Awas suami untuk pembacaan oleh isteri sahaja

Tidak tahan tabiat buruk suami

SEUMPAMA laut yang ada pasang surutnya, begitu juga hubungan suami isteri, pasti ada berlaku perselisihan faham.

Suami menerima leteran isteriJusteru untuk memastikan agar perhubungan ini sentiasa berjalan dengan aman, pihak suami mahupun isteri perlu saling faham-memahami dan tidak melakukan apa yang tidak disukai oleh pasangannya.

Sebagai contoh misalnya, ada si suami yang pada masa bujangnya suka melakukan suatu tabiat atau amalan yang buruk sehingga terbawa-bawa ke alam rumah tangga, mengakibatkan pasangannya tidak tahan dengan sikapnya.

Kalau setakat sekali dua tidak mengapa, tetapi sekiranya tabiat tidak baik itu dilakukan setiap hari, sudah tentu membuatkan pasangannya tidak senang duduk, berlaku leteran, bebelan dan akhirnya mengundang ke punca perbalahan yang teruk.

Kali ini kita melihat apakah tabiat suami yang tidak disukai oleh isterinya.

Kurang pembersih

Suami meninggalkan bilik mandi dengan pelbagai barangan buangan tanpa dibersihkan. Sebenarnya tidak dapat dibayangkan bagaimana seseorang itu tidak mengendahkan kebersihan di dalam tandas di rumahnya sendiri dengan tidak mengepam tandas selepas menggunakannya. Apatah lagi untuk meringankan tulang membersihkan tandas. Itu jauh panggang dari apilah…

Lama dalam bilik mandi

Ada suami yang merokok, membaca surat khabar dan majalah dalam bilik mandi tanpa mengendahkan perasaan isteri yang juga mahu menggunakan bilik air. Biarpun nampaknya perkara seperti ini bukanlah satu masalah yang besar namun ia tetap membuatkan hati isteri terbuku geram.

Tuala basah atas katil

 Ini adalah masalah yang selalu dilakukan oleh suami yang pastinya akan disudahkan oleh isterinya dengan seolah-olah sengaja memberitahu, sebaik sahaja dia bersiap: ”Isteri ku tolonglah sidai tuala yang kugunakan”.

Baju kotor merata tempat

Selepas balik kerja, suami dengan sengaja menanggalkan bajunya dan meninggalkan atas di sofa, atas lantai, atas baju yang telah siap dibasuh atau di mana sahaja sesuka hatinya dan mengharapkan isteri yang akan mengutip pakaian kotor itu nanti.

Isteri Queen Control suami

Suami gelojoh

Suami makan cepat-cepat dan tertumpahkan makanan di serata tempat dan dia tiada masa untuk mengelap atau mengemaskannya semula. Jadi sebagai isteri kita yang akan menjadi tukang lap apa sahaja yang tertumpah seolah-olah memberi makan kepada anak kecil.

Tak beri jawapan tepat

Apabila diajukan soalan seperti bila abang akan pulang, jawapan yang diberikan acuh tidak acuh sahaja. Ini pastinya mendatangkan masalah apabila si isteri mula mengesyaki sesuatu dan menimbulkan hubungan tidak percaya dalam rumah tangga.

Stokin busuk merata

Stokin busuknya tidak dikeluarkan dari kasut atau dibaling ke bawah almari menyebabkan bau yang tidak enak dalam rumah. Bila ditanya di mana stokin, jawapannya: ”Tidak tahu. Stokin ada dalam mesin basuh.”

Pelupa

Biarpun seberapa banyak salinan kunci telah dilakukan, suami asyik menghilangkan kuncinya dan menghilangkan pula kunci yang dipinjam dari isterinya. Bukan setakat kunci malah barang-barang kecil lain juga suami boleh lupa di mana diletakkannya yang boleh menyebabkan isteri naik angin.

Pengotor

Suami merokok di dalam bilik tertutup dengan abu rokok bersepah-sepah atau ‘ditadah’ dalam gelas, mangkuk kesayangan isteri atau pinggan kaca yang perlu dibasuh semula.

Membantu ‘mengecahkan’ dapur

Suami menyatakan ingin membantu di dapur tetapi pasti pada akhirnya akan bertukar menjadi satu mimpi buruk apabila dia hanya ‘membantu’ memasak dan tidak pernah kata dia akan membantu untuk ‘membersihkan’ dapur yang disepahkannya.

artikel ini disalin daripada artikel asal Utusan Malaysia Online 10 Apr 2012

p/s: Ada tak ciri-ciri ini pada pasangan anda?

