• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Tip memilih pasangan cara old style

Tip memilih pasangan cara old style

27th September 2012 by akubiomed 123 Comments

Memilih pasangan bukan tugas yang mudah.

Bukan mudah untuk memilih pasangan yang akan hidup berkongsi dengan kita. Keserasian satu hal dan belum lagi mengenal hati budi masing-masing. Saya juga tidak lari dari melalui fasa  tersebut untuk mencari jodoh yang sesuai.

bunga kantan

Semuanya bermula apabila saya mula duduk berjauhan dengan berkelana di Bumi Kenyalang. Saya mula duduk tinggal berasingan dari keluarga apabila memasuki kolej tetapi masih didalam negeri yang sama.

Arwah bapa saya telah menyuara kebimbangan apabila saya duduk bujang di Miri, Sarawak. Ketika itu saya bertugas di Unit Khidmat Sokongan Kejuruteraan Biomedikal di Hospital Miri Sarawak. Antara alasan kebimbangan arwah bapa saya apabila tiada siapa yang mengurus makan minum dan demam sakit kepada anak teruna beliau. Memang tidak disangkalkan saya kelihatan agak kurus. Hingga arwah nenek saya pernah menegurkan saya kenapalah cucunya kelihatan kurus. Saya kata mana ada kurus kononnya hendak ‘cover line’. Memang dari kecil saya ini susah makan.

Bertukar-tukar gambar tunang

Ada kisah kenapa saya membawa diri ke Sarawak kerana membawa hati yang lara. Ha..haa.. bunyi macam ‘frust menonggeng’. Maaf saya tidak dapat berkongsi didalam entri ini. “Biarlah ia rahsia”  bak tajuk lagu Dato’ Siti Nurhaliza. Saya mempunyai kenalan wanita di dunia siber. Ketika itu perbualan MIRC sangatlah popular menjadi tempat saya berchatting bersama-sama teman yang kebanyakkan dari selatan tanah air.

Kemudian suatu hari ibu saya mula bertanyakan hasrat untuk mencari jodoh untuk saya. Ketika itu saya tidak mengambil port sangat apa yang diperkatakan. Saya tidak mengatakan ya atau tidak dengan cadangan ibu saya sebaliknya menyerah bulat-bulat kepada ibu saya untuk mencari jodoh yang sesuai kerana mempunyai kepercayaan pilihan orang tua adalah terbaik dan yang penting adalah mendapat restu mereka akan memberikan keharmonian rumahtangga yang bakal dibina kelak.

Majlis bertunang

3 kali bertembung tetapi tidak bersetentang mata.

Semua berlaku seperti tersurat. Kenapa saya berkata demikian kerana 3 kali saya berselisih isteri saya pada hari yang sama dan ia berlaku pada Hari Raya ke 2 tetapi kami tidak pernah bersetentang mata. Pertembungan pertama ketika saya berziarah rumah nenek saudara disebelah ibu yang terletak di Tanjung Minyak ketika itu saya berada di kereta untuk pulang mana kala isteri pula baru sampai. Pertembungan ke 2 di rumah nenek saudara sebelah ibu saya di Cheng ketika itu saya berada meja makan mana kala isteri saya di ruang tetamu. Pertembungan kali ke 3 di rumah arwah nenek saya sendiri di Cheng ketika itu saya sedang menonton tv mana kala isteri saya diruang tamu. Ia seolah-olah bermain ‘Hide and Seek’.

Isteri telah dibawa mak saudara untuk menziarah saudara mara sempena sambutan Hari Raya. Kebetulan arwah nenek isteri saya baru sahaja meninggal dunia 2 minggu. Hendak dijadikan cerita arwah nenek saya yang di Cheng mewakilkan ibu saya untuk menziarah keluarga isteri saya yang baru sahaja kehilangan orang tersayang.

Buat signboard ke rumah pengantin

Merisik anak gadis ketika ziarah Hari Raya.

