• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / percutian / Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu

18th September 2016 by akubiomed 19 Comments

air terjun sungai Chiling

Air terjun sungai Chiling yang dingin dan sejuk.

Kalau ke Santuari ikan sungai Chiling jangan lupa ke air terjun sungai Chiling. Sudah beberapa kali membawa famili bermandi di Fish Sanctuary Sungai Chiling untuk bermandi manda.

Hari Sabtu baru ini lari dari kesibukkan kota dengan bermandi manda di Santuari ikan Sungai Chiling.

Santuari ikan sungai Chiling ini terletak di Kuala Kubu Bharu jalan menunju ke bukit Fraser tidak jauh dari Empangan air sungai Selangor yang diuruskan oleh Jabatan Perikanan.

Bila masuk perlu daftar di pondok Jabatan Perikanan dan untuk mendaki ke air terjun sungai Chiling perlu daftar borang berasingan untuk tujuan keselamatan.

Bergambar di depan pintu gerbang Santuari Ikan Sungai Chiling

Berjalan lengang kangkung anak beranak menunju ke tapak perkhemahan dan tempat bermandi manda

Aisyah juga turut diangkut ke Santuari Ikan Sungai Chiling

Dah sampai tapak perkhemahan dan tempat bermandi manda

Ada tapak perkhemahan jadi tidak ada masalah pacak khemah. Saya memang ada khemah senang nak saling baju dan sebagainya. Masa inilah baru tahu jadi tak pasang khemah atau jadi lain.

Wajib mendaki sehingga ke air terjun sungai Chiling.

Sudah alang-alang sampai ke Santuari Ikan sungai Chiling wajib mendaki sehingga ke air terjun sungai Chiling.

Memang adventure kerana perlu melalui denai, melintas sungai sebanyak 6 kali dan mendaki bukit curam untuk sampai ke air terjun sungai Chiling.

Ia adalah perjalanan yang berbaloi apabila dapat sampai ke air terjun sungai Chiling. Ia mengambil perjalanan kurang sejam.

Bergambar dahulu dijabatan gantung sebelum membuat perjalanan ke air terjun sungai Chiling

Meredah denai untuk sampai ke air terjun sungai Chiling.

Antara ujian adalah melintas sungai sebanyak 6 kali

Pemandangan cantik di sungai Chiling

Meredah sungai yang agak dalam

dah sampai air terjun aras pertama

Kami tidak bermandi di aras pertama air terjun sebaliknya mendaki lagi untuk aras kedua air terjun lebih.

Cabaran nak sampai air terjun di aras kedua perlu mendaki bukit yang curam dan melalui lereng bukit untuk sampai.

Antara halangan perlu lalui celah batu yang sempit

Ini adalah air terjun sungai Chiling di aras kedua yang dimaksudkan

batu-batuan yang licin dan perlu berhati-hati boleh tergelincir jika cuai

Dah alang-alang sampai abadikan 1 dinar emas Public Gold

masa balik meniti kayu mati untuk merentasi sungai

Waktu Operasi Santuari Ikan Sungai Chiling

  • Isnin sehingga Khamis dan Cuti Umum di tutup
  • Sabtu & Ahad di buka dari jam 8pagi hingga 6 petang.

Amaran: Sila ambil langkah-langkah keselamatan semasa berada di Santuari Ikan Sungai Chiling dengan mendapatkan taklimat keselamatan dari kakitangan jabatan Perikanan.

Filed Under: percutian Tagged With: air terjun di sungai chiling, air terjun santuari ikan sungai chiling, air terjun sungai chiling, air terjun sungai chiling fish sanctuary, air terjun sungai chiling kuala kubu baru selangor, air terjun sungai chiling selangor, air terjun sungai chiling selangor malaysia, air terjun sungai chiling waterfall

Reader Interactions

Comments

  1. sumijelly says

    31st October 2016 at 2:39 pm

    rajin nya ke sungai….

    nak ajak suami ..kene fikir byk kali.. suami x suka ke sungai…heheheh

    tp best mandi di sungai.. berkelah.. air nya sejukkan?

    Reply
  2. Cik tom says

    27th October 2016 at 9:15 am

    dah lama tak mandi manda kat air terjun..rasa rindu pulak…
    wah sempat lagi bergambar dgn dinar emas..hehe
    minggu lepas ciktom br dpt dinar emas hasil dr main kutu dgn puanbee tapi powergold punye la..

    Reply
  3. rush says

    19th October 2016 at 12:01 pm

    lihat-lihat foto-foto yang ada di sini bikin saya berminat untuk traveling ke Malaysia..

    Reply
  4. nurul fatin adiana says

    13th October 2016 at 3:49 pm

    tgk gmbr pun dah syok…da terbyg dinginnya air..

    Reply
  5. Adawiah Nik says

    13th October 2016 at 10:32 am

    bestnya.. nak cari masa untuk pergi.bawa anak anak.

    Reply
  6. Oyong Ilham says

    3rd October 2016 at 11:17 pm

    kalau ada waktu ..saya nak pergi kesana

    Reply
  7. amirulfaiz says

    26th September 2016 at 10:52 pm

    Terasa macam nak pergi, rancang cuti dulu.. 🙂

    Reply
  8. sabree hussin says

    25th September 2016 at 5:16 pm

    Tempat ni memang cantik dan best. Paling menarik bila duduk dalam air, akan ada banyak ikan yang mengerumun kat kaki kita

    Reply
  9. Zurainny Ismail says

    24th September 2016 at 10:35 am

    Cantik betul pemandangan air terjun tu, agaknya tempat ni macam Tagal di Sabah – no fishing zone. Bila jalan di tempat2 gini, 2-3 jam pun x rasa penat. Walau bagaimanapun, emas PG juga x ketinggalan ye….. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      24th September 2016 at 9:51 pm

      Sebab kawasan sekitar air terjun ini cantik. menjadi semangat nak sampai. 🙂

      Reply
  10. Raihanah says

    20th September 2016 at 10:48 am

    menarik juga tempatnya. cuma malas pula nak jalan kaki masuk ke dalam

    Reply
    • akubiomed says

      24th September 2016 at 9:52 pm

      Saya akui perlu tempohi cabaran bukan sekadar berjalan.

      Reply
      • raihanah says

        27th September 2016 at 8:55 am

        mencabarlah kalau nak bawa anak2 saya. saya pun jenis malas jalan jauh, terutama dlm hutan. huhu

        Reply
  11. Norasikin says

    19th September 2016 at 11:58 pm

    Rasa macam nak balik kampung je utk mandi kat hutan lipur taka melur.

    Reply
    • akubiomed says

      24th September 2016 at 9:53 pm

      Untunglah ada kawasan untuk beriadah dikampung bersama keluarga.

      Reply
  12. Mus says

    19th September 2016 at 7:51 am

    Seronoknya dapat beriadah bersama keluarga.. emas PG tu memang terbaik!!

    Reply
    • akubiomed says

      24th September 2016 at 9:54 pm

      Terima kasih. Anak-anak ajak mandi sungai. 🙂

      Reply
  13. Kaklong says

    18th September 2016 at 10:39 pm

    Tengok gambar pun terdengar2 bunyi unggas..
    Nyamannya.. (y)

    Reply
    • akubiomed says

      18th September 2016 at 10:44 pm

      Dah tonton video ada bunyi kesan original dari alam. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in