• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Nikmat selepas bebas hutang

Nikmat selepas bebas hutang

8th May 2016 by akubiomed 49 Comments

bebas hutan
gambar ehsan

Satu hijrah besar untuk kehidupan saya apabila bebas dari belenggu hutang sekian lama. Seperti dilahirkan semula dengan nafas baru.

Pernah tergelincir ke lembah hutang sebelum bebas hutang.

Beberapa kali menyusun kewangan peribadi seringkali tergelincir dari perancangan. Alhamdulillah segala usaha dan kesabaran selama ini membuah hasil. Syukur Alhamdulillah… Membaca blog en.Zuklifli bebas hutang seawal 27 tahun membuat saya nekad untuk membebaskan ikatan hutang seawal mungkin.

Hidup dengan makan gaji dan hanya seorang mencari nafkah bukanlah mudah lagi-lagi membina kehidupan di kota Metropolitan dengan segala-galanya melibatkan kos.

Selepas berlajar sudah tanggung hutang.

Selepas tamat pengajian saya sudah berhutang. Hutang yang dimaksudkan adalah hutang pengajian MARA dan hutang pinjaman komputer RM5000 semasa belajar dikolej. Saya tidak anggap ia membebankan kerana semasa belajar di kolej adalah peluang kedua untuk saya kerana ikutkan saya ini tidak layak untuk menyambung pengajian didalam jurusan kejuruteraan.

Ia merupakan talian hayat untuk merubah hidup saya dan pencapaian saya sehingga hari ini. Masih ingatlah lagi menerima telegram dari kolej didalamnya ada mesej yang pendek. Orang lain daftar kolej dengan membawa surat tawaran kemasukkan kolej manakala saya daftar dengan surat telegram.

Semasa dikolej dahulu saya sudah bernekad untuk membalas budi kerana memberikan kepercayaan untuk belajar dengan melibatkan aktiviti berbakti kepada masyarakat ketika bekerja nanti. Ia berjaya ditunaikan dengan secara aktif melibatkan diri menyumbang tenaga dan pengalaman dengan beberapa agensi kerajaan dan institut pengajian tinggi.

Sumbangan kecil ini diharap dapat dibawah sedikit bekalan pada kehidupan lain. Saya dapati ada rakan-rakan ambil ringan untuk membayar balik pinjaman walaupun mereka mempunyai kerjaya yang baik dan mampu dari segi untuk bayar balik. Sehinggalah nama tersenarai yang culas didalam suratkhbar barulah hendak bertindak.

Bayar balik pinjaman supaya orang lain dapat bantuan dana pengajian.

Masih teriang-iang pesanan arwah bapa saya suruh melunaskan pinjaman MARA. Arwah bapa saya berpesan;”Sudah belajar dengan bantuan pengajian, jadi bayarlah supaya duit tersebut boleh digunakan untuk adik-adik mendapat bantuan pengajian pula”.

Arwah bapa saya pernah menjadi penjamin kepada anak rakan tetapi selepas habis pengajian dari luar negara dan mendapat perkerjaan baik tidak mahu bayar balik pinjaman. Arwah bapa saya mendapat surat mahkamah tuntutan bayar balik dan arwah bapa saya bayar sehingga habis.

Sudah mula merancang perbelanjaan persaraan ketika mula bekerja.

Semasa berkerja juga saya menyertai Skim Anuiti Takaful KWSP merupakan skim pencen swasta yang pernah ditawarkan oleh KWSP. Saya menyertai skim tersebut kerana beranggapan masa bersara nanti saya sudah pasti tidak mempunyai pendapatan untuk meneruskan kehidupan pada usia emas.

Walaupun tidak banyak habuan pencen yang diterima nanti tetapi sudah memadai untuk perbelanjaan saya dan isteri pada usia emas nanti. Sayangnya skim ini telah mendapat penentangan menyebabkan skim ini dihentikan. Bagi yang sudah menyertai skim ini diberi pilihan untuk menarik diri atau meneruskannya.

Saya ambil keputusan untuk meneruskannya dan paling sayang ia tidak boleh tambah imbuhan ke dalam skim sejak dibekukan. Saya rasa sangat rugi selain setiap tahun mendapat rebet untuk potongan cukai. Saya merasakan jumlah simpanan dalam Akaun 1 KWSP perlu ada sekurang-kurang RM196,800 pada umur 55 tahun tidak cukup untuk digunakan sehingga umur 75 tahun.

Anggaran RM820 sebulan tetapi perlu diingatkan ketika itu nilai RM820 tidaklah setinggi hari ini sudah tentu kos sara hidup sudah jauh tinggi.

