• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / advertorial / Kembalikan kehangatan cinta dengan Downy Parfum

Kembalikan kehangatan cinta dengan Downy Parfum

20th May 2014 by akubiomed 23 Comments

Cinta suami isteri perlu sentiasa dipupuk selalu supaya rumahtangga menjadi rukun

Teringat kisah pertemuan pertama kali dengan isteri itu pun selepas bertunang kerana kami tidak pernah berkenalan. Ketika itu Saya bertugas di bumi Kenyalang, Sarawak dan si dia pula tinggal di Semenanjung.

hangatkan cinta pasangan anda dengan Downy Parfum

 

Calon isteri mendapat restu orang tua

Saya berkahwin bukan atas dasar pasangan bercinta kerana isteri saya ada calon pilihan orang tua. Selepas mengikat pertunangan barulah dapat bertemu bakal isteri buat pertama kalinya.

 

Masing-masing lidah kelu memulakan perbualan

Teringat detik pertama kali pertemuan kami pergi berjalan di bandar Melaka dengan menaiki bas sambil diteman sepupu sebagai bodyguard. Buat pertama kali kami duduk berduaan didalam bas. Isteri seorang pemalu bak perempuan Melayu terakhir.

Sukar hendak mula perbualan apabila masing-masing agak kelu lidah untuk bermula perbualan. Apabila ditanya masing-masing akan menjawab dengan sepatah. Pelbagai usaha saya lakukan untuk ‘break the ice’. Dalam diam tak diam sudah 15 tahun kami mengharungi bahtera rumahtangga. Si dia menjadi tulang belakang dan sentiasa memberikan sokongan ketika susah dan senang.

 

Bau wangi menerpa pintu rumah

Hari ini ketika pulang dari kerja saya disambut dengan bau minyak wangi yang begitu asing. Membuatkan saya kebingungan sebentar selepas lelah kepenatan pulang dari kerja. Isteri tersayang menyambut kepulangan saya di pintu.

Tiada perkara aneh pada isteri saya, sambil mata melihat dari hujung rambut hingga ke kaki. Saya mula bingung dan tercari-cari bauan yang sangat wangi dan asing bagi saya. Saya masih berdiam dan tidak pun menanyakan dari mana datang bauan wangi tersebut. Kemudian saya bersandar ke sofa dan isteri datang menghulurkan air pada ketika bau menerpa tadi kembali lagi. Saya bertanyakan isteri adakah beliau memakai sebarang minyak wangi atau shampoo.

Beliau menidakkan sambil meleparkan senyuman dari bibir yang mulus. Apabila beliau melabuhkan punggung untuk duduk disisi barulah saya amati wangian tersebut datang dari baju yang dipakai. Wangi dan harum. Akhirnya isteri bocorkan rahsia ia adalah Downy Parfum Collections mempunyai Kapsul Mikro Wangian Dual mampu menghasilkan dua wangian berbeza.

Adakah lelaki diluar sana setuju. Bahawa lelaki kurang peka terhadapat wanita selepas temujanji pertama?

Boleh sertai kaji selidik dengan melayari www.clozette.co/downy

Kongsi pengalaman di media sosial #CluelessMan dan #DownyMy

Kongsi pandangan bersama Diana dan Farid di Instagram dan Twitter

@DianaDanielleB | @FaridKamilZ

Facebook

www.facebook.com/DianaDanielleB www.facebook.com/faridkamil.fanpage

Downy Parfum ada 4 koleksi wangi sedia untuk dipilih:-

  • Mystique
  • Happiness
  • Passion
  • Innocence

didatangkan 3 saiz botoldengan dengan harga runcit 370mL untuk RM5.85, 900mL untuk 10.90 dan 1.8L untuk RM20.90. Downy Parfum Collection mula dijual dan didapati dari pasaraya Giant berdekatan.

  • Tip memilih pasangan cara old style
  • Petang tunang dan malam pun tunang
  • Suamiku bukan Encik Sotong

Filed Under: advertorial

Reader Interactions

Comments

  1. Hannyabdullah says

    1st June 2014 at 11:00 pm

    Wahhh…sungguh asyik perkenalan anda berdua..:)

    Nampaknya Downy dah menggembalikan kenangan perkenalan buat anda ya..hehehe

    Reply
  2. Hafizul says

    27th May 2014 at 10:45 am

    Ohhh yang ni..tak pernah pakai lagi ni…leh cuba gak nanti..hehe

    Reply
  3. sweetkurma says

    25th May 2014 at 2:18 am

    hihi menarik gak cerita cinta azrin ni ya, dah 15 tahun masih wangiiiiii

    Reply
  4. suri says

    23rd May 2014 at 11:47 pm

    kalau ada rezeki stok simpanan dah habis kita nak beli uang oren sama kala hitam ini. ab kuat tak bau dia 🙂

    Reply
  5. Hero Borneo says

    23rd May 2014 at 2:05 pm

    tidak dapat dinafikan bau wangi..memang best untuk hidup ceria…semoga berbahgia selalu!

