• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Menuntut ilmu kisah 2 insan nasib berbeza

Menuntut ilmu kisah 2 insan nasib berbeza

7th April 2012 by akubiomed 77 Comments

Nasib 2 insan miskin ketika menuntut ilmu.

Kalau beberapa hari lepas saya ada menyentuh mengenai ada usaha untuk memansuhkan pinjaman pengajian PTPN tetapi kali ini saya ingin berkongsi mengenai 2 insan mendapat nasib berbeza ketika menuntut ilmu yang boleh dijadikan ikitibar.

Kisah pertama –  warga emas yang gigih

Hasrat warga emas Fatima Beevi, 93 untuk lulus Peperiksaan Gred 10 tidak kesampaian kerana beliau meninggal dunia di kediamannya di bandar Allapuzha India kerana sakit tua. Peperiksaan Gred 10 adalah setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia ia adalah kelayakkan minimum untuk menduduki peperiksaan kemasukkan universiti di India.

Fatima Beevi wanita warga emas gigih menuntu ilmu

Fatima Beevi belajar dengan gigih untuk lulus Gred 4 tahun lalu dengan mencatatkan 52 markah sebelum melangkah ke Gred 7. Wanita warga emas tersebut tidak dapat menikmati pendidikan pada ketika usia kanak-kanak kerana dibesarkan dari keluarga yang miskin. Beliau yang telah kematian suami membesarkan anak-anaknya dengan hasil berniaga kecil-kecilan.

Beliau tidak pernah putus asa untuk menuntut ilmu dan program pembelajaran untuk orang tua telah memberi peluang untuk beliau belajar membaca dan menulis.

“Saya begitu bangga apabila dia menjadi pelajar paling tua lulus Gred 4, kata gurunya, Sheebha Thjajudheen.

Sumber: Agensi

**************

Kisah kedua -Pelajar miskin pintar bakar diri

Kamran Khan pelajar pintar yang berumur 13 tahun di sebuah sekolah swasta dengan pembiayaan biasiswa berasa malu apabila ibu bapanya tidak mampu membelikan pakaian seragam sekolah baru untuk mengantikan pakaian yang sudah lusuh.

Beliau telah telah membakar diri setelah keluarganya gagal membeli pakaian seragam sekolah baru kerana tidak berkemampuan dengan mencurah petrol ke tubuhnya dan kemudian membakar dirinya. Beliau telah mengalami melecur teruk dan meninggal dunia di hospital.

Saleem Khan abang kepada Karam memberitahu bahawa Karman tidak pernah meminta sebelum ini, tetapi sejak beberapa hari yang lalu beliau merayu kepada ibu bapanya untuk membelikan pakaian seragam sekolah baru. Kareem dikatakan telah berkelahi dengan ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah. Ibunya telah hilang sabar lalu menampar anaknya itu sambil memberitahu dia tidak mampu untuk membelikan pakaian baru.

Sumber -DM

 

Sila tekan butang kongsi:

  • Kesan selepas menghadiri Seminar Emas Sebagai Perlindungan Kekayaan Anda
  • Kenal emas di PG Gold Museum Penang
  • Jutawan Emas Leadership Training suntik semangat baru

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • 8 kebaikan Speed jump rope yang mungkin korang tak tahu
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • DIY rak kasut dari paip PVC

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in