Pelbagai portfolio dengan tidak mengharapkan suatu sumber sahaja.

Saya juga merancang untuk kehidupan persaraan nanti dengan menyertai Unit Amanah. Ada cerita bagaimana saya terlibat secara aktif dengan unit Amanah ini. Ia bermula dengan saranan rakan sekerja berpesan kepada saya guna KWSP akaun 1.

Saya amat berharap sangat dapat guna simpanan didalam KWSP untuk unit amanah tetapi disebabkan KWSP telah menetapkan syarat-syarat tidak melayakkan sehinggalah KWSP ubah polisi tersebut. Laju sahaja menyertai unit amanah boleh dikatakan setiap 3 bulan pasti akan pindahkan simpanan akaun 1 ke dalam unit amanah.

Sehinggalah hari ini masih aktif cuma apabila KWSP ubah polisi tidaklah sekerap 3 bulan. Kemudian unit amanah perkenalkan potongan gaji, tanpa berlengah saya turut serta. Penyertaan skim Pesaraan Swasta(PRS) salah satu skim pesaraan yang saya sertai sebagai penambahan portfolio sedia ada melalui skim potongan gaji. Selain itu skim PRS ada potongan cukai sehingga RM3000.

Mula bebas hutang sedikit demi sedikit.

Saya juga bebas hutang kereta sejak 2 tahun lepas selepas 9 tahun buat tempoh pinjaman sewa beli kereta. Selain itu saya tidak mempunyai hutang motorsikal kerana pada masa itu arwah bapa saya beri pinjaman dengan syarat bayar balik tiap-tiap bulan. Motorsikal tersebut masih lagi digunakan sehingga hari ini pernah dibawa ke Sarawak dan Sabah ketika saya bertugas disana.

Bahagian yang paling sukar untuk dilaksanakan adalah simpanan pendapatan 3 bulan sebab selagi dibelenggu hutang akan gagal usaha tersebut. Alhamdulillah saya berjaya mengumpul dana kecemasan pendapatan sehingga 6 bulan.

Apa yang ingin disampaikan adalah apabila kita mula melangkah ke alam perkerjaan adalah tempoh paling kritikal untuk mengumpul kekayaan sebanyak yang mungkin. Tidak dinafikan generasi muda sekarang mudah terdedah untuk berbelanja kerana terikut-ikut perkembangan terkini sehingga berbelanja diluar kemampuan.

Sedikit sejarah saya ingin rakamkan bertarikh 8 May 2016.

  • Jutawan Emas Leadership Training suntik semangat baru
  • 5 tip memiliki rumah idaman pada usia muda
  • Pinjaman pengajian PTPN diminta mansuhkan

Filed Under: blog Tagged With: bebas hutang, belenggu hutang

Reader Interactions

Comments

  1. sumijelly says

    31st May 2016 at 10:23 am

    hutang memang menakutkan… tapi tu la..

    selalu dh habis hutang A.. sibuk g apply Hutang b.. nafsu mengatasi segalanya… kene kawal nafsu ni..huhuhuh

    Reply
  2. Mus says

    23rd May 2016 at 3:06 pm

    kena keras hati untuk bebas hutang.
    jangan mudah terpengaruh dengan gaya hidup di luar kemanpuan.
    alahmdulillah, sy juga merancang untuk bebas hutang ..

    Reply
  3. Yourfabulousmama says

    22nd May 2016 at 1:12 am

    Nikmatnya kalau dapat bebas dari hutang, macam baru dilahirkan semula. Memang sungguh Islam kata, berhutang membuat kita tidur tak lena dan rasa hina (kalau jenis lari dari hutang atau buat hutang tak baik). Moga dipermudahkan untuk kita semua…

    Reply
  4. Bahrain says

    21st May 2016 at 10:16 pm

    ALHAMDULILLAH, sudah bayar bayar balik pinjaman setiap bulan

    Reply
  5. maza says

    19th May 2016 at 11:31 am

    Maza juga tengah struggle untuk membayar hutang piutang.

    Maza tak mahu roh bergantungan tidak diterima bumi dan langit.

    Hutan wajib dibayar, kan?

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2016 at 12:44 am

      Elok selesaikan hutang cepat-cepat bro Maza.

      Reply
  6. Nurolhuda says

    18th May 2016 at 10:30 pm

    Berusaha untuk bayar pinjaman walau sedikit, agar tidak memberi kesulitan kepada penjamin.

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2016 at 12:46 am

      Rasa marah pun ada apabila arwah bapa saya sebagai penjamin terpaksa selesaikan hutang peminjam yang tidak bertanggungjawab.

