula dan kebetulan jumpa blog encik . terima kasih sekali lagi 🙂

            Reply
  3. Melastik Bintang says

    16th December 2012 at 9:11 pm

    Lengkap dengan peralatan dengan nebulizer lagi.. Mudahlah kalau ada semuanya.. Kadang-kadang semput ni berkaitan dengan hingus atau kahak dalam paru-paru kanak-kanak… bermula dengan selsema kemudian batuk ada kahak….

    Reply
  4. Nordin says

    14th June 2012 at 10:43 am

    Saya pernah beberapa kali masalah 3 orang anak demam panas serentak, yang amat-amat merisaukan saya sehingga terpaksa mengambil cuti, terpaksa berjaga malam untuk merawat mereka, selain mendapat rawatan drp klinik seorang anak saya menjaramkan badan dan kepala mereka samada guna air asam jawa atau pun daun lidah buaya atau pun daun bunga raya, sementara salah seorang anak saya , terpaksa dibungkus dengan pisang untuk bagi ” kebah ” badannya…Alhamdullilah setelah beberapa hari semuanya beransur sembuh, saya bersyukur kepada Allah kerana menembuhkaan anak-anak saya.

    Reply
    • akubiomed says

      14th June 2012 at 11:51 pm

      Ketabahan dan kesabaran bro untuk memastikan anak-anak sembuh dan kembali ceria seperti sedia kala.

      Reply
  5. Mekar says

    15th January 2012 at 1:00 pm

    Sya xde pengalaman lagi. Tapi zaman kerja dulu ada ofismate bila anaknya demam, dia pun ambik cuti krn nak jaga anak di rumah. Sungguh prihatin ibubapa itu kan

    Reply
  6. Nadri says

    15th January 2012 at 8:31 am

    dkt rumah mmg selalu standy ubat demam, gas ashma & koyok cool fever utk disaat kecemasan..dah byk kali mengalami kejadian anak jautuh sakit…

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2012 at 9:30 am

      Betultuh bro tidak kelam kabut kalau anak tiba-tiba jatuh sakit.

      Reply
  7. wazy says

    14th January 2012 at 10:45 pm

    Pernah tengok anak sedara saya demam,kesian jugak la,mak ayah dia pun tak senang duduk jadinya

    Reply
  8. amirulfaiz says

    14th January 2012 at 6:11 pm

    Uih, lengkap betul gajet kesihatan yang saudara miliki. 🙂 Ya, ibubapa memang akan jatuh risau yang amat, bila anak sakit. Waktu kecil, kita tidak mengerti gelisah ibubapa, bila sudah ada anak, baru kita faham. 🙂

    Reply
  9. cik tom says

    14th January 2012 at 5:05 pm

    mesti risau kan bila anak sakit..tp mmg biomed ni bapa mithali..semua dah lengkap sediakan incase anak asma…mmg bgs..

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2012 at 9:45 am

      Sejak beli mesin nebulizer untuk kegunaan rumah jarang pula serangan asma berlaku. 🙂

      Reply
  10. @syzwnsrwk says

    14th January 2012 at 7:36 am

    walaupun saya bukannya seorang bapa atau mempunyai anak, saya boleh terbayangkan penat lelah pengalaman bro menjaga anak jatuh sakit >_<
    semoga anak2 bro selalu berada dalam keadaan sihat dan dijauhkan dari penyakit berbahaya

    Reply
    • akubiomed says

      15th January 2012 at 9:59 am

      Bukan saya seorang yang menjaga anak sakit kerana isteri turut menyumbang tenaga yang lebih besar daripada saya sebagai ibu.

      Reply
  11. nurmisnan says

    12th January 2012 at 11:31 pm

    hmmm… mcm nilah.. pernah cuba berubat homeopathy tak?
    kalau mau aku boleh kenalkan.. beliau memang pakar dlm
    perubatan ini.. insyaAllah.. akan sembuh dengan perlahan2..
    ini pun kenalan kenalkan sbb beliau pernah lumpuh sebelah badan.
    selepas mengamal perubatan ini, alhamdulillah sihat sepenuhnya..

    Reply
    • akubiomed says

      13th January 2012 at 12:33 am

      Alhamdulillah anak-anak saya tidak ada lagi serangan Asma apabila umur meningkat.

