• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Pinjaman pengajian PTPN diminta mansuhkan

Pinjaman pengajian PTPN diminta mansuhkan

5th April 2012 by akubiomed 68 Comments

Ada usaha meminta pinjaman pengajian PTPN diminta mansuhkan.

Saya tidak faham kenapa perkara ini berlaku sedangkan tanpa bantuan pinjaman pengajian PTPN tidak ramai yang mampu melanjut pengajian untuk mendapatkan kehidupan lebih baik. Peminjam PTPN mengeluh kerana selepas tamat pengajian mereka masih menganggur dan oleh itu tidak dapat membuat pembayaran pinjaman pengajian PTPN.

graduasi

Tabung PTPN membantu bakal graduan mendapatkan pinjaman pengajian.

Masa zaman saya belajar dahulu tidak ada pun tabung PTPN jadi untuk mendapatkan pinjaman pengajian sangat terhad mereka yang mendapat keputusan SPM yang baik akan mendapat penaja untuk melanjutkan di institusi pengajian tempatan atau terbang ke luar negara untuk memasuki institut pengajian tinggi di luar negara.

Saya ini bukanlah pelajar cemerlang ketika di sekolah jadi untuk mendapat pinjaman pengajian jangan mimpilah nasib baik adanya MARA membantu anak bumiputra untuk melanjutkan pengajian di institut teknikal tempatan dan saya amat bersyukur dengan bantuan kewangan yang diberi oleh saya berada dikedudukkan sekarang.

Lelaki kacak Ed Moyse dan Ross Harper bijak mencari jalan untuk melangsai hutang dengan iklan di muka

Jadi apabila ada pihak tertentu mengecam tabung PTPN saya agak rasa terkilan. Ketika awal penubuhan tabung PTPN permohonan pinjaman PTPN longgar dan mudah mendapat kelulusan berbanding zaman sekarang ini diperkenalkan beberapa syarat baru kerana gara-gara ada peminjam yang gagal membayar ansuran bulanan atas alasan menganggur dan tidak mendapat pekerjaan  selepas tamat pengajian.

Graduan zaman sekarang boleh dikira sangatlah beruntung kerana kerajaan memberi  bantuan untuk graduan yang masih belum bekerja dilatih dengan kemahiran tertentu dan diberi elaun lagi. Bagi saya ia adalah satu menguntungkan kerana diberi kemahiran dan kemudian dapat elaun walaupun tidak sebesar mana tapi sekurang-kurang ada untuk  duit poket. Selepas mendapat latihan dicarikan majikan sesuai. Aduhai sangat beruntungnya lagi.

Pinjaman MARA yang saya dapat telah lama dilangsaikan termasuk pinjaman komputer yang bernilai RM5k. Ada sebilangan kawan-kawan seangkatan saya masih tegar membayar walaupun ada yang sudah menjawat jawatan yang bagus. Saya akui terpaksa mengikat perut dan melupakan untuk berbelanja semata-mata untuk membayar hutang pinjaman pengajian MARA setiap bulan.

Saya harap yang akan meninggalkan komen tidak perlu membuat provokasi isu mengenai pemansuhan pinjaman pengajian PTPN ini. Kalau mendapat keputusan yang baik tentulah akan penaja yang sudi menaja. Jadi fikirkan sedalam-dalam sebelum bertindak adalah lebih rasional mendapat keputusan pengajian yang baik. Janganlah prejudis masa hadapan kerana setiap masa yang berlalu tidak akan diulang semula.

p/s: Contohi lelaki kacak Ed Moyse dan Ross Harper ide iklan Buy My Face untuk melangsai pinjaman pengajian mereka.