Bagi ibu saya ia adalah alasan kuat sempena Hari Raya adalah peluang terbaik untuk melihat anak gadis yang bakal dijodohkan anak bujang ini. Didalam senarai ibu saya ada 2 buah rumah yang bakal di risik.

Profil rumah anak gadis pertama.

  • Anak perempuan bongsu daripada 6 adik beradik.
  • Tidak bekerja

Profil rumah anak gadis kedua.

  • Anak ketiga daripada 10 adik beradik
  • Anak perempuan sulung

Tip memilih calon menantu old style.

Saya sendiri telah menyediakan garis panduan untuk memilih calon pasangan hidup yang difikirkan sesuai dengan saya.

1. Melihat kebersihan halaman rumah.

Kedua-dua halaman rumah bersih sedikit sebanyak memberikan petanda baik kepada saya keperbadian bakal isteri dan keluarga menantu yang pembersih.

2. Keluarga besar

Ia memberikan petanda kemampuan bakal isteri dapat memberikan zuriat kerana dilahirkan daripada keluarga yang besar.

2. Beban tanggungan

Periksa samada bakal isteri mempunyai adik yang masih kecil tentu tidak adil bagi saya memperisterikan kerana siapakah yang bakal mengalas tanggungjawab menjaga adik-adik nanti.

Apa kata survey. Keputusan memilih jodoh.

Akhirnya saya telah membuat keputusan memilih rumah anak gadis pertama dengan alasan rumah gadis kedua masih mempunyai adik-adik kecil tidak sampai hati untuk dijadikan isteri.

Bersetentang mata buat pertama kali dengan bakal isteri

Saya dan keluarga telah menziarah rumah orang tua isteri saya yang baru kehilangan nenek. Ketika saya sampai arwah mentua tiada di rumah kerana keluar pergi menziarah saudara mara. Keluarga kami telah disambut anak gadis yang manis ada iras-iras Rani Murkhaji(ketika itu tengah hot filem Hindustan Kuch Kuch Hota Hai) mempelawa kami masuk. Saya telah dihidangkan air oren botol dan kuih Raya.  Lama juga kami menunggu arwah mentua tidak muncul akhirnya kami meminta diri. Misi merisik anak gadis telah mencapai objektif.

hasrat untuk dijodohkan telah tolak.

Tempoh seminggu telah diberikan untuk memberikan keputusan sebelum rombongan merisik dilakukan. Rumah anak gadis pertama telah menolak mana kala rumah anak gadis kedua telah menerima.

Ikan di laut, asam di darat. Dalam belanga bertemu jua.

Jodoh dan isteri saya telah tertulis bakal membina mahligai indah bersama. Bayangkanlah 3 kali kami bersilih tidak pernah berjumpa tetapi akhirnya bersetentang mata ketika menziarah rumah arwah mertua. Arwah nenek saya beriya-iya menyuruh ibu saya menziarah rumah arwah mertua. Saya berpendapat hasrat arwah nenek untuk merapatkan saudara yang jauh. Rumah anak gadis pertama menolak manakala arwah mertua saya menerima. Menurut isteri saya sudah beberapa kali isteri menerima hasrat pinangan telah ditolak tetapi hasrat keluarga saya diterima. Inilah dikatakan jodoh yang tersurat.

Saya tidak pernah melalui zaman bercinta seperti pasangan zaman sekarang. Cinta berputik  dan mengenal hati budi masing-masing selepas berumah tangga bagi saya ia adalah sesuatu pengalamn yang manis kerana masing-masing baru berlajar mengenal antara sama lain hampir setiap hari.

Majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki

Beg tanganku tertinggal di istana Melaka. (Inspirasi tajuk lagu kumpulan Dewa 19 yang  bertajuk “Cintaku Tertinggal Di Malaysia”).

