Kejutan apabila Facebook membeli aplikasi Whats App dan pemberian BR1M 3.0
Semalam kawan-kawan sekerja heboh dengan duit BR1M 3.0 yang akan dikreditkan didalam akaun mereka. Duit gaji belum masuk dapat duit BR1M 3.0 adalah tambahan bagi mereka yang memerlukan.
Semalam adalah berita gembira buat rakan sekerja yang layak menerima bantuan BR1M 3.0 dan tidak kurang juga yang mencebek kerana tidak menerim bantuan ini kerana perbelanjaan isi rumah melebihi syarat mininum bantuan BR1M.
“Seramai 6 juta penerima bakal menerima bayaran BR1M 3.0“
Pembentangan Bajet 2014 yang lalu diumumkam mereka yag berpendapatan isirumah bulanan RM3,000 dan ke bawah layak menerima bantuan BR1M dinaikkan dari RM500 kepdada RM650, sementara mereka yang bujang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan akan menerima bantuan dinaikkan dari RM250 kepada RM300. Buat pertama kali kepada mereka berpendapatan diantara RM3,000 dan RM4,000 bakal menerima RM450. Sebanyak RM4.6 bilion diperuntukkan oleh kerajaan untuk agihan bantuan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak.
WhatsApp kini sebahagian daripada Facebook
Berita yang mengejutkan apabila Facebook mengumumkan pembelian aplikasi WhatsApp yang mempunyai 460 juta pengguna diseluruh dunia dengan nilai $16 bilion. Aplikasi WhatsApp memberikan kemudahan kepada penggunanya untuk menghantar mesej tanpa bayaran sebaliknya membayar yuran langganan tahunan dengan mesej tradisional(SMS dan MMS) dikenakan caj untuk teks atau gambar.
Sebelum ini membeli aplikasi Instagram dengan harga $1 bilion pada tahun 2012. Jangan bimbang WhatsApp tidak akan dikuburkan oleh Facebook dan masih dikekalkan sebagai satu entiti tersendiri. CEO Jan Koum dan Brian Acton co-founder WhatsApp akan menyertai Facebook sebagai ahli lembaga pengarah. Bagi Brian Acton yang sebelum ini pernah memohon bekerja di Facebook pada tahun 2009 tetapi permohonan beliau telah ditolak. Beliau tentu tidak mempercayai diri sendiri menjadi bilionair didalam sekelip mata dan menjadi salah seorang ahli lembaga pengarah Facebook.
AkuBiomed: Beberapa pengajaran yang kita boleh perolehi:
- Bantuan yang diberikan ada penyelesaian jangka masa pendek. Sesuatu perlu dilakukan untuk mencari formula penyelesaian jangka jangka masa panjang yang berkesan.
- Hari ini kita gagal tidak semesti kita akan gagal selamanya. Pencipta resepi KFC iaitu Kolonel Sunders telah gagal sebanyak 1000 kali sebelum mendapatkan resepi KFC yang benar-benar menjadi kegilaan seluruh dunia.
oh tidak,whatsapp selalu hang
aku tertarik dengan pembelian whatsapp tu. memang facebook sekarang ada dana yang cukup besar untuk bantu bagi dana kat sosial service yang lain. kalau tengok kat sejarah facebook pun dulu, dia sanggup turn down $1bill kat yahoo kalau tak silap untuk beli facebook tapi mark tak nak jual. lebih elok dikongsi daripada jual terus. tu kebijakan Mark.
langkah agresif facebook.. jenama besar kini milik mereka
dua tahun berturut-turut dah dapat..tp tahun ni tak dapatlah pula..walhal masih kurang dari syaratnya.
Ramai yg berdoa tahun depan dapat lg BR1M. Sepatutnya mohon la supaya tahun depan tak layak dapat BR1M sbb pendapatan dah bertambah
Haha..sekarang ni..macam-macam dah ada…kan??buat jer pilihan yang mana nak..hehe
kalau dapat harap membantu mereka benar perlukan. jalan lain perlu cari lepas ini untuk wang telah gunakan nanti.
Betul tuh.. Kena cari alternatif lain… Apapun whatsapp dah tukar hak milik.. Huhu
Banyak pilihan aplikasi mesej yang boleh dipilih WeChat, Line Kakao Talk dan sebagainya.
Gagal itu adalah cabang jalan kepada kejayaan! berita ni memang mengejutkan sangat sebab dalam masa terdekat FB berjaya meraih 2 media social popular, Whatsapp dgn Instagram.
Macam BR1M, sekarang dapat separuh, 5 tahun dapat penuh la.. katanya..
jadi hehehehe 😀
Yang penting jangan mudah putus asa untuk terus berusaha sehingga berjaya.
Tak diterima kerja, tapi akhirnya menjadi lembaga pengarah jutawan…fuh!
Semuanya berubah didalam sekelip mata.
Jom kita develop benda baru. Biar Mark Zuckenberg beli jugak..
kalau benda menarik.. pasti berbillion-billion… hehhheee
Kalau ada kemahiran membangunkan aplikasi aka cipta aplikasi yang mempunyai ciri-ciri islamik.
Selagi ada rasa percaya nescaya ada usaha yang akan dilakukan….
Jangan mudah putus. Segala usaha yang dicurahkan pasti ada habuannya kan bro.
orang yang berjaya dah biasa dengan gagal
mainan mereka je tu
Orang yang berfikiran positif menganggapkan kegagalan adalah satu ujian dan menjadi lebih cekal.
Gagal sekarang Insya Allah berjaya kemudian hari..
gagal itu adalah perkara biasa bagi orang yang akan berjaya..
sb tu anak muda kita jgn cepat mengeluh kalo bisnes down.. tawakal, terus berusaha dan berdoa..
Bagi yg dapat br1m tu gunalah seelok-eloknya
Dapat pula sebelum masa gaj boleh terbabas. 🙂
Siapa yang dapat BR1m Gunalah dengan sebaik-baiknya. Semalam baru update whatsapp lebih privacy selepas ni.
Pemberian BR1M ini adalah bantuan jangka masa pendek oleh pihak kerajaan. Guna sebaik mungkin pemberian ini.
Perghh..kagum dengan dia.
Beliau tentu tidak sangka apa yang berlaku selepas tidak terima berkerja di Facebook.