  • Nikmat selepas bebas hutang
  • Menuntut ilmu kisah 2 insan nasib berbeza
  • Panduan mengelak pinjaman pembiayaan perumahan ditolak

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. unknown says

    30th May 2012 at 2:32 pm

    org suruh mansuhkan ptptn bukan utk menyusahkan pelajar, tp utk membantu pelajar. mereka berjuang utk memansuhkan ptptn adalah demi keselesaan anak2 kita nnt. menuntut pendidikan PERCUMA. sbb interest yg dikenakan adalh tggi.maybe kepada anda semua yg berkemampuan utk byr, tak apa lah. tpi bg org miskin macam saya,kami TERPAKSA guna PTPTN sbb dah takde cara lain. sbb x pandai. so tolonglah fikir utk side org lain yg kurang beruntung juga .think before you talk .

    Reply
  2. Mekar says

    12th April 2012 at 11:56 am

    Isu yg kecoh2 pasal ptptn ni sya kurang faham apa matlamat asal dia.
    Walaubgaimanapun, kpd sesiapa yg dah buat pinjaman tu, bila dah tiba masanya, sila bayar saje kpd pihak yg sepatutnya. hutang mesti diselesaikan. kalau xnak selesaikan hutang, mana tahu hidup nanti tak berkat.

    Reply
  3. Ladfe Amir says

    10th April 2012 at 11:29 pm

    dulu masa belajar ..saya apply loan Yayasan Perak. kemudian loan Mara.
    syukur ianya berjaya juga dilansaikan.

    ttg ptptn.. yg berhutang tu wajiblah bayar. mmg begitulah aturan hidup.

    Reply
  4. aimannajmy says

    10th April 2012 at 10:12 pm

    ptptn masih relevan.. cuma jangka masa bayar tidak perlu ditekan… biar lambat asal bayar.. jika ptptn dihapuskan akan ada persepsi.. “ahh semua kerajaan tanggung aku boleh pi belajar dengan senang dan hati dan enjoy” ini boleh sebabkan tiada daya usaha.. bila ada ptptn at least dia kena struggle dapat pointer baik utk dapat kerja yang lebih baik.. kerna kita tahu bila pointer first class ptptn akan dijadikan biasiswa

    Reply
  5. Norasikin says

    10th April 2012 at 9:57 pm

    Saya rasa, org yang bersungguh-sungguh nak mansuhkan ptptn ni cuma org yang masih tak langsaikan hutang pinjaman mereka dulu. Dengan harapan, ptptn mansuh, hutang tak yah bayo. Tak berkat ilmu yg dapat kalau hutang pinjaman tak bayo

    Reply
  6. Norasikin says

    10th April 2012 at 9:54 pm

    Apa la yg menjadi kecoh hal ni. kalau tak nak pinjam, jangan la pinjam. Biarkan orang yang memerlukan yg meminjam. Serupa dengan produk makanan yang berbagai jenama. Setiap satu ada kelebihan. Kita sebagai pengguna bebas memilih nak beli yang mana satu. Lagi banyak jenama, lagi banyak pilihan. Tak de la rasa terpaksa pilih. Kalau kopi saya pilih kopi hang tuah dari penang tu. Fuh lazat. Tak pandang lagi dah kopi lain.

    Reply
  7. Naziman says

    9th April 2012 at 10:40 pm

    kalau ptptn di mansuh n di ganti jadi biasiswa ok. tapi kalau mansuhkan terus. itu susah. sebab tak semua orang mampu tanggung kos masuk universiti. n biasiswa pula terhad dan amat susah nak dapat. jadi kebiasaanya ptptn menjadi pilihan.

    Reply
  8. amirulfaiz says

    8th April 2012 at 11:59 pm

    Saya rasa tak berapa kacak, jika saya tidak dapat langsaikan hutang pengajian saya, dengan usaha sendiri. 🙂

    Reply
  9. Norizwan says

    8th April 2012 at 9:11 pm

    dengar nak dimansuhkan….bagi peluang biasiswa pula untuk pelajar…

    Reply
  10. Amirez says

    7th April 2012 at 1:11 am

    alhamdulillah dah langsai bayar hutang PTPTN tahun lepas. mujur juga cuma dapat kadar yuran je sekitar RM8k untuk Degree. taklah beban sangat nak bayar balik.

