• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Perasaan pertama kali menjadi Babah

Perasaan pertama kali menjadi Babah

3rd March 2012 by akubiomed 50 Comments

Perasaan pertama kali menjadi Babah 9 tahun yang lalu.

Baru-baru ini pasangan Mawi dan Ekin telah dikurniakan bayi perempuan setelah 3 tahun menunggu. Apabila melihat bayi perempuan pasangan ini yang diberi nama Cahaya Malika sayu mata saya menatap gambar bayi yang comel ini. Mungkin ia adalah perasaan normal terdetik seorang Babah.

Apabila membaca blogger AriffShah membicara tajuk “Anak Ekpress” yang membincangkan perlukah pasangan muda merancang zuriat atau tidak? Macam-macam reaksi komen yang diberikan oleh pembaca mengenainya. Ada hadis tentang apabila roh ditiupkan ke dalam rahim, setiap anak Adam telah tertulis 4 perkara-umurnya, rezekinya, ajal mautnya dan bahagiakah atau celaka!. Nabi Muhammad SAW menyukai umatnya yang ramai. Cukuplah saya tidak mahu membicarakan hal ini dengan panjang lebar samada perlu merancang zuriat atau tidak kerana nas-nas hadis sudah cukup jelas.

Perasaan pertama terbit melihat zuriat sendiri.

Abang long ketika didalam pantang - Perasaan pertama babah

Seperti mana-mana bapa pasangan muda lain, ketika menyambut anak sulung tentulah timbul perasaan bercampur baur dan perasaan gembira yang tidak terhingga . Secara tidak langsung mendapat gelaran “Babah” secara automatis. Kita akan menjaga anak ini yang ibarat kain putih sebaik mungkin “bagai menatang minyak yang penuh”.

Semuanya seperti kembali belajar  semula dengan segala-segala perlu bermula dari kosong untuk belajar bahasa merenggek, menyalin lampin, mandi, meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan sembutan pertama. Saya rasa semua bersetuju dengan pengalaman yang dialami.

Babah merasa gusar apabila anak jatuh sakit.

Apa bila anak jatuh sakit kita merasa gusar dan bimbang kerana anak kecil tidak mampu membicara kesakitan yang dialami. Cepat-cepat kita membawa anak ke klinik untuk mendapat rawatan. Begitu sayang kita curah akan kepada zuriat kita.

Nasihat kepada bapa-bapa muda kecapi peluang mendampingi anak mereka kerana ia adalah peluang sekali didalam hidup dan jika terlepas masa tersebut tidak lagi boleh putar kebelakang.

Jangan lupa kongsi pengalaman pertama menyambut anak diruang komen.

p/s: Jadilah Babah terbaik untuk anak. 

  • Suamiku bukan Encik Sotong
  • Baju Raya anak didahulukan keceriaan anak dipagi Raya diutamakan
  • Pembuangan bayi apa kes?

Filed Under: famili

Reader Interactions

Comments

  1. Hafizul says

    30th October 2012 at 9:02 am

    Hehe..teringat akan kisah waktu sy bergelar ayah…anak kena sakit kuning dan dimasukkan ke wad, memang hati tak tenteram..smp basuh baju anak pun boleh mengalirkan air mata bila memikirkan nasib anak yang terpaksa duduk di bawah sinaran lampu dengan pakai lampin jer…adoiii..terharu giler..haha

    Reply
  2. lepakk.com says

    3rd September 2012 at 10:35 am

    Saya akan menjadi bapa pada bulan 10 nanti..
    Hehehehe

    Reply
  3. Miss Amy says

    17th April 2012 at 12:45 am

    indah bila ibubapa dpt chaya mata…syang anak tuh bagaikan..sekor nyamuk pon x bg hinggap kt anak..
    tp Miss Amy hairan bila ad sesetengah anak yg mula tingkt dewasa..tak boleyh syang ibubapa mcm mane ibubapa syang mereka ketika kecil…

    Reply
  4. Ladfe Amir says

    10th March 2012 at 11:26 pm

    macam tak percaya bila melihat Ladfe Ali Ridha dilahirkan ke dunia . keluar dari perut ibunya dgn mata yg terbeliak.
    tak lupa juga bila wife gembira sambil menyebut jantinanya bila ditanya nurse

    Reply
    • lepakk.com says

      3rd September 2012 at 10:36 am

      hehehehe seronok eh..lupa sakit

      Reply
  5. eiela says

    5th March 2012 at 5:02 pm

    mesti ayah saya pun suka masa sambut kelahiran saya dulu.

