• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Ke Pulau Langkawi mencari Daim

Ke Pulau Langkawi mencari Daim

12th May 2011 by akubiomed 114 Comments

Barangan bebas cukai di Pulau Langkawi

Port melayari internet

Ketika menulis entri ini aku didalam persiapan mengemas barangan peribadi untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas 5 hari berada di Pulau Langkawi yang bermula dari hari Ahad yang lalu. Pulau Langkawi popular dengan mitos mengenai sumpahan 7 generasi oleh Mahsuri.

Aku bukan hendak cerita mengenai mitos sumpahan 7 generasi oleh Mahsuri tetapi adalah perjalanan aku ke Pulau Langkawi pada Hari Ibu baru-baru ini. Aku ke Pulau Langkawi bukanlah tujuan bercuti sempena hari Ibu tetapi adalah urusan kerja. Aku ke sana dengan menaiki FireFly yang terkenal warna oren(drama bersiri Awan Diana lakonan Scha) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah(LTSAS). Penerbangan dari LTSAS ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. Ini adalah pengalaman pertama kali menjejak kaki di Pulau Langkawi.

Panduan senaman untuk penumpang kapal terbang bagi masalah Deep Vein Thrombosis(DVT) atau darah beku

Tolonglah fokus!

Tipulah kalau tidak ada perasaan teruja kerana di fikiran terbayang barangan bebas cukai di Pulau Langkawi. Hari pertama jejak kaki aku tidak terus terjah ke bebas cukai tetapi petang hari ke-2 aku mula buat risikan dengan bantuan kawan sekerja yang hari pertama sudah mula terjah kedai bebas cukai. Dengan bantuan beliau aku dapat tahu barang apa yang menarik untuk dibawa balik sebagai buah tangan. Kawan-kawan sekerja sudah memberi senarai yang perlu di beli ketika di Pulau Langkawi.

Maxis broadband penghubung online

Aku telah membawa modem broadband Maxis untuk kegunaan ketika di Pulau Langkawi. Pihak hotel ada menyediakan Wifi tapi tidak semua perkhidmatan diberi Wifi secara percuma ada yang berbayar mengikut jam pengunaan. Apabila modem broadband Maxis ini di bawa bersama tidaklah aku kisah sangat kalau ada Wifi percuma atau berbayar cuma perlu dipastikan masih adalah lagi baki kuota bandwith untuk pakej Maxis broadband.

Maxis Broadband penghubung dunia internet

Tidak sabar untuk pulang

Pada hari ke-4 di Pulau Langkawi selepas selesai urusan kerja barulah aku mencari buah tangan kedai bebas cukai di sekitar hotel penginapan boleh dikatakan rambang mata dan sukar membuat pilihan. Selama 5 hari berada disini terasa amat lama dan aku mula tidak sabar untuk pulang kerana sudah mula terbayang wajah anak-anak dan isteri. Walaupun ada kemudian telefon video 3G adalah tidak sama untuk melepaskan rindu kepada anak dan isteri secara berdepan. 🙂

Nantikan sambungan Pulau Langkawi mengenai barangan bebas cukai yang aku beli ketika di Pulau Langkawi terutama buruan Daim yang sangat popular.

Nak cari hotel murah? Dapatkan: >>Deal hotel terbaik<<

Sila tekan butang kongsi:

  • Coklat daim Langkawi
  • Cokelat Daim Pulau Langkawi
  • Pulau Pinang mengamit kenangan lama

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. suri says

    12th June 2013 at 11:20 am

    1 jam 40 minit wah sekejap sahaja

    Reply
  2. nizam says

    21st May 2011 at 9:48 am

    menarik bro percutian ke sana…best kan…nak2 kalau borong coklat…ekekeke

    Reply
    • akubiomed says

      21st May 2011 at 1:17 pm

      Kalau bercuti tentu seronok untuk membeli belah 🙂

      Reply
      • suri says

        12th June 2013 at 11:21 am

        tambah duit dalam poket menebal

        Reply
  3. Budakboy says

    19th May 2011 at 1:56 am

    Walaupun saya org Kedah, tapi saya pernah pg sekali jer Langkawi, itupun kejap jer…

    Tahu tak kenapa nama dia Langkawi?

