• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Blog CahayaCinta yang ku kenali

Blog CahayaCinta yang ku kenali

18th December 2011 by akubiomed 66 Comments

Ulasan blog CahayaCinta top komentator bulanan.

Agak lama saya tidak buat ulasan blog kali terakhir saya memenangi hadiah utama untuk contest ulasan blog IzwanYusof dan pernah juga membuat pendedahan berani mengenai blog Hanis Zalikha. Secara jujurnya saya bukanlah pakar tetapi minat untuk memperbaiki blog sendiri dengan mengkaji ciri-ciri blog diluar sana. Kali ini saya ingin membuat ulasan mengenai blog CahayaCinta yang mana saya akan sentuh aspek teknikal.

Blog CahayaCinta pernah diserang virus.

Suri atau nama sebenar Ummu Ainni Binti Maalip @ Bakar bukanlah nama asing di blog AkuBiomed ini. Beliau antara komentar wanita yang top di blog AkuBiomed senantiasa mengungguli carta pengomen bulanan. Kalau siapa-siapa mahu “tackle” Suri yang berasal dari Melaka ini minta maaflah kerana beliau sudah berpunya dan mempunyai anak perempuan yang comel. 🙂

Kesian agak lama beliau menyepi dari dunia blog kerana blog telah diserang virus sampai satu tahap beliau hampir putus asa untuk kembali menulis blog. Sayang pula hendak melepaskan blog CahayaCinta begitu sahaja kerana mempunyai kududukan Google Page Rank yang baik dan akan sia-sia usaha beliau selama ini kalau tidak mahu pertahankan blog yang dibina.

Keunikan pada blog adalah pada pengunaan keyword unik yang menjadi tajuk entri adakala perkataan yang tidak pernah kita dengar sebelum ini sebagai contoh tajuk entri terbaru blog beliau iaitu “Manfaat Bicicletă” adalah “Manfaat Basikal” ia menjadikan satu keunikan pada blog ini. Turut tidak ketinggalan peringatan sesama insan adalah antara bahan entri untuk santapan ilmu rohani dihidangkan pada blog CahayaCinta.

1. Header blog CahayaCinta.

Header blog yang digunakan menarik dengan gambar anak perempuan kecil yang seolah-olah teruja dengan pemandangan pantai dan cincin adalah simbolik kepada kekeluargaan mempunyai ciri-ciri yang dekat kepada pemilik blog CahayaCinta.

Blog CahayaCinta
Blog CahayaCinta

2. Ujian GTmetrix.

Perbandingan ujian PageSpeed dan Yslow antara blog AkuBiomed dan CahayaCinta mempunyai gred yang lebih baik berbanding blog saya tetapi perlu diperbaiki daripada saiz fail blog dan  kelajuan blog.

3. Ujian SeoDoc.

Jumlah markah untuk blog CahayaCinta pada 97% sudah memenuhi syarat untuk format yang perlu ada pada sebuah blog. Cuma ada masalah pada Header iaitu H1 adalah tajuk entri biasanya akan dilabelkan sebagai H1. Tidak ada Meta Description iaitu maklumat ringkas mengenai blog CahayaCinta, Suri boleh memasang plugin All in SEO pack atau plugin Platinum SEO Pack. Kalau mahu yang plugin lebih advance boleh pasang plugin Yoast WordPress SEO. Meta Decription dapat memberi informasi kepada bot crawler ketika membuat proses indek pada blog.

 

Blog dicadangkan agar tidak membuat lebih 100 link kerana ia memperlahankan dan membebankan blog. Cadangan saya adalah mengurangkan jumlah link atau mengurangkan jumlah entri di front page. Kurangkan entri penuh dengan mengunakan “<!–more–>” pada perenggan pertama setiap entri supaya hanya sebahagian entri dipaparkan pada front page blog.

Cadangan lain adalah memasang plugin CommentLuv supaya pengunjung boleh meninggalkan backlink entri ke blog mereka pada komen yang ditinggalkan di blog CahayaCinta.

