Apa khabar rakan-rakan yang setia mengunjungi blog AkuBiomed ini?
Saya dan famili sekarang ini sudah pun berada di kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kawan-kawan juga tentu ada yang sudah pun berada di kampung bersama keluarga tercinta untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Perjalanan lancar di sepanjang lebuh Raya.
Sepanjang pemanduan saya menuju balik kampung tiada tanda-tanda kesesakkan di lebuh raya. Mungkin warga kota sudah lebih awal meninggalkan rumah mereka. Seronok memandu disepanjang lebuh raya apabila tidak ada kesesakkan jalan raya. Cuma apabila keluar dari lebuh raya masuk kereta mula banyak tetapi pergerakan lancar sehinggalah sampai di kampung.
Tips keselamatan sebelum meninggalkan rumah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Bagi yang baru nak mula perjalanan nak balik kampung berhati-hati sepanjang didalam perjalanan. Pandu cermat jiwa selamat. Ini ada sedikit pesanan kepada rakan-rakan yang bakal meninggalkan rumah. Pastikan rumah yang ditinggalkan dipasang lampu dihadapan rumah dan belakang rumah.
Disyorkan memasang lampu pemasa supaya diwaktu malam lampu menyala secara automatik. Kepala regulator gas perlu ditanggalkan dan kunci air utama ditutup. Laporkan kepada balai polis berdekatan yang anda bercuti untuk tempoh yang agak lama. Pihak polis akan membuat lawatan ke rumah anda didalam tempoh bercuti tersebut.
Lemang, Ketupat dan Rendang antara makan tradisi dihidangkan di padi Raya sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Saya dapat bayangkan masing-masing sedang sibuk membuat persiapan raya yang tinggal lagi beberapa hari dan pada masa bulan Ramadhan semakin menunju ke penghunjungnya meninggalkan kita. Sehari terakhir bulan Ramadhan tentu ada yang sibuk membakar lemang, ketupat dan rendang. Ia adalah makanan tradisi setiap kali menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri wajib dihidangkan di pagi Raya.
Hulurkan bantuan ikhlas kepada mereka yang berkemampuan.
Didalam bergembira janganlah lupa kepada golongan yang tidak bernasib menyambut Hari Raya dengan serba kekurangan. Hulurkanlah sumbangan ikhlas kepada mereka supaya sama-sama dapat bergembira menyambut Hari Raya.
Zakat Fitrah sudah dilunaskan? Harap tidak terlupa untuk melaksanakan tanggungjawab kita didalam sibuk membuat persiapan Raya hingga terlupa akan tanggungjawab kita.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin dari saya dan famili. Jumpa lagi pada blog post akan datang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri…
Selamat Hari Raya Aidilfitri. 🙂
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat bro sekeluarga
Selamat Hari Raya Aidilfitri. 🙂
selamat hari raya maaf zahir dan batin bro akubiomed dot com.. sekeluarga…
Selamat ari raya zik!
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin Zik. 🙂
Alhamdulillah. Nuyun juga dah selamat sampai di kampung Kelantan. Awal² cuti sekolah lagi dah bertolak balik. Tiada masalah di sepanjang 5 jam perjalanan. Tak perlu bersesak walaupun kereta tak kurang banyaknya.
Selamat hari raya juga buat Biomed sekeluarga. ☺
Saya gerak hari Sabtu menghala ke Selatan. Sepanjang jalan lancar dan tiada masalah.
selamat hari raya puasa bro..semasa beraya tu jangan lupa untuk sentiasa menjaga kesihatan supaya kekal sihat dalam menghadapi hari yang mendatang
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Insyallah akan beringat supaya makan berpada-pada.
Selamat hari raya bro.. maaf zahir dan batin..
Alhamdulillah bro selamat sampai ke kampung..
kirim salam kat keluarga di sana….
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.