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Hafizul October 31, 2012 at 8:06 am

    Hehe..ada satu dua perkara yang biasa sy buat dan dah jadi tabiat kot..hehe..sedap lagu ni./layan,,,,

  • incik April 19, 2012 at 2:46 am

    yess betul. lelaki ni bila duduk bujang, lagi terserlah kebujangannya dengan beberapa sikap yang di atas. ghehe
    incik recently posted..Tempat paling senyap di duniaMy Profile

  • Nur April 18, 2012 at 4:55 am

    Oh sememangnya semua sikap2 yang tercatat di atas bukan ciri2 yang ada pada suami saya.. Dia sangat pembersih, kemas & cermat.. :)

  • Nisa April 17, 2012 at 11:39 am

    Oh my Gooooood, I have to agree with all the rest, except for the smoking (my Dad and brother tak hisap). But gosh! Semuanya sesuai untuk mereka…

  • Luqman Hakim April 17, 2012 at 1:22 am

    haha betul apa yg bro tulis tu, saya paling tak suka wanita yg duk lam tandas lama…haiz..macam dia sorang je duk atas rumah tu..

  • hafizmd April 16, 2012 at 2:42 pm

    Mmg akan ada jugak 1-2 yg terbuat, tapi tidaklah sampai wife bising2…

    Maklumlah, nak tunjuk contoh yg baik utk anak2..kita yg kena buat dulu benda2 baik ni… =)
    hafizmd recently posted..Bagaimana nak jadi lebih kacak dan anggun?My Profile

  • Norasikin April 15, 2012 at 10:39 pm

    Saya tak suka org yg buat kerja tak siap sepenuhnya. Dah makan tak basuh pinggan. Bukak tv lepastu tinggal mcm tu je dan byk lagi. Mcm buang air tak pandai nak cebok

  • Jena April 15, 2012 at 2:41 pm

    tgk.. kesiankan pompuan..huhu

  • chii April 15, 2012 at 1:12 pm

    hehehe…org2 lelaki kena take note ni.

    mcm adik2 laki chii sendiri. setiap satu ada sikap/tabiat yg kurang menyenangkan. mcm yg 1st, agak malas untuk mengemas tmpat tdo bila da bgn.Merokok plak, ikut dan je.Then puntung rokok,xyah cite la.Pastu kalau bersiap untuk kemana2.Memang lama,mengalahkan perempuan

    adik laki 2nd, merokok di merata2.

    adik laki last, suka sendawa kuat.Adoiyaii.Sangat tidak sopan.Tapi nasib baik awek leh terima dia seadanya.

    tapi apa pun,pada chii,setiap orang tu ada kelemahan masing2 kan.Kena paksa terima jua la walaupun kadang2 makan hati.ehehe..

    okeh…stop komen.Nanti da kawen baru leh komen lgi :p

    • hafizmd April 16, 2012 at 2:35 pm

      hehehehe…nice komenlah chii…

      p/s-nak tunggu komen chii yg dah berkahwin pulak….lalallalala

  • izwanyusof April 15, 2012 at 3:21 am

    semua pasal kebersihan je ni.. haha.. kat kampus pn ramai merokok dalam toilet,nak mandi pun tak senang..
    izwanyusof recently posted..Buat Sebaran Beretika Berita Gempa Bumi 11 April SumateraMy Profile

    • hafizmd April 16, 2012 at 2:35 pm

      itu saje tempat ‘selamat’ utk perokok…kesian….

  • Jebeng Otai™ April 15, 2012 at 1:53 am

    kebanyakkan nya dari merokok..aku sendiri pon bengang bila rakan2 merokok dlm tandas..nk2 time emergency..huhu
    Jebeng Otai™ recently posted..Pendidikan Percuma : Impian atau Kenyataan ?My Profile

  • Mus April 14, 2012 at 10:39 pm

    asam garam berumahtangga..
    kena saling memahami
    Mus recently posted..Nasi Kuning Berlauk Sarapan Istimewa Orang SabahMy Profile

  • tehr April 14, 2012 at 9:33 pm

    aku suami kacak yang tak selalu buat semua tu
    kadang2 tu ada la
    hahaha
    tehr recently posted..Kelantan vs T-Team | Liga Super 2012My Profile

  • titan April 14, 2012 at 9:11 pm

    aku suka lagu lazy song ni. haha..

