• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Panduan mengelak pinjaman pembiayaan perumahan ditolak

Panduan mengelak pinjaman pembiayaan perumahan ditolak

17th June 2016 by akubiomed 43 Comments

pinjaman pembiayaan perumahan

Sebelum ini saya ada berkongsi dua siri panduan memiliki rumah mampu milik. Bagi siri yang ketiga saya dengan kerjasama Mega Housing, saya ingin berkongsi panduan persediaan membuat permohonan pinjaman pembiayaan perumahan yang pertama kali.

Pengiraan DSR menentukan kelayakan pinjaman pembiayaan perumahan.

Siri pertama saya berkongsi 5 tips memiliki rumah idaman pada usia muda dan di siri kedua saya berkongsi vlog Hanya 10 saat guna kalkulator impian untuk dapatkan rumah mampu milik.

Ia adalah panduan bagaimana mengira Debt Service Ratio(DSR) mengunakan kalkulator impian dilaman yang disediakan oleh Mega 3 Housing.

Kalkulator ini memudahkan kita untuk mengira samada kita layak mendapat pinjaman pembiayaan perumahan atau tidak. Kalau korang belum baca 2 blog post ini, sila baca dahulu supaya korang lebih faham dan jelas bagaimana hendak merancang dan persediaan mendapatkan rumah mampu milik.

Baiklah, berbalik kepada pengiraan pinjaman perumahan oleh pihak bank akan mengambil kira DSR sebagai contoh gaji bersih setelah dicampur komitmen bulanan dan bayaran pinjaman bulanan perumahan tidak melebihi 70% gaji bersih.

Pengiraan DSR ini tidak sama diantara bank-bank. Jadi korang perlu buat semakan dengan bank-bank berkenaan. Video dibawah dapat membantu pemahaman korang bagaimana pengiraan DSR dan kelayakan pinjaman pembiayaan perumahan samada layak atau tidak.

Bagaimana pula jika pembiayaan pinjaman perumahan ditolak? Adakah korang mempunyai peluang untuk memiliki rumah idaman?

Ada beberapa sebab pinjaman pembiayaan perumahan ditolak. Salah satunya kerana komitmen bulanan lebih tinggi dari jumlah DSR.

1. Membeli rumah yang mampu milik.
Cari harga rumah mampu milik kalau sebelum ini komitmen bulanan lebih tinggi daripada DSR. Kalau harga rumah sebelum ini menyebabkan permohonan tidak diluluskan dengan cari harga rumah yang lebih rendah dari sebelum ini.

2. Membuat pinjaman bersama.
Buat permohonan pinjaman pembiayaan perumahan secara bersama dengan mengabungkan pendapatan suami isteri atau anak dengan bapa atau anak dengan ibu. Ada kemungkinan ada peluang pinjaman pembiayaan perumahan diluluskan oleh pihak bank.

3. Elak buat banyak pinjaman.
Salah satu faktor yang berkemungkinan permohonan pinjaman pembiyaan perumahan ditolak adalah terlalu banyak berhutang. Seperti didalam siri satu 5 tips memiliki rumah idaman pada usia muda, saya pernah sarankan tidak berhutang untuk perkara yang tidak perlu. Apabila pengiraan  komitmen bulanan lebih tinggi dari DSR menyebabkan permohonan pinjaman akan ditolak. Ramai yang gagal didalam permohonan kerana banyak membuat pinjaman.

4. Rekod CCRISS dan CTOS kurang baik.
Jika korang mempunyai rekod tidak baik seperti pembayaran pinjaman pendidikan yang tidak konsisten atau ada pembayaran tertunggak berkemungkinan menjejaskan kelulusan permohonan. Pinjaman sewa beli kereta tertunggak boleh menyebabkan permohonan korang gagal.

Ada beberapa perkara yang boleh membantu pertimbangan kelulusan pihak bank semasa permohonan pinjaman pembiayaan perumahan adalah;

1. Pastikan maklum elaun tetap dan simpanan pelaburan.
Elaun tetap seperti elaun perumahan, sara hidup, telefon boleh dimaklumkan sekali semasa permohonan. Jika ada mempunyai simpanan dalam bentuk pelaburan seperti simpanan ASB, Tabung Haji, KWSP dan unit Amanah juga boleh dimaklumkan semasa permohonan pinjaman pembiayaan perumahan.

Perkara yang perlu dielakkan semasa permohonan pinjaman pembiayaan perumahan adalah memalsukan dokumen dengan niat untuk mendapat kelulusan oleh pihak bank.

Nasihat saya bagi mereka yang kerjaya baru bermula agak meracang perbelanjaan dan buat simpanan dengan mengasingkan 10% – 30% duit gaji mereka didalam tabung simpanan. Pastikan korang membayar pinjaman pembayaran seperti yang dijadualkan dan elakkan berbelanja secara boros. Elakkan juga berhutang dengan membuat pembayaran ansuran dan sebagainya. Kesannya akan menjejaskan kelulusan permohonan pinjaman pembiayaan perumahan korang.

