• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Persiapan Raya sebagai rakyat marhaen

Persiapan Raya sebagai rakyat marhaen

5th July 2015 by akubiomed 47 Comments

Persiapan Raya serba sederhana setiap tahun.

anak bulan

Tentu ada rakan-rakan sudah pun membuat persiapan awal Raya dan ada yang masih menunggu saat-saat akhir untuk mendapatkan harga diskaun pada akhir Ramadhan pada malam sebelum sambutan hari Raya.

Ceriakan anak dipagi Raya dengan baju serba baru.

Baru semalam dapat keluar membeli pakaian Raya anak-anak. Apabila kehadiran puteri pertama didalam famili kami turut memberikan keceriaan kerana sudah tentu persiapan Raya lebih sedikit untuk si puteri ini.

Memanjat dari satu gedung pasaraya ke gedung lain untuk mencari pakaian persiapan Raya anak-anak. Maklumlah dengan naik kos sara hidup hampir setiap tahun. Saya tergolong kumpulan sederhana agak tersepit dengan senario ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu. Secara langsung menghimpit perbelanjaan kewangan keluarga. Perasaan cemas untuk kelangsungan membesarkan anak-anak dengan senario ini.

Jalan keluar berbelanja secara berkhemah atau menambahkan pendapatan.

Memang mudah diluar sana dan pihak untuk mewar-warkan menambah pendapatan tambahan tetapi tidak semudah dilontar dengan kata-kata manis. Ada yang berjaya dan ada lingkup melabur duit dengan harapan untuk merubah masa hadapan tetapi hutang keliling pinggang pula jadinya.

Cadangan golongan “cerdik pandai”

Ada yang “cerdik pandai” menyarankan boikot dan bertindak sembrono mengeluarkan cadangan-cadangan “yang cerdik”. Setiap rakyat marhaen mahukan tindakan dan hasil bukan cadangan yang menimbulkan rasa kurang senang. Tidak larat nak baca perkongsian di media sosial dengan bermacam-macam komen sinis.

Tahun pertama persiapan Raya dengan barangan dikenakan GST.

Setiap tahun lagu yang sama dengan harga barang keperluan persiapan raya sempena sambutan Hari Raya akan naik dan dikawal. Bermacam alasan diberikan pemborong dan peniaga sebab kenaikan harga barang. Belum pernah dengar harga akan turun lebih rendah dari sebelumnya. Pertama kali tahun 2015 barangan yang dibeli untuk persiapan termasuk GST 6%. Pujian diberikan kepada peniaga yang menyerap GST dan menawarkan harga berpatutan untuk mengekalkan pelanggan setia. Harap lebih ramai perniaga bersikap seperti ini akan membuat pelanggan akan kekal setia.

Sarang lebah nampak tergantung,
Baik-baik jangan tersinggung;
Ingat-ingat kita di kampung,
Jangan diagah rimau menyangkung.

Berhati-hati dengan sedikit scam memancing mereka yang terdesak.

“Bagai lebah menghimpun madu”

Bagi mengingati diri sendiri dan rakan-rakan, berhati-hati dengan sendiket scam cepat kaya yang menjanjikan pulangan berlipat ganda. Golongan terdesak sangat mudah dipancing dengan menyertai bebarapa skim dan jualan produk-produk tertentu yang menjanjikan pulangan lumayan. Setiap kali ekonomi menghimpit akan bermacam skim cepat kaya akan muncul.

“Mati semut kerana gula”

Mustahil hendak berjaya tanpa mengunakan tulang empat kerat dan usaha berterusan kerana kejayaan tidak datang bergolek tanpa berusaha. Berhati-hatilah wahai rakan-rakanku.

  • Salam Hari Raya Aidilfitri
  • Kehadiran puteri penyeri sambutan Hari Raya Aidilfitri
  • Baju Raya anak didahulukan keceriaan anak dipagi Raya diutamakan

Filed Under: famili Tagged With: persediaan raya, persiapan hari raya, persiapan hari raya aidilfitri, persiapan raya, persiapan raya 2015, persiapan raya aidilfitri

Reader Interactions

Comments

  1. MamaBard says

    16th July 2015 at 12:36 am

    persiapan raya kami pun ala kadar sahaja. hanya lebihkan pada pakaian baru anak-anak..

    Reply
  2. nadiah says

    10th July 2015 at 11:52 am

    bila ada anak, memang lebihkan barang anak2 je..dan persiapan hari raya pun secara bersederhana je..raya cuma beberapa hari..hari2 yang selebihnya tu pun kena beri perhatian jugak..takut ter over belanja masa raya, tak ke naya???

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2015 at 12:12 am

      Sudah tentu dilebihkan untuk anak daripada diri sendiri. Yang penting anak-anak gembira di pagi Syawal.