    Reply
  11. Amirez says

    7th April 2012 at 1:08 am

    ada ayat tertinggal tu. sebenarnya “Mansuhkan PTPTN dan berikan pendidikan percuma dari sekolah hingga ke IPT”. itu apa yang disebutkan dalam manifesto.

    kalau difikir dari satu sudut memang untunglah sebab dapat pendidikan percuma. kebanyakan graduan lepas konvo masih lagi menganggung, jadi taklah terbeban nak langsaikan hutang PTPTN.

    tapi bila fikirkan lagi, rasanya agak mustahil atau paling tidak pun beban yang besar untuk menyara yuran pendidikan setiap penuntut IPT. kalau bagi biayaan separuh daripada kerajaan baru nanti…itu mungkin boleh diterima akal.

    Reply
  12. APAN says

    6th April 2012 at 8:31 pm

    untung aku xde pinjaman…biarpun dip je.kira ok la…dpt gak keje skang…kalau mende free, mmg semua orang nak…cuma kalau nak teruskan gak, cuba buat kajian balik pasal interest semua tuh… 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      6th April 2012 at 10:48 pm

      Okay lah macam itu tidak dibebani hutang ketika baru hendak melangkah alam pekerjaan.

      Reply
  13. Shahrul says

    6th April 2012 at 4:05 pm

    mansuhkan dan bagi biasiswa…boleh ke?

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      6th April 2012 at 5:37 pm

      Mau bankrap kerajaan ni kalau bagi biasiswa dekat semua orang… hehe

      Reply
  14. suri says

    6th April 2012 at 12:33 pm

    sspn mhu ada peruntukn utk anak dan sambung beljar cam atiqa perlu joit juga hurm..mmg byk sumber kewangan perlu di peruntukan utk menyimpan..klu tidak bt skrg bila lagi..

    Reply
    • akubiomed says

      6th April 2012 at 10:49 pm

      Kalau bukan akaun SSPN untuk anak-anak boleh dapat rebet cukai pendapatan.

      Reply
  15. Hazmin Hamudin says

    6th April 2012 at 11:21 am

    Tak dinafikan saya adalah salah seorang yang liat hendak membayar pinjaman PTPTN ni. Tetapi walaubagaimanapun, saya tetap berusaha untuk membayar pinjaman tersebut. Nasib la saya hanya meminjam separuh saja sepanjang belajar untuk Diploma dan Ijazah.

    Reply
  16. Manan Qayyim says

    6th April 2012 at 9:34 am

    memang best la kalau mansuh…

    Reply
  17. incik says

    6th April 2012 at 2:38 am

    kalau buat macam pinjaman pendidikan mara bagus jugak, dapat pointer cgpa tinggi ada diskaun, 4flat free trus.. best tuu.. tapi malang nya saya juga penghutang ptptn.. huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      6th April 2012 at 10:50 pm

      Pinjaman MARA yang saya ambil tidak dapat buat full conversion kerana pihak MARA kuota telah penuh tetapi saya perlu bayar sedikit sahaja daripada keseluruhan pinjaman pengajian MARA.

      Reply
  18. Fahmi Raazali says

    6th April 2012 at 12:46 am

    Dah berhutang memang kena bayar. Kes PTPTN minta dimansuhkan ini mesti ada berkaitan dengan hutang beratus-ratus juta yang luluskan terhadap seorang individu baru-baru ini.

    Reply
    • akubiomed says

      6th April 2012 at 10:51 pm

      Kalau mendapat keputusan cemerlang secara logiknya akan mendapat kerjaya yang baik. Jadi mampu untuk membuat pembayara balik.