    Reply
  6. Sop says

    23rd May 2014 at 12:50 pm

    lama xpakai downy 🙂
    mmg best pakaian kalau bau wangi 🙂

    Reply
  7. suri says

    22nd May 2014 at 11:53 am

    antara pilihan yang terbaik wajib ada dalam setiap rumah

    Reply
  8. suri says

    22nd May 2014 at 11:40 am

    itu dia rahsia pertama sudah terbongkar 🙂 terusnya jadi minum air atau bawa si dia jalan-jalan cari kedai makan dekat luar

    Reply
  9. Manan Qayyim says

    21st May 2014 at 10:17 pm

    sekarang ni aku pakai downy dgn skali pencuci tu…
    senang skit….

    Reply
  10. Ammar says

    21st May 2014 at 9:29 pm

    Pasangan bahagia ni..

    Reply
  11. ema says

    21st May 2014 at 4:24 pm

    antara pewangi baju yang tahan lama wanginya..lebih suka warna hitam.

    Reply
  12. Hairul Hissam says

    21st May 2014 at 2:27 pm

    nie buat saya teringin nak beli satu….
    saya nie jenis malas nak pakai minyak wangi..
    so kalau ia terus menyerap pada baju ketika basuh.. tentu lebih mudah.. heee

    Reply
  13. Alin Marlini says

    21st May 2014 at 9:37 am

    ehem…ehem…smg kekal hingga jannah. Saya suka downy warna purple dan merah. Belum cuba yg baru ni….mesti harummmmm

    Reply
  14. Ismail N says

    21st May 2014 at 8:16 am

    Alhamdullilah biarpun kawin atas pilihan ibubapa tapi boleh stay lama sampai 15 tahun and counting. (Lebih kurang sama dengan kawe lah bro 😀 ) It just show yg paling penting adalah rasa tanggungjawab dan syukur pada yang esa dan cinta tu akan datang dengan sendirinya. Semoga terus ke anak cucu cicit bro.
    Btw, bila hang start bisness perfume ni? he he…

    Reply
  15. Nadot says

    21st May 2014 at 6:38 am

    waaaahhh…. romantik betul cerita cinta abm.. semoga berkekalan hingga ke syurga ye…
    suka juga kalau baju wangi…. kat sini kadang2 bila tak wangi, masuk balik dalam washing machine tambah pewangi banyak2. hehehe

    Reply
  16. Khadeejah Hasmad says

    21st May 2014 at 5:15 am

    Oh ingatkan ada special occasion pakai perfume. Huhu.

    Rupanya Downy. Menarik ya.

    Reply
  17. ciklaili.com says

    21st May 2014 at 2:56 am

    oh! baru tahu rahsia perkenalan anda & isteri. hihi!
    moga kekal bahagia hingga ke anak cucu. amin…

    * nak cuba jugalah downy parfum selepas ini

    Reply
  18. Denaihati says

    21st May 2014 at 12:15 am

    tu dia, romantik gambar ni bro…heeee. Downy memang wangilah…kalau jemur baju jiran sebelah rumah pun boleh terbau.

    Reply
    • akubiomed says

      21st May 2014 at 12:32 am

      Tiupan angin membawa bau wangi dari jemuran jiran sampai ke rumah.

      Reply
  19. wazy says

    21st May 2014 at 12:04 am

    Koleksi Downy parfum ni memang tersangat wangi , memang wajib guna kalau basuh baju 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      21st May 2014 at 12:29 am

      Bauan wangi dapat mengubah mood seseorang.

      Reply
  20. Shasha says

    20th May 2014 at 11:40 pm

    Memang bagus kalau wangi2 selalu. Ada jugak orang yang alah kepada bau yang wangi2 ni. Pening jadinya kalau wangi2 sangat tapi taklah ramai yang macam ni, cuma segelintir jer. 😉

    Reply
    • akubiomed says

      21st May 2014 at 12:23 am

      Downy Parfum produk keluaran terbaru ini mempunyai keunikkan dengan menghasilkan 2 bauan apabila fabrik berubah.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in