Boleh rujuk pautan yang disediakan Mega 3 Housing ini;

  1. Soalan Lazim Pinjaman Perumahan Bank
  2. Mengelakkan Permohonan Pinjaman Rumah Ditolak
rujukan:
  • Hanya 10 saat guna kalkulator impian untuk dapatkan rumah mampu milik
  • 5 tip memiliki rumah idaman pada usia muda
  • Bila serba tak menjadi

Filed Under: advertorial Tagged With: mega 3 housing, pengiraan pinjaman perumahan, pinjaman pembiayaan perumahan

Reader Interactions

Comments

  1. Ato says

    13th October 2016 at 10:38 am

    Ramai terlepas pandangvtentangbkepentingan beli rumah

    Reply
  2. saps says

    13th October 2016 at 9:18 am

    panduan yang sangt bermanfaat…

    Reply
  3. Perawat Islam says

    10th July 2016 at 6:20 pm

    Dari artikel yang dikongsikan di atas, ada beberapa faktor yg kemungkinan menyebabkan permohonan perumahan saya ditolak.

    Iaitu masih ada hutang yang pembayarannya tidak konsisten. InshaaAllah lepas ni saya akan cuba konsisten cantik kan bayaran tu.

    Sebab saya masih belum memiliki rumah idaman 🙂

    Reply
  4. imnajmi says

    2nd July 2016 at 8:34 am

    Skang ni masalah kalau tak settle ptptn lagi.. atau masih dalam fasa tertunggak lama.. memang nak buat pinjaman sangat payah… terpaksa cari jalan settle dulu.. ada kawan pening kepala nak buat pinjaman umah sebab nak kena settle dulu utang tertunggak ptptn

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2016 at 4:40 pm

      Perlu disusun jadual bayar balik supaya permohonan pembiayaan tidak tolak.

      Reply
  5. Hairul Hissam says

    30th June 2016 at 6:09 pm

    Bagus panduan nie..
    First time saya mohon pinjaman perumahan,, ia ditolak kerana saya tiada rekod pinjaman.
    Nasih baik kali kedua mohon di CIMB dan RHB, baru lulu.s.. CIMB bagi 80% dan RHB bagi 90% pinjaman.. so saya pilih RHB.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2016 at 4:42 pm

      Tanniah bro kerana sudah pun memiliki rumah idaman. 🙂

      Reply
  6. Hami Asraff says

    25th June 2016 at 1:21 am

    Terima kasih atas info ini. Memang sedang mencari rumah untuk dibeli.

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2016 at 4:59 pm

      Semoga maklumat yang dikongsikan memberi manfaat.

      Reply
  7. Syahril Hafiz says

    24th June 2016 at 10:50 am

    Sangat clear video penerangan kat atas bro. Terima kasih berkongsi
    Saya pun sekarang simpan 10-30% daripada gaji terus masuk dalam akaun bank yang payah nak usik.

    Target kumpul deposit secepat mungkin..

    Reply
    • akubiomed says

      3rd July 2016 at 5:01 pm

      Tanniah pandai dan disiplin buat simpanan pada usia muda.

      Reply
  8. umiadam says

    21st June 2016 at 8:13 am

    kena cuba cara ni. mana tahu dapat beli rumah dengan mudah.
    thanks info ye

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2016 at 11:42 am

      Saya sarankan semak dengan buat pengiraan DSR sebelum hantar dokumen untuk mendapat pinjaman pembiyaan perumahan. Sekurang-kurangnya kita tahu samada permohonan bakal lulus atau sebaliknya.

      Reply
  9. Noriza Rahman says

    21st June 2016 at 6:59 am

    Bagusnya info ni, untuk anak muda yang ingin melabur dalam bidang hartanah patut tonton nasihat ni

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2016 at 11:42 am

      Panduan ini sesuai untuk mereka yang ingin memiliki rumah kali pertama.

      Reply
      • Noriza Rahman says

        26th July 2016 at 6:13 pm

        Kalau nak beli rumah kedua dan seterusnya pun boleh tonton juga berkongsi manfaatnya kan..terkadang ada yg lupa juga prosedur

        Reply
  10. Amir Mazlan says

    20th June 2016 at 4:54 pm

    bookmark bawah tip hartanah..utk rujukan masa depan 😀

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2016 at 11:43 am

      Panduan ini sesuai untuk mereka memiliki rumah mampu milik buat pertama kali.

      Reply
  11. kereta sewa shah alam says

    20th June 2016 at 4:24 pm

    Entri yang menarik…saya temui laman web ini dari forum luar. hebat cerita perkongsian & pengalaman. saya akan mengesyorkan laman web ini untuk kawan-kawan saya di luar sana.

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2016 at 11:44 am

      Harap maklumat yang dikongsikan memberi manfaat.