      Reply
  3. Faizal Nizam says

    10th July 2015 at 10:59 am

    Menambah pendapatan dengan bisnes sampingan memang satu cara terbaik untuk tingkat ekonomi. Tetapi sebelum sertai apa-apa bisnes kena pastikan produknya baik dan menjadi keperluan pengguna serta modal permulaan yang tidak “berlebihan”. Kaji kedudukan syarikat dan dapatkan “review” jujur daripada mereka yang dah berjaya. InsyaAllah ada jalannya.

    Selamat berpuasa kawan.

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2015 at 12:14 am

      Saya suka berniaga tanpa modal kerana berisiko rendah dan sesuai untuk newbie seperti saya memahami selok belok perniagaan.

      Reply
  4. Suriya says

    10th July 2015 at 8:32 am

    tahun ni pilih untuk tak membazir. dan rajin pula nak dapat duit poket lebih by makin tart klasik dan cookies double choc. yang penting kita dan family berkumpul, that’s all matters.

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2015 at 12:19 am

      Tanniah meningkat pendapatan dengan membuat kuih Raya.

      Reply
  5. Uncle Zuan says

    9th July 2015 at 9:20 pm

    tahun ni biasa biasa je raya aku. mungkin sebab dah makin tua agaknya. baju raya pun malas nak beli

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2015 at 12:19 am

      Bila sudah berumah tangga nanti perlu berbelanja untuk pasangan dan anak. 🙂

      Reply
      • Uncle Zuan says

        15th July 2015 at 5:43 am

        ornag yang dah berkahwin ni murah rezeki mereka. semoga dipermudahkan semuanya bro

        Reply
  6. SaniYunus says

    9th July 2015 at 12:48 pm

    Kata penasihat ekonomi jangan balik kampung. Tapi aku nak balik juga, cuma perbelanjaan tu kena kawal tahap tertinggi..

    Reply
    • Padin says

      11th July 2015 at 1:13 am

      hahah mana boleh tak balik ye tak…
      nikmat beraya tu yg penting kihkih

      Reply
      • myliferia says

        11th July 2015 at 9:59 am

        Betul, sementara mak ayah masih ada. Diaorang tak harapa apa-apa pun selain daripada kehadiran kita untuk berkongsi kegembiraan beraya

        Reply
  7. mrhanafi says

    9th July 2015 at 11:57 am

    tahun yang mencabar…zaman kemelesetan dah mula terasa..cara terbaik berbelanja secara berhemah.

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2015 at 12:20 am

      Kos sara hidup semakin meningkat. Lebih peka dengan perbelanjaan peribadi.

      Reply
  8. azlina hamdan says

    9th July 2015 at 9:26 am

    cadangan tak balik kampung dengan alasan nak berjimat cermat seperti yang disarankan di tv baru2 ni bukan langkah yang bijak pada saya.
    saya setuju dengan penulis..
    segalanya harus “spending wisely”

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2015 at 12:21 am

      Alasan tidak kukuh untuk tidak balik kampung melawat orang tua di kampung.

      Reply
  9. Mus says

    9th July 2015 at 8:32 am

    kami pun bersederhana juga raya kali ni.. perjalanan jauh lagi dari kk ke kuching..

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2015 at 12:21 am

      Selamat beraya bersama keluarga tersayang di Kuching.

      Reply
  10. attiey says

    9th July 2015 at 7:48 am

    Yup betul..rasanya dengan haga barang yang tak menentu, persiapan raya meriah untuk anak-anak. mak pak boleh slow down sikit.

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2015 at 12:21 am

      Samalah kita. Anak-anak diutamakan terlebih dahulu barulah diri sendiri.

      Reply
  11. Ammar says

    8th July 2015 at 11:11 pm

    Saya pun tak beli lagi baju raya. Tak tahu dapat beli ke tak baju raya tahun ni….

    Reply
    • akubiomed says

      12th July 2015 at 12:22 am

      Tahun tentu special sikit sebab beraya berduakan. 🙂

      Reply
  12. permatamama says

    8th July 2015 at 3:06 pm

    Itu lah nasih rakyat marhaein terpaksa bersusah-susah, Apa yang penting zaman GST ni adalah cara kita berbelanja dan elakkan pembaziran.

    Reply
    • akubiomed says

      8th July 2015 at 6:59 pm

      Selepas ini lebih peka dengan perbelanjaan. Harap lebih banyak produk tempatan secara tidak langsung merancakkan ekonomi didalam negara dengan mengurangkan pengantungan produk import.

      Reply
  13. Hairul Hissam says

    8th July 2015 at 2:17 pm

    Mmg betul tu bro.. nak berjaya kena berkerja keras dari segi tenaga dan minda.