    Reply
  6. Mus says

    5th March 2012 at 1:31 pm

    memang gelabah dapat anak pertama.. tak ada pengalaman.
    nasib baik isteri bersalin di kampung.. ada juga mak ayah tolong bagi nasihat

    Reply
  7. segalabenda says

    4th March 2012 at 8:56 pm

    perasaan masa mula-mula menjadi ayah memang tersangat-sangat gembira. anak sulung aku kembar. ister aku terpaksa ceaser tak cukup bulan sebab darah tinggi pas elok-elok pesawat landing di K. Kinabalu..masa tu memang sangat2 cemas..apapun, memang tersangat gembira bila dah tengok zuriat kita

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2012 at 11:06 pm

      Dibenarkan juga menaiki kapal terbang walaupun sudah sarat mengandung. Kalau saya pun menjadi tidak tentu arah. Syukur semuanya selamat dan dikurniakan bayi kembar. Seronok saya dan isteri jika dikurniakan bayi kembar. 🙂

      Reply
      • segalabenda says

        4th March 2012 at 11:09 pm

        masa tu baru 32 minggu. Airasia boleh sehingga 33 minggu. anak saya lahir 1.4kg dan 1.9 kg..memang ringan sangat. panjang sikit dari tapak tangan saya aje

        Reply
  8. puanbee says

    4th March 2012 at 5:34 pm

    panjangnya komen ,

    saya share perasaan pertama kali menjadi ibu ..
    dapat anak tk dirancang , kawin dan sebulan berikutnya dapat keputusan mengandung . perkara pertama yang terlintas adalah ..

    mampukah jd ibu di usia muda (20 tahun)
    mampukah memberi makan , pakai tempat tinggal sesempurna mungkin , sebab muda , baru nak bina kerjaya.

    kemudian anak lahir ..
    semua pertanyaan terjawab ..
    setiap anak ada rezekinya..

    Lahirnya seorang anak , setiapkali itu lah kerjaya berkembang.
    Lahirnya seorang anak , setiapkali itu lah ayah naik pangkat .

    Tuhan dah tetapkan semua untuk kita.
    Jangan menyesal melahirkan anak , jangan ragu2 untuk lahirkan anak. tk perlu susah2 nak racang sangat kot

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2012 at 6:02 pm

      Apa yang diceritakan oleh Puan Bee memang benar belaka. Begitu pengalaman yang dialami walaupun runsing kewangan keluarga untuk membesarkan anak. Alhamdulillah rezeki anak tidak putus.

      Reply
  9. nuriz says

    4th March 2012 at 4:27 pm

    anak itu ibarat kain putih terpulang pada kedua ibu bapa nak mencorak anak, bila Allah dah kurniakan anak haruslah kita hargai dan tak lupa amanah..yang tidak ada rezeki walau bertahun berkahwin nak sangat anak

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2012 at 6:03 pm

      Amanah yang berat perlu dipukul oleh ibubapa untuk membentuk anak yang beramal soleh.

      Reply
  10. tuan tanah says

    4th March 2012 at 2:00 pm

    sudah tentu perasaan amat tdk terkata apabila melihat hasil zuriat sendiri, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan ketika itu…;)

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2012 at 6:05 pm

      Saya cukup terharu apabila menatap setiap wajah anak ketika mereka nyenyak tidur adik beradik. Agaknya begitulah bapa kita melihat ketika kita tidur sewaktu kecil.