  • segalabenda April 14, 2012 at 8:07 pm

    si suami kena la berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya..tapi si isteri pun kene redho jugaklah bila dah dapat suami jenis macam tu hehehe

    • akubiomed April 14, 2012 at 10:33 pm

      Si suami perlu ada usaha untuk menjadi lebih baik. :-)

  • iza April 14, 2012 at 7:02 pm

    Assalam..
    Memang betul pun…paling tak suka bila masuk dapur. Lepas tolong masak, bukan tolong nak kemas pun…tapi tak boleh nak berleter membebel nanti suami serik nak masak, tak dapat la nak rasa kelainan masakan…

    • akubiomed April 14, 2012 at 10:33 pm

      Pandai mengatur strategi. :-)

    • Nazri June 23, 2012 at 2:31 am

      ini memang keistmewaan kaum lelaki apabila lepas makan.. perut lelaki perlu direst utk digest

  • Wan Gerrard April 14, 2012 at 6:07 pm

    kena ubah la ni sebelum nak kahwin nt hehe
    Wan Gerrard recently posted..Suarez: Saya Akan Bantu Liverpool ke Perlawanan Akhir FA CupMy Profile

    • akubiomed April 14, 2012 at 10:34 pm

      Masa bercinta manalah tahu perangan pasangan masing-masing apabila sudah nikah dan duduk bersama baru tahu ‘true color’ masing-masing. Eloklah sifat negatif mula dibuang walaupun sudah menjadi sebati.

  • papa mifz April 14, 2012 at 5:13 pm

    bab pelupo tuh yer la…biaso terjadi pado den…huhu

    • akubiomed April 14, 2012 at 10:35 pm

      Bro terminum air ada semut kot. :-)

  • Ummi Hanie April 14, 2012 at 4:24 pm

    mungkin tabiat sang suami kan manja dgn isteri… kalau begini sesekala tak mengapalah, kalau berlarutan, harus juga kena ‘sound’ :p

  • budakserius April 14, 2012 at 3:02 pm

    Huhu.baca majalah ,merokok dalam bilik air.HAHA
    budakserius recently posted..Pesara Makan Makan Gaji Buta Selama 14 TahunMy Profile

    • akubiomed April 14, 2012 at 10:35 pm

      Macam pernah buat sahaja. :-)

    • chii April 15, 2012 at 1:17 pm

      chii rasa, tabiat ni mmg ramai org laki buat.merokok dlm toilet. adik2 semua sama je :D

  • Hasni April 14, 2012 at 12:36 pm

    Kalau hati da sayang,mcam mane pun terima jer…
    Hasni recently posted..Tanda-Tanda Lelaki Jatuh CintaMy Profile

    • akubiomed April 14, 2012 at 10:36 pm

      Betul setuju. Kalau sudah sayang kentut pun berbau wangi. :-)

  • pipoq April 14, 2012 at 11:38 am

    tu sebab sebelum melangkah ke alam rumahtangga perlu ada persediaan mental yang kuat..cuma kalau ada yang teruk gitu jugak tak reti nak berubah2, memang nak kena lepuk je ngan kuali..hehehe

  • puanbee April 14, 2012 at 11:16 am

    Semua ni ada , tapi tk pe .. tk kisah pun ..

    • Ummi Hanie April 14, 2012 at 4:24 pm

      isteri mithali ;)

      kalau dah cinta kan… hehehe

      • puanbee April 14, 2012 at 6:09 pm

        bagi sy le , lelaki mcm ni tak pe , asalkan rajin kerja .. huhu kalau perempuan tk boleh .. lingkup rumah tangga , mesti sorang rajin mengemas segala , sorang rajin cari duit .. tk boleh nak perfect jek .. manusia mana ada yg sempurna

    • akubiomed April 14, 2012 at 10:37 pm

      Puan Bee seorang sabar dan tabah. Belum lagi melayan kerenah anak dara yang ramai tuh.

