Filem Cuak mengimbau saat-saat hari bernikah
Kali ini dapat lagi tiket untuk menonton filem Cuak di TGV, One Utama. Memang hendak menonton filem kerana pelakon utamanya Ghafir Akhbar dan Dawn Cheong saya tidak kenal sebelum ini.
Filem Cuak di bintangi Ghafir Akhbar sebagai Adam dan Dawn Cheong sebagai Brenda adalah pelakon utama membintangi filem Cuak. Filem ini mengenai pasanga berlainan agama dan bangsa sedang menempuh sesuatu yang besar didalam kehidupan mereka dengan bakal bersatu sebagai pasangan suami isteri. Filem ini turut dibarisi Abdul Qahar Aqilah, Gavin Yap, Iedil Putra, Ash Nair, Ani Juliana Ibrahim, Patrick Teoh, Bernie Chan, Diong Chae Lian, Kuah Jen Han, Tony Eusoff, Craig Fong dan Corinne Adrienne.
‘Pasangan bertunang itu berdarah manis’
Semasa persediaan untuk hari pernikahan ada beberapa babak flash back memaparkan situasi yang berlaku kepada Adam dan Brenda. Antaranya Brenda adalah kawan baik kepada Nurul iaitu bekas kekasih kepada Adam sebelum mereka berpisah. Adam mempunyai abang(lakonan Tony Eusoff) berlainan ibu tidak dapat menerima kehadiran Brenda bakal adik ipar didalam kehidupan Adam kerana Brenda mempunyai iras bekas isterinya yang bernama Alex. Konflik Adam dan Brenda mengenai islam yang mana Brenda menerima Islam sepenuh sepenuh hati berbanding Adam yang dilahirkan sebagai seorang Islam. Ujian keluarga Brenda kepada Adam samada adalah calon yang sesuai adalah melucukan. Adam menyifatkan keluarga adalah aneh. Ada 5 babak dan diarahkan oleh 5 orang pengarah berlainan(Khairil M Bahar, Lim Benji, Manesh Nesaratnam, Tony Pietra dan Shamaine Othman).
Pasangan bertunang berdarah manis
Sudah lama saya tidak menonton filem seperti ini kali terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad untuk filem Sepet. Apabila menonton filem Cuak ini ia mengibau situasi yang hampir sama berlaku kepada saya iaitu tekanan dan dugaan apabila tarikh pernikahan semakin hampir. Sebab itu orang tua pernah kata, ‘Pasangan bertunang itu berdarah manis’ mudah sahaja merajuk hati dan melenting untuk isu kecil. Pada satu ketika akan timbul tekanan yang amat sangat dan berada dikedudukan keliru samada telah mengambil keputusan tepat untuk berkahwin. Terus terang saya menyukai filem Cuak ini dan bagi mereka yang bakal berkahwin dan sudah pun berkahwin boleh menonton filem Cuak ini kerana filem ini adalah refleksi kepada pasangan yang sudah bertunang atau sudah melepasi fasa bertunang.
Trailer filem Cuak
AkuBiomed: Tentu berasa debar dan cuak apabila tarikh pernikahan semakin menghampiri.
agaknya kalau dapat kami yang jauh macam mana nak pergi uh..buat boleh di kl tonton wayang susah juga
ble tahan juga jalan cerita filem cuak ni
tgk trailer macam best cerita nih…
awal-awal ingat filem seram komedi…heee. nampak macam best je ni…
tengok pun ada rasa cuak, tp part yg gaduh tu nmpk x best jer
dah lama xtgk wayang citer melayu 🙁
samalah dengan saya asyik beli jer kerjanya heee
rajin pulak bro join contest diorang skang nie yea…. anyway filem nie kalau tak silap lebih kurang gaya filem KOLUMPO…. satu filem ada beberapa cerita
Hari Selasa menonton filem The Monuments Men pula. 🙂
Cemana boleh dpt tiket tu. Ce cerita…
Saya menang contest sebenarnya. 🙂
saya ingat saya nak cuba nasib mana tahu dapat pula heee..
saya geram temgok ab asyik dapat sahaja tiket free
Macam best juga citer ni
Seronok untuk di tonton boleh mengimbau saat-saat menghampiri hari pernikahan.
tengok tajuk rasa macam cuak je nak tengok hehehe
Tak adalah sampai cuak untuk menonton. 🙂
ermmm..baca sinopsis tu nampak jalan ceritanya penuh konflik….
Menarik untuk menonton bersama oleh suami dan isteri.