Memasang Google Site Search supaya memudahkan pengunjung untuk mencari artikel terdahulu di blog kerana bukan mudah untuk mencari satu-persatu entri pada archieve page.

Ada beberapa tip menarik yang boleh dijadikan rujukan seperti yang pernah dipaparkan di blog DenaiHati sesuai untuk bacaan antaranya 10 Elemen Rekabentuk Yang Digunakan Oleh Blog-Blog Popular Malaysia dan Mitos Dalam Berblogging.

  • Jom Review izwanyusof[dot]com
  • 2012 Tahunku Yang Kacak
  • Giveaway Hatiputera.com

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Asep Nugraha says

    10th January 2016 at 9:31 am

    jangan lupa backup rutin khusus blog wordpress self hosted

    Reply
  2. suri says

    11th May 2013 at 12:44 pm

    rindu. zaman ini heee

    Reply
  3. topijerami90 says

    6th March 2013 at 2:42 pm

    tq bro, banyak plugin boleh dijadikan rujukan pada post kali ini

    Reply
  4. Oh! budu says

    6th July 2012 at 11:47 am

    ooo… bijaknya.. dapat trace satu satu..

    Reply
  5. sadiq says

    9th May 2012 at 7:12 am

    thanks for the information..berguna untuk blog saya=)

    Reply
  6. Mekar says

    21st December 2011 at 3:46 pm

    Bestnya ada org komen pasal kelebihan dan kekurangan blog kita. Dari situ kita tahu yg mana harus diperbaiki. Nampaknya kena jadi top komentator di sini. Tapi sya tak setangkas suri..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      21st December 2011 at 10:45 pm

      Ada ilmu yang tidak seberapa apa salahnya berkongsi sesama sahabat blogger. Lagi banyak diberi lagi banyak yang dipelajari.

      Reply
  7. Hadi Hanafee says

    20th December 2011 at 10:14 pm

    blog puan suri memang unik terutamanya title setiap entrinya. nama suri bukanlah asing dalam dunia blog malaysia sebenarnya 😉

    Reply
    • akubiomed says

      21st December 2011 at 10:49 pm

      Boleh jadi Yang Blogger atau “YB”. 🙂

      Reply
  8. kimmie says

    20th December 2011 at 12:05 pm

    wah bagusnya …byk yg sy bljr dr review ini 🙂

    Reply
  9. Ekspresi Ruang says

    20th December 2011 at 7:35 am

    blog berplatform WP mmg sng nk setting utk lebih mesra SEO. nk tukar tp selfhosting mhl sgt utk sebuah blog yg byk menyimpan data dlm bentuk gmbr

    Reply
  10. ohcikgu says

    19th December 2011 at 11:30 pm

    popular dah cik suri kita nih. hehe..

    Reply
  11. shraqs says

    19th December 2011 at 5:59 pm

    Yang aku suka lawat blog suri tu tu sebab dia punya blog memang sempoi dan post dia memang catchy dan ringan. Lebih2 lagi dia jenis yang rajin komen…. 🙂

    Reply
  12. yas says

    19th December 2011 at 4:21 pm

    Terbaik la bro…aku pun dok tunggu kalau2 ada kengkawan nak review blog aku dr segala segi..:D..

    Reply
  13. suri says

    19th December 2011 at 2:37 pm

    erk..
    terima ksh ats ulang tersbut..batu tahu bhgan mana yang lemah,,cam ni baru blh berblog deng ganas..heeee

    terima kasih AB atas review ni. klu tak sy tak tahu.

    Reply
    • akubiomed says

      19th December 2011 at 5:37 pm

      Saya ulas format yang perlu ada pada blog. Kalau teknik SEO tidak mampu saya hendak beri tip. Kalau blog Hanis Zalikha lagilah dia main langgar tapi trafik tinggi kerana nama beliau adalah “keyword” yang digunakan didalam Search Engine. 🙂

      Reply
      • yas says

        21st December 2011 at 10:57 am

        Itu la kelebihan pd mereka yg dah ada nama….aku lom penah masuk lg blog tu…teringin juga nanti nak tgk2….