      Reply
  12. wahida says

    20th June 2016 at 3:33 pm

    bagus info ni…moga bermanfaat pada yang nak membeli rumah…

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2016 at 11:45 am

      Sudah tentu ia akan memberi manfaat. Sekurang-kurang persediaan awal dengan maklumat yang cukup untuk memastikan permohonan pinjaman perumahan lulus dengan jayanya.

      Reply
  13. Azlan Yussof says

    19th June 2016 at 12:08 pm

    ok..ini panduan yang aku kene rujuk..
    sebab bulan ni bank duk reject aplication aku..huhuh….lepas raya kene try balik dan check req mcm dlm artikel nie

    tq

    Reply
    • akubiomed says

      22nd June 2016 at 11:46 am

      Saya syorkan buat pengiraan DSR supaya dapat kenal pasti komitmen bulanan terlalu tinggi menyebabkan pinjaman pembiayaan tidak lulus.

      Reply
  14. akubiomed says

    19th June 2016 at 12:01 pm

    Harapkan perkongsian ini memberi manfaat dan diamalkan.

    Reply
  15. apdm says

    19th June 2016 at 4:27 am

    mengenai ASB, ramai jugak yang tak tahu pembiayaan ASB tu boleh menyebabkan loan perumahan tidak lulus.

    Reply
    • akubiomed says

      19th June 2016 at 12:00 pm

      Terima kasih berkongsi. Apa pun perlu pastikan komitmen bulanan tidak terlalu banyak sehingga menjejaskan skor DSR dan akhirnya pinjaman pembiayaan rumah tidak lulus.

      Reply
  16. JMR says

    18th June 2016 at 4:10 pm

    rekod ctos & ccris memang kena semak sentiasa..at least setahun sekali kan

    Reply
    • akubiomed says

      19th June 2016 at 12:03 pm

      Bagus ambil perhatian rekod kewangan semasa.

      Reply
  17. anuar says

    18th June 2016 at 6:53 am

    terima kasih di atas perkongsian info… nampaknya kena semak balik rekod CRIS saya sekarang ni..

    Reply
    • akubiomed says

      19th June 2016 at 12:08 pm

      Semoga mempunyai rekod yang bersih.

      Reply
  18. siti hazreen says

    17th June 2016 at 10:48 pm

    bagus info begini…buat masa ni, belum terpikir lagi nak amik loan kedua 😉

    Reply
    • akubiomed says

      19th June 2016 at 12:10 pm

      Terima kasih. Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat.

      Reply
  19. zik says

    17th June 2016 at 3:44 pm

    hutang banyak sangat.. kasi setel satu dua dulu.. mungkin baru pertimbangkan… masalah tol

    Reply
    • akubiomed says

      17th June 2016 at 6:38 pm

      Kena merancang untuk selesaikan hutang dan komitmen cepat-cepat. Kalau ada keperluan untuk menambahkan pendapatan dari sedia ada. Kalau berjimat semata-mata belum lagi memadai.

      Reply
  20. Mus says

    17th June 2016 at 2:47 pm

    jika ada pendapatan dari rumah sewa.. kena matikan setem di LHDN.. boleh reduce DSR

    Reply
    • akubiomed says

      17th June 2016 at 6:39 pm

      Terima kasih berkongsi tips boleh dimanfaatkan.

      Reply
  21. emalin mohd says

    17th June 2016 at 1:12 pm

    Sekarang orang kata tunggakan PTPTN pun menjadikan rekod CTOS tak cantik ye?

    Reply
    • akubiomed says

      17th June 2016 at 6:39 pm

      Sesuatu perlu dilakukan kalau tidak susah hendak mendapat pinjaman diluluskan oleh pihak bank.

      Reply
  22. Zurainny Ismail says

    17th June 2016 at 10:11 am

    Info yg sungguh bermanfaat – sblm ni sy x tau pula blh maklumkan skali ttg elaun tetap, pelaburan & simpanan. Org2 muda sebaiknya ambil tau ttg ini sbb rmh adalah aset yg sgt penting & nilainya sentiasa meningkat – tapi kalau tunggu lama2, makin mahal harganya, akhirnya jadi x mampu beli pula. Alhamdulillah, kami sempat beli rmh waktu market masi ok sedekad yg lalu.

    Reply
    • akubiomed says

      17th June 2016 at 6:44 pm

      Terima kasih. Syukur informasi yang dikongsikan dapat memberi manfaat.

      Reply
  23. titan says

    17th June 2016 at 8:13 am

    haa..

    itulah.

    ramai yang tak nak ambil tahu bab nak beli rumah nih.

    main ikut tekak aje.

    last-last, melepas.

    Reply
    • akubiomed says

      17th June 2016 at 6:46 pm

      Masalah kebanyakkan penjiman tidak lulus adalah banyak komitmen dan hutang keliling pinggang. Kalau dari mula bekerja tidak beringat memang sampai bila-bila akan jadi hamba hutang.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Cokelat Daim Pulau Langkawi

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in