      Reply
  19. tehr says

    5th April 2012 at 11:43 pm

    Aku masih kurang faham
    Sekiranya tabung dan hutang ptptn dimansuhkan
    Bagaimana pula selepas itu
    Adakah pelajar akan diberi biasiswa atau segalanya akan percuma

    Reply
    • akubiomed says

      6th April 2012 at 12:43 am

      Saya pun tidak jelas macam mana kalau pendidikan diberikan secara percuma. Bermakna segala perbelanjaan harian siswazah seperti duit poket, tempat tinggal dan sebagainya ditanggung oleh siswazah itu sendiri. Kalau diluar negara pelajar-pelajar kita akan berkerja separuh masa untuk mencari duit poket tetapi di Malaysia tidak tahu berapa banyak majikan yang boleh menerima pelajar sebagai pekerja separuh masa.

      Reply
      • hafizmd says

        6th April 2012 at 3:01 pm

        Rasanya, ramai jugak graduan yg seolah2 tak reti2 nak guna peluang dan ruang yg diberi. Macam yg Bro AB cakaplah. Semuanya dihidang depan mata.

        Agaknya, kalau tiada lagi pinjaman, rasanya orang2 kita makin susah nak belajar lebih tinggi.

        Reply
    • hafizmd says

      6th April 2012 at 2:59 pm

      Maaf cikgu,tapi kalau tak silap dengarlah, ada pihak yg tawarkan pendidikan percuma. Saye jugak masih berfikir, apakah ianya boleh dilaksanakan?

      Reply
  20. kimmie says

    5th April 2012 at 11:20 pm

    ada kebaikan dan keburukan juga, bergantung bagaimana penerimaan masyarakat.

    Reply
    • akubiomed says

      6th April 2012 at 12:44 am

      Saya akui ada kebaikan dan keburukkan sesuatu tindakan tapi ia perlu dikaji sedalam-dalamnya.

      Reply
  21. titan says

    5th April 2012 at 9:54 pm

    aku memang tak setuju. Budak-budak makin naik minyak lagi adelah..

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2012 at 9:55 pm

      Dengar bro pun sudah langsai pembayaran PTPN?

      Reply
      • suri says

        6th April 2012 at 12:34 pm

        heee..mudah2. dah langsing blh kwin pasni..

        sy mash mmbayar pinjaman mara lagi….sedikti2lah

        Reply
    • hafizmd says

      6th April 2012 at 3:01 pm

      hehe…beri pinjam pun dah naik lemak, kalau semua percuma?huuuuuu

      Reply
    • hafizmd says

      9th April 2012 at 5:01 pm

      apa yg ko tulis kat entri tu…mmg kena sangtlah titan…terbaik!

      Reply
  22. puanbee says

    5th April 2012 at 9:47 pm

    Kalau semua percuma , senang2 je dapat maka tak ade orang nak berusaha lagi untuk maju

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2012 at 9:56 pm

      Ada baik dan buruk samada memberikan pendidikan percuma cuma dibimbangi menimbul isu ambil ringan dengan pelajaran itu yang dibimbangi.

      Reply
    • Jebeng Otai™ says

      5th April 2012 at 10:42 pm

      rasanya mkin ssh dpt..byk2 universiti akan terkubur gara2 tiada dana..

      Reply
  23. Jebeng Otai™ says

    5th April 2012 at 3:51 pm

    dgr kata ptptn dihapuskan dan pelajaran diberi percuma..selain dari pelajar pihak universiti juga akan menghadapi mslh untuk membiayai perbelanjaan diorg..

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2012 at 9:58 pm

      Saya tidak pasti apakah kesan kepada pihak Universiti untuk membiayai perbelanjaan kalau tidak mendapat dana yang cukup.

      Reply
      • Jebeng Otai™ says

        5th April 2012 at 10:41 pm

        pada masa yg sama gaji nk dinaikkan ke 1.5k..boleh ker??huhu

        Reply
        • akubiomed says

          5th April 2012 at 10:44 pm

          TPM kata kerajaan berhasrat untuk mengusahakan rakyat berpendapatan 2 kali ganda atau RM60k setahun.

