• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / WhatsApp bro dengan BR1M 3.0

WhatsApp bro dengan BR1M 3.0

22nd February 2014 by akubiomed 29 Comments

Kejutan apabila Facebook membeli aplikasi Whats App dan pemberian BR1M 3.0

Semalam kawan-kawan sekerja heboh dengan duit BR1M 3.0 yang akan dikreditkan didalam akaun mereka. Duit gaji belum masuk dapat duit BR1M 3.0 adalah tambahan bagi mereka yang memerlukan.

br1m 3.0

Semalam adalah berita gembira buat rakan sekerja yang layak menerima bantuan BR1M 3.0 dan tidak kurang juga yang mencebek kerana tidak menerim bantuan ini kerana perbelanjaan isi rumah melebihi syarat mininum bantuan BR1M.

“Seramai 6 juta penerima bakal menerima bayaran BR1M 3.0“

Pembentangan Bajet 2014 yang lalu diumumkam mereka yag berpendapatan isirumah bulanan RM3,000 dan ke bawah layak menerima bantuan BR1M dinaikkan dari RM500 kepdada RM650, sementara mereka yang bujang  berpendapatan kurang RM2,000 sebulan akan menerima bantuan dinaikkan dari RM250 kepada RM300.  Buat pertama kali kepada mereka berpendapatan diantara RM3,000 dan RM4,000 bakal menerima RM450. Sebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan oleh kerajaan untuk agihan bantuan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak.

WhatsApp kini sebahagian daripada Facebook

Berita yang mengejutkan apabila Facebook mengumumkan pembelian aplikasi WhatsApp yang mempunyai 460 juta pengguna diseluruh dunia dengan nilai $16 bilion. Aplikasi WhatsApp memberikan kemudahan kepada penggunanya untuk menghantar mesej tanpa bayaran sebaliknya membayar yuran langganan tahunan dengan mesej tradisional(SMS dan MMS) dikenakan caj untuk teks atau gambar.

Permohonan Brian Acton bekerja pernah di tolak oleh Facebook pada tahun 2009

Sebelum ini membeli aplikasi Instagram dengan harga $1 bilion pada tahun 2012. Jangan bimbang WhatsApp tidak akan dikuburkan oleh Facebook dan masih dikekalkan sebagai satu entiti tersendiri. CEO Jan Koum dan Brian Acton co-founder WhatsApp akan menyertai Facebook sebagai ahli lembaga pengarah. Bagi Brian Acton yang sebelum ini  pernah memohon bekerja di Facebook pada tahun 2009 tetapi permohonan beliau telah ditolak. Beliau tentu tidak mempercayai diri sendiri menjadi bilionair didalam sekelip mata dan menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah Facebook.

AkuBiomed: Beberapa pengajaran yang kita boleh perolehi:

  1. Bantuan yang diberikan ada penyelesaian jangka masa pendek. Sesuatu perlu dilakukan untuk mencari formula penyelesaian jangka jangka masa panjang yang berkesan.
  2. Hari ini kita gagal tidak semesti kita akan gagal selamanya. Pencipta resepi KFC iaitu Kolonel Sunders telah gagal sebanyak 1000 kali sebelum mendapatkan resepi KFC yang benar-benar menjadi kegilaan seluruh dunia.
  • Pinjaman pengajian PTPN diminta mansuhkan
  • Buat duit dengan program Affiliate
  • Ke Pulau Langkawi mencari Daim

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Dila says

    30th June 2015 at 7:16 am

    oh tidak,whatsapp selalu hang

    Reply
  2. khairul asrol says

    27th February 2014 at 10:47 pm

    aku tertarik dengan pembelian whatsapp tu. memang facebook sekarang ada dana yang cukup besar untuk bantu bagi dana kat sosial service yang lain. kalau tengok kat sejarah facebook pun dulu, dia sanggup turn down $1bill kat yahoo kalau tak silap untuk beli facebook tapi mark tak nak jual. lebih elok dikongsi daripada jual terus. tu kebijakan Mark.

    Reply
  3. Mus says

    26th February 2014 at 7:53 am

    langkah agresif facebook.. jenama besar kini milik mereka

    Reply
  4. ema says

    25th February 2014 at 5:06 pm

    dua tahun berturut-turut dah dapat..tp tahun ni tak dapatlah pula..walhal masih kurang dari syaratnya.

