• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Apa lelaki mahu dan apa wanita nak

Apa lelaki mahu dan apa wanita nak

14th February 2014 by akubiomed 55 Comments

Kehidupan berubah 360 selepas berumahtangga

Kehidupan semasa bujang dan selepas berkahwin akan berubah. Sudah tentu kehidupan selepas berumahtangga akan berubah 360 darjah. Tidak kira ia lelaki atau wanita akan cuba menyesuaikan dengan kehidupan baru dengan bersama.

Semalam saya pergi menonton pratonton filem Cuak di TGV, One Utama. Filem berkisarkan pasangan muda berlainan latarbelakang agama dan bangsa bakal bersatu sebagai suami isteri.

Debaran menerima lamaran

Setiap pasangan kekasih akhirnya akan buat keputusan besar didalam kehidupan mereka untuk hidup se-mati sebagai suami isteri. Melangkah ke alam rumahtangga adalah satu komitment besar bagi seorang lelaki dan wanita. Nampak seperti mudah sahaja saat hendak melamarkan pasangan wanita tetapi didalam hati seorang lelaki penuh debaran dengan perasan bercampur baur. Hanya ada 2 jawapan yang bakal diberikan oleh pasangan wanita samada Ya menerima lamaran tersebut atau tidak untuk beri masa untuk berfikir. Mendapat jawapan kedua adalah bukanlah satu opsyen yang digemari oleh lelaki. Sebagai seorang lelaki sukar mengerti mengapa wanita menolak lamaran tersebut meletakkan lelaki didalam situasi kebingungan.

“Ayat-ayat power memujuk pasangan”

Wanita amat teliti memilih perjalanan hidup mereka

Pemerhatian saya, wanita amat teliti didalam sesuatu perkara berbanding lelaki yang selalu telebih ‘over confident’ didalam sesetengah hal akhirnya mengundang ‘gabra’ apabila sesuatu yang berlaku luar jangkaan. Persediaan perkahwinan selalunya wanita lebih ambil bahagian berbanding lelaki. Apa yang pasangan wanita minta keputusan biasanya lelaki mengiyakan sahaja. Wanita akan mengingatkan pasangan lelaki dialam hal-hal penting dengan berulang-ulang supaya ia dilaksanakan. Lelaki selalunya akan ‘priority’ perkara lain sehingga peringatan oleh pasangan menjadi kurang diutamakan. Walau bagaimana pun jika ada krisis lelaki pandai memujuk dengan ‘ayat-ayat power’ untuk mengendur situasi keteganggan apabila hari Raja Sehari semakin menghampiri.

“Wanita sudah mula membuka hatinya untuk lelaki selepas ikatan bertunang”

Dugaan semasa ikatan pertunangan

Selepas fasa lamaran adalah fasa bertunang. Ia adalah fasa penting bagi pasangan bertunang untuk menguji keserasian pra perkahwinan. Pada ketika ini wanita amat sensitif sudah membuka hatinya lebih 80% untuk menerima pasangannya sebahagian perkongsian hidup. Bayangkanlah perkara tidak menjawab panggilan telefon boleh mencetus pergaduhan besar dan dingin. Bagi lelaki pula inilah ujian sebenarnya kerana mula berfikir adakah membuat keputusan betul untuk melangkah ke alam rumah tangga? Saham ketika ini mungkin naik dan mungkin turun sebabnya sudah berjaya memiliki hati seorang wanita dan saham turun dengan rasa terasa tercabar kenalan wanita lain semakin menjarak sebab sudah berpunya.

‘Never look back’

Apa pun ia adalah ujian kesetiaan bagi setiap pasangan bertunang. Apabila keputusan telah dibuat janganlah ragui dan pandang kehadapan kerana apa yang akan berlaku dimasa hadapan bukanlah didalam tangan kita. Pasangan muda agak terburu-buru didalam buat keputusan. Hanya pengalaman dan kematangan mampu memberikan pertunjuk setiap keputusan adalah terbaik untuk kedua belah pihak. Tiada jawapan salah atau betul kerana segala keputusan adalah ditangan kita sendiri.

AkuBiomed: Boleh bincangkan entri ini didalam ruangan komen.