      Reply
  7. zik says

    16th May 2016 at 10:05 am

    hutang perlu dikawal… hutang kita nak elak memang susah… lagi besar company lagilah banyak hutang ..

    Reply
    • akubiomed says

      20th May 2016 at 12:47 am

      Ya betul. Perlu kawal terutama hutang kredit kad , bahan kalau bayar minimum.

      Reply
  8. Perawat Islam says

    12th May 2016 at 6:27 pm

    Assalamualaikum tuan,

    Tahniah saya ucapkan kerana berjaya membebaskan diri dari belenggu hutang. Di zaman sekarang ni, boleh dikatakan tiada siapa pun yang tidak berhutang. Hutang kereta dan rumah antara hutang yang paling banyak orang ada.

    Kalau tak kena gaya, hutang ni pun boleh menyebabkan seseorang jadi tertekan. Mana tidaknya bila dapat gaji, duit semua habis bayar hutang. Takde peluang nak menyimpan. Pengalaman saya dalam bidang perubatan Islam sejak 2010, banyak kes kemurungan yang berlaku diakibatkan oleh beban hutang.

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2016 at 11:20 pm

      Tidak dinafikan hutang keliling pinggang boleh beri kesan kemurungan.

      Reply
  9. suri says

    12th May 2016 at 6:03 pm

    mudah lepas ini nak fokus apa perlu untuk simpanan keluarga dan diri sendiri pula

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2016 at 11:21 pm

      Saya nak tambah lagi dana kecemasan dan simpanan emas.

      Reply
  10. suri says

    12th May 2016 at 6:00 pm

    ia amat menyakitkan bila di bebani hutang. saya sudah langsai tahun lepas lega tak terkata mujur ada blog dengan itulah saya lunaskannya.syukur nikmat tidur tak terganggu lagi.

    tahniah admin

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2016 at 11:22 pm

      Hidup lebih tenang dan ceria apabila bebas hutang.

      Reply
  11. Datin Tyka says

    12th May 2016 at 4:51 pm

    bila ada hutang keliling pinggang. rasa resah gelisah macam macam ada.
    DT pernah laluinya.
    satu hari minta pada Allah, permudahkan lah. permudahkan la.
    Alhamdulillah Allah makbulkan. setelah kawan tu beri bayar ansuran . kawan terbuka hati tak kisah berapa kali nk bayar tapi janji bayar.
    Apa2 minta pertolongan Allah

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2016 at 11:23 pm

      Hanya kepada Maha Esa kita memajatkan doa supaya permudahkan semua urusan dan pertolongan.

      Reply
  12. JMR says

    12th May 2016 at 1:44 pm

    tahniah bro..bukan senang nak setelkn utang muda2 ni kan

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2016 at 11:23 pm

      Rasa lega apabila tidak ada hutang. Baru rasa tenang kehidupan.

      Reply
  13. cik tom says

    12th May 2016 at 8:43 am

    Tahniah kerana dah berjaya bebas hutang..tarikh bersejarah tue…semua perkara tak mustahil kalau kena gaya perancangan dan komitmen utk follow plan tersebut..

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2016 at 11:24 pm

      Pernah gagal kita merancang kewangan. Alhamdulillah bangkit semula dan sekarang lah hasilnya bebas hutang.

      Reply
      • cik tom says

        18th May 2016 at 7:22 pm

        normal gagal..tapi yang penting kena cepat2 bangkit dari kegagalan..alhamdulillah bro berjaya..tahniah!

        Reply
  14. riangria says

    11th May 2016 at 10:46 pm

    selagi hutang tak selesai selagi tu hidup tak tenang…

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2016 at 11:25 pm

      Ya benar sekali. Perlu disiplin yang tinggi untuk melangsaikan hutang.

      Reply
  15. Padin says

    10th May 2016 at 11:27 pm

    Hehee mesti rasa lega bila terbebas dari satu ke satu hutang…
    Tahniah komitmen dan pencapaiannya…

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2016 at 11:26 pm

      Saya selesaikan hutang dan kadar faedah yang tinggi dahulu. Memang perit tetapi ia adalah usaha yang berbaloi.

      Reply
  16. raihanah says

    10th May 2016 at 12:21 pm

    memang lega dan best je rasa bila fikir dah bebas hutang

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2016 at 11:26 pm

      Tidak dinafikan. Tidak lagi kusut fikiran setiap awal bulan, pertengahan bulan dan hujung bulan.

