• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / percutian / Adventure air terjun Santuari ikan Sungai Chiling

Adventure air terjun Santuari ikan Sungai Chiling

12th November 2013 by akubiomed 49 Comments

Meredah hutan untuk sampai ke air terjun di Santuari ikan Sungai Chiling.

Kalau sebelum ini destinasi Santuari ikan Sungai Chiling gagal kerana tutup sempena sambutan Awal Muharram. Ada tempat menarik di Selangor. Kali ini perancangan agak teliti untuk menerokai adventure air terjun di Santuari ikan Sungai Chiling. Awal-awal lagi sudah memasang azam untuk menguji cabaran menunju ke air terjun sungai Chiling.

Santuari ikan sungai Chiling ini terletak di Kuala Kubu Bharu iaitu jalan menunju ke bukit Fraser akan jumpa Dam sungai Selangor dan perkampungan orang asli Pertak. Lokasi Santuari ikan sungai Chiling ini selepas perkampungan orang Asli Pertak dan tempat bermandi manda sungai Chiling.

Pembayaran dikenakan sebanyak RM1 untuk orang dewasa dan percuma untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun. Pengunjung perlu mendaftar dipondok pendaftaran untuk tujuan keselamatan. Petugas Jabatan Perikanan akan membuat taklimat dan penerang kepada pengujung mengenai laluan ke air terjun dan keselamatan semasa berada disini.

Kemudahan asas seperti surau dan bilik air lelaki dan wanita ada sediakan. Terdapat juga gerai jualan makanan ringan. Bagi yang ingin membina khemah, tapak khemah juga disediakan di dataran yang luas.

mandi di sungai air chiling yang jernih dan dingin

Apa yang menarik di Santuari ikan sungai Chiling.

Sungai Chiling ini mempunyai keunikan tersendiri kerana pengunjung boleh melihat ikan-ikan Kelah bermain di kaki. Boleh diberi makan ikan-ikan tersebut.

Abang Koning cuba tangkap ikan

Meredah hutan, denai dan mendaki bukit untuk sampai ke air terjun

Saya telah bawa seorang anak sebagai teman meredah hutan dan mendaki untuk melihat air terjun. Boleh dikatakan penerokaan ini agak mencabar fizikal kerana perlu merentasi beberapa sungai dan melalui laluan sempit, licin dan pendakian. Saya dan anak mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke air terjun.

laluan ke air terjun

Ada terdapat 2 air terjun di Santuari ikan sungai Chiling. Saya telah mendaki sehingga ke air terjun tertinggi dengan permukaan pendakian bukit 95 darjah. Memijak akar kayu disepanjang pendakian yang membentuk tangga sehingga ke puncak.

Berehat di pendakian berupa akar kayu membentuk tangga ke puncak

Air terjun kedua pula terletak dibawah air terjun yang paling tinggi dengan terdapat ikan-ikan bermain. Cuma perlu meredah sungai untuk sampai.

Apabila sampai kedua-dua air terjun ini sukar digambarkan perasaan kerana segala penat dan lelah akan hilang melihat keindahaan air terjun. Ikan berenang di air tenang yang mengasyikkan.

Nasihat penerokaan ke air terjun Sungai Chiling.

Saranan saya untuk pendakian ke air terjun cukuplah sekadar bawa bekalan makanan ringan seperti air, roti krim atau nasi lemak. Saya melihat ada yang membawa bakul sarat dengan makanan. Ia akan menjadi beban untuk sampai ke air terjun kerana laluan yang tidak diduga cabarannya.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=-zKvGHdNzTM&rel=0]

Sila tekan butang kongsi:

  • Mendaki ke air terjun sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu
  • Tempat bermandi manda di selangor yang menarik
  • Bawa famili mandi di Santuari ikan sungai Chiling Kuala Kubu Bharu

Filed Under: percutian Tagged With: air terjun di selangor, air terjun selangor, santuari sungai chiling, sungai yang best di selangor, tempat mandi air terjun di selangor, tempat mandi di selangor

Reader Interactions

Comments

  1. CeritaMama says

    19th October 2014 at 3:29 pm

    Wow.. air sangat jernih & tempat yang cantik. Thanks for sharing 🙂

    Reply
  2. Muhammad Khairuddin Lim says

    9th April 2014 at 8:35 pm

    Best…saya nak pi le hujung minggu ini.

    Reply
  3. Ikan Kelah says

    9th February 2014 at 8:12 am

    Tuan,

    Ini satu perkongsian yang sungguh menggujakan hati untuk turut sama menghayati keagungan Ilahi, kenikmatan suasana… ketenangan hati.