      Reply
  12. tehr says

    12th January 2012 at 10:56 pm

    aku juga sedang dengan masalah anak jatuh sakit ni
    cuma sakit kaki je
    tapi bila pergerakan dia terhad, kita memang akan banyak bergerak

    Reply
    • hafizmd says

      14th January 2012 at 10:14 am

      gitulah cikgu, bila anak2 tak aktif macam biasa, kita mmg akan lebih aktif berfikir dan bergerak dgn satu misi, nak tgk anak2 sihat balik

      Reply
  13. ShashaCahaya says

    12th January 2012 at 10:42 pm

    Peralatan yang ditunjukkan nampaknya sangat berguna untuk isi rumah yang ada anak sakit.
    Kalau boleh dapatkan peralatan tu untuk keperluan sendiri disamping tu boleh juga membantu orang lain jika diperlukan. Betul ke?

    Reply
    • akubiomed says

      13th January 2012 at 12:34 am

      Sudah semestinya boleh lagi pun ia mudah digunakan.

      Reply
  14. Amry says

    12th January 2012 at 9:20 pm

    Saya belum ada anak…jadi tak ada pengalaman….tapi mak bapak mana la tak risau kan kalau anak sakit…..walau pun demam, tak senang duduk dibuatnya….

    waktu kecik ada juga sejarah kena asma…nak bernafas ya Allah seksa sungguh…selalu dia akan kebah sendiri, pernah satu ketika terpaksa ke klinik dan doktor tu bagi rawatan guna mesin nebulizer (baru tahu nama mesin tu bila baca entry ni..hehe…)

    Moga baby aslah cepat sembuh dari demam

    Reply
  15. klcitizen says

    12th January 2012 at 8:19 pm

    memang susah hati kalau anak demam. pernah anak masuk wad, sedih dan rasa helpless 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      13th January 2012 at 12:35 am

      Kalau boleh saya tidak mahu anak dimasukkan ke hospital.

      Reply
      • hafizmd says

        14th January 2012 at 10:16 am

        HOSPITAL.
        Mmg aku cukup mintak dijauhkan dari kena warded. Jadi, bila anak2 tak sihat, pelbagai petua dan ubat dicuba terlebih dulu.

        Reply
  16. levelsatu says

    12th January 2012 at 3:29 pm

    emm..kita kena bersiap sedia selalu. 🙂

    Reply
  17. Hasni says

    12th January 2012 at 3:15 pm

    Saya belum kahwin lagi,tapi pernah sekali masa adik kena sawan sebab demam panas mak buat macam ne nak bagi adik ok balik antaranya tuam tapak kaki menggunakan kain yang diseterika atau tuku atau urut betis dan kalau lama sangat sawan tu ,mak renjis dengan air ais.

    Reply
  18. zulkbo says

    12th January 2012 at 2:45 pm

    salam..
    kalau sawan nih..tak pernah
    saya mengalami dan menanganinya
    sebab tiada lagi dalam keluarga saya
    kalau bab sakit lain biasa..termasuk
    anak kecil 2 tahun patah kaki..

    Reply
  19. tuan tanah says

    12th January 2012 at 9:28 am

    betul bila berlaku perkara sebegini mmg mematang kedua ibu bapa, saya sendiri banyak belajar dr apa yang berlaku, keperluan mcm bro listkan mmg perlu ada.

    Reply
  20. bardboo says

    12th January 2012 at 7:13 am

    hari tu masa ammar selsema dan batuk pun, risau jugak dibuatnya…

    Reply
  21. ohcikgu says

    12th January 2012 at 2:25 am

    kena lebih berhati-hati la lepas nih.. budak-budak kat asrama ni, memanjang aje sakit demam..

    Reply
    • akubiomed says

      12th January 2012 at 9:47 pm

      Kalau duduk asrama mudah terkena sakit mata ada sahaja kes murid duduk hostil terpaksa cuti sakit.

      Reply
  22. eiela says

    12th January 2012 at 1:37 am

    semoga diorang cepat sembuh. nak tanya apa bezanya nebulizer nih dgn mesin oksigen ye?

    Reply
    • akubiomed says

      12th January 2012 at 9:59 pm

      Mesin Nebulizer lebih sesuai untuk rawatan serangan Asma dengan cara semburan kabus kalau mengunakan Inhaler mungkin teknik menekan pam ubat dan sedutan tidak seiring menyebabkan rawatan Asma gagal. Kalau guna mesin Nebulizer semburan kabus ubat sentiasa “constant”. Udara yang kita bernafas mengandungi 21% Oksigen dan mesin nebulizer menyedut udara dari daripada persekitaran yang 21% Oksigen ini dan titisan ubat kabus ini akan melegakan saluran pernafasan yang menjadi sempit dan membengkak.