Semasa tempoh bertunang saya hanya sekali sahaja keluar dengan isteri. Saya telah membawa isteri pergi jalan-jalan dibandar Melaka bertemankan sepupu lelaki. Tempat dituju adalah istana Melaka. Kami menaiki bas. Sepupu saya macam fahami membiarkan saya dan isteri duduk bersama manakala beliau duduk kerusi dibelakang kami.

Saya mengharapkan isteri akan menjadi tourist guide dengan harapan beliau akan mula bercakap sebagai pemula perbualan kami. Nampak gaya trik tersebut tidak menjadi sebaliknya saya pula menjadi tourist guide.

Kira-kira  3 meter kami meninggalkan Istana Melaka, tiba-tiba isteri cemas dan kaget dengan beg tangan hilang. Rupanya beg tangan telah tertinggal ketika kami menyarung kasut. Saya menjadikan modal guruan dengan isteri sampai tertinggal beg tangan setelah dapat berjalan dengan tunang.

Dugaan sepanjang tempoh bertunang.

Seperti yang saya tulis diperenggan diatas saya ini bertugas di hospital. Jadi menjadi kebiasaan berurusan dengan jururawat dan doktor. Selepas bertunang ada beberapa sister yang rapat ingin menjodohkan dengan saudara mara mereka dan doktor. Saya terpaksa berterus terang yang saya telah bertunang.

Rakan taulan menyangka isteri saya berasal dari Sarawak kerana sudah menjadi tanggapan kepada yang bertugas di Malaysia Timur akan menamatkan zaman bujang dengan anak gadis dari sana.

Entri ini sempena Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 21.

  • Kembalikan kehangatan cinta dengan Downy Parfum
  • AkuBiomed sudah buat business card
  • Apa lelaki mahu dan apa wanita nak

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. nafisa81 says

    21st May 2014 at 7:17 am

    Sweetnya….bercinta selepas nikah.

    Reply
  2. GyneFredd says

    8th January 2014 at 11:48 pm

    artikel jodoh ni paling sweetlah nukilan seorang lelaki.

    Reply
  3. Aniq Bukhary says

    18th November 2013 at 3:46 pm

    Laa.. penah pegi borneo rupanya.. Apa2 pun, saya doakan yg terbaik untuk Akubiomed. 🙂

    Reply
  4. maszull says

    13th January 2013 at 8:54 am

    Assalamualaikum akubiomed…seronok baca cerita kisah cinta ni moga jodoh kekal hingga hujung nyawa…

    Reply
  5. sukma says

    3rd December 2012 at 9:22 am

    jodoh di tangan yang maha esa….kau orang melaka ya bro….Which part is Melaka….?takut kot org kg ko…?

    Reply
    • akubiomed says

      3rd December 2012 at 6:10 pm

      Kalau saudara mara ada di Paya Rumput, Cheng dan Bukit Rambai.

      Reply
  6. hairulafiz says

    8th November 2012 at 2:10 pm

    old skool memang terbaik….

    Reply
  7. Kak Long Mawar Merah says

    17th October 2012 at 11:38 pm

    Baru berpeluang baca kisah ni. Menarik. Perkahwinan dengan restu keluarga biasanya mampu bertahan daripada cabaran kerana, kiri kanan, depan belakang ada support. 🙂

    Reply
  8. Faris Al-Muhandisu says

    14th October 2012 at 3:15 pm

    terbaik ni… jarang2 jumpa zaman sekarang. moga berkekalan hingga ke akhirnya 🙂

    Reply
  9. aimannajmy says

    12th October 2012 at 12:14 pm

    wahh terbaiklah entri ni.. memang jadi cam satu pedoman terbaik untuk bakal-bakal pencari calon isteri atau suami.. bercinta lepas kawin is the best hehe

    Reply
  10. Mekar says

    9th October 2012 at 5:45 pm

    Jarang2 sangat nak jumpa org yg berkahwin dulu baru bercinta di zaman skrg. Zaman mak pak kita dulu mungkin hal biasa.
    Semoga kekal hingga ke akhir hayat bro akubio

    Reply
  11. hairulafiz says

    8th October 2012 at 2:53 pm

    semogo jodoh bro berkekalan sepanjang hayat……….

