• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / percutian / Tempat bermandi manda di selangor yang menarik

Tempat bermandi manda di selangor yang menarik

8th January 2014 by akubiomed 50 Comments

Lokasi bermandi manda air terjun di Selangor

Saya ingin berkongsi beberapa lokasi tempat bermandi manda di Selangor yang pernah saya kunjungi bersama keluarga. 3 lokasi ini paling kerap saya kunjungi kerana tidak jauh dari tempat tinggal saya. Memandangkan tahun 2014 adalah Tahun Melawat Malaysia 2014 sangat molek untuk merancang untuk membawa keluarga bermandi manda atau bersama kawan-kawan.

main serang air

1. Sungai Chiling

Sungai Chiling ini antara lokasi yang boleh dikunjungi untuk bermandi manda. Perlu menuruni bukit yang agak cerun tetapi tidak perlu bimbang kerana ada anak tangga sehingga ke sungai Chiling. Tapak perkhemahan agak terhad disini jadi perlu datang awal. Kemudahan tempat letak kereta disediakan.

  • Artikel terdahulu mengenai Sungai Chiling siri 1
  • Artikel terdahulu mengenai Sungai Chiling siri 2

2. Air Terjun Santuari ikan Sungai Chiling

Santuari ikan Sungai Chiling terkenal dengan pemuliharaan ikan oleh Jabatan Perikanan Selangor ini yang terletak di Kuala Kubu tidak jauh dari empangan sungai Selangor, sungai Chiling dan perkampungan orang Asli di Pertak. Apa yang unik di Santuari ikan Sungai Chiling dimana pengunjung boleh melihat jumlah ikan yang banyak didalam sungai dan pada sama boleh melakukan pengembaraan ke air terjun sungai Chiling yang mengambil masa kira-kira 45minit untuk sampai dengan meredah denai dan beberapa batang anak sungai. Kemudahan asas seperti bilik air, surau dan tapak perkhemahan yang luas.

  • Artikel terdahulu mengenai Santuari ikan sungai Chiling

2. Air Terjun Serendah

Lokasi paling sesuai untuk membawa anak-anak kecil kerana ada pengawal dan boleh dikatakan lokasi selamat untuk membawa anak kecil bermandi manda. Airnya tidak deras walaupun ada air terjun. Kemudahan asas seperti bilik air dan tapak khemah. Sudah beberapa kali saya bawa anak-anak mandi di air Terjun Serendah kerana tidak bimbang untuk lepas anak-anak bermandi manda di sini.

  • Artikel terdahulu mengenai Air Terjun Serendah siri 1
  • Artikel terdahulu mengenai Air Terjun Serendah siri 2

Sedikit tips supaya aktiviti tidak hanya sekadar bermandi manda

  • Boleh main perang pistol air
  • BBQ
  • Mini sukan neka
  • Berkhemah

Sedikit perkongsian peribadi apabila anak saya tidak berani mandi hanya bermain digigi air sahaja. Setelah biasa bawa bermandi manda barulah berani dan seronok untuk bermandi manda bersama adik beradik.

  • Artikel terdahulu bila anak orang bandar mandi sungai

Pada masa akan datang akan kongsi lokasi-lokasi bermandi manda di Selangor yang bakal dikunjungi didalam blog ini.

Nak cari hotel murah? Dapatkan: >>Deal hotel terbaik<<

  • Bermandi manda di air terjun Serendah Hulu Selangor
  • Air terjun Serendah mandi manda paling syiok
  • Bawa famili mandi di Santuari ikan sungai Chiling Kuala Kubu Bharu

Filed Under: percutian Tagged With: air terjun chiling, air terjun di selangor, air terjun paling best di selangor, air terjun selangor, aktiviti menarik di selangor, destinasi pelancongan di selangor, destinasi percutian keluarga di malaysia, destinasi percutian malaysia, lokasi percutian menarik di selangor, percutian di selangor, percutian keluarga di selangor, percutian menarik di selangor, tempat berkelah di selangor, tempat mandi air terjun di selangor, tempat mandi di selangor, tempat mandi manda, tempat mandi mandi di selangor, tempat menarik di selangor, tempat percutian, tempat percutian di selangor, tempat percutian keluarga di selangor, tempat percutian sekitar selangor, tempat percutian selangor, tempat percutian yang menarik di selangor, tempat perkelahan menarik di selangor

Reader Interactions

Comments

  1. Hani Rahman says

    12th January 2017 at 7:24 pm

    Semua best… Dekat plak tu… Sambil2 lari dari hutan batu … Sambil2 menikmati indahnya alam semulajadi…