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2011 at 12:18 am

      Selalu macam tuhlah kalau dah dekat tidak pergi kalau sudah berada jauh baru hendak pergi. Terjadi kepada saya ketika bertugas di Sarawak hanya pergi kerja balik kerja rugi tidak mengambil peluang berjalan-jalan makan angin di bumi Kenyalang

      Reply
      • Budakboy says

        20th May 2011 at 9:38 pm

        Setuju tuan, personaliti pun memainkan peranan penting. Semuanya kena diadun sekali..baru mantap …

        Reply
  4. yas says

    19th May 2011 at 1:11 am

    Kat semenanjung ni Langkawi je la tempat yg terbaik nk gi soping…hehehe tp mmg kne standby rm je laaa….

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2011 at 12:25 am

      Kalau ada duit lebih tidak ada masalah tunjuk sahaja 🙂

      Reply
      • yas says

        3rd June 2011 at 10:21 am

        Hehehe…so klau x nak “rabak” banyak kene kurangkan bawak rm leee….

        Reply
        • akubiomed says

          4th June 2011 at 1:36 am

          Hampir-hampir rabak poket kalau tidak beringat 🙂

          Reply
          • suri says

            12th June 2013 at 11:22 am

            oh hampir-hampir terlajak rupanya

            Reply
  5. bEe says

    16th May 2011 at 5:43 pm

    Seronoknyer berjalan2 di Pulau yg indah….

    Teringat pd pantai Langkawi yg bebas dari kotoran! Teringat juga pd minah2 salih yg berjemuran 😛 hahahaha

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2011 at 12:24 am

      Tidak sempat berjalan dan tidak tahu keadaan pantai. Hanya hari akhir baru berkesempatan membeli belah di pekan Kuah

      Reply
  6. Sabahan Bloggers Club says

    15th May 2011 at 11:06 am

    OK ke naik firefly kapal terbang kecik jer pegi Langkawi?
    Takut nak naik tu…. 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:28 pm

      Okay, tidak sempit. Ada 2 baris dan setiap baris ada 2 tempat duduk. Boleh dikatakan selesa dan boleh meluruskan kaki 🙂

      Reply
      • bEe says

        16th May 2011 at 5:44 pm

        @akubiomed : wah, bolehlah bEe try firefly nnt :-)makanan besh tak???

        Reply
        • akubiomed says

          20th May 2011 at 12:23 am

          Firefly sediakan air jus dan kuih muih sahaja kerana penerbangan ke Langkawi pendek

          Reply
  7. Ali ridha says

    15th May 2011 at 10:29 am

    tinggal dihotel pun kena bayar guna wifi.
    selama ini aku ingatkan percuma.

    Reply
    • akubiomed says

      15th May 2011 at 11:30 pm

      Tidak semua hotel menyediakan perkhidmatan Wifi percuma. Nak selamat bawa broadband sendiri

      Reply
  8. titan says

    14th May 2011 at 2:45 pm

    coklat rupanya..

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 10:18 pm

      Akhirnya rahsia Daim terbongkar 🙂

      Reply
  9. LiFe KaMi says

    14th May 2011 at 2:15 pm

    kami ni kampung je kat kedah tapi tak pernah lagi pergi langkawi,
    memang dgr cerita brg2 kat sana murah..
    nampaknya nanti kami kena pergi juga jalan2 kat sana, tunggu cuti sekolah le..:)

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 10:18 pm

      Cuti sekolah boleh dikatakan peak season untuk ke Langkawi.

      Reply
  10. Hisyam says

    14th May 2011 at 12:18 pm

    Alang2 dah melancong beli la barang sket, boleh buat giveaway nanti.