Sila tekan butang kongsi:

  • Churpremiere menonton Cuak
  • Suamiku bukan Encik Sotong
  • Kembalikan kehangatan cinta dengan Downy Parfum

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. Nazlin Arde says

    4th March 2014 at 9:51 am

    menarik sekali pengisian post ini.jln cerita tentang perubahan status.
    yg penting buat apa yg wajib…

    Reply
  2. Azman Ismail says

    25th February 2014 at 11:55 am

    Cabaran disetiap peringkat tu ada…BUJANG – BERKAHWIN- ADA ANAK dan peringkat seterusnya…yang penting sama atasi dengan cara yang baik.

    Reply
  3. syaifuddin alias says

    20th February 2014 at 3:44 pm

    tak sbr nak kahwin ..hehehe..

    Reply
  4. Pondok Papan says

    20th February 2014 at 9:28 am

    Artikel yang menarik untuk dijadikan panduan..hehe..alam rumahtangga merupakan alam yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang mana sedikit sebanyak akan lebih mematangkan kita…

    Reply
  5. ema says

    19th February 2014 at 12:31 pm

    perempuan memang akan memilih lelaki yang betul layak untuk menjaganya..tanggungjawab seorang suami dan ayah memang berat…

    Reply
  6. sweetkurma says

    18th February 2014 at 4:24 pm

    apa yang kita mahu?
    kau tahu, aku tahu…!

    Reply
  7. MK Kimi says

    18th February 2014 at 12:08 pm

    sedang mengumpul wang ke arah hidup berdua. Rasa dah tak sabar :p

    Reply
  8. Hairul Hissam says

    18th February 2014 at 3:24 am

    Bila jodoh ketentuan Ilahi, so ia adalah yg terbaik buat kita..
    so .. never look back, spt kata bro amat tepat sekali 😀

    Reply
  9. Razlan says

    17th February 2014 at 7:04 pm

    Cinta dan perkahwinan .

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:23 am

      Suatu hari yang bujang akan menempuhi debaran bergelar suami isteri.

      Reply
  10. Zayani Zulkiffli says

    17th February 2014 at 5:15 pm

    ya Allah. tetiba neves pulak rasa.

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:23 am

      Perasaan biasa berlaku kepada semua pasangan apabila hari Raja Sehari semakin dekat. 🙂

      Reply
  11. Mus says

    17th February 2014 at 3:07 pm

    ikatan perkahwinan mengajar erti tanggungjawab, kesetiaan

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:25 am

      Ya, sifat-sifat tersebut perlu ada selepas melangkah alam rumah tangga.

      Reply
  12. anif says

    17th February 2014 at 2:38 pm

    Yang pastinya perubahan adalah ke arah yang lebih positif selepas berkahwin 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:26 am

      Perangai buruk ketika bujan perlu ditinggal dan berubah menjadi labih positif.

      Reply
  13. MissPuan Yati says

    16th February 2014 at 8:40 pm

    Kekurangan antara satu sama lain melengkapkan satu pasangan. Jujur, hormat, setia, dan memaafkan 😉 Bukan mudah nak terima orang lain dalam hidup. Tapi sejak kahwin ni, banyak belajar tentang sabar, dan terima baik buruk orang.

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:26 am

      Tiada yang sempurna. Terima kekurangan pasangan dengan hati terbuka.

      Reply
  14. hafidz says

    16th February 2014 at 3:44 pm

    Memang segalanya berubah.
    Namun apa yang takkan berubah adalah hati, amin 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:27 am

      Jangan hati berubah arah parah jadinya.

      Reply
  15. suri says

    16th February 2014 at 1:41 pm

    selalu rasa macam tak cukup ilmu dalam hal begini

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:27 am

      Kematangan mengharungi bahtera rumahtangga mematangkan.

      Reply
  16. AUC says

    16th February 2014 at 11:49 am

    dua nak kesefahaman…

    Reply
    • suri says

      16th February 2014 at 2:18 pm

      kalau tak sehaluan susah itu tak serasi bila jumpa dalam court huhu..

      Reply
  17. blogger lelaki says

    16th February 2014 at 11:25 am

    kasih sayang dan perhatian..hik3

    Reply
    • suri says

      17th February 2014 at 10:12 am

      aik macam tahu-tahu sahaja mustahil ada dua tak cukup ini BL

      Reply
  18. hafiz says

    16th February 2014 at 10:39 am

    memang 100% berubah, yg penting tanggungjawab kena ada..

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:28 am

      Mesti ada tanggungjawab selepas berumah tangga baru harmoni.