      Mana kala rawatan Oksigen samada mengunakan tong Oksigen atau mesin Oksigen adalah 100% Oksigen. Sebelum gas Oksigen 100% ini disedut pesakit ia perlu dilembapkan dengan mengunakan Humidifier kerana saluran pernafasan manusia normal adalah lembap dan Oksigen pula bersifat kering.

      Jadi menjawab persoalan mesin Nebulizer lebih sesuai digunakan untuk merawat serangan Asma.

      Reply
  23. Amirez says

    12th January 2012 at 1:23 am

    saya pernah ke klinik pukul 3 pagi sebab anak sakit. risau betul dibuatnya. siapa tak sayangkan anak…

    Reply
  24. shraqs says

    12th January 2012 at 12:26 am

    Aku ni memang takde anak lagi, tapi sikit sebanyak blehla paham perasaan parents yg ada anak sakit ni,.. haru biru jugak dibuatnya nak plak kalu anak pertama..

    Reply
  25. maza says

    12th January 2012 at 12:12 am

    mengukur suhu badan (thermometer) digital tu memang mahal. Harga beratus hinggit.. tapi berbaloi dan tahan lama. tak nyesal membelinya..

    psst: maza ingat nak sambar satu lah, errr… ada stok ke kat ofis? ahaks.. lalalala

    Reply
    • akubiomed says

      12th January 2012 at 10:04 pm

      Maaflah bro Maza syarikat saya tidak menjual mesin tapi memberi perkhidmatan menyelenggara peralatan perubatan di hospital. Saya tidak mengesyorkan membeli suhu bacaan badan yang jenis merkuri eloklah beli yang digital kerana suhu badan jenis merkuri bahaya untuk kesihatan kalau pecah kerana pada suhu bilik merkuri ini boleh meluwap dan mungkin memasuki saluran pernafasan dengan kekal didalam badan boleh menyebabkan kanser. Merkuri adalah logam berat.

      Reply
  26. kulanz says

    12th January 2012 at 12:00 am

    Pengalaman pertama berdepan dengan anak yang diserang sawan.. nasib baik tak panik.. tapi memang risau sangat sebab hospital jauh dari rumah..
    memang penting sangat peralatan asas tu ada di rumah. Setakat ni aku cuma ada alat ukur suhu badan digital tu.. lepas ni nak juga sediakan peralatan lain sebagai langkah berjaga-jaga

    Reply
  27. Norizwan says

    11th January 2012 at 11:44 pm

    saya tengok anak saya tak sihat…saya pula yang yang demam….resah, berderau darah….

    Reply
  28. chii says

    11th January 2012 at 11:00 pm

    lebih2 lagi kalau tengah musim demam..mmg mudah la anak2 kecil berjangkit..
    lum ada pengalaman lgi..kalo adik yg demam sampai berhari2 tu ada la..mmg risau ..takut2 ada kuman dlm darah..

    Reply
  29. ciksembang says

    11th January 2012 at 10:29 pm

    Masa kecil Farhan kerap kena asma.. tapi bila dia mula sekolah rendah dan aktif bersukan perlahan2 asma nya hilang.Saya tak perasan bila hilangnya.

    Reply
  30. faiz says

    11th January 2012 at 7:52 pm

    bdk2 tak boleh demam lama sgt..

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:32 pm

      Betul tuh bro.

      Reply
  31. nurmisnan says

    11th January 2012 at 6:13 pm

    sangat susah hati jika anak2 yang mengidap asma.. ini pengalaman dari
    adik aku sendiri. Mak sampai nangis2.. Tapi alhamdulillah.. dia dah sihat
    100%… dah boleh main sukan lasak, makan air krim..

    Cubalah brother beri minum susu kambing asli.. mudah2an cepat sembuh..

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:31 pm

      Ada petua mengoreng garam batu dan kemudian letak didalam kain semasa suam tuam pada dada anak yang ada Asma.

      Reply
    • chii says

      11th January 2012 at 10:57 pm

      x kurang juga..ada yg suruh minum air ECPI..leh kurangkan panas..insya Allah

      Reply
      • nurmisnan says

        12th January 2012 at 11:25 pm

        ada yg kata air ecpi tipu.. entah ler..

        Reply
        • tg says

          21st April 2012 at 2:30 pm

          salam sejahtera saudara nurmisnan,

          maaf tettiba mencelah. Saya salah seorang doktor perubatan elektronik,dan ECPI adalah nadi bagi preskription yang diharuskan atas setiap pesakit kami. Kenyataan yg saudara dengar mungkin dari org yg kurang faham ttg air ini, atau hanya menyampaikan khabar angin, ataupun mungkin terbeli ECPI tiruan (blm dpt apa aduan ttg ini, tp kemungkinan ada).