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 3:24 pm

      Bukan melancong tapi pergi kerana ada urusan kerja. Tidak terfikir hendak beli barang untuk giveaway 🙂 Mungkin lain kali kalau ke sana lagi boleh dipertimbangkan nanti

      Reply
  11. MEKAR says

    14th May 2011 at 12:10 pm

    Memang best duduk langkawi tu. terasa tenang dan jauh dari hiruk pikuk kota. Kalu bawa family teramat lah best tu.

    Saya selalu sangat pegi langkawi.boleh kata tiap2 bulan. ikut suami kerja. awal2 pegi dulu selalu la beli coklat. skrg dah xde perasaan lagi. huhu

    Reply
  12. Amry says

    14th May 2011 at 10:58 am

    walaupon tempat saya agak dekat dengan langkawi (tak la dekat sangat) tapi tak pernah pegi lagi..bila la nak berjalan2 saya ni…hmm…

    Reply
    • MEKAR says

      14th May 2011 at 12:12 pm

      weh.. rugi nya dah dekat2 tu tak pegi. Org lain siap kumpul duit nak pegi sana

      Reply
  13. Ekspresi Ruang says

    14th May 2011 at 8:04 am

    coklat daim mmg satu kewajipan kalau pergi langkawi. mcm ada steroid lak sbb ketagih btol bila dah cuba sekali. hehe

    Reply
  14. Kimmy says

    14th May 2011 at 1:20 am

    Wahh, apakah yg telah dibeli dari Langkawi ea. Eh,ter-kepochi pula saya haha

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 3:37 pm

      Adalah sedikit untuk dibawa balik walaupun tidak banyak

      Reply
  15. Kamal Mustafa says

    13th May 2011 at 10:04 pm

    Dulu KM poie Langkawi banyak bawak balik Daim.huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 3:37 pm

      Sedapkan apabila merasakan Daim nih 🙂

      Reply
  16. Juan says

    13th May 2011 at 9:20 pm

    x sabo lak aku nk pi langkawi ni

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:26 am

      Boleh sahaja cuma perlu sediakan duit sahaja dan spare bag 🙂

      Reply
  17. yusri says

    13th May 2011 at 9:02 pm

    lamanya tak kesana…10 tahun lepas paling last…

    Reply
  18. puanbee says

    13th May 2011 at 9:00 pm

    seronok kat sana barang murah2 kan …

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:25 am

      PuanBee kalau ke sana mesti borong habis dari satu kedai ke satu kedai. Kawan perempuan boleh dikatakan siap beli bag baru untuk diisi barangan yang dibeli. Kalau yang gila set pinggan mangkuk jenama Correl, Pyrex, CorningWare, Visions dan sebagainya tentu tidak terlepas didalam senarai pembelian. Ada yang beli kali ini untuk melengkapkan set yang terdahulu

      Reply
      • puanbee says

        14th May 2011 at 9:30 am

        tau dapat agak , tp puanbee tk beli sgt pergi kelmarin fikir banyak faktor tk de tempat nk simpan salah satunya , tp sekarang rasa mcm menyesal tk beli pulak ish ish ish

        Reply
        • MEKAR says

          14th May 2011 at 12:06 pm

          alat mekap, minyak wangi pun bebas cukai di sana. huh.. memang best !

          Reply
  19. shah says

    13th May 2011 at 5:12 pm

    laa..awat c habaq mai langkawi… boleh la saya bawak jejalan,

    shah ade kat langkawi kot~

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:16 am

      Oh ye ker. Lain kali ada peluang ada peluang ke Pulau Langkawi nanti saya akan roger 🙂

      Reply
  20. Mrs.Ayie says

    13th May 2011 at 4:00 pm

    Kalau ada kenalan ke Langkawi, mesti pesan coklat DAIM tu. Suka sangat. 😀 Yati belum pernah sampai ke Langkawi.