    Semoga satu hari nanti… dapat juga menjejak kaki ke sini 🙂

    Reply
  4. Aniq Bukhary says

    20th November 2013 at 10:28 pm

    In shaa Allah cuti semester nti p tempat nie. Dah lama kot x pegi merasai suasana macam ni….

    Reply
  5. Nadot says

    19th November 2013 at 10:16 pm

    bestnyeeee…. jeless
    lame gile tak mandi sungaiii…
    dulu suke je pegi sungai air terjun…
    tapi x terpergi dah… huhuhu

    Reply
  6. suriaamanda says

    18th November 2013 at 12:42 pm

    best kalau pi time2 stress, sure ikan2 tu x leh ditangkap sebab di lindungi kan?

    Reply
  7. Amirez says

    18th November 2013 at 2:13 am

    menarik nampaknya tempat ni. seronok kalau dapat berkelah sambil mandi air terjun.

    Reply
  8. hafizrahim says

    17th November 2013 at 11:52 pm

    aduh..cantik sungai ni..rasa nak pergi je..kena plan ni. dapat pergi ramai2 best.

    Reply
  9. AUC says

    17th November 2013 at 10:20 pm

    sejak kawin lama sungguh x masuk hutan…best woo xtvt mcm ni..

    Reply
  10. Aqusha Mitchi says

    17th November 2013 at 2:03 pm

    pergh..bist giler la tpt ni… best nak tngkan fkiran sbntar.. 🙂

    Reply
  11. Bro Framestone says

    17th November 2013 at 9:38 am

    walaupun selalu lalu jalan ini, tapi xpernah singgah ke sungai ini…

    eh xnak pun awek2 dekat sini…

    Reply
  12. Klinik Cinta says

    16th November 2013 at 11:53 pm

    ini tempat percutian yang menarik, boleh membawa pasangan ke tempat sebegini 🙂

    Reply
  13. Amran says

    16th November 2013 at 12:41 pm

    As salam bro, kat sg chiling ni ada chelet tak utk kita sewa. Kalau tapak khemah tu berbayar atau free?

    Reply
    • akubiomed says

      17th November 2013 at 1:44 am

      Saya tidak pasti mengenai chalet walaupun ada kelihatan seperti bangunan untuk penginapan.

      Tiada bayaran dikenakan untuk memasang khemah.

      Reply
  14. Norasikin says

    16th November 2013 at 12:01 pm

    Bila nak meredah hutan kat kampung saya pulak. banyak gajah liar menunggu

    Reply
  15. muktasim says

    16th November 2013 at 5:10 am

    wah… best betul tengok ikan2 dalam gambar tu… geramnya… teringin sangat nak tgk live.. 🙂

    Reply
  16. hafizmd says

    15th November 2013 at 10:11 am

    thanks bro AB berkongsi gambar…

    mmg menarik hati….rasa nak terjah dalam masa terdekat..insyaAllah..thanks bro..

    mmg makin sharp gambar2 ni…trbaiklah!

    Reply
  17. muja says

    15th November 2013 at 9:55 am

    bestnya berjalan jalan,,, alam semula jadi,, release tension,, jelesnyaaaa

    Reply
  18. titan says

    14th November 2013 at 4:34 pm

    budak-budak, memang suka kalau bawa gi tempat macam nih.

    Reply
  19. hazman aka species1980 says

    14th November 2013 at 4:22 pm

    Feeling lebih tenang bila dapat dengan bunyi air terjun bersama udara yang nyaman

    Reply
  20. Rahmat Ariffin says

    14th November 2013 at 2:56 pm

    Best tgk air terjun…damainya suasana…air pula jernih…

    Reply
  21. suri says

    14th November 2013 at 2:54 pm

    nampak gaya ramai yang mandi kat situ.. kalau ada bahagian atas saya akan mandi atas lagi erk..

    Reply
    • akubiomed says

      14th November 2013 at 5:34 pm

      Boleh hendak mandi di air terjun tetapi perlu redah lebih kurang 45minit untu sampai.