    Reply
  5. Norasikin says

    25th February 2014 at 10:32 am

    Ramai yg berdoa tahun depan dapat lg BR1M. Sepatutnya mohon la supaya tahun depan tak layak dapat BR1M sbb pendapatan dah bertambah

    Reply
  6. Hafizul says

    24th February 2014 at 5:24 pm

    Haha..sekarang ni..macam-macam dah ada…kan??buat jer pilihan yang mana nak..hehe

    Reply
  7. suri says

    24th February 2014 at 8:29 am

    kalau dapat harap membantu mereka benar perlukan. jalan lain perlu cari lepas ini untuk wang telah gunakan nanti.

    Reply
  8. zik says

    22nd February 2014 at 11:04 pm

    Betul tuh.. Kena cari alternatif lain… Apapun whatsapp dah tukar hak milik.. Huhu

    Reply
    • akubiomed says

      23rd February 2014 at 2:26 pm

      Banyak pilihan aplikasi mesej yang boleh dipilih WeChat, Line Kakao Talk dan sebagainya.

      Reply
  9. Syahril Hafiz says

    22nd February 2014 at 9:17 pm

    Gagal itu adalah cabang jalan kepada kejayaan! berita ni memang mengejutkan sangat sebab dalam masa terdekat FB berjaya meraih 2 media social popular, Whatsapp dgn Instagram.

    Macam BR1M, sekarang dapat separuh, 5 tahun dapat penuh la.. katanya..
    jadi hehehehe 😀

    Reply
    • akubiomed says

      23rd February 2014 at 2:28 pm

      Yang penting jangan mudah putus asa untuk terus berusaha sehingga berjaya.

      Reply
  10. hafizmd says

    22nd February 2014 at 8:22 pm

    Tak diterima kerja, tapi akhirnya menjadi lembaga pengarah jutawan…fuh!

    Reply
    • akubiomed says

      23rd February 2014 at 2:55 pm

      Semuanya berubah didalam sekelip mata.

      Reply
  11. azlanvai says

    22nd February 2014 at 5:12 pm

    Jom kita develop benda baru. Biar Mark Zuckenberg beli jugak..

    Reply
    • KiD says

      23rd February 2014 at 7:01 am

      kalau benda menarik.. pasti berbillion-billion… hehhheee

      Reply
    • akubiomed says

      23rd February 2014 at 2:57 pm

      Kalau ada kemahiran membangunkan aplikasi aka cipta aplikasi yang mempunyai ciri-ciri islamik.

      Reply
  12. hazman aka species1980 says

    22nd February 2014 at 4:32 pm

    Selagi ada rasa percaya nescaya ada usaha yang akan dilakukan….

    Reply
    • akubiomed says

      23rd February 2014 at 3:00 pm

      Jangan mudah putus. Segala usaha yang dicurahkan pasti ada habuannya kan bro.

      Reply
  13. TehR says

    22nd February 2014 at 4:25 pm

    orang yang berjaya dah biasa dengan gagal
    mainan mereka je tu

    Reply
    • akubiomed says

      23rd February 2014 at 3:01 pm

      Orang yang berfikiran positif menganggapkan kegagalan adalah satu ujian dan menjadi lebih cekal.

      Reply
  14. papamifz says

    22nd February 2014 at 3:42 pm

    Gagal sekarang Insya Allah berjaya kemudian hari..

    Reply
  15. titan says

    22nd February 2014 at 3:15 pm

    gagal itu adalah perkara biasa bagi orang yang akan berjaya..

    Reply
  16. Farzli says

    22nd February 2014 at 2:43 pm

    sb tu anak muda kita jgn cepat mengeluh kalo bisnes down.. tawakal, terus berusaha dan berdoa..

    Reply
  17. hafiz says

    22nd February 2014 at 11:13 am

    Bagi yg dapat br1m tu gunalah seelok-eloknya

    Reply
    • akubiomed says

      22nd February 2014 at 11:19 am

      Dapat pula sebelum masa gaj boleh terbabas. 🙂

      Reply
  18. Bahrain says

    22nd February 2014 at 10:35 am

    Siapa yang dapat BR1m Gunalah dengan sebaik-baiknya. Semalam baru update whatsapp lebih privacy selepas ni.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd February 2014 at 11:19 am

      Pemberian BR1M ini adalah bantuan jangka masa pendek oleh pihak kerajaan. Guna sebaik mungkin pemberian ini.

      Reply
  19. azman says

    22nd February 2014 at 10:22 am

    Perghh..kagum dengan dia.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd February 2014 at 11:20 am

      Beliau tentu tidak sangka apa yang berlaku selepas tidak terima berkerja di Facebook.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in