      Reply
  11. kulanz says

    4th March 2012 at 1:41 pm

    pengalaman jadi ayah kali pertama memang tak boleh lupa.. masa tu terpaksa bermalam di kereta depan hospital sebab jarak hospital dan rumah agak jauh.. perasaan risau dan teruja datang silih berganti..

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2012 at 6:07 pm

      Saya tidak dapat bayangkan perjalanan yang perlu ditempuhi oleh bro untuk menghantar isteri sakit bersalin di hospital.

      Reply
      • kulanz says

        4th March 2012 at 8:09 pm

        memang susah masa tu bro.. tambahan masa tu adalah pengalaman pertama.. apapun syukurlah.. pengalaman ni lah yang memudahkan kita untuk perkara yang sama berikutnya

        Reply
  12. klcitizen says

    4th March 2012 at 12:57 pm

    perasaan yang memang tak boleh digambarkan. rasa tak percaya dan suka yang sangat melampau 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2012 at 6:08 pm

      Untung yer kaum Hawa kerana memberikan zuriat kepada anak Adam.

      Reply
  13. bardboo says

    4th March 2012 at 6:58 am

    perasaan yg tak dpt nk diungkapkan…

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2012 at 6:08 pm

      Ada kemungkinan dapat zuriat ketika negara Perancis? 🙂

      Reply
  14. faiz says

    4th March 2012 at 2:03 am

    jadila babah yg baik…

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2012 at 6:09 pm

      Insyallah, moga-moga dimakbulkan Allah SWT. 🙂

      Reply
  15. Kimmy says

    3rd March 2012 at 11:46 pm

    Saya pula..macam blur blur masa pertama kali pregnant dan melahirkan. Blur tapi happy dan bersyukur sangat sebab terpilih mendapat semua tu diusia muda 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2012 at 12:14 am

      Syukur ibu muda yang dapat zuriat di usia muda. Nanti anak sudah besar nanti ingat kakak dan adik. 🙂

      Reply
  16. Norizwan says

    3rd March 2012 at 11:14 pm

    Pertama kali melihat anak dilahirkan…kalo boleh tak nak titis air mata depan org ramai…tapi tak tahan teruja sangat akhirnya membasahi pipi juga huhu….alhamdulillah anak saya sudah setahun sebulan sekarang….

    Reply
    • akubiomed says

      4th March 2012 at 12:11 am

      Ini mesti cari mana tembok menangis disebalik tembok. 🙂

      Reply
  17. zie fauzi says

    3rd March 2012 at 9:15 pm

    Kenapa bila dah ada hubungan yg halal tak nak anak cepat.. Padahal pengalaman tu satu nikmat yg tak tergambar dengan kata2… Husband dulu, siap menitiskan air mata bila anak selamat dilahirkan depan mata dia sendiri… InsyaAllah, awal bulan 10 akan alami pengalaman tu lagi… Harap semua akan dipermudahkan….

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2012 at 10:13 pm

      Tanniahlah bakal menimang cahaya mata lagi. Apa yang saya pernah alami setiap anak dari mula dikandung hinggalah bersalin tidak akan sama pengalamannya. Tentu terharu bila suami menitis air mata kejantanannya.

      Reply
  18. muazfaris says

    3rd March 2012 at 7:08 pm

    indah sungguh kan perasaan tu.. tp saya takdapat lagi meraasa pengalaman tu..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2012 at 10:13 pm

      Apa lagi bila sudah berkerjaya bolehlah merancang untuk berumahtangga.

