• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Awas suami untuk pembacaan oleh isteri sahaja

Awas suami untuk pembacaan oleh isteri sahaja

14th April 2012 by akubiomed 68 Comments

Tidak tahan tabiat buruk suami

SEUMPAMA laut yang ada pasang surutnya, begitu juga hubungan suami isteri, pasti ada berlaku perselisihan faham.

Justeru untuk memastikan agar perhubungan ini sentiasa berjalan dengan aman, pihak suami mahupun isteri perlu saling faham-memahami dan tidak melakukan apa yang tidak disukai oleh pasangannya.

Sebagai contoh misalnya, ada si suami yang pada masa bujangnya suka melakukan suatu tabiat atau amalan yang buruk sehingga terbawa-bawa ke alam rumah tangga, mengakibatkan pasangannya tidak tahan dengan sikapnya.

Kalau setakat sekali dua tidak mengapa, tetapi sekiranya tabiat tidak baik itu dilakukan setiap hari, sudah tentu membuatkan pasangannya tidak senang duduk, berlaku leteran, bebelan dan akhirnya mengundang ke punca perbalahan yang teruk.

Kali ini kita melihat apakah tabiat suami yang tidak disukai oleh isterinya.

Kurang pembersih

Suami meninggalkan bilik mandi dengan pelbagai barangan buangan tanpa dibersihkan. Sebenarnya tidak dapat dibayangkan bagaimana seseorang itu tidak mengendahkan kebersihan di dalam tandas di rumahnya sendiri dengan tidak mengepam tandas selepas menggunakannya. Apatah lagi untuk meringankan tulang membersihkan tandas. Itu jauh panggang dari apilah…

Lama dalam bilik mandi

Ada suami yang merokok, membaca surat khabar dan majalah dalam bilik mandi tanpa mengendahkan perasaan isteri yang juga mahu menggunakan bilik air. Biarpun nampaknya perkara seperti ini bukanlah satu masalah yang besar namun ia tetap membuatkan hati isteri terbuku geram.

Tuala basah atas katil

 Ini adalah masalah yang selalu dilakukan oleh suami yang pastinya akan disudahkan oleh isterinya dengan seolah-olah sengaja memberitahu, sebaik sahaja dia bersiap: ”Isteri ku tolonglah sidai tuala yang kugunakan”.

Baju kotor merata tempat

Selepas balik kerja, suami dengan sengaja menanggalkan bajunya dan meninggalkan atas di sofa, atas lantai, atas baju yang telah siap dibasuh atau di mana sahaja sesuka hatinya dan mengharapkan isteri yang akan mengutip pakaian kotor itu nanti.

Suami gelojoh

Suami makan cepat-cepat dan tertumpahkan makanan di serata tempat dan dia tiada masa untuk mengelap atau mengemaskannya semula. Jadi sebagai isteri kita yang akan menjadi tukang lap apa sahaja yang tertumpah seolah-olah memberi makan kepada anak kecil.

Tak beri jawapan tepat

Apabila diajukan soalan seperti bila abang akan pulang, jawapan yang diberikan acuh tidak acuh sahaja. Ini pastinya mendatangkan masalah apabila si isteri mula mengesyaki sesuatu dan menimbulkan hubungan tidak percaya dalam rumah tangga.

Stokin busuk merata

Stokin busuknya tidak dikeluarkan dari kasut atau dibaling ke bawah almari menyebabkan bau yang tidak enak dalam rumah. Bila ditanya di mana stokin, jawapannya: ”Tidak tahu. Stokin ada dalam mesin basuh.”

Pelupa

Biarpun seberapa banyak salinan kunci telah dilakukan, suami asyik menghilangkan kuncinya dan menghilangkan pula kunci yang dipinjam dari isterinya. Bukan setakat kunci malah barang-barang kecil lain juga suami boleh lupa di mana diletakkannya yang boleh menyebabkan isteri naik angin.

Pengotor

Suami merokok di dalam bilik tertutup dengan abu rokok bersepah-sepah atau ‘ditadah’ dalam gelas, mangkuk kesayangan isteri atau pinggan kaca yang perlu dibasuh semula.

Membantu ‘mengecahkan’ dapur

Suami menyatakan ingin membantu di dapur tetapi pasti pada akhirnya akan bertukar menjadi satu mimpi buruk apabila dia hanya ‘membantu’ memasak dan tidak pernah kata dia akan membantu untuk ‘membersihkan’ dapur yang disepahkannya.

artikel ini disalin daripada artikel asal Utusan Malaysia Online 10 Apr 2012

p/s: Ada tak ciri-ciri ini pada pasangan anda?