    Reply
  12. azura says

    2nd October 2012 at 8:47 pm

    unik…macam ada sesi taaruf pula bro…semoga bahagia kekal hingga akhir hayat

    Reply
  13. muazfaris says

    1st October 2012 at 5:23 pm

    old style.. ada gaya islamic .

    Reply
  14. Ummi Hanie says

    1st October 2012 at 5:18 pm

    bagus sifat taat org tua tu… kbanyakan ank muda zmn skrg takmau dgr dah pndapat org tua…

    kes kita hampir samalah 🙂 tak bercinta sebelum kahwin, dan pernah bbrp kali brselisih tp tak bertentang mata…. akn tetapi jodoh kuat kan 😉

    moga en.Azrin n wife bahagia ke akhirnya…

    Reply
  15. suri says

    30th September 2012 at 11:04 pm

    apa lagi cepat2ha cri pasangan yang baik budi klu lambat rugi whooo

    Reply
  16. suri says

    30th September 2012 at 10:50 pm

    syok baca kisah org2 dulu kwin dulu cinta kemudian

    Reply
    • akubiomed says

      1st October 2012 at 1:52 am

      Adakah bermaksud saya ini telah tua. Ha..haa…

      Reply
  17. padin says

    30th September 2012 at 9:47 pm

    semoga kekal bahagia..
    sambung part 2 lah bro… ekekee

    Reply
    • suri says

      30th September 2012 at 10:51 pm

      dah jodoh apa nak fikirkan… mmg rzki ada sahaja kita tak perasan

      Reply
    • suri says

      30th September 2012 at 11:05 pm

      sokomh ker mmg admin sengaja buat part 2 ni heee

      Reply
    • akubiomed says

      1st October 2012 at 1:53 am

      Ramai yang meminta sambungan entri ini. 🙂

      Reply
  18. tips says

    30th September 2012 at 5:28 am

    ade part 2 ke bro? Semoga terus diberkatiNya.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      1st October 2012 at 1:54 am

      Belum berani memberi kata putus lagi jika ada sambungannya nanti.

      Reply
  19. pipoq says

    29th September 2012 at 1:44 pm

    seakan tergantung pulak kisahnya ni..hehehe..

    tapi ok jugak tu..panjang kisahnya..

    Reply
    • suri says

      30th September 2012 at 10:52 pm

      jeng..jeng ada berbaki lagi ni heee..

      Reply
  20. Hairul Hissam says

    28th September 2012 at 11:49 pm

    Menarik ceritanya…
    bro masih boleh ingat dengan detail kenangan manis nie…
    tentu masih segar dalam ingatan bro…

    psst: kalo kawen dgn org serawak, mau berulang alik kesana bila raya..

    Reply
    • suri says

      30th September 2012 at 10:53 pm

      setiap yg terjadi mesti ingat baik indah atau duka hee.. bro bila lagi?

      Reply
    • akubiomed says

      1st October 2012 at 1:56 am

      Sudah tentu ia masih segar didalam ingatan terutama kisaha tertinggal beg tangan di Muzium Istana Melaka. Menjadi modal bergurau dengan isteri. 🙂

      Reply
  21. Hairul Hissam says

    28th September 2012 at 8:58 pm

    tentu lebih bahagia, bercinta selepas kawen….
    yg penting restu ibu bapa menjadikan hidupkan kita bahagia..

    Reply
    • akubiomed says

      1st October 2012 at 1:57 am

      Restu kedua ibubapa penting.

      Reply
  22. wanG says

    28th September 2012 at 8:03 pm

    cerita ni dah habis ke? mcm tak puas je baca..citer la lagi….;-)

    Reply
    • akubiomed says

      1st October 2012 at 1:59 am

      Maaflah cerita ini tidak jumpa noktahnya harap jangan berasa sedih.