          ECPI adalh air yg melalui beberapa peringkat termasuk proses gelombang elektromagnetik. Kenyataan kehebatan air ini bukan semata2 gah untuk promosi jualan, tapi kami menghasilkannya hasil bertahun2 kajian terhadap tahap potensi air.

          Molekul air ECPI dipecahkan kepada rantaian plg kecil agar dpt terus menyerap ke dalam sel darah (saiznya cuma 0.001 – 0.004 mikron, iaitu jauh lebih kecil dari saiz sel darah), sekaligus merawat pesakit / peminum dgn serta merta, mmpunyai tahap oksigen yg tinggi, PH yg tinggi melebihi PH air biasa, namun kerana ia tidak menggunakan proses pengalkalian biasa, tetapi menggunakan proses ionisasi (penambahan ion negative) , ia bukan sahaja langsung tidak berbahaya, tetapi juga sgt efektif bagi fungsi redox ( penyah-toksid).

          Secara ringkasnya, ECPI berfungsi untuk mengembalikan cas-cas negative badan yg hilang dgn serta merta, sekaligus menyihatkan peminum. ECPI juga telah dikodkan dgn kod-kod elektromagnetik yg mana berfungi untuk membaikpulih kondisi organ, menyegarkan badan, peningkatkan daya tahan terhadap penyakit serta merawat penyakit.

          Badan yg panas merupakan tindakbalas tubuh melawan kuman, lagi tinggi tahap panas bermakna tahap antibodi yg sgt kuat. (itu sebenarnya tanda yg sgt bagus). Apa yg ibu bapa perlu lakukan adalh berikan anak2 sebanyak mungkin air untuk diminum agar kuman2 itu dpt dinyahkan dari badan melalui sistem perkumuhan. tanpa air yg cukup, ia membahayakan anak2 kerana kuman2 yg telah dibunuh masih tersimpan didlm badan. Elakkan dari terbiasa dgn suntikan antibodi, atau memakan ubat antibiotik atau sebarang cortal / panadol, kerana bukan shj ia memberi peluang pd kuman utk bermutasi menjadi lebih kuat, malah melemahkan antibodi semulajadi kerana sentiasa ada ‘campurtangan’ / bantuan ubatan.

          Untuk dewasa biasakan dgn meminum 3l ECPI, dan kanak2 1.5L. Untuk maintenance / waktu sihat, bolehlah dikurangkan sekiranya mahu. Sponging / lapkan area ‘lymph-nodes’ dgn ecpi sehingga panas beransur reda ( leher, bwh ketiak, celah kelangkang, bwh pelipat lutut). Tiada masalah untuk mandikan anak2 dgn ECPI jika sgt panas.

          untuk sebarang pertanyaan,boleh hubungi saya di 019-3167669

          Reply
  32. pipoq says

    11th January 2012 at 5:58 pm

    betul tu..kalau mak nye yang demam kita leh lagi la nak tido lena malam..tapi kalo anak yang demam, memang tak lena lansung..

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:30 pm

      Anak-anak kecil demam panas memang tidak selesa mereka hanya mampu menangis sahaja.

      Reply
  33. Nur says

    11th January 2012 at 5:48 pm

    Tentu tak lena tidur, bila ada anak yang sakit.. Zaman sekarang ni ramai kanak-kanak yang ada penyakit asma. Langkah pencegahan awal adalah yang terbaik..

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:29 pm

      Kalau ada sejarah Asma perlu lebih perhatian lebih sedikit.

      Reply
  34. juanita says

    11th January 2012 at 4:46 pm

    Penah tak tido 1 week sbb anak2 sakit..
    pas2 mak dia laks sakit..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:28 pm

      Anak tidak sehat ibu pun tidak gembira.

      Reply
  35. sw33tdarling says

    11th January 2012 at 4:13 pm

    haiiyoooo… anak2 kalau ada asma, parent kena extra jaga laa erk.. tak pernah ada pengalaman keluarga atau anak2 yg asma

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:27 pm

      Semasa kecil dahulu kerap terkena Asma dan semakin besar makin kurang kekerapan serangan Asma hingga makan ais krim pun tidak ada masalah.

      Reply
  36. Denaihati says

    11th January 2012 at 3:52 pm

    bila anak sakit, kitapun xlena tidur. bukan semua anak2 senang nak bagi makan ubat.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:26 pm

      Anak sudah tentu tidak sehat kita sebagai ibubapa pun tidak dapat tidur secukupnya kerana anak meragam tidak mengira waktu. Pernah bergilir-gilir dengan isteri menjaga anak selang 1 jam untuk berjaga dan tidur.