          Reply
    • hafizmd says

      6th April 2012 at 3:03 pm

      kalau pihak universiti mampu jana duit dengan sendiri, itu lain ceritalah….(mmg ada beberapa u yg begitu hebat dalam mejana kewangan sendiri)

      Reply
  24. Denaihati says

    5th April 2012 at 3:27 pm

    Pinjaman ptptn sebagai alternatif utk biayai pelajaran. Jika rasa mampu xperlulah buat pinjaman. Walaupun berhutang pd kerajaan perlu bayar sbb sumber asal duit pinjaman adalah hak rakyat. Takutlah kalau xdapat bayar hutang sebelum mati.

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2012 at 9:58 pm

      Duit pembayar cukai macam saya tentulah marah kalau duit cukai yang saya bayar tiap-taip tahun tidak dimanfaatkan. 🙁

      Reply
      • hafizmd says

        6th April 2012 at 3:04 pm

        itu sudah pasti…dah bagi pinjam, wajib jugak bayar walaupun kita tak berapa nak suka dengan terma2 pinjaman…hutang wajib byr… =)

        Reply
  25. akhiyy says

    5th April 2012 at 3:25 pm

    haha…MARA so tade kene mengena ngan PTPTN..huhu

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2012 at 10:00 pm

      MARA dan PTPN memang tidak ada mengena tetapi ia tetap pinjaman pelajaran yang perlu dipulangkan semula selepas tamat pengajian. Ada sesetengah ibubapa mengambil personal loan untuk membiayi pengajian anak mereka.

      Reply
  26. anif says

    5th April 2012 at 2:42 pm

    Adat meminjam perlulah membayar. Malas nak ulas panjang-panjang isu ini. Kalau tak berniat untuk membayar, jangan meminjam!

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2012 at 10:01 pm

      Betul adat meminjam perlu bayar balik. Kita pun sudah bersetuju dengan terma perjanjian pinjaman pengajian perlu tunaikan apa yang sudah dijanjikan.

      Reply
    • Hazmin Hamudin says

      6th April 2012 at 11:26 am

      Betul tu bro… Kalau dah pinjam memang la kena bayar balik. Macam orang yang pinjam duit kita jugak la. Kalau tak pulangkan semula, mesti kita marahkan. Cuma orang tak puas hati mungkin kerana bunga yang dikenakan kepada pinjaman tersebut terlalu tinggi bagi mereka.

      Reply
  27. azura says

    5th April 2012 at 2:10 pm

    ptptn ada kos penyelenggaran yang tak munasabah itu sebabnya pelajar buat demo

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2012 at 10:03 pm

      Jangan jadikan PTPN sebagai pilihan terakhir kerana tidak ada yang boleh menaja. Saya ambil contoh kawan-kawan saya yang bekerja sambil belajar terpaksa berkorban macam-macam alhamdulillah berkat kesabaran mereka berjaya menamatkan pengajian tanpa hutang.

      Reply
    • Hazmin Hamudin says

      6th April 2012 at 11:27 am

      Betul tu. Kerana kos dan juga bunga yang dikenakan oleh PTPTN yang menyebabkan orang tidak puas hati.

      Reply
  28. yas says

    5th April 2012 at 1:54 pm

    He3x!!! Manusia ni begitu la bro…sebelum dapat, sanggup berjanji pelbagai cara sekalipun….bila dah dapat semuanya jadi kelabu…minta maaf la…pada aku org yg jenis liat ni aku anggap seperti “melepaskan anjing yg tersepit jerr’ – Hutang tetap hutang, wajib dibayar walau apa cara sekalipun…klau tak sanggup nak bayar jangan berhutang!!!

    Reply
    • adamfaiz says

      5th April 2012 at 2:28 pm

      memang ramai yang camni… kalau sebab takde kerja ok la jugak… tapi ramai dari golongan yang berpendapatan tinggi dan profesional… lokek beb!!!

      Reply
      • akubiomed says

        5th April 2012 at 10:07 pm

        Kisah benar terkena kepada bapa saya seorang pesara pencen apabila telah terima surat mahkamah kerana menjadi penjamin anak salah seorang kenalan beliau yang berlajar di luar negara.