      Reply
  23. Fahmi Raazali says

    28th September 2012 at 5:22 pm

    Kalau emak atau bapa tolong carikan… insyaallah… baik pasangan yang dipilih… 🙂

    Reply
    • suri says

      30th September 2012 at 10:53 pm

      aik cam dah cukup sahaja duit poketnya heee

      Reply
  24. Juan says

    28th September 2012 at 4:22 pm

    best baca pengalaman bro, x kisah la mcm mana bertemu, yg penting kawin dan bina rumah tangga selepas perkahwinan itu penting

    Reply
    • akubiomed says

      1st October 2012 at 2:01 am

      Kebahagian dicari supaya kerukunan rumah tangga dapat dikekalkan.

      Reply
  25. beckhr00y says

    28th September 2012 at 3:18 pm

    seronok juga baca ni 🙂 memang tidak sama dgn masa sekarang

    Reply
    • Jebeng Otai™ says

      28th September 2012 at 10:42 pm

      aah la bro..mmg jauh bezanya..ttp menarik gak utk dibaca.. 🙂

      Reply
    • akubiomed says

      1st October 2012 at 2:04 am

      Rata-rata pasangan muda memilih pasangan hidup mereka sendiri.

      Reply
  26. tehr says

    28th September 2012 at 12:47 pm

    dapat berjalan dengan tunang, tak sedar tertinggal beg tangan
    hehe
    ayat bagus ni, bro

    semoga kekal bahagia selamanya

    Reply
    • akubiomed says

      1st October 2012 at 2:05 am

      Memang selalu guna ayat ini untuk mengusik isteri. 🙂

      Reply
  27. Zezebel Lair says

    28th September 2012 at 10:19 am

    mirc…hahaha..teringat masa zaman muda2 la pla…selalu chat guna nama ‘montel’, tak pasal2 dapat kawan chat yang montel2 belaka.. BTW, sweet sangat lah kisah cinta Akubiomed ni, pupuk cinta selepas kahwin… 😀

    Reply
    • akubiomed says

      1st October 2012 at 2:06 am

      Adventure dia lain kalau bercinta selepas kahwin kerana masing-masing baru hendak mengenal hati budi.

      Reply
  28. boni kacak says

    27th September 2012 at 11:30 pm

    wah..teringin pulak nak merasa keadaan macam ni.. nampak lebih sweet sebenarnya..

    Reply
  29. sweetkurma says

    27th September 2012 at 10:13 pm

    wahhhh menarik ya, bercinta selepas berkahwin…
    semoga berjaya

    Reply
    • suri says

      30th September 2012 at 11:09 pm

      semoga berjaya bro ab

      Reply
  30. donnyien says

    27th September 2012 at 6:56 pm

    Good luck bro, bukan mudah menempuh hidup ini.. banyak pengalaman pahit dan manis

    Reply
  31. Fauzi Blues says

    27th September 2012 at 5:51 pm

    Aku dulu takut dgn pompuan..dah nekad kalau umur jejak 30 thn xde marka..aku nak minta mak aku carikan…tapi masuk umur 27 jodoh sampai..alhamdulillah..itulah isteri aku yg ditentukan utk aku…usia jodoh pun dah masuk 9 tahun..

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:58 pm

      Tanniah kepada bro kerana telah menempuhi susah senang bersama isteri selama 9 tahun. Ia adalah satu pencapaian berkat mendapat restu orang tua. 🙂

      Reply
  32. Fiza Rahman says

    27th September 2012 at 5:35 pm

    Wah…sampai habis saya baca. Bercinta selepas kahwin lagi best kan.

    Good luck.

    Reply
    • suri says

      30th September 2012 at 11:10 pm

      skrg susah nak cri jenis bgtu sllu ikit piliahn hati jer heee

      Reply
  33. Yas says

    27th September 2012 at 5:20 pm

    Wowww….terbaik la bro…apapun semoga terus bersama hingga keakhir hayat…..