    Reply
  2. kauthar mohd says

    26th October 2016 at 11:26 pm

    menarik.. boleh tambahkan koleksi tempat untuk beristirehat dengan keluarga

    https://mysarbeauty.blogspot.my/2016/09/tips-atasi-sembelit-berpanjangan.html

    Reply
  3. Oyong Ilham says

    27th September 2016 at 8:49 pm

    kalau di indonesia tempat ini mirip seperti di Bukit Lawang , Sumatera Utara . Cantik lokasi nya ni bang

    Reply
  4. Yourfabulousmama says

    22nd May 2016 at 1:31 pm

    Bestnya dapat tempat beristirehat dengan famili kat sini. boleh berenang dengan ikan sekali. Bila-bila masa drop by ke Selangor, ada masa panjang sikit boleh lepak kat sini…

    Reply
  5. Hafizul says

    10th April 2016 at 4:38 pm

    Huhhh.. Dah lama benar rasanya tak mandi sungai ni… Macam best jer kalau dapat ke sini..

    Reply
  6. Noriza Rahman says

    6th April 2016 at 5:32 pm

    Memang tak pernah sampai la kat tempat2 tu, best pula tengok jernihnya air, ikan berenang-renang

    Reply
    • akubiomed says

      7th April 2016 at 1:03 am

      Ya airnya yang jernih dan dingin.

      Reply
  7. ayu says

    3rd March 2015 at 12:30 am

    Salam..ingin bertanya..adakah lokasi sungai chiling berbeza dgn santuary sungai chiling..coz most of the internet info yg saya jumpa semuanya berkenaan dgn santuary sungai chiling…tq

    Reply
    • akubiomed says

      3rd March 2015 at 10:58 am

      W’Salam. Ya, 2 tempat berbeza. Kalau dari Kuala Kubu Bharu akan jumpa tempat perkelahan sungai Chiling terlebih dahulu. Tidak jauh ada dari perkhelahan sungai Chiling ada Santuari ikan sungai Chiling diseberang jalan merupakan tempat perlindungan ikan jagaan Jabatan Perikanan dan ada air terjun sungai Chiling(perlu merentas denai dan sungai untuk sampai).

      Reply
  8. Helmi Aliarit says

    4th February 2015 at 1:15 pm

    Boleh tambah lokasi pantai pula tuan. 🙂

    Reply
  9. hafiz says

    20th May 2014 at 7:06 pm

    Salam..ingin bertanya.tempat2 air terjun boleh utk buat perkhemahan x??.mksud sy perkhemahan utk bermalam..boleh suggest mne2 tmpt yg sesuai untuk camping x??

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2014 at 9:22 pm

      Saya akan kongsi lokasi di Hulu Selangor yang pernah saya kunjungi. Santuari Ikan sungai Chiling dan Kalumpang ada tapak perkhemahan.

      Reply
      • hafiz says

        21st May 2014 at 12:10 am

        Byk air terjun yg ade tapak perkhemahan.tp sy musykil samaada boleh bermalam atau tidak..sy ingin tmpt perkhemhan yg boleh bermalam..tmpt sg chiling 2 boleh brmalam atau x??mohon pencerahan..

        Reply
        • akubiomed says

          21st May 2014 at 9:10 am

          Saya tidak pasti mengenai bermalam tetapi saya pernah bertanya satu pasangan keluarga yang mereka pernah bermalam di Santuari Ikan sungai Chiling

          Reply
  10. kesoma.rai says

    10th January 2014 at 1:24 pm

    sangat berkenan tengok suasana sungai chiling tu..tapi anak anak kecik sangat lagi.. lagi sekarang musim hujan.. risau nak bawak ke air terjun..

    takpe la..sabar 2-3 tahun lagi.. hehehe..

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:22 am

      Saya cadangkan bawa anak bermandi manda di air terjun Serendah ia selamat.

      Reply
  11. ladybird says

    9th January 2014 at 11:26 pm

    salam.. lady bayangkan xdepun tepat2 mcm ni di selangor..

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:23 am

      Ada sebenarnya. Marah orang Selangor nanti. 🙂

      Reply
  12. Syahril Hafiz says

    9th January 2014 at 5:23 pm

    wah menarik juga kawasan area Selangor ni, saya yang dok Kedah tak terniat nak promosi kawasan pelancongan macam ni kat blog. InsyaAllah kalau rajin berjalan mungkin akan up kawasan yang terbaik 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:24 am

      Bolehlah berkongsi tempat-tempat menarik di negeri Kedah menerima nama jolokan negeri Jelapang Padi.

      Reply
  13. tips says

    9th January 2014 at 3:10 pm

    oooooooooo…
    siap main tembak2!!