      Reply
  19. Kaio says

    16th February 2014 at 8:12 am

    ada satu buku menarik untuk lebih kenal pasangan kita. bacalah buku “Men are from mars, women are from venus” nescaya keserasian antara pasangan tu akan wujud. 🙂

    jemput singgah blog ye.

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:28 am

      Ya, pernah nama buku tersebut.

      Reply
  20. fazrol says

    16th February 2014 at 3:06 am

    Setuju…
    Apa yang penting percaya antara satu sama lain…
    lagi satu, tak semua orang perfect… Belajar menerima seadanya..

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:29 am

      Ya, perlu ada tolak ansur dan menerima kekurangan pasangan.

      Reply
  21. Farid Laham says

    15th February 2014 at 7:30 pm

    boleh jadikan tips ni hehe terima kasih bro

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:29 am

      Bolehlah dijadi panduan. Saya ini bukanlah pakar. 🙂

      Reply
  22. zik says

    15th February 2014 at 7:08 pm

    Setuju bro.. No turn back.. Ini bukan perkara main2

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:30 am

      Bila bro Zik nak jemput saya makan nasi Minyak?

      Reply
  23. papa mifz says

    15th February 2014 at 6:36 pm

    den dulu lepas bertunang setahun lepas tuh kahwin…=)

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:30 am

      Orang tua tidak galak bertunang lama-lama kerana dibimbangi berubah angin.

      Reply
  24. hazman aka species1980 says

    15th February 2014 at 4:09 pm

    Hurmmm…. buat gua rasa teruja betul la nak tengok filem CUAK nie…. hohohoo

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:31 am

      Filem mesti tonton. 🙂

      Reply
  25. Syahril Hafiz says

    15th February 2014 at 2:53 pm

    Ini entri orang dewasa ni, belum berkahwin nak bincangkan dari entri kang sentap, jadi jenis saya tak suka tunang lama2, kata orang cepat2 bina masjid 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:32 am

      Ada yang salah anggap selepas bertunang adalah lesen besar. Sebenarnya salah.

      Reply
  26. KiD says

    15th February 2014 at 11:22 am

    setiap peringkat tu, ada cabarannya.. masing-masing nak kendalikan masalah itu dengan sebaiknya.. apa yang lelaki nak, dan apa yang wanita nak.. kena bagitau sama2.. hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:34 am

      Boleh buat wish list. 🙂

      Reply
  27. Sop says

    15th February 2014 at 8:52 am

    setiap pasangan akan impikan perkahwinan yg bahagia
    namun begitu, perkahwinan bagaikan berlayar disamudera. kapten dan kelasi perlu bersatu untuk berjaya dalam perjalanan hidup 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:35 am

      Kalau kapten tidak pandai kemudi kapal akan sesat dilautan luas. Kalau anak kapal tidak melakukan tugasnya kapal pula tidak berlayar.

      Reply
  28. ajumohit says

    15th February 2014 at 7:33 am

    dulu saya dan suami duduk berjauhan, lagilah dirasakan kuat dugaannya, tp yg penting kepercayaan dan kejujuran pasangan kan 😉

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:37 am

      Memang dugaan tinggal berjauhan.

      Reply
  29. munirardi says

    15th February 2014 at 6:53 am

    wajib baca buat yang sudah menikah maupun akan menikah karena begitu banyak dugaan dan masalah yang mesti dihadapi saat hidup berumah tangga

    Reply
  30. Pendekar Berkuda says

    15th February 2014 at 4:45 am

    kalau dah tak sabar pulak…hahaha…

    aku tengah cari calon ni…masalahnya calon takde… huhu…

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:38 am

      Perlu berusaha untuk pikat awek lagi. 🙂

      Reply
  31. titan says

    15th February 2014 at 1:45 am

    gua tak suka nak tunang lama-lama. bahaya. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:38 am

      Eloklah bertunang untuk tempoh yang pendek.

      Reply
  32. Denaihati says

    15th February 2014 at 12:12 am

    bagi setengah orang memang tak suka bertunang lama-lama, lagi lama lebih banyak dugaan dan ujiannya. dalam nak dapatkan pentunjuk tu, ssembahyanglah istikharah sebagai jalan terbaik.

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:39 am

      Cara islamik adalah yang terbaik.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Pengalaman guna Air Cooler MIND mampu menurun suhu panas
  • Cuci lampu headlamp kereta kuning dengan pengilat dan pencuci Waxco

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in