    Teringat masa buat pakej belajar keychain sulaman benang.. masa tu masih bekerja. balik kerja terus buat video dan ambik gambar. buat terus menerus sampai malam. lebih 500 gambar digunakan untuk step by step utk buat setiap huruf. Itu gambar yg ok.. Gambar yg tak ok dah dibuang, tak tahu berapa byk. Rasanya ribuan juga gambar yg diambil utk menghasilkan pakej yg terbaik..

    Reply
    • akubiomed says

      8th July 2015 at 7:03 pm

      Kolonel Sanders pencipta resepi rempah KFC sendiri telah gagal sebanyak 1009 kali dan bermula agak lewat pada usia 65 tahun.

      Reply
  14. Noriza Rahman says

    7th July 2015 at 7:23 pm

    Memang tahun ni serba serbi kena berjimat kan..

    Reply
    • akubiomed says

      8th July 2015 at 7:04 pm

      Rasanya penjimatan tahun 2015 ini lebih daripada tahun sebelum-belumnya.

      Reply
  15. myliferia says

    7th July 2015 at 4:49 pm

    So true. Memang kita perlu beringat. Promosi pun kadang-kadang harga tak murah mana juga.

    BTW, best la pantun tu, tak sempat nak balas lagi…hehehe

    Reply
  16. Ani Haryani says

    6th July 2015 at 11:38 pm

    Tahun ni perlu berjimat cermat, sederhana dalam semua keadaan.

    Usaha dan tenaga perlu digunakan sebaiknya 🙂

    Reply
  17. musadun says

    6th July 2015 at 4:46 pm

    Raya pertama rakyat Malaysia denga GST. Memang terasa bahang hangatnya kesukaran hidup yang menekan.

    Reply
    • akubiomed says

      6th July 2015 at 11:07 pm

      Topik GST dan isu semasa akan hangat dibincangkan apabila balik beraya di kampung nanti.

      Reply
  18. Dkna Abza says

    6th July 2015 at 3:44 pm

    tahun nie raya sederhana.. ikut kemampuan..kena kira banyak kos minyak tol lagi-lagi balik raya kedua-dua kampung.

    Reply
    • akubiomed says

      6th July 2015 at 11:08 pm

      Mana taknya seorang ke utara dan seorang ke Pantai Timur.

      Reply
  19. akma says

    6th July 2015 at 1:59 pm

    bila terbaca GST time raya macam ni terasa macam alahaiiiii tak bleh biar GST buat kita terbantut nak rase raya yang meriah walaupun kena bersederhana

    Reply
    • akubiomed says

      6th July 2015 at 11:10 pm

      Sudah tidak boleh dielakkan GST. Mahu tidak mahu sebagai rakyat kita terpaksa menyesuaikan dengan keadaan walaupun keadaan terpaksa.

      Reply
  20. emalin mohd says

    6th July 2015 at 1:51 pm

    Persiapan pakaian anak-anak saya buat sebelum Ramadhan sebab tak larat nak bersesak dan mencari pakaian di bulan puasa ni.

    Setiap tahun memang kena peruntukkan awal sikit. Bulan Ramadhan ni siapkan biskut raya je. Tak da la penat sangat.

    Reply
    • akubiomed says

      6th July 2015 at 11:11 pm

      Senang sudah siap awal. Memang mencabar bershopping di dalam bulan berpuasa.

      Reply
  21. maza says

    6th July 2015 at 1:10 pm

    Bila baca bab tahun pertama beraya dengan GST, terus terencat mood. Macam ada sisa tulang ikan semalam tersengkang di kerkongkong. Perit deh..

    huhuhu

    Reply
    • akubiomed says

      6th July 2015 at 11:11 pm

      GST topik hangat dan kenaikkan harga barang setiap kali perayaan menghimpit rakyat.

      Reply
  22. Raihanah Ahmad says

    6th July 2015 at 8:52 am

    sambutan saya pun sederhana saja tahun ni, cuma meriah sebab first time ada baby girl.

    Reply
    • akubiomed says

      6th July 2015 at 11:12 pm

      Samalah kerana kami juga menerima seorang puteri.

      Reply
  23. Aniey Yusoff says

    6th July 2015 at 8:18 am

    Persiapan raya anak2 sebelum puasa lg dh siapkan. Tggl mak je belum hihi…mak takpe pakai mana ada je..sederhana berjimat

    Reply
    • akubiomed says

      6th July 2015 at 11:12 pm

      Maknya tentu hendak blink-blink di pagi Raya. 🙂

      Reply
  24. rika says

    5th July 2015 at 11:34 pm

    Dengan GST tahun ni, persiapan sederhana itu yang terbaik. Apabila sudah berkeluarga, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

    Reply
    • akubiomed says

      6th July 2015 at 11:14 pm

      Persiapan ketika bujang dan berkeluarga sangat berbeza. Perbelanjaan perlu diperuntukkan untuk ahli keluarga.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2026 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in