      Reply
      • Raihanah Ahmad says

        20th May 2016 at 10:31 am

        saya nak planning untuk bebas hutang rumah ni. banyak nilainya dan lama pulak tu.

        Reply
  17. ema says

    10th May 2016 at 11:49 am

    memang rasa senang hati bila dah bebas hutangkan…duit yang dibayar tiap bulan sebelum ini boleh disimpan…

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2016 at 11:27 pm

      Duit lebihan ditukar kepada simpanan emas. Pelaburan jangka masa panjang.

      Reply
  18. Hazmin Hamudin says

    10th May 2016 at 9:27 am

    Bukan mudah nak menyimpan berbanding nak berbelanja. Hehe. Macam saya cuba disiplinkan diri rekodkan setiap sen duit yang keluar setiap hari. Tiap bulan boleh nampak sama ada negetif atau positif perbelanjaan.

    Reply
    • akubiomed says

      12th May 2016 at 11:28 pm

      Bagus buat tracking perbelanjaan in out. Tahu kemana perginya duit tersebut.

      Reply
  19. Norasikin says

    9th May 2016 at 10:02 pm

    Bila mula kerja, perlulah cari banyak sumber yang lain untuk menjana pendapatan. Ada orang makan gaji tapi dalam diam dia sebenarnya tuan punya beberapa kiosk di pasaraya. Kalau ada harta yang boleh disewakan, lebih baik. Harta seperti tanah, rumah tak susut nilainya dan memberikan pendapatan berterusan

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2016 at 10:57 pm

      Saya dan kawan pernah berjanji untuk merancang bersara kaya dengan makan gaji. 🙂

      Reply
      • Norasikin says

        12th May 2016 at 12:19 am

        Tak yakin sangat kalau makan gaji boleh kaya. Kalau makan suap, mungkin boleh. har har har!

        Reply
        • akubiomed says

          12th May 2016 at 11:29 pm

          Saya yakin sebab arwah bapa saya tidak berhutang sebelum pencen dan selepas pencen beliau mempunyai pendapatan pasif setiap bulan.

          Antara sebab saya yakin dengan makan gaji pun boleh mempunyai simpanan dan bebas hutang.

          Reply
  20. semak saman says

    9th May 2016 at 6:50 pm

    yup.benda best bila dah bebas hutang, boleh rancang apa yang kita nak buat. berbanding seelum ni, asyik terbantut je memikirkan hutag yng tak lunas.

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2016 at 11:00 pm

      Selagi dibelengu hutang susah untuk merancang pengurusan kewangan dengan baik. Perlu berusaha untuk selesaikan hutang mungkin dengan cara menambahkan sumber pendapatan sedia ada dengan pendapatan pasif. Kalau nak jimat perbelanjaan agak sukar kalau usaha tersebut telah dilaksanakan.

      Reply
  21. Mashir says

    9th May 2016 at 3:14 pm

    Buat simpanan wang susah untuk bayaran kecemasan. Lebih baik ada pelaburan yang boleh mejanakan keuntungan yang mempunyai kadar faedah 8 – 10% maka wang kita boleh mempunyai nilai yang banyak dan cukup untuk perbelanjaan apabila perlu.

    Reply
  22. Fyna says

    9th May 2016 at 10:27 am

    Tuelah memang nikmat kalau dapat selesaikan hutang. Sekarang fyna pun dah selesai hutang ptptn. Nak tumpu beli rumah dengan tanah pula. Insyaallah.

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2016 at 11:03 pm

      Baguslah nak mula memiliki rumah pada usia mudah.

      Reply
  23. mrhanafi says

    9th May 2016 at 5:50 am

    masih berimpian untuk menjalani kehidupan bebas kewangan menjelang umur pencen nie..

    Reply
    • akubiomed says

      10th May 2016 at 12:10 am

      Saya nak ikut jejak langkah arwah bapa saya tidak berhutang sebelum berpencen.

      Reply
  24. titan says

    9th May 2016 at 12:13 am

    bukan senang tu nak kumpul backup 6 bulan.

    takpe..lepas ni target setahun plak.

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2016 at 12:35 am

      Sudah capai untuk pendapatan kecemasan 9 bulan pendapatan. Nak kejar untuk 12 bulan pula.

      Reply
  25. anuar says

    9th May 2016 at 12:07 am

    Alhamdulillah.. setiap orang mempunyai impian bebas dari hutang.. dan tuan salah seorang yang cukup komited untuk mencapai impian tersebut..

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2016 at 12:36 am

      Terima kasih, serius bukan mudah nak bebas hutang kalau tidak beringat awal dan mengawal sebelum menjadi luar kawalan.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in