Sila tekan butang kongsi:

  • Gaji pegawai kerajaan wajib serah kepada isteri
  • Suamiku bukan Encik Sotong
  • Apa lelaki mahu dan apa wanita nak

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. Hafizul says

    31st October 2012 at 8:06 am

    Hehe..ada satu dua perkara yang biasa sy buat dan dah jadi tabiat kot..hehe..sedap lagu ni./layan,,,,

    Reply
  2. incik says

    19th April 2012 at 2:46 am

    yess betul. lelaki ni bila duduk bujang, lagi terserlah kebujangannya dengan beberapa sikap yang di atas. ghehe

    Reply
  3. Nur says

    18th April 2012 at 4:55 am

    Oh sememangnya semua sikap2 yang tercatat di atas bukan ciri2 yang ada pada suami saya.. Dia sangat pembersih, kemas & cermat.. 🙂

    Reply
  4. Nisa says

    17th April 2012 at 11:39 am

    Oh my Gooooood, I have to agree with all the rest, except for the smoking (my Dad and brother tak hisap). But gosh! Semuanya sesuai untuk mereka…

    Reply
  5. Luqman Hakim says

    17th April 2012 at 1:22 am

    haha betul apa yg bro tulis tu, saya paling tak suka wanita yg duk lam tandas lama…haiz..macam dia sorang je duk atas rumah tu..

    Reply
  6. hafizmd says

    16th April 2012 at 2:42 pm

    Mmg akan ada jugak 1-2 yg terbuat, tapi tidaklah sampai wife bising2…

    Maklumlah, nak tunjuk contoh yg baik utk anak2..kita yg kena buat dulu benda2 baik ni… =)

    Reply
  7. Norasikin says

    15th April 2012 at 10:39 pm

    Saya tak suka org yg buat kerja tak siap sepenuhnya. Dah makan tak basuh pinggan. Bukak tv lepastu tinggal mcm tu je dan byk lagi. Mcm buang air tak pandai nak cebok

    Reply
  8. Jena says

    15th April 2012 at 2:41 pm

    tgk.. kesiankan pompuan..huhu

    Reply
  9. chii says

    15th April 2012 at 1:12 pm

    hehehe…org2 lelaki kena take note ni.

    mcm adik2 laki chii sendiri. setiap satu ada sikap/tabiat yg kurang menyenangkan. mcm yg 1st, agak malas untuk mengemas tmpat tdo bila da bgn.Merokok plak, ikut dan je.Then puntung rokok,xyah cite la.Pastu kalau bersiap untuk kemana2.Memang lama,mengalahkan perempuan

    adik laki 2nd, merokok di merata2.

    adik laki last, suka sendawa kuat.Adoiyaii.Sangat tidak sopan.Tapi nasib baik awek leh terima dia seadanya.

    tapi apa pun,pada chii,setiap orang tu ada kelemahan masing2 kan.Kena paksa terima jua la walaupun kadang2 makan hati.ehehe..

    okeh…stop komen.Nanti da kawen baru leh komen lgi :p

    Reply
    • hafizmd says

      16th April 2012 at 2:35 pm

      hehehehe…nice komenlah chii…

      p/s-nak tunggu komen chii yg dah berkahwin pulak….lalallalala

      Reply
  10. izwanyusof says

    15th April 2012 at 3:21 am

    semua pasal kebersihan je ni.. haha.. kat kampus pn ramai merokok dalam toilet,nak mandi pun tak senang..

    Reply
    • hafizmd says

      16th April 2012 at 2:35 pm

      itu saje tempat ‘selamat’ utk perokok…kesian….

      Reply
  11. Jebeng Otai™ says

    15th April 2012 at 1:53 am

    kebanyakkan nya dari merokok..aku sendiri pon bengang bila rakan2 merokok dlm tandas..nk2 time emergency..huhu

    Reply
  12. Mus says

    14th April 2012 at 10:39 pm

    asam garam berumahtangga..
    kena saling memahami

    Reply
  13. tehr says

    14th April 2012 at 9:33 pm

    aku suami kacak yang tak selalu buat semua tu
    kadang2 tu ada la
    hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 10:29 pm

      Bro ini dikira suami yang mithali lah nih. 🙂

      Reply
    • hafizmd says

      16th April 2012 at 2:36 pm

      hehee…pengalaman dah lama…mestilah lagi kacak berbanding ktia…betul tak cikgu? terbaik!