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:42 pm

      Ameen. Moga-moga dimakbulkan doa bro Yas. 🙂

      Reply
      • suri says

        30th September 2012 at 11:12 pm

        moga kehidupn skluga aman dan bahagia sllu.amin

        Reply
  34. hafizrahim says

    27th September 2012 at 5:15 pm

    wow..macam karangan sudah..hehehe..teringat plak zaman mIRC..sempat jugak la merasa.

    Reply
    • hafizrahim says

      27th September 2012 at 5:17 pm

      Ada orang kata kalau nak cari calon, cuba tengok kebersihan tandas rumah dia..kalau bersih, pembersih la orangnya..betul ke tak..wallahualam

      Reply
      • suri says

        30th September 2012 at 11:14 pm

        erk tak perah degr plk tang tandas tu hee… sllu klu org melaka umh depa d tgok pd halaam umh depan dn blkg geee..

        Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:43 pm

      Dulu mana ada Facebook, Twitter, Friendster dan bagai lagi. Chatting MIRC antara yang terhangat.

      Reply
  35. azman says

    27th September 2012 at 5:05 pm

    Wah dah siap rupanya hehehe…

    Reply
  36. ummiross says

    27th September 2012 at 4:39 pm

    Seronoknya baca kisah ni, mengimbau kenangan, ummi pun dulu bercinta lepas kawin, dipinang jiran sekampung hehe…

    Reply
  37. nurmisnan says

    27th September 2012 at 3:51 pm

    menarik pertemuan brother + isteri..
    all d best and gd luck

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:41 pm

      Susah hendak cari jodoh pilihan keluarga pada zaman sekarang ini. Ramai lebih suka bercinta dahulu dan kenal hati budi dahulu kemudian baru mengambil keputusan untuk berkahwin.

      Reply
    • suri says

      30th September 2012 at 11:15 pm

      dalam kisah ada contest heee

      Reply
  38. sha says

    27th September 2012 at 3:45 pm

    kiranya saudara akubiomed ni seorang yg mendengar kata ibu bapa 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:43 pm

      Bertuah dapat anak lelaki macam saya yang patuh kepada orang tua. 🙂

      Reply
    • suri says

      30th September 2012 at 11:16 pm

      take note kata org dgr kata ibu bpa khdupan akan d berkati

      Reply
  39. Naziman says

    27th September 2012 at 3:30 pm

    Dah lama tak cakap sarawak, kamek penah 3 tahun belajar sinun miri ya..hehe. Memang best cerita bro. Rasa macam nak jadi old style la pula. Bercinta zaman sekarang dengan dulu banyak bezanya.

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:44 pm

      Saya faham kalau orang cakap Sarawak tapi hendak balas balik lambat sedikit. Kamek si pandei kelaka Sarawak. 🙂

      Reply
      • Naziman says

        28th September 2012 at 2:19 pm

        Hahaha. Sama la, memang biasa tu. Bahasa negeri ni biasanya kita mudah nak faham, tapi nak cakap tu susah la. Biarpun dulu fasih cakap bahasa tu.

        Reply
      • suri says

        30th September 2012 at 11:18 pm

        sy sukar degar sb kakak sy dulu ada bjau maktab kat sana heee

        Reply
  40. Amirez says

    27th September 2012 at 3:29 pm

    menarik kisah bro. budak2 zaman sekarang ni ‘berani’ sangat sampaikan tak ada kenangan manis untuk dikenang bila dah kawen.

    tips yang bagus juga ni. sesiapa nak cari bakal pasangan nanti bolehlah ikut tips ni 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:45 pm

      Sudah hari-hari jumpa apa yang hendak istimewa tentu cepat bosan apabila berkahwin nanti.