      • puanbee April 14, 2012 at 10:54 pm

        eh lupa nak cakap , rokok tu tk de ..sy pantang tengok dia merokok , rumah adalah zone tk boleh merokok , sy memang tegas benda ni ..tk suka lah ..huhuhu

        • akubiomed April 14, 2012 at 10:57 pm

          Oh dekat rumah adalah zon larangan merokok. :-)

        • hafizmd April 16, 2012 at 2:40 pm

          contoh teladan yg bagus utk semua isteri ambil….

          buatkan zon larangan merokok…mula2 kat rumah, pastu dalam kereta, pastu kat tempat makan…moga2 last2…dia dah tensen..terus tak merokok =)
          hafizmd recently posted..Bagaimana nak jadi lebih kacak dan anggun?My Profile

  • auc April 14, 2012 at 10:47 am

    dah kawin tu
    hilang semua yg buruk ni
    kalau x berubah jugak, camner nak jg anak orang wehhh

    • akubiomed April 14, 2012 at 10:38 pm

      Mana tabiat tidak baik ketika bujang perlu ditinggal apabila melangkah ke alam perkahwinan.

  • apaajanews April 14, 2012 at 9:53 am

    kalau tak ada nia nak berubah selepas berkahwin …memang susah nak padamkan bad habit
    apaajanews recently posted..PAMERAN DSA 2012My Profile

    • akubiomed April 14, 2012 at 10:39 pm

      Memang ada tabiat buruk sudah menjadi sebati perlu juga berusaha untuk berubah.

  • Dulu Lain Sekarang Lain April 14, 2012 at 7:33 am

    Err bro, ada gak isteri yg pengotor, pemalas etc. zaman nie he.. he… Dah kawin terima lah SEADAnya (rujuk lirik Ombak Rindu) :D

    • akubiomed April 14, 2012 at 9:25 am

      Bila sudah berpasangandan hidup bersama perangai negatif perlu dibuang dan tidak boleh terbawa-bawa perangai ketika bujang. Betul tak bro? :-)

  • azura April 14, 2012 at 6:44 am

    susah nak jawab

    • akubiomed April 14, 2012 at 9:25 am

      Kenapa susah hendak jawab?

  • rahman April 14, 2012 at 2:59 am

    haha.. kesian kepada isteri yg dapat suami macam tu.. tapi kebanyakan suami sekarang rajin rajin belaka :)

    • akubiomed April 14, 2012 at 9:26 am

      Kalau suami yang bertanggungjawap tak apa jangan yang culas. :-)

    • Kak Long Mawar Merah April 14, 2012 at 10:27 am

      hahaha… setuju sangat….. suami sekarang kebanyakannya dah rajin-rajin belaka. Dan memang kasihan pada isteri, kalau ‘ter’dapat suami yang ada banyak perangai seperti di dalam artikel tu. Kalau ada salah satu tu, adatlah, mana ada manusia yang sempurna. Lagipun perkara-perkara macam itu lah yang bantu isteri cari pahala bantu melakukan tugas berkenaan dengan redho… :wink:

  • Yas April 14, 2012 at 1:16 am

    Ha3x!!! Kesimpulan bg kesemua perkara diatas ialah…suami jenih pemalas nih….jgn turun sifat tu ke anak2 udahhhhh…
    Yas recently posted..Bekas Anggota TLDM Bakal Bukukan Pengalaman 72 Jam Terapung DiLautMy Profile

  • b3njy April 14, 2012 at 1:00 am

    Ni kena cepat berubah ni kalau tak nanti anak2 tiru pula perangai abah dia …. hahahaha :D
    b3njy recently posted..MALAYSIA VS SRI LANGKA 28 APRIL 2012 – PELUANG PERBAIKI RANKING FIFAMy Profile

  • b3njy April 14, 2012 at 12:59 am

    Hahahaha …. macam ada 1 – 2 yang kena kat Benjy tu …. aduhhh ! aduhhh! pedasnya ….. hehehehe :D
    b3njy recently posted..MALAYSIA VS SRI LANGKA 28 APRIL 2012 – PELUANG PERBAIKI RANKING FIFAMy Profile

    • akubiomed April 14, 2012 at 1:23 am

      Kena ubah tuh bro jadi suami yang ringan tulang dan bukan berat tulang. :-)

  • Ammar April 14, 2012 at 12:55 am

    Saya bukan Isteri. Hohohoho. Lagu yang last tu best. Hehehe

  • azmanisma April 14, 2012 at 12:42 am

    he3…dulu masa bujang ada lah..skrang dah tak ada..

  • paksu April 14, 2012 at 12:39 am

    macam macam karenah … rumahtangga..
    paksu recently posted..CASH DEPOSIT MACHINE – CARA GUNA JIKA MASALAH MASUK WANG KE MESINMy Profile

    • akubiomed April 14, 2012 at 9:27 am

      Asam garam rumahtangga. Berkahwin bukan untuk sehari dua hari sahaja tapi untuk tempoh jangka masa panjang.