      Reply
    • Nazri says

      23rd June 2012 at 2:28 am

      kadang2 isteri perlu diuji utk tgk kecomelan mereka ketika marah

      Reply
  14. titan says

    14th April 2012 at 9:11 pm

    aku suka lagu lazy song ni. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 10:32 pm

      Saya pun suka lagu ini tetapi tidaklah berperangai malas.

      Reply
  15. segalabenda says

    14th April 2012 at 8:07 pm

    si suami kena la berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya..tapi si isteri pun kene redho jugaklah bila dah dapat suami jenis macam tu hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 10:33 pm

      Si suami perlu ada usaha untuk menjadi lebih baik. 🙂

      Reply
  16. iza says

    14th April 2012 at 7:02 pm

    Assalam..
    Memang betul pun…paling tak suka bila masuk dapur. Lepas tolong masak, bukan tolong nak kemas pun…tapi tak boleh nak berleter membebel nanti suami serik nak masak, tak dapat la nak rasa kelainan masakan…

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 10:33 pm

      Pandai mengatur strategi. 🙂

      Reply
    • Nazri says

      23rd June 2012 at 2:31 am

      ini memang keistmewaan kaum lelaki apabila lepas makan.. perut lelaki perlu direst utk digest

      Reply
  17. Wan Gerrard says

    14th April 2012 at 6:07 pm

    kena ubah la ni sebelum nak kahwin nt hehe

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 10:34 pm

      Masa bercinta manalah tahu perangan pasangan masing-masing apabila sudah nikah dan duduk bersama baru tahu ‘true color’ masing-masing. Eloklah sifat negatif mula dibuang walaupun sudah menjadi sebati.

      Reply
  18. papa mifz says

    14th April 2012 at 5:13 pm

    bab pelupo tuh yer la…biaso terjadi pado den…huhu

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 10:35 pm

      Bro terminum air ada semut kot. 🙂

      Reply
  19. Ummi Hanie says

    14th April 2012 at 4:24 pm

    mungkin tabiat sang suami kan manja dgn isteri… kalau begini sesekala tak mengapalah, kalau berlarutan, harus juga kena ‘sound’ :p

    Reply
  20. budakserius says

    14th April 2012 at 3:02 pm

    Huhu.baca majalah ,merokok dalam bilik air.HAHA

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 10:35 pm

      Macam pernah buat sahaja. 🙂

      Reply
    • chii says

      15th April 2012 at 1:17 pm

      chii rasa, tabiat ni mmg ramai org laki buat.merokok dlm toilet. adik2 semua sama je 😀

      Reply
      • hafizmd says

        16th April 2012 at 2:37 pm

        hadoi..payah jugak kalau merokok ni..nasib baik jugak, semua lelaki dalam keluarga saye ni tak merokok..

        Reply
  21. Hasni says

    14th April 2012 at 12:36 pm

    Kalau hati da sayang,mcam mane pun terima jer…

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 10:36 pm

      Betul setuju. Kalau sudah sayang kentut pun berbau wangi. 🙂

      Reply
  22. pipoq says

    14th April 2012 at 11:38 am

    tu sebab sebelum melangkah ke alam rumahtangga perlu ada persediaan mental yang kuat..cuma kalau ada yang teruk gitu jugak tak reti nak berubah2, memang nak kena lepuk je ngan kuali..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 10:36 pm

      Lepuk dengan kuali. Ha..haa…

      Reply
      • hafizmd says

        16th April 2012 at 2:39 pm

        kalau tak jalan jugak…lepuk ngn senduk pulak…

        p.s-“please, don’t try this at home”….ahhahaa

        Reply
  23. puanbee says

    14th April 2012 at 11:16 am

    Semua ni ada , tapi tk pe .. tk kisah pun ..

    Reply
    • Ummi Hanie says

      14th April 2012 at 4:24 pm

      isteri mithali 😉

      kalau dah cinta kan… hehehe

      Reply
      • puanbee says

        14th April 2012 at 6:09 pm

        bagi sy le , lelaki mcm ni tak pe , asalkan rajin kerja .. huhu kalau perempuan tk boleh .. lingkup rumah tangga , mesti sorang rajin mengemas segala , sorang rajin cari duit .. tk boleh nak perfect jek .. manusia mana ada yg sempurna

        Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 10:37 pm

      Puan Bee seorang sabar dan tabah. Belum lagi melayan kerenah anak dara yang ramai tuh.