      Reply
  41. Malaysia coin says

    27th September 2012 at 3:26 pm

    Walaupun entri ni panjang tapi saya baca sampai habis…. 😀
    Best boleh baca drama sekali-sekala…. 😉

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:46 pm

      Terima kasih. Bimbang juga entri yang panjang bakal mengundang bosan. Terima kasih sudi membaca sehingga habis. 🙂

      Reply
      • suri says

        30th September 2012 at 11:20 pm

        apa nak bosan klu ia realiti dn ada pengajaran unur manis d situ jee

        Reply
  42. cikgu naman says

    27th September 2012 at 3:24 pm

    boleh hantar sebagai skrip drama ni 😉

    terbaiklah..goodluck!!!

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:46 pm

      Kalau ada penerbit yang berminat boleh menghasilkan skrip drama. 🙂

      Reply
    • suri says

      30th September 2012 at 11:21 pm

      popular ar blogger admin nnti heeee

      Reply
  43. Melastik Bintang says

    27th September 2012 at 3:20 pm

    bila selak-selak gambar lama tu yang seronok….. hehe…

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:47 pm

      Saya memang tersenyum sorang-sorang apabila melihat gambar sewaktu bertunang. 🙂

      Reply
      • suri says

        30th September 2012 at 11:24 pm

        tengok sorang atau tgok bersama si dia…anak2

        Reply
  44. Leeza dayasari says

    27th September 2012 at 2:12 pm

    hooo gitu…. membaca dari 1 perenggan ke satu perenggan… hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:47 pm

      Terima kasih sudi membaca bersungguh-sungguh. 🙂

      Reply
  45. ann says

    27th September 2012 at 1:00 pm

    agak nya ade tak part 2 pulak

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:48 pm

      Nanti difikirkan klimak drama Melayu ini. 🙂

      Reply
  46. ann says

    27th September 2012 at 12:58 pm

    percintaan,jodoh,rezeki…semuanya telah tertulis….kita hanya berusaha

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:50 pm

      Saya memang tidak sangka akan bertemu jodoh dengan isteri. Betullah ia telah tersurat.

      Reply
  47. Eizil says

    27th September 2012 at 12:55 pm

    Menarik sungguh cerita bro, kagum bila membaca cerita ni… dan dalam masa yang sama terasa seronok dengan apa yang dilalui, semoga perhubungan bro dan isteri kekal selamanya…

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:50 pm

      Ameen. Terima kasih bro Eizil. 🙂

      Reply
    • suri says

      30th September 2012 at 11:24 pm

      org mmbaca tersenyum jer bro heee

      Reply
  48. Denaihati says

    27th September 2012 at 12:45 pm

    dah keluar cerita Rani Murkhaji n shahrul khan…heee
    good luck bro untuk kontest juga.

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:51 pm

      Kebetulan filem Kuch Kuch Hota Hai tengah hot masa itu. 🙂

      Reply
  49. Een says

    27th September 2012 at 12:18 pm

    Mohon ada part 2 dan seterusnya. haha

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:51 pm

      Kena tanya penulis skrip samada akan ada sekuel. 🙂

      Reply
  50. Bro Zulkbo says

    27th September 2012 at 11:59 am

    salam Bro..
    kisah cinta yang mengusik jiwa 🙂
    semoga Allah memberkati anda dengan
    perkahwinan ini kekal sehingga ke
    syurga..amin

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:52 pm

      Ameen. Terima kasih bro Zulkbo. 🙂

      Reply
  51. Zarul Umbrella says

    27th September 2012 at 11:52 am

    wah seronok gak yer ..tetiba saya rasa mcm nak prektiskan utk calon isteri kedua je ooopsss hahahah gurau jer bro

    Reply
    • azman says

      27th September 2012 at 5:06 pm

      ada hati tu nak pasang 2 hehehe…sama lah kita 🙂

      Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:53 pm

      Boleh lah ricci rumah anak dara. 🙂

      Reply
  52. wahida says

    27th September 2012 at 11:36 am

    wah….terima kasih berkongsi…seronok saya baca…walaupun ada sikit oldschool…hehe…

    anyway, sweet la citer ni..