        Apa yang menyedihkan anak kenalan bapa saya menjawat jawatan tinggi langsung tidak mahu melangsaikan hutang pengajian jadi bapa saya terpaksa bayar ansur-ansur. Adil kah?

        Reply
        • hafizmd says

          6th April 2012 at 3:06 pm

          Mmg sangat2 tidak adil….

          Patutnya pihak yg berhutang, lagipun masih hidup segar lagi…dialah yg kena bayar…apa pasal pulak yg penjamin kena tanggung?

          Dalam kes hampir sama, jiran saye terpaksa jugak bayar RM20k gara2 kawannya tak mampu bayar…itupun jiran saye kawtim dgn bank mintak split hutang tu dgn semua penjamin yg ada…kesian sungguh!

          Reply
  29. nurmisnan says

    5th April 2012 at 1:49 pm

    tak bayar hutang belajar memang susah rezeki nak berkembang..

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2012 at 10:08 pm

      Sekarang ini kalau nama sudah senarai hitam hendak buat pinjaman dan keluar negara pun susah.

      Reply
  30. wahida says

    5th April 2012 at 12:56 pm

    kawan baik aku ada sorang sampai dah blacklist nama dia…sbb dia tak bayar langsung…adoi la hai…

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2012 at 10:08 pm

      Susahkan apabila nama sudah disenarai hitam.

      Reply
  31. sumijelly says

    5th April 2012 at 12:23 pm

    kalu tak ada pun ka per.. pakai JPA pinjaman tak leh ker?? mahal nak mampus nak bayar bulan2…. makan bunger betul..huhuhuh

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2012 at 10:09 pm

      JPA ambil yang terbaik sahaja. Kalau keputusan sederhana susah sedikit hendak mendapat penaja. Lagi pun yang mohon ramai dan keputusan mereka terbaik antara terbaik.

      Reply
  32. Dulu Lain Sekarang Lain says

    5th April 2012 at 9:59 am

    Hmm.. sori la kalu kawe cakap mcm ni tapi – ini satu lagi budaya kuning yg merosakkan. Tak dapat kerja, tak payah bayar la? Tu ilmu yg korang dapat pun pulangkan balik la.. Kerja FREE kasi baik jalan raya ker atau cuci tandas awam utk bayar balik ilmu yg diberi 😀
    Gomen bagi duit utk tuntut ILMU bagi masa depan bukan utk jamin kerja adik-adik sekelian. Kalu setakat guna utk dapat kerja, buat degree kat Universiti Kensington aje lah.. 2 minggu siap, bayar pun murah 😉
    Sori bro… terOVER the top lak pagi ni 😀

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2012 at 10:11 pm

      Itu bezanya zaman saya dengan zaman adik-adik. Saya masih ingat lagi hendak buat pinjaman MARA perlu buat karangan didalam bahasa Inggeris sebagai salah satu syarat pinjaman.

      Reply
  33. chii says

    5th April 2012 at 9:36 am

    hurm…berbagai cara dilakukan kerajaan supaya peminjam membayar balik..tp ada juga yg buat endah tak endah…harap2 PTPTN tidak dimansuhkan…nnt susah juga untk generasi akan dtg mendapatkan pinjaman sekiranya tiada lagi bantuan pinjaman

    Reply
    • akubiomed says

      5th April 2012 at 10:13 pm

      Anak-anak saya semuanya telah dibuka akaun SSPN kerana syarat peminjam untuk PTPN. Tidak tahu syarat apa yang akan ditambah untuk zaman anak-anak saya pula?. Kan memberi kesusahan pada masa akan datang kerana kecuaian adik-adik kita ini.

      Reply
      • hafizmd says

        6th April 2012 at 3:08 pm

        Apa mau buat bro AB. Adik2 kita sekarang ni, nampak pandai cakap dari buat….

        Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in