• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Pencegahan kanser payudara dengan pemeriksaan percuma mamogram

Pencegahan kanser payudara dengan pemeriksaan percuma mamogram

6th May 2014 by akubiomed 45 Comments

Kanser payudara diantara kanser pembunuh utama wanita di Malaysia.

Pengesanan kanser payudara diperingkat awal dengan mamogram dapat mengelakkan kanser ini dari menular. Melalui Program Subsidi Mamogram untuk membuat pengesanan awal kanser payu dara disasarkan untuk wanita berumur 35 hingga 70 tahun.

ribon merah jambu kanser payudara

Mungkin wanita diluar sana mungkin tidak sedar atau ketahui adanya Program Subsidi Mamogram yang diberikan oleh kerajaan untuk membuat ujian awal kanser payudara dan meningkatkan kesedaran wanita mengenai kesihatan payudara. Bantuan subsidi ini boleh di pohon melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKKN) untuk menjalani pemeriksaan mamogram di pusaat-pusat mamogram swassta yang berdaftar dengan LPPKN.

“pada tahun 2003, seramai 3,738 wanita telah dilaporkan menghidap kanser payudara. Adalah dianggarkan 1 daripada 19 wanita mempunyai risiko untuk menghidapi kanser payudara. Penyakit ini paling kerap berlaku dalam kalangan wanita berusia 40 – 59 tahun” – Daftar Kanser Kebangsaan

Syarat-Syarat permohonan Program Subsidi Mamogram:-

  1. Wanita warganegara Malaysia dan penduduk tetap berumur diantara 40-70 tahun layak untuk memohon.
  2. Berpendapatan isi rumah RM 5,000.00 dan ke bawah, kos ujian mamogram adalah percuma. Saringan mamogram akan dibiayai sepenuhnya oleh LPPKN.
  3. Bagi isi rumah yang berpendapatan RM 5,001.00 dan ke atas, perlu membayar sebahagian daripada caj yang dikenakan dan subsidi sebanyak RM 50.00 diberikan bagi setiap ujian yang dijalankan.
  4. Bagi wanita berumur 35 hingga 39 tahun mempunyai sejarah keluarga  mendapat kanser payu dara sebelum berumur 40 juga layak memohon dengan rujukan doktor.

LPPKN telah menyediakan perkhidmatan e-mamogram untuk memudahkan wanita membuat permohonan subsidi secara diatas talian –> Permohonan Program Subsidi Mamogram.

“Ramai kaum wanita didapati tidak memanfaatkan kemudahan percuma dan kupon RM50 yang diberikan oleh kerajaan bagi membolehkan mereka melakukan pemeriksaan mamogram dalam mengesan kanser payudara” – Petikan Utusan bertarikh 28hb April 2014

Wanita yang tidak mempunyai simptom dan tanda pada payudara digalakkan untuk menjalani ujian mmogram melalui Klinik-Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara. –> Senarai Klinik-Klinik Nur Sejahtera LPPKN

Biasanya pengesanan kanser payu dara sudah mencapai tahap akhir antara puncanya kegagalan membuat pemeriksaan awal kanser payu dara. Jadi manfaatlah subsidi yang diberikan.

Akubiomed: Sebagai tanda kasih sayang kongsi artikel seramai mungkin untuk wanita diluar sana dengan membantu memberikan kesedaran pengesanan awal kanser payu dara dikalangan wanita melalui Program Subsidi Mamogram.

  • Bila harga rokok naik apa tindakan kita?
  • Penama untuk blog
  • Keracunan Bisphenol A didalam botol susu

Filed Under: blog Tagged With: kanser payudara, mammogram percuma, mamogram, ujian kanser payudara, ujian mamogram

Reader Interactions

Comments

  1. raihanahahmad says

    24th January 2017 at 9:08 am

    kena berani utk gi checkup. cuma kalau below 40 tahun tak digalakkan utk buat mammogram. elok cek secara berkala sendiri. tapi kalau ada simptom jangan tunggu terus jumpa doc

    Reply
  2. Firdaus Azizi says

    17th May 2014 at 8:05 am

    Mencegar lebih baik daripada mengubati. Kalau dah terkena kanser, lagi pening kepala. Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit sebegini.

    Reply
  3. Qider says

    15th May 2014 at 9:42 pm

    Tunggu 40 baru dapat buat, masalahnya ramai dah orang muda sekarang sebelum 40 dah macam2 penyakit..

    Kalau company tempat saya bekerja, untuk pegawai kelas atasan, umur 35 dapat benefit untuk buat mamogram dan whole medical checkup..

    Reply
  4. syaifuddin alias says

    14th May 2014 at 9:41 am

    lelaki pun kena check ..sebab lelaki tak terkecuali kena ..hmm..risau jugak

    Reply
    • raihanah ahmad says

      24th January 2017 at 9:09 am

      persentage lelaki sangat rendah sebenanrya

      Reply
  5. Hafizul says

    13th May 2014 at 11:09 pm

    Dugaan yang paling digeruni ni..terima kasih bro kongsikan..