      Reply
  22. Farisya Anastasyia says

    14th November 2013 at 9:38 am

    BILA BACA ENTRI NI,MENGINGATKAN FA DENGAN KENANGAN SEMASA BELAJAR DI KELANTAN DULU.
    TIME HUJUNG MINGGU YANG TERLUANG,FA KADANG2 HANGOUT DGN KAWAN2 PERGI LATA TEMBAKAH,LATA BELATAN..
    KESEJUKAN AIR DAN KEJERNIHANNYA MEMANG TAK DAPAT DILUPAKAN.,,RINDU SEMUA TU…

    Reply
  23. Sunshine Kelly says

    14th November 2013 at 12:35 am

    best nyer, i rasa i nak pergi ke sana with my friends. dah lama tak picnic kat water fall 😀

    Reply
  24. Khairul Zamri says

    13th November 2013 at 9:52 pm

    menarik juga ni, dah lama tak pergi bercuti dengan air terjun. Last sekali pergi tahun lepas dengan budak2 kelas. Air jernih lagi ini siap nampak ikan lagi ni. Memang seronok kalau dapat bawak anak esk2 pegi hehe

    Reply
  25. bitt says

    13th November 2013 at 5:35 pm

    cantik sangat tempat nih..pic2 bro pon cantik sangattt

    Reply
  26. Datin Tyka says

    13th November 2013 at 3:59 pm

    kalau buat gathering blogger kat sini best jugak kan

    Reply
    • suri says

      14th November 2013 at 2:55 pm

      aurat mesti titik beratkan huhu…

      Reply
    • akubiomed says

      14th November 2013 at 5:34 pm

      Boleh sahaja. 🙂

      Reply
  27. blogger lelaki says

    13th November 2013 at 11:07 am

    bestnyer lau dpt mnd air terjun ni..sejukkkkk

    Reply
  28. Juan says

    13th November 2013 at 2:14 am

    saya ni dah lama betul x mandi di air terjun

    Reply
  29. TehR says

    12th November 2013 at 11:23 pm

    sangat cantik
    air juga sangat jernih
    ikan dalam air boleh nampak dengan jelas

    Reply
    • akubiomed says

      14th November 2013 at 5:35 pm

      Airnya jernih boleh nampak ikan berenang.

      Reply
  30. sukma says

    12th November 2013 at 10:11 pm

    teruja kalau dapat mendaki untuk ke air terjun. Adakah ketinggiannya sama dengan air terjun gunung Ledang?

    Reply
    • akubiomed says

      13th November 2013 at 2:04 am

      Pendakian gunung Ledang lagi tinggi. Air terjun sungai Chiling sebenarnya tinggi tetapi perjalanan dari Kuala Kubu Bharu dengan kereta mengurangkan pendakian fizikal.

      Reply
  31. Nine says

    12th November 2013 at 9:41 pm

    Tempat macam nih seronok sebab sentiasa sejuk. cuma jangan gi skit orang jer hehe.

    Reply
    • Nine says

      14th November 2013 at 7:05 pm

      maksud nyer, kalau tempat tu tak tak ramai orang.

      Reply
  32. Hairul Hissam says

    12th November 2013 at 9:14 pm

    memang cantik la permandangannya.. teringin pula nak kesana…

    Reply
  33. Ummi Hanie says

    12th November 2013 at 5:03 pm

    subhanallah cantik lokasinya…

    seronok anak2 berendam dan trekking

    Reply
  34. papa mifz says

    12th November 2013 at 4:22 pm

    wow macam best , suatu hari boleh juga pergi nih…=)

    Reply
  35. wahida says

    12th November 2013 at 4:15 pm

    ya allah!! bestnya…air pun jernih je…

    geram je tgk waterfall tu…

    Reply
  36. hafiz says

    12th November 2013 at 12:44 pm

    Tempat macam ni saya suka org tak ramai…aman je..

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2013 at 4:18 pm

      Sebenarnya ramai tetapi ramai yang pergi menerokai air terjun berbanding berkhemah di dataran yang disediakan.

      Boleh dikatakan pengunjung bertali arus sama dari dalam lama negara dan luar negara.

      Reply
  37. hafidz says

    12th November 2013 at 12:01 pm

    Perghhh~
    Best jugak ni pergi camping kat sana.
    Cuti sekolah nih boleh layan 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2013 at 4:16 pm

      Seronok dapat mengharungi adventure seperti ini.

      Reply
  38. cikgu naman says

    12th November 2013 at 8:25 am

    Wow..indahnya pemandangan…

    Lens baru?

    Reply
    • akubiomed says

      12th November 2013 at 4:15 pm

      Lensa lama dan baru digunakan sebab lensa lama boleh pasang polarize filter untuk ambil gambar ikan didalam air.

      Reply
      • suri says

        14th November 2013 at 2:53 pm

        ingatkan sungai cililah tadi sabar jelah

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Cuci lampu headlamp kereta kuning dengan pengilat dan pencuci Waxco
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in