      Reply
  19. yas says

    3rd March 2012 at 4:17 pm

    Dalam dunia tak semua orang mempunyai perasaan sama. Ada babah yang penyayang, ada babah yang benci akan anak kandungnya sendiri dan ada juga babah yang makan anaknya sendiri. Jika kita benar2 menghayati Islam, melakukan apa yang disuruh, meninggalkan apa yg dilarang…rasanya kita pasti akan menjadi babah yang bakal menjadi contoh kepada zuriat kita sendiri…insyaallah.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2012 at 10:14 pm

      Kita mengharap menjadi bapa yang terbaik untuk anak-anak. 🙂

      Reply
    • lepakk.com says

      3rd September 2012 at 10:36 am

      Uish macam-macam ada

      Reply
  20. Juan says

    3rd March 2012 at 4:16 pm

    saya tiada pengalaman lagi, hehe

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2012 at 10:58 pm

      Nanti sudah berumah tangga akan melalui pengalaman yang manis ini. 🙂

      Reply
  21. azura says

    3rd March 2012 at 2:54 pm

    susah juga nak beri pendapat sebab belum kahwin lagi…tapi bagi saya anak adalah pelengkap jadi jika saya berkahwin maka zuriat itu adalah pelengkap hidup berumahtangga…ramaikan umat nabi Mjuhammad saw

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2012 at 3:01 pm

      Wanita yang melahirkan anak ibarat kiamat kecil bagi mereka.

      Reply
      • azura says

        4th March 2012 at 12:56 am

        untung jadi wanita…

        Reply
  22. pipoq says

    3rd March 2012 at 2:33 pm

    teringat lagi hampir 12 jam menunggu isteri di dewan bersalin di hari pertama ramadhan 2008..dalam hati sentiasa berdoa tak putus2 agar dipermudahkan segala urusan..bila dikhabarkan isteri perlu lakukan pembedahan, hampir sejam jugak terasa kecut perut menantikan keputusan kelahiran..

    bila tengok isteri je yang disorong keluar dari dewan bersalin, hati terdetik risau dimana pulak anaknya..ikut kata nurse, doktor nak pantau sekejap dulu anak tu..masa tu pulak dah terbelah bagi nak tunggu anak atau temankan ibunya..

    sayu + terharu melihatkan isteri yang kelihatan lemah tak berdaya setelah proses kelahiran tu..
    bangga + gembira kali pertama melihatkan zuriat sendiri di depan mata..

    insyaAllah bulan depan akan melalui lagi pengalaman camni..mungkin berbeza kot..

    p/s : dah macam entri pulak komen ni..hehehe..tapi memang best bila secara rasminya menyertai ‘kelab bapa bapa 1Malaysia’ ni..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2012 at 3:00 pm

      Sudah tentu kita bimbangkan situasi si ibu dan anak. Masih lagi saya ingat pengalaman melihat isteri diusung keluar dari Dewan Pembedahan dengan anak yang baru lahir didalam keadaan berbedung dihujung kaki isteri. Lega rasanya apabila kedua-duanya didalam keadaan selamat.

      Reply
    • lepakk.com says

      3rd September 2012 at 10:38 am

      Seronoknya pengalaman korang huhhu

      Reply
  23. nurmisnan says

    3rd March 2012 at 1:42 pm

    semua bakal2 bapak mak akan gelisah bila nak sambut anak sulong..
    seronok bagai tak ingat perkara lain dah…bila terjatuh sikit pun akan
    cepat2 rawat pergi klinik sedangkan kita boleh rawat sendiri…

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2012 at 2:01 pm

      Tipulah tidak gelisah. Lebih-lebih lagi menyambut anak sulung.

      Reply
  24. anif says

    3rd March 2012 at 1:29 pm

    Pengalaman yang paling berharga dalam hidup tu.. Jangan mempersiakannya.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2012 at 2:00 pm

      Betultuh bro masa terlepas tidak akan boleh diputarkan semula.

      Reply
  25. Azman says

    3rd March 2012 at 1:10 pm

    Pengalaman mengasuh anak adalah pengalaman yg sukar nak digambarkan.Hairan kenapa pasangan baru kahwin tak nak anak,padahal kalau mereka tahu bestnya ada anak mereka akan cepat2 nak anak 🙂
    *tapi pasangan belum kawin banyak yg dapat anak dulu 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2012 at 1:35 pm

      Pasangan muda yang tidak mempunyai mendapat anak sebelum masanya amat menyedikan. 🙁

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in