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:14 am

      Ada 2 pilihan samada naik kapal terbang atau feri. Kalau mabuk laut naik sahaja kapal terbang. Kalau gayat ketinggian naik feri sahaja

      Reply
  21. hafizmd says

    13th May 2011 at 4:00 pm

    5 hari kalau pergi tanpa keluarga mmg rasa lama dan lambat…kalau beramai2…cepat jer…hehe 😀

    kita tunggu barang buruan ape ni…suspen betullah 😀

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:13 am

      Sedikit sahaja buruan tapi kalau kena dapat bonus memang boleh borong

      Reply
  22. tips-kurus says

    13th May 2011 at 11:39 am

    kat SOGO pon ade en Daim tu. makin mahal lo! 🙁

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:12 am

      Oh ye ker. Kalau yang sudah gila cokelat, yang mahal pun sebat 🙂

      Reply
  23. donha says

    13th May 2011 at 4:50 am

    masa zaman sekolah dulu aku pernah sekali pg langkawi. berbasikal satu langkawi. 1 minggu. letih. woot. seminggu bai. sana kan tanah berbukit-bukit. tapi, Langkawi memang best. sesuai jg untuk tempat bercuti. banyak pantai cantik-cantik. Jauh sekali nak compare dengan pantai dekat semenanjung ni o.o

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:10 am

      Seronok ya dapat berjalan-jalan saya tidak berpeluang kerana pergi ke Pulau Langkawi atas urusan kerja

      Reply
      • suri says

        12th June 2013 at 11:23 am

        jauh sampai di sana tercampak he kira berkerja sambil bercuti

        Reply
  24. dnoBiz says

    13th May 2011 at 1:10 am

    Aku belum pernak jejak kaki kesana

    Reply
    • tengkorak emas says

      13th May 2011 at 8:21 am

      samalah bro, dalam family TE sorang je belum pernah pergi..apa kes..

      Reply
      • akubiomed says

        14th May 2011 at 9:12 am

        Bro TE boleh ke sana naik bot marin sahaja 🙂

        Reply
  25. LuthfiMY says

    13th May 2011 at 12:25 am

    tetiba rindu kenangan pg langkawi last year 🙂

    Reply
  26. zik says

    13th May 2011 at 12:13 am

    lama tak pergi dah langkawi… bila agaknya berkesempatan???? honey moon kot.. hehe… yang murah memang murah… tapi ada jugak yang mahal…. makan kot???

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:09 am

      Kalau hendak pergi saya sarankan bukan semasa cuti sekolah tentu harga naik

      Reply
  27. zool says

    12th May 2011 at 11:58 pm

    2 kali singgah langkawi ni.apa2 pun mesti cari coklatkan?? itu yg mampu..takpun keychain nak bawa balik

    Reply
  28. puteraduyong says

    12th May 2011 at 11:18 pm

    wah…sangat rindukan DAIM

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:08 am

      Kalau sesiapa pergi ke Langkawi boleh kirim nanti

      Reply
  29. Nadri says

    12th May 2011 at 7:09 pm

    last sekali pergi Langkawi tahun 2008..masa tu outing tempat kerja..
    mmg takkan lupa beli gula2 & coklat2 import di kedai Duty Free Zone..tak silap Daim nie gula2 sampulnya warna merah..
    dkt Duty Free Zone Stulang JB pun ada jual jugak, tp harga mahal sikit…

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:07 am

      Betul Daim pembalut plastiknya warna merah

      Reply
  30. Nur says

    12th May 2011 at 5:58 pm

    Memang suka coklat Daim.. sedap.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      14th May 2011 at 9:07 am

      Sangkakan cokelat Daim buatan Malaysia rupanya berasal dari Sweeden

      Reply
  31. sazuwi says

    12th May 2011 at 3:55 pm

    seronok dapat jalan2 walaupun bekerja..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 11:54 pm

      Masa agak terhad tidak dapat melawat tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi. Hanya bershopping sekitar Kuah sahaja

      Reply
  32. tehr says

    12th May 2011 at 3:00 pm

    dah lama juga tak ke langkawi
    tapi aku tak tau nak beli apa sebenarnya
    terserah orang rumah je yang memborong
    hehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 11:51 pm

