• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / Churpremiere menonton Cuak

Churpremiere menonton Cuak

14th February 2014 by akubiomed 19 Comments

Filem Cuak mengimbau saat-saat hari bernikah

Kali ini dapat lagi tiket untuk menonton filem Cuak di TGV, One Utama. Memang hendak menonton filem kerana pelakon utamanya Ghafir Akhbar dan Dawn Cheong saya tidak kenal sebelum ini.

filem cuak

Filem Cuak di bintangi Ghafir Akhbar sebagai Adam  dan Dawn Cheong sebagai Brenda adalah pelakon utama membintangi filem Cuak. Filem ini mengenai pasanga berlainan agama dan bangsa sedang menempuh sesuatu yang besar didalam kehidupan mereka dengan bakal bersatu sebagai pasangan suami isteri. Filem ini turut dibarisi Abdul Qahar Aqilah, Gavin Yap, Iedil Putra, Ash Nair, Ani Juliana Ibrahim, Patrick Teoh, Bernie Chan, Diong Chae Lian, Kuah Jen Han, Tony Eusoff, Craig Fong dan Corinne Adrienne.

‘Pasangan bertunang itu berdarah manis’

Semasa persediaan untuk hari pernikahan ada beberapa babak flash back memaparkan situasi yang berlaku kepada Adam dan Brenda. Antaranya Brenda adalah kawan baik kepada Nurul iaitu bekas kekasih kepada Adam sebelum mereka berpisah. Adam mempunyai abang(lakonan Tony Eusoff) berlainan ibu tidak dapat menerima kehadiran Brenda bakal adik ipar didalam kehidupan Adam kerana Brenda mempunyai iras bekas isterinya yang bernama Alex. Konflik Adam dan Brenda mengenai islam yang mana Brenda menerima Islam sepenuh sepenuh hati berbanding Adam yang dilahirkan sebagai seorang Islam. Ujian keluarga Brenda kepada Adam samada adalah calon yang sesuai adalah melucukan. Adam menyifatkan keluarga adalah aneh. Ada 5 babak dan diarahkan oleh 5 orang pengarah berlainan(Khairil M Bahar, Lim Benji, Manesh Nesaratnam, Tony Pietra dan Shamaine Othman).

Pasangan bertunang berdarah manis

Sudah lama saya tidak menonton filem seperti ini kali terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad untuk filem Sepet. Apabila menonton filem Cuak ini ia mengibau situasi yang hampir sama berlaku kepada saya iaitu tekanan dan dugaan apabila tarikh pernikahan semakin hampir. Sebab itu orang tua pernah kata, ‘Pasangan bertunang itu berdarah manis’ mudah sahaja merajuk hati dan melenting untuk isu kecil. Pada satu ketika akan timbul tekanan yang amat sangat dan berada dikedudukan keliru samada telah mengambil keputusan tepat untuk berkahwin. Terus terang saya menyukai filem Cuak ini dan bagi mereka yang bakal berkahwin dan sudah pun berkahwin boleh menonton filem Cuak ini kerana filem ini adalah refleksi kepada pasangan yang sudah bertunang atau sudah melepasi fasa bertunang.

Trailer filem Cuak

AkuBiomed: Tentu berasa debar dan cuak apabila tarikh pernikahan semakin menghampiri.

  • Escape gedung filem ekslusif pelanggan Celcom.
  • Pertama kali menonton filem The Avengers 3D di Cathay Cineplexes e@curve
  • Churpremiere menonton Walking With Dinosaurs 3D

Filed Under: Uncategorized

Reader Interactions

Comments

  1. suri says

    26th February 2014 at 7:02 pm

    agaknya kalau dapat kami yang jauh macam mana nak pergi uh..buat boleh di kl tonton wayang susah juga

    Reply
  2. Razifredz says

    19th February 2014 at 1:11 pm

    ble tahan juga jalan cerita filem cuak ni

    Reply
  3. Faizal Fredley says

    18th February 2014 at 6:42 pm

    tgk trailer macam best cerita nih…

    Reply
  4. Denaihati says

    18th February 2014 at 3:11 pm

    awal-awal ingat filem seram komedi…heee. nampak macam best je ni…

    Reply
  5. Juan says

    17th February 2014 at 10:44 pm

    tengok pun ada rasa cuak, tp part yg gaduh tu nmpk x best jer

    Reply
  6. Sop says

    17th February 2014 at 11:51 am

    dah lama xtgk wayang citer melayu 🙁

    Reply
    • suri says

      26th February 2014 at 6:42 pm

      samalah dengan saya asyik beli jer kerjanya heee

      Reply
  7. hazman aka species1980 says

    15th February 2014 at 4:07 pm

    rajin pulak bro join contest diorang skang nie yea…. anyway filem nie kalau tak silap lebih kurang gaya filem KOLUMPO…. satu filem ada beberapa cerita

    Reply
    • akubiomed says

      18th February 2014 at 12:43 am

      Hari Selasa menonton filem The Monuments Men pula. 🙂

      Reply
  8. Norasikin says

    14th February 2014 at 10:49 pm

    Cemana boleh dpt tiket tu. Ce cerita…

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2014 at 11:30 pm

      Saya menang contest sebenarnya. 🙂

      Reply
      • suri says

        26th February 2014 at 6:45 pm

        saya ingat saya nak cuba nasib mana tahu dapat pula heee..

        Reply
    • suri says

      26th February 2014 at 6:44 pm

      saya geram temgok ab asyik dapat sahaja tiket free

      Reply
  9. hafiz says

    14th February 2014 at 10:22 pm

    Macam best juga citer ni

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2014 at 11:31 pm

      Seronok untuk di tonton boleh mengimbau saat-saat menghampiri hari pernikahan.

      Reply
  10. AUC says

    14th February 2014 at 10:12 pm

    tengok tajuk rasa macam cuak je nak tengok hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2014 at 11:33 pm

      Tak adalah sampai cuak untuk menonton. 🙂

      Reply
  11. zie fauzi says

    14th February 2014 at 5:39 pm

    ermmm..baca sinopsis tu nampak jalan ceritanya penuh konflik….

    Reply
    • akubiomed says

      14th February 2014 at 11:34 pm

      Menarik untuk menonton bersama oleh suami dan isteri.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Panduan selesai atm duit tak keluar tetapi duit dalam akaun dipotong
  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Servis karburator mesin rumput sandang

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2023 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in