      Reply
      • puanbee says

        14th April 2012 at 10:54 pm

        eh lupa nak cakap , rokok tu tk de ..sy pantang tengok dia merokok , rumah adalah zone tk boleh merokok , sy memang tegas benda ni ..tk suka lah ..huhuhu

        Reply
        • akubiomed says

          14th April 2012 at 10:57 pm

          Oh dekat rumah adalah zon larangan merokok. 🙂

          Reply
        • hafizmd says

          16th April 2012 at 2:40 pm

          contoh teladan yg bagus utk semua isteri ambil….

          buatkan zon larangan merokok…mula2 kat rumah, pastu dalam kereta, pastu kat tempat makan…moga2 last2…dia dah tensen..terus tak merokok =)

          Reply
  24. auc says

    14th April 2012 at 10:47 am

    dah kawin tu
    hilang semua yg buruk ni
    kalau x berubah jugak, camner nak jg anak orang wehhh

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 10:38 pm

      Mana tabiat tidak baik ketika bujang perlu ditinggal apabila melangkah ke alam perkahwinan.

      Reply
  25. apaajanews says

    14th April 2012 at 9:53 am

    kalau tak ada nia nak berubah selepas berkahwin …memang susah nak padamkan bad habit

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 10:39 pm

      Memang ada tabiat buruk sudah menjadi sebati perlu juga berusaha untuk berubah.

      Reply
  26. Dulu Lain Sekarang Lain says

    14th April 2012 at 7:33 am

    Err bro, ada gak isteri yg pengotor, pemalas etc. zaman nie he.. he… Dah kawin terima lah SEADAnya (rujuk lirik Ombak Rindu) 😀

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 9:25 am

      Bila sudah berpasangandan hidup bersama perangai negatif perlu dibuang dan tidak boleh terbawa-bawa perangai ketika bujang. Betul tak bro? 🙂

      Reply
  27. azura says

    14th April 2012 at 6:44 am

    susah nak jawab

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 9:25 am

      Kenapa susah hendak jawab?

      Reply
  28. rahman says

    14th April 2012 at 2:59 am

    haha.. kesian kepada isteri yg dapat suami macam tu.. tapi kebanyakan suami sekarang rajin rajin belaka 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 9:26 am

      Kalau suami yang bertanggungjawap tak apa jangan yang culas. 🙂

      Reply
    • Kak Long Mawar Merah says

      14th April 2012 at 10:27 am

      hahaha… setuju sangat….. suami sekarang kebanyakannya dah rajin-rajin belaka. Dan memang kasihan pada isteri, kalau ‘ter’dapat suami yang ada banyak perangai seperti di dalam artikel tu. Kalau ada salah satu tu, adatlah, mana ada manusia yang sempurna. Lagipun perkara-perkara macam itu lah yang bantu isteri cari pahala bantu melakukan tugas berkenaan dengan redho… 😉

      Reply
  29. Yas says

    14th April 2012 at 1:16 am

    Ha3x!!! Kesimpulan bg kesemua perkara diatas ialah…suami jenih pemalas nih….jgn turun sifat tu ke anak2 udahhhhh…

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 1:19 am

      Memang tidak bagus kalau dapat suami pemalas. 🙁

      Reply
  30. b3njy says

    14th April 2012 at 1:00 am

    Ni kena cepat berubah ni kalau tak nanti anak2 tiru pula perangai abah dia …. hahahaha 😀

    Reply
  31. b3njy says

    14th April 2012 at 12:59 am

    Hahahaha …. macam ada 1 – 2 yang kena kat Benjy tu …. aduhhh ! aduhhh! pedasnya ….. hehehehe 😀

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 1:23 am

      Kena ubah tuh bro jadi suami yang ringan tulang dan bukan berat tulang. 🙂

      Reply
  32. Ammar says

    14th April 2012 at 12:55 am

    Saya bukan Isteri. Hohohoho. Lagu yang last tu best. Hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 1:20 am

      Aiks, macam mana pula lelaki yang terawal baca mengenai entri ini. 🙂

      Reply
  33. azmanisma says

    14th April 2012 at 12:42 am

    he3…dulu masa bujang ada lah..skrang dah tak ada..

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 1:21 am

      Sekarang ini menjadi bapa mithali. 🙂

      Reply
  34. paksu says

    14th April 2012 at 12:39 am

    macam macam karenah … rumahtangga..

    Reply
    • akubiomed says

      14th April 2012 at 9:27 am

      Asam garam rumahtangga. Berkahwin bukan untuk sehari dua hari sahaja tapi untuk tempoh jangka masa panjang.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Bil Air Syabas Hanya Terima Pembayaran Dari JomPay

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in