• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / famili / Kehadiran puteri penyeri sambutan Hari Raya Aidilfitri

Kehadiran puteri penyeri sambutan Hari Raya Aidilfitri

20th July 2015 by akubiomed 20 Comments

Hari Raya Aidilfitri 2015 berseri dengan kehadiran sang puteri.

Tak sempat nak kemas kini status mengenai persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga pada pagi sambutan Hari Raya. Bukan malas tetapi perlu utamakan perkara lain terlebih dahulu.

Boleh terasa kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri rakan-rakan dengan melihat perkongsian di FB dan IG. Nampak keceriaan diwajah masing-masing bersama yang tersayang. Boleh dikatakan agak terperinci dari mula bertolak, ketika perjalanan, sampai di kampung halangan dan sehinggalah di pagi Raya 1 Syawal.

Berseri dengan kehadiran sang puteri.

Puteri sulung pertama saya berumur 8 bulan. Nampaknya kehadiran Hari Raya Aidilfitri lebihkan kepada beliau samada dari persiapan dan tumpuan. Beruntung si puteri ini kerana dapat baju semua serba baharu. Kalau dahulu isteri selalu bisik kepada saya seronok kalau dapat anak perempuan kerana bermacam-macam fesyen baju untuk anak perempuan boleh dipilih. Kali ini dengan kehadiran si puteri dapat terlaksan hasrat yang dipinta.

Tahun ini adik ipar menjual lemang.

Kalau tahun sebelumnya membeli lemang tetapi sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini dapat merasa lemang yang dibuat sendiri. Adik-adik ipar menjual lemang selain untuk makan adik-beradik. Maaf tak dapat nak kongsi gambar lemang.

Ketupat pun susah nak jumpa sebab tak rajin nak anyam ketupat. Samada sedia ketupat segera atau pun nasi impit. Terkenang-kenang arwah nenek masih ada akan sediakkan ketupat setiap kali sambutan Hari Raya sudah menjadi kemestian. Arwah nenek akan suruh tambah ketupat dan saya pula suka makan ketupat dengan letak kuah kacang banyak-banyak.

Memburu bulan senyum dihimpit pada 2 Syawal.

Dapat berpeluang memburu fenomena bulan Syawal tersenyum. Bulan Syawal berbentuk sabit pada 2 Syawal dan dihimpit oleh 2 bintang iaitu bintang Zurah dan Musytari. Pada awal bimbang juga tak dapat nak snap sebab langit kelihatan diselebungi awan akan peluang menjadi tipis. Akhirnya dapat juga snap fenomena yang menarik ini.

Kalau berminat hendak mengetahui ilmu astronomi boleh layari laman http://falakonline.net/

Selamat pulang ke Sarang.

Saya pulang ke Kuala Lumpur selepas 4 hari berada di kampung untuk sambut Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah sepanjang perjalanan saya tidak menempuh kesesakkan lalu lintas terutama apabila sampai di Nilai dan Seremban. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan trafik adalah lancar.

Sila tekan butang kongsi:

  • Salam Hari Raya Aidilfitri
  • Sambutan Hari Raya 2015 pada minggu terakhir Syawal
  • Satu hari di Hari Raya bersama Stormtroopers

Filed Under: famili Tagged With: gambar hari raya aidilfitri, gambar selamat hari raya aidilfitri, hari raya, hariraya, perayaan hari raya aidilfitri, sambutan hari raya aidilfitri, selamat hari raya aidilfitri

Reader Interactions

Comments

  1. ajumohit says

    31st July 2015 at 11:32 pm

    comelnya puteri ni, penyeri suasana dengan keluarga tercinta 😉

    Reply
  2. Alin Marlini says

    28th July 2015 at 12:40 pm

    Selamat Hari Raya Akubiomed. Memang best kalau beraya pestime ngan anak2 lebih2 anak perempuan…baju mesti ngalahkan mak bapak dia..hehehe

    Reply
  3. Ani Haryani says

    23rd July 2015 at 3:53 pm

    Sang Puteri menjadi buruan 😀

    Selamat Hari Raya untuk AkuBiomed Sekeluarga
    Taqaballahu Minna Wa Minkum 😀

    Reply
    • akubiomed says

      25th July 2015 at 9:03 pm

      Si puteri sentiasa digomol sedara mara sebab comel sangat.

      Reply
  4. maza says

    23rd July 2015 at 11:08 am

    Tahun ini pula orang rumah maza jual kuih berkeliling kampung.

    alhamdulilah..

    kihkihkih

    Reply
    • akubiomed says

      25th July 2015 at 9:09 pm

      Tahun ini tak dapat buat kuih raya kerana kehadiran baby puteri jadi semuanya kuih tunjuk jer. 🙂

      Reply
  5. Noriza Rahman says

    22nd July 2015 at 9:00 pm

    Tahun ni tak berpeluang nak beraya di kampung halaman di Kedah, hanya beraya di Ampang bersama keluarga suami..tapi insyaAllah akan ke Kuantan hujung minggu nak meriahkan suasana di rumah kakak yang baru bersalin anak lelaki tunggal dan bongsu..Selamat Hari Raya buat brother AkuBiomed dan keluarga…

    Reply
    • akubiomed says

      25th July 2015 at 9:10 pm

      Terima kasih. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

      Reply
  6. MamaBard says

    21st July 2015 at 10:17 pm

    suka tengok timeline FB sebab masing2 kongsikan pengalaman beraya..menarik..

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2015 at 10:55 pm

      Sangat meriah kalau membaca wall FB rakan-rakan.

      Reply
  7. myliferia says

    21st July 2015 at 9:45 am

    Sang puteri selalunya memang jadi anak manja ayah dia…hehehe

    Memang excited dengan baju-baju anak perempuan ni, dengan corak dan fesyen yang menarik.

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2015 at 10:55 pm

      Dahulu sebelum ada anak perempuan selalu cakap cantik-cantik baju untuk anak perempuan. 🙂

      Reply
  8. Hero Borneo says

    21st July 2015 at 7:48 am

    memang seronok beraya dengan anak -anak kecil..bila dah besar lain pulak rasanya

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2015 at 9:01 am

      Anak-anak kecil bergembira dapat baju baru di hari raya.

      Reply
  9. musadun says

    21st July 2015 at 7:28 am

    comel bro anak.. btw..selamat hari raya aidilfitri..

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2015 at 10:54 pm

      Terima kasih. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

      Reply
  10. titan says

    21st July 2015 at 12:52 am

    time aku balik semalam..

    trafik cantek.

    cuma kat seremban aje trafik slow. Tapi ok la..masih leh gerak laju gak.

    so far, selalu aku balik awal. tapi la ni..lewat sikit.

    kira ok la tak jem sangat.

    siap dapat diskaun tol lagi. haha..

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2015 at 9:02 am

      Ada anak kecil banyak perkara perlu dilangsaikan dahulu. Kali ini balik raya ada diskaun untuk tol.

      Reply
  11. Zida says

    20th July 2015 at 11:45 pm

    MasyaAllah nampak sangat dah lama tak menjejaki blog2 yang dulu selalu baca. Tak sangka dah ada seorang puteri! Alf mabruk!

    Selamat Hari Raya dari anak perantau 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      21st July 2015 at 9:03 am

      Terima kasih. Selamat menyambut Hari Raya Aidilftri di bumi Mesir.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Servis karburator mesin rumput sandang
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in