      Kalau bawa orang rumah confirm borong dan tidak keluar-keluar dari kedai 🙂

      Reply
  33. MDHAFiZ.NET says

    12th May 2011 at 1:32 pm

    murah sangat ke barang kt sana? aku belum pernah jejak kaki ke langkawi lg..nak beli kereta sana murah x? nak angkat mitsubishi evo gt sebijik..hhehe 🙂

    Reply
    • decrewz says

      12th May 2011 at 6:20 pm

      Evo sebiji baru bape sen je..ha3.. Sana kawasan bebas cukai.. Sekarang x taulah kot2 dah x bebas..he3

      Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 11:51 pm

      Pulau Langkawi adalah pulau bebas cukai

      Reply
    • MEKAR says

      16th May 2011 at 6:55 pm

      Langkawi itu satu anugerah kepada negara kita. Harga kereta sana memang teramat murah. berbaloi kalu beli kereta jenama luar yg biasanya mahal. tapi kalu nk bawa ke luar langkawi kena tax juga nanti

      Reply
  34. decrewz says

    12th May 2011 at 1:22 pm

    Last Jai pergi tahun 2003.. Tak tahulah banyak perubahan kat sana ataupun tidak.. Yang pastinya, rokok mmg murah…ha3

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 11:50 pm

      Rokok memang murah tapi saya tidak beli kerana tidak ada yang kirim

      Reply
      • yas says

        3rd June 2011 at 10:17 am

        Len kali kalu bro gi sana leh kirim arr…suria sekatun..Hehehehe

        Reply
  35. madlut says

    12th May 2011 at 12:54 pm

    langkawi memang syurga coklat, selalu p borong banyak, buat makan 2 3 minggu..hoho

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 11:49 pm

      Bro pun kategori gila cokelat juga?

      Reply
      • MEKAR says

        14th May 2011 at 12:05 pm

        Bukan setakat coklat. Pinggan mangkuk pun murah2. bila nak bawa keluar sampai senget2 bahu kiri kanan. huhu

        Reply
        • akubiomed says

          14th May 2011 at 8:33 pm

          Memang betul kalau ada mahu sahaja borong pinggan mangkuk memandang boleh bawa naik kapal terbang 20kg terpaksa lupakan sahaja. Macam-macam pattern rambang mata hendak pilih 🙂

          Reply
    • suri says

      12th June 2013 at 11:27 am

      habislah gigi rongak macam ini

      Reply
  36. sw33tdarling says

    12th May 2011 at 11:54 am

    sediih…..
    tak penah jejak langkawi pun lagi

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 11:49 pm

      Ini pun kerana ada mesyuarat yang di buat di Langkawi. Masa untuk membeli belah dan jalan amat terhad kerana boleh dikatakan mesyuarat di buat waktu siang dan malam

      Reply
  37. pipoq says

    12th May 2011 at 11:11 am

    tak pernah sampai lagi ke Langkawi..

    pernah hampir sampai tak tak kesampaian pulak..

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 11:47 pm

      Kalau tidak mahu naik kapal terbang boleh naik feri ke Pulau Langkawi

      Reply
  38. Ismail N says

    12th May 2011 at 10:56 am

    mak oii.. kena panggilan pulau rupannya..
    Err apa tu Daim yg boleh ngap? coklet ker? Mahu tunggu sambungan citer la ni.. 😀

    Reply
    • suri says

      12th May 2011 at 11:43 am

      janganlah sebut coklat ada boring skli sb saya gila pada coklat..

      apa pasti cop halal yah 😉

      Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 11:46 pm

      Memang sedap Daim ini kalau dulu Toblerone antara disebut-sebut. Kedua-dua produk ini dari syarikat yang sama iaitu Kraft