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:53 pm

      Terima kasih kerana enjoy baca kisah perjalanan jodoh kami. 🙂

      Reply
  53. donnyien says

    27th September 2012 at 11:35 am

    good luck bro, menarik tips-tips dari bro, mengingatkankembali zaman bujang dulu, kini dah setahun lebih berkhawin ..

    Reply
  54. Ramzi says

    27th September 2012 at 11:20 am

    Tak disangka dalam memilih pasangan mas bro juga menilai dari sisi kebersihan rumahnya.. memang ni rumah kita bisa mencerminkan kepribadian kita juga
    Semoga sekeluarga selalu rukun bahagia 🙂

    Reply
  55. anif says

    27th September 2012 at 11:00 am

    Betul-betul oldskool ni 😀 Apa pun tahniah diucapkan.

    Reply
  56. CMRatu says

    27th September 2012 at 10:42 am

    wah.. panjangnya entry kali ni.. boleh pakai lagi ke cara old school ni.. hehe.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:54 pm

      Mungkin tidak ada lagi kerana ramai yang memilih untuk bercinta dahulu sebelum kahwin.

      Reply
      • suri says

        30th September 2012 at 11:26 pm

        sukar nak cri org2 cara cam bro ni heee skrg klu kwin mesti suka sama suka..jrg ada ikut pilihn org tua heee

        Reply
  57. Dulu Lain Sekarang Lain says

    27th September 2012 at 9:51 am

    wah penuh dgn story he he..terbaik bro.
    Kawe tunggu entri yg pilih pasangan dari inetenet atau cinta muka buku lak… He he..

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:55 pm

      Sudah tentu ada. Tidak ada yang mustahil zaman sekarang ini.

      Reply
    • suri says

      30th September 2012 at 11:26 pm

      pasni xinta fb ar pulak ke gebang perkahwinan huhu…

      Reply
  58. Kujie says

    27th September 2012 at 8:19 am

    terimakasih kerana berkongsi kisah, tips tersebut boleh dijadikan panduan kepada pasangan akan datang.
    moga perkahwinan yang dibina ini kekal bahagia dalam rahmatNya

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:55 pm

      Ameen, Terima kasih kak Jie. 🙂

      Reply
  59. yanmie says

    27th September 2012 at 3:39 am

    Salam,

    Seronok baca entry ini, tak puas baca, saya nak part 2 pulak heheheee

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:56 pm

      Susah juga saya hendak menulis entri ini kerana perlu mendapat persetujuan isteri. 🙂

      Reply
      • Nur says

        27th September 2012 at 6:18 pm

        Saya setuju dengan cadangan Kak Yan.. Harap akan ada sambungannya..

        Moga perkongsian entri ni dapat menjadi pedoman buat pasangan zaman sekarang. Bercinta selepas berkahwin juga boleh menemui kebahagiaan yang diidam-idamkan. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. Amin. 🙂

        Reply
  60. mya says

    27th September 2012 at 2:35 am

    amboi, sweet entry:)))

    Reply
    • suri says

      30th September 2012 at 11:27 pm

      kisah yanga syik di baca hee mestia da part 2 ni .

      Reply
  61. hatiputera says

    27th September 2012 at 1:40 am

    memang syok membaca tip memilih pasangan bro nie. semoga berjaya dalam contest.

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 5:57 pm

      Terima kasih. Sudah lama tidak bercuti jauh dari Lembah Kelang.

      Reply
  62. Suraya says

    27th September 2012 at 1:28 am

    good luck.. semoga berjaya.. 😀

    Reply
    • akubiomed says

      27th September 2012 at 1:36 am

      Terima kasih. Saya pun ingin mengucapkan selamat berjaya juga. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Kilang Beras Rakyat Sekinchan
  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in