Anak-anak gembira dapat bermandi manda di Santuari ikan sungai Chiling Kuala Kubu Bharu.
Ada rancangan nak bawa famili bermandi-manda sempena cuti sekolah? Saya ingin mencadangkan bawa famili bermandi manda di Santuari ikan sungai Chiling Kuala Kubu Bharu.
Santuari ikan sungai Chiling ini di Kuala Kubu Bharu iaitu selepas empangan air sungai Selangor dan air terjun sungai Pertak. Dengan kata lain jalan menuju ke bukit Frasier Hill.
Santuari ikan sungai Chiling ini dikelolakan oleh Jabatan Perikanan. Setiap pengunjung dewasa di kenakan bayaran RM1 dan manakala kanak-kanak bawah 12 tahun adalah percuma. Pengunjung diwajib berdaftar di , boleh dibayar di pondok petugas Jabatan Perikanan untuk tujuan keselamatan. Boleh pasang khemah kerana ada tapak khemah disedeiakan. Santuari ikan ini hanya dibuka awam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 8 pagi hingga jam 6 petang.
Terdapat Kemudahan asas seperti surau dan bilik air lelaki dan wanita ada sediakan. Terdapat juga gerai jualan makanan ringan. Bagi yang ingin membina khemah, tapak khemah juga disediakan di dataran yang luas.
Jom tonton video amatur saya perjalanan ke Santuari ikan sungai Chiling Kuala Kubu Bharu baru-baru ini.
Air terjun sungai Chiling.
Kalau ingin ke air terjun sungai Chiling perlu melintas 7 sungai untuk sampai ke air terjun selain cabaran berjalan denai ada masa perlu memanjat curam untuk sampai. Ia adalah pengalaman menyeronokkan apabila sampai ke air terjun sungai Chiling.
Subhanallah..sedap mandi kat sini..
Tapi baru nak mai time hari biasa..hehe..rupa nya kene g time weekend.. Insyallah, satu hari nak sampai ke sini..
teringat pengalaman ke sini , dari KL ke KKB ni naik honda ex5 je..heheh
cantiknya air terjun ni, sejuk…mesti best mandi manda di sana.
wah seronok diorg mandi manda..cantik betul air sungainya..jernih..mesti sejuk ye…
lokasi yang harus masuk dalam wishlist ni
best juga bercuti camni
Seronokm betul budak budak kalau dapat mandi air terjun. Saya pun lama tak pergi air terjun dengan anak-anak. Mungkin boleh terjah nanti ni..
lama juga tak mandi air terjun ni
Sebelah Perak untuk ada spot yang menarik jugakan. 🙂
indahnya kalau dapat bercuti saya adalah orang paling suka bab ini selain anak-anak heee
Memang lah seronok dapat bermain air dan berendam sampai kecut. 🙂
cuti sekolah dah bermula, apa lagi mandi sungai lah kita. untung nya jadi kanak2. hu hu..
masa ini terbaik bersama keluarga hal kerja buang jauh sikit heee
Bukan setakat budak-budak suka. Orang dewasa juga suka. 🙂
anak masih kecil lagi…. cuti sekolah memang seronok bawak satu famili pergi mandi manda…
Boleh nak bawa anak tetapi kena dukung selalu jawabnya. 🙂
Seronoknya…dah lama rasanya tak menjejak kaki ke air terjun…
Kawasan tempat tinggal saya banyak spot yang menarik untuk bawa famili bermandi manda.
Cantiknya tempat ni…. budak2 mesti seronok kalau dpt camping.
Kalau ada peluang boleh berjalan kaki meredah sungai untuk sampai ke air terjun sungai Chiling. Pengembaraan yang adventure tetapi menyeronok sebelum sampai ke air terjun.
anak-anak bro dah pandai berenang ke..
Sungguh sayang tidak pandai berenang hanya pandai berendam sahaja.
Nampak clear videonya..
anak2 bro pun nampak seronok sgt..
Rakam video pada resolusi tinggi iaitu HD. Masih amatur bab merakam video. 🙂
lama dah rasanya tak berkubang dekat sungai…
Boleh merancang untuk bawa famili bermandi-manda. 🙂
wah cantik nya tempat..memang best ni tapi sayang sekali jauh sangat laa huhu
Nampak gaya kena cari air sungai yang berdekatan dengan tempat tinggal. 🙂
Wah bestnya mandi manda kat sana
Anak-anak tak nak balik. 🙂
wah seronok betul tu sampai tak balik.. 😉
bestnya mandi manda.. saya belum sempat bawa anak-anak bercuti lagi..
Cuti sekolah panjang boleh rancang bawa famili bercuti.
anak2 memang seronok parents bawak mandi manda macam ni..terisi jugak waktu cuti sekolah..