      Reply
      • tengkorak emas says

        13th May 2011 at 8:20 am

        dari segi kepuasan, TE lagi suka toblerone, Daim cuma sekali ngap hehe

        Reply
        • akubiomed says

          14th May 2011 at 9:12 am

          Toblerone pun ada saya beli selain cokelat Daim. Betul Daim memang tidak puas makan kerana saiz sebesar gula-gula

          Reply
  39. fina fento says

    12th May 2011 at 8:54 am

    Dah jemu dengan Daim. Sekarang aim whittakers pulak ehehe..

    oh, selamat datang ke Langkawi walaupun dah balik 😛

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 11:45 pm

      Sudah tentu perempuan lebih tahu sebab melihat kawan wanita saya hari-hari membeli cokelat yang berbeza 🙂

      Reply
  40. Amirez says

    12th May 2011 at 8:54 am

    tak pernah lagi ke langkawi…

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 11:44 pm

      Ada berjumpa pasangan warga emas terbang ke Pulau Langkawi dengan harga tiket RM180 untuk 2 penumpang

      Reply
  41. tengkorak emas says

    12th May 2011 at 8:02 am

    Daim tu sekali ngap je hehe lepas tu ambik lagi masuk dalam mulut 😀

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 11:43 pm

      Kalau sudah makan Daim tidak ingat 🙂

      Reply
  42. naimulfirdaus says

    12th May 2011 at 1:07 am

    saya penah sampai Langkawi sekali baru..

    padahal negeri senderi..
    haha, teruk betul..

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 1:38 am

      Macamana hang ni? Pulau Langkawi baru mai sekali 🙂

      Reply
  43. anif says

    12th May 2011 at 12:32 am

    Wahaha.. 5 hari di Langkawi tu 🙂 Banyak ke bershopping?

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 1:37 am

      Tidaklah banyak barang yang dibeli walaupun Pulau Langkawi ini bebas cukai.

      Reply
      • Ismail N says

        12th May 2011 at 10:57 am

        He he.. bebas cukai tapi bebas shopping.. shopping still ikut undang2 poket.. 😆

        Reply
        • suri says

          12th May 2011 at 11:41 am

          ada budget lebih mmg cantik mmbeli -belah heeee

          Reply
        • akubiomed says

          12th May 2011 at 11:43 pm

          Sudah semesti kena bijak merancang sebab itu buat tinjauan harga dan barangan hendak dibeli. Keesokan harinya baru saya beli

          Reply
      • dnoBiz says

        13th May 2011 at 1:09 am

        Errr
        Macam rantau panjang ke Bro..

        Reply
        • akubiomed says

          14th May 2011 at 9:02 am

          Lebih kurang macam di Rantau Panjang dan dekat sini banyak kedai bebas cukai yang tersusun

          Reply
  44. aimannajmy says

    12th May 2011 at 12:29 am

    Daim?? haha mcm tau ja apa tu.. coklat ke haha, dah lama tak pegi langkawi huhu, umah abg saya kat sana hehe

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2011 at 1:36 am

      Mula-mula tidak faham apa itu Daim.

      Reply
      • suri says

        12th May 2011 at 11:41 am

        wah boraong apa tu..agak2 ada tak borng satu troli penuh tesco tu heeee

        Reply
        • akubiomed says

          12th May 2011 at 11:41 pm

          Tidaklah borong sampai satu troli mana hendak cekau duit 🙂

          Reply
          • dnoBiz says

            13th May 2011 at 1:08 am

            heheh aku kalau bab buah tangan ni biasanya keychain je sasaran aku 😀

            Reply
          • suri says

            13th May 2011 at 12:01 pm

            alah bro amik hati plk den gurau jer..

            best ke sana sure byk tempt menarik 🙂

            Reply
      • chii says

        12th May 2011 at 3:35 pm

        coklat daim…coklat yg wajib di beli bila sampai kat langkawi…ehehe

        Reply
        • akubiomed says

          12th May 2011 at 11:42 pm

          Sudah beberapa kali merasa Daim ini sebab itu kali ini ambil peluang membelinya

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in