        Reply
  14. puanbee says

    19th December 2011 at 1:37 pm

    saya silent reader suri .. hehe kadang2 pergi baca juga blog beliau ..

    nak tanya , commenluv saya problem untuk entri contest gadjet impian lah , macam mana nak betulkan error tersebut ye ?

    masaalah nya , bila saya aktifkan commenluv , bahagian komen dan sidebar untuk entri gadjet impian hilang terus ..

    Reply
    • akubiomed says

      19th December 2011 at 5:35 pm

      Saya tidak dapat hendak komen dengan jelas ini mungkin theme woo canvas yang digunakan oleh Puan Bee tidak compatible. Saya mengagakan sahaja kalau mengunakan theme lama tidak ada masalah dengan CommentLuv. Apa pun nak godek tunggu contest tamat nanti melepas pula.

      Reply
  15. titan says

    19th December 2011 at 1:11 pm

    suri memang kacak bab=bab rajin update blog dan rajin mengomennnnnn.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      19th December 2011 at 5:29 pm

      Memang tidak dapat lawan termaksima Suri. Agaknya beliau boleh menaip entri sambil dukung anak 🙂

      Reply
  16. eLLy says

    19th December 2011 at 11:05 am

    Saya sedang menunggu giliran untuk di Pre view … hehehhehe

    Reply
  17. chii says

    19th December 2011 at 11:04 am

    errr..pnjangnya ulasan..nk dibndingkn ngn blog chii..mesti akn jumpa byk kekurangan..hehe

    Reply
    • suri says

      19th December 2011 at 2:40 pm

      huu..chii dah lama berblog hii..kita serng blog chii..

      Reply
  18. Abe says

    19th December 2011 at 6:23 am

    ermm x fahamlah he3

    Reply
    • akubiomed says

      19th December 2011 at 5:27 pm

      Tak apa. Saya bermula terlibat dengan blog pun banyak perkara yang mengenai blog tidak faham.

      Reply
  19. maza says

    19th December 2011 at 1:44 am

    alamak, sudah mcm thesis.. cayalah.. hehehe

    maza suka, suka, suka…

    Reply
    • suri says

      19th December 2011 at 2:39 pm

      maza jgn loncat2 nnti jtuh huhu…

      Reply
    • akubiomed says

      19th December 2011 at 5:26 pm

      Nasib baiklah tidak pengajian Master untuk pengkhususan blog kalau tidak lama sudah berdaftar sambung belajar. 🙂

      Reply
  20. zulkbo says

    19th December 2011 at 12:41 am

    salam..
    nanti senang preview la pulak
    blog saya Bro..nak dengar juga
    komen pro dari anda..mungkin
    boleh membantu saya menaikkan
    ranking blog saya..thanks 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th December 2011 at 5:25 pm

      Saya ini kecil di mata bro Zulkbo. Blog saya tidak mampu menandingi trafik blog bro. 🙂

      Reply
  21. azman says

    19th December 2011 at 12:05 am

    Dah lama tak terjah blog suri tu…

    Reply
  22. tehr says

    18th December 2011 at 11:14 pm

    blog suri tu
    aku suka dengan header dia
    memang cun sangat

    Reply
    • akubiomed says

      19th December 2011 at 5:24 pm

      Header bertepatan dengan sifat pemilik blog CahayaCinta. 🙂

      Reply
  23. b3njy says

    18th December 2011 at 11:08 pm

    Rasa nak buat juga macam broo ni nak bagi ulasan blog member blogger … akan diaturkan mungkin bulan depan. Terima kasih atas idea ini.

    Reply
    • akubiomed says

      19th December 2011 at 5:23 pm

      Ulasan boleh buat berbagai bentuk ada ulasan didalam bentuk teknikal ada bentuk ringkasan mengenai “niche” blog tersebut. Terpulang kepada kreativit bro Benjy mengadunkannya. 🙂

      Reply
  24. b3njy says

    18th December 2011 at 11:07 pm

    Kalau blog kita kena serang virus sesiapa pun akan kecewa juga.