      Reply
  37. titan says

    11th January 2012 at 2:40 pm

    betul. demam panas ni bahaya, leh bawa maut.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:25 pm

      Kita yang dewasa kalau kena demam panas pun melepek.

      Reply
  38. yas says

    11th January 2012 at 1:55 pm

    yup bro…ubat-ubatan memang sentiasa tersedia didalam rumah…juga jika nak keluar atau balik kampung. Pernah juga terjadi time tgh berjalan, tetiba anak tu demam tarik…nasib baik masa tu dekat dgn klinik…satu perkara yang perlu ada pada setiap keluarga.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:21 pm

      Bahaya tuh bro nasib baik cepat-cepat bawa ke klinik untuk rawatan.

      Reply
      • yas says

        12th January 2012 at 1:56 pm

        Masa tu aku tak ambik no giliran dah…terus terjah kat kaunter pas tu terus dpt masuk jumpa doktor….tp malam tadi 3 orang anak aku kene cirit birit lak….salah makan punya pasal laa…ngantuk ni bro…:(

        Reply
  39. Azman says

    11th January 2012 at 12:52 pm

    Deman panas mmg sangat2 ditakuti oleh ibu-bapa,kalau anak deman panas mmg sedikit cuak lebih2 lagi kalau malam.Berapa harga mesin nebulizer tu?ada anak saudara pun selalu kena asma,dan selalu bawa ke kelinik.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:24 pm

      Saya cadangkan beli 1 mesin nebulizer yang dijual dimana-mana farmasi dengan harga RM1++. Mudah kerana kalau bawa anak ke klinik masih doktor hendak buat konsultasi dan tunggu giliran anak semakin teruk sepatut tidak perlu tunggu kalau kita sudah biasa dengan simptom Asma terus dapatkan rawatan Nebulizer.

      Reply
  40. tarmizishukri says

    11th January 2012 at 12:49 pm

    dah bookmark entri ni walaupun tak kawin lagi :p

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:20 pm

      Terima kasih ia hanyalah sebahagian pengalaman yang dilalui oleh ibubapa. Apa yang penting kalau anak jatuh sakit janganlah ambil ringan tindakan segera diperluka untuk membawa anak untuk rawatan.

      Reply
  41. suri says

    11th January 2012 at 12:41 pm

    ank demam bt keje pun tak der semangat huuu

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:17 pm

      Sudah hati resah gulana teringatkan anak yang tidak sehat.

      Reply
  42. suri says

    11th January 2012 at 12:40 pm

    payah klu tak siap sedia dri awl.suri anak sllu demam je.pi mana2 mesti bawk uabt demam, batuk..klu tahan ubat 3 bulan jwbib tukar yag baru..

    klu ank pands tak kebah2 mkn ubt demam tak ok gak sllu mandikan jer dg air kolah..tentu sejuk.dr ckp cara tu bagus utk redakan panas dlm badan. pastu siang cpt2 g klinik..

    ada skli mmg pertama kali bdan ank pans.panik gila terus dri melaka bawk ank pi klink. dr terus sumbat ubat dlm punggung. skrg ank lu bdn panas kami tahu carq2 nak atasinya. klu ubat tu mmg tak miss sentiasa ada.

    Reply
    • adamfaiz says

      11th January 2012 at 2:22 pm

      Sentiasa ada stok ubat demam sumbat ***** tu.. kalau balik kampung pun bawak.. Bila demam panas selalunya suhu naik mendadak, tak kira masa… jadi inilah cara paling cepat turunkan suhu

      Reply
      • anif says

        11th January 2012 at 4:52 pm

        Stok wajib tu… 😀

        Reply
      • akubiomed says

        11th January 2012 at 9:16 pm

        Saya pun ada beli ubat demam yang dimasukkan melalui dubur ia amat berkesan kalau badan anak terlamapu panas.

        Reply
  43. puanbee says

    11th January 2012 at 12:21 pm

    yup .sekrang ni bergelut juga dengan penyakit anak2 , una dan kakak dah sihat , baby pula ..

    pendek kata nak tak nak bila dah jadi ibu bapa kena belajar dan terus belajar

    Reply
    • Denaihati says

      11th January 2012 at 3:49 pm

      setuju sangat dengan PB. kalau anak2 dah besarpun besar jugak ragamnya.

      Reply
    • akubiomed says

      11th January 2012 at 9:15 pm

      Kalau seorang sudah jatuh sakit yang lain pun turut berjangkit kerana adik beradik sukar dipisahkan.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in