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:25 am

      Seronok main perang-perang. Pak dan maknya turut tumpang sekaki.

      Reply
  14. ema says

    9th January 2014 at 2:44 pm

    cantiknya ketiga-tiga tempat ni….tapi tak pernah pun pergi walaupun dah kira dekatlah juga

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2014 at 5:43 pm

      Boleh rancang bermandi tempat yang dicadangkan bersama keluarga.

      Reply
  15. hafiz says

    9th January 2014 at 2:32 pm

    tak pernah lagi bawak anak2 mandi sungai ni

    Reply
  16. papa mifz says

    9th January 2014 at 2:09 pm

    tak pernah sampai lagi ketiga-tiga tempat tuh…boleh cuba suatu hari nanti…

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:26 am

      Boleh ke air terajun Serendah kerana dekat dengan rumah kak Jie.

      Reply
  17. titan says

    9th January 2014 at 12:55 pm

    fuhh..semuanya dok dekat dengan rumah hang kannn..

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:26 am

      Memang dekat semua tempat yang dicadangkan.

      Reply
  18. Bahrain says

    9th January 2014 at 11:19 am

    Air terjun yang aku pernah pergi ialah Gunung Ledang, dan air terjun gabai kalau tak silap kat semenyih.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:27 am

      Pernah pergi air terjun Gabai beberapa tahun yang lalu.

      Reply
  19. maza says

    9th January 2014 at 11:13 am

    Uiks.. tinggal di Kubu Bahru ke?
    Bukannya berhampiran Kota Damansara?

    hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:27 am

      Kota Damansara tempat mengais tanah. 🙂

      Reply
  20. maza says

    9th January 2014 at 11:12 am

    Sungai Chilling sudah kedengaran seperti Sungai Child (anak) atau Chill (dingin).. hehehe

    Abg Akubiomed meraikan TMM 2014 ek? Seyogia orang yang sayangkan negara, mendokong usaha tersebut, kan kan kan.. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:28 am

      Kalau ada komisen lagi rajin. 🙂

      Reply
  21. Firdaus Azizi says

    9th January 2014 at 10:50 am

    First time dengar Sungai Chiling. Biasa dok gi mandi kat Sungai Congkak dan Ulu Yam jer. Santuari ikan tu cambest. Insya-Allah boleh la saya cuba.

    Thanks for the info bro!

    Reply
  22. hazman aka species1980 says

    9th January 2014 at 10:23 am

    Hurmmm… kalau taman tema kira boleh masuk jugak tak bro…. ( gurau … )

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:28 am

      Taman tema pun best juga.

      Reply
  23. Hazmin Hamudin says

    9th January 2014 at 9:51 am

    Dah lama tak mandi sungai ni. Kalau musim panas memang sedap mandi sungai sebab airnya sejuk.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:29 am

      Kalau dapat berendam sampai kecut belum tentu naik ke darat.

      Reply
  24. Sop says

    9th January 2014 at 9:06 am

    harap boleh singgah mandi manda juga di sini nanti
    skrg ni nak mandi sungai g kat kemensah sahaja sbb dekat dgn kawasan rumah 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:29 am

      Bolehlah bawa keluarga bermandi manda di sini.

      Reply
  25. Kujie says

    9th January 2014 at 12:32 am

    Kalau ke Air Terjun Serendah. .. simpang sebelum masuk ke jalan Kg Orang Asli tu cuba belok kanan… Telaga Tujuh…view yang cantik untuk bergambar

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:30 am

      Ada pergi dan ambil gambar telaga tujuh tersebut. Teringatkan entri kak Jie lepaskan Nimo.

      Reply
  26. penaberkala says

    9th January 2014 at 12:19 am

    semua tempat ni tak pernah sampai lagi
    boleh plan ni untuk next trip
    menarik tengok gambar Air Terjun Santuari ikan Sungai Chiling

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2014 at 1:31 am

      Untuk sampai ke air terjun santuari ikan sungai Chiling perlu meredah denai dan menyeberang sungai ada yang sedalam paras pinggang. Satu cabaran yang menarik dan berbaloi.

      Reply
  27. Mohd Rasul Abu Hanipah says

    9th January 2014 at 12:17 am

    dah pegi tmpat2 ni hehe… dah try pegi yg kat semenyih? situ ok gak

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2014 at 7:31 am

      Apa nama lokasi di Semenyih tuh?

      Reply
  28. Mus says

    9th January 2014 at 12:03 am

    info menarik bro.. sesuai untuk bawa anak bercuti

    Reply
    • akubiomed says

      9th January 2014 at 7:32 am

      Kebanyakan lokasi bermandi manda ini dekat dengan rumah rumah saya.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in