    Reply
  25. b3njy says

    18th December 2011 at 11:06 pm

    Betul kata broo tu commen luv tu penting untuk back link dan ini menggalakkan blogger untuk komen dan tinggalkan backlink mereka.

    Reply
    • suri says

      19th December 2011 at 2:53 pm

      komen luv tu ada jer ok da masa tak ok..hurm…

      Reply
      • akubiomed says

        19th December 2011 at 5:22 pm

        Faktor compatible theme main peranan samada plugin CommentLuv berfungsi atau tidak. Macam blog saya kerana ada setting pada plugin W3 Total cache ganggu backlink pada CommentLuv untuk keluar.

        Reply
        • suri says

          20th December 2011 at 3:47 pm

          makna sy kena buang dan mut naik yg baru.camtu blh ker? huu

          backlink mmg blog sy tak buat huhu…

          Reply
  26. b3njy says

    18th December 2011 at 11:04 pm

    Tool2 yang Broo gunakan tu ada yang benjy belum tahu lagi … terima kasih atas info ni 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      19th December 2011 at 5:19 pm

      Macam tool yang ada di internet untuk analisa blog. Tool yang saya gunakan adalah lebih kepada semakkan format yang perlu ada untuk sesebuah blog. Kalau tip SEO minta maaflah saya tidak dapat hendak bantu cuma cari “keyword” yang difikirkan akan orang diluar sana akan gunakan untuk Search Engine.

      Reply
  27. b3njy says

    18th December 2011 at 11:03 pm

    Si Suri ni memang dashyat betul …. tabik spring kat suri tu 🙂

    Reply
  28. Kimmy says

    18th December 2011 at 8:56 pm

    Tahniah Suri.

    Thanks for sharing, saya baru install commentluv plugin tu..hehe

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2011 at 10:10 pm

      Kalau pasal plugin CommentLuv ia adalah satu penghargaan kepada pengunjung yang tinggal komen pada blog pada masa sama dapat backlink.

      Reply
  29. Nur says

    18th December 2011 at 8:12 pm

    Rajinnya membuat review blog. Begitu detail sekali maklumat yg diberi.. InsyaAllah akan ziarah ke blog ni.

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2011 at 10:09 pm

      Tidak selalu ini baru kali ke-3 kerana hendak buat ulasan perlu ketelitian dan kajian.

      Reply
      • Nur says

        2nd June 2012 at 3:49 pm

        Tak mengapa, termasuk dalam kategori “rajin” tu.. sebab tak semua orang tahu dan sudi membuat kajian untuk blog orang lain.

        Saya yakin komen2 membina dan kajian saudara ini akan dapat membantu blogger2 lain. Kalau blog saya, tentu banyak yg kena diperbaiki. 🙂

        Reply
  30. ZoOL says

    18th December 2011 at 8:10 pm

    bru try GTmetrix tue, dpt grade C je 🙁

    yang dua lagi dlm list tu belum try.. blum inject SEO lagi ke dlm blog 😛

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2011 at 10:09 pm

      Selain GTmetrix boleh juga guna addon seperti Firebug dikombinasi dengan Pagespeed serta YSlow pada Firefox.

      Reply
  31. Wan Perlis says

    18th December 2011 at 8:02 pm

    yup suka blog suri

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2011 at 10:06 pm

      Blog beliau ada keunikan tersendiri. 🙂

      Reply
  32. Juan says

    18th December 2011 at 6:30 pm

    ulasan yg terbaik

    Reply
    • akubiomed says

      18th December 2011 at 10:05 pm

      Terima kasih. Sudah lama tidak buat ulasan. Agak lama saya peram entri ini kerana ia perlu masa dan kajian.

      Reply
      • suri says

        19th December 2011 at 2:56 pm

        terima kasih bro..apa2 blh sy mntk bantuan yer

        Reply
        • akubiomed says

          19th December 2011 at 5:16 pm

          Dengan ilmu yang tidak seberapa saya akan bantu apa yang patut. 🙂

          Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in