    Reply
  6. Denaihati says

    12th May 2014 at 12:43 pm

    bagus sangat buat pemeriksaan untuk kesan awal, banyak kes dah agak terlewat. initiatif ni memang terbaiklah.

    Reply
    • Ismail N says

      12th May 2014 at 3:20 pm

      Adakalanya ramai yang tidak sedar sehinggalah terlewat. Maybe kita kena educate kan juga orang Malaysia untuk selalu buat pemeriksaan kesihatan plus ada kan fasiliti ini denga kos yang rendah (bagi golongan berpendapatan rendah) di Klinik 1Malaysia.

      Reply
  7. Kamal Mustafa says

    12th May 2014 at 9:27 am

    Pemeriksaaan awal penting. Ramai yang sambil lewa. Bila dah melarat baru mengelabah.

    Reply
  8. Tehr says

    11th May 2014 at 11:16 pm

    kami ada kawan yang mengidap penyakit bahaya ni
    mujur beliau dapat kesan lebih awal

    Reply
  9. suri says

    11th May 2014 at 10:40 pm

    hampir semua wanita di luar sana risau

    Reply
  10. zik says

    11th May 2014 at 10:59 am

    kalau dapat tahu awal2 senang.. untuk tindakan lanjut..

    Reply
  11. AUC says

    11th May 2014 at 1:16 am

    sebagai lelaki dan suami kena ambil tahu hal sebegini, amat penting

    Reply
  12. suri says

    10th May 2014 at 5:56 pm

    jom buat untuk selamatkan keadaan pada masa akan datang

    Reply
  13. amirulfaiz says

    10th May 2014 at 9:02 am

    Ya, semua orang perlu memainkan peranan, agar ia dapat dicegah pada peringkat awal. Mencegah lebih baik dari mengubati.

    Reply
    • suri says

      10th May 2014 at 5:57 pm

      itu yang terbaik semoga dapat mengelakkannya

      Reply
  14. suri says

    9th May 2014 at 4:38 pm

    saya nak buat kalau boleh dalam masa terdekat ini huhu…

    Reply
  15. ema says

    9th May 2014 at 3:10 pm

    salah satu penyakit yang paling digeruni oleh kaum wanita.

    Reply
    • suri says

      9th May 2014 at 4:38 pm

      bahaya kena cek awal -awal sis kak ipar saya ada kena benda ini uh…

      Reply
  16. Manan Qayyim says

    9th May 2014 at 10:58 am

    cegah sebelom padah….

    Reply
  17. JMR says

    9th May 2014 at 10:41 am

    dgn awareness prog ni, hrp2 kaum hawa makin sedar psl free checking ni..utk masa dpn diorg gk kan..

    Reply
  18. Farid Laham says

    8th May 2014 at 10:59 pm

    benda free mcm ni pun kdg2 org bt tak tahu aje huhu

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2014 at 12:15 am

      Ada peranan yang perlu kita mainkan untuk program Subsidi Mamogram ini dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasaran.

      Reply
  19. Ummi Hanie says

    8th May 2014 at 6:10 pm

    aduhai tak layak pula nak ambil subsidi…

    Reply
  20. ajumohit says

    8th May 2014 at 5:10 pm

    pemeriksaan begini memang penting, inisiatif kerajaan untuk menggalakkan rakyat menggunakan peluang yg ada demi kesihatan mereka

    Reply
  21. Izzuddin Fauzi says

    8th May 2014 at 3:05 pm

    Benda yang percuma, tapi selalu dilupakan dan ramai yang tak ambil kesah.

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2014 at 12:16 am

      Sesuatu perlu dilakukan supaya ia dapat sampai kepada kumplan sasaran.

      Reply
      • suri says

        9th May 2014 at 4:39 pm

        dia keluar dekat surat akhbar ke ab?

        Reply
  22. Hairul Azni says

    8th May 2014 at 2:03 pm

    Info yang bagus bro..macam Titan cakap la..kena sebarkan pada gadis-gadis comel ni..

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2014 at 12:17 am

      Ada peranan yang perlu dilakukan. Saya mengunakan blog sebagai medium menyampaikan mesej ini.

      Reply
  23. titan says

    8th May 2014 at 12:57 am

    okeh. kena bagitau gadis-gadis comel nih..

    Reply
    • akubiomed says

      9th May 2014 at 12:18 am

      Ya sudah semestinya pesanan masyarakat ini perlu disebarkan kepada kumpulan sasaran.

      Reply
  24. Cik Siti says

    7th May 2014 at 11:24 pm

    sekarang ni yang muda pun boleh kena. Yang pasti kita kena tahu bagaimana ianya terjadi dan tahu apa yang perlu kita lakukan.

    #peringatan utk saya juga

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2014 at 12:34 am

      Risiko tetap ada kerana gaya kehidupan dan sejarah dikalangan ahli keluarga atau saudara mara yang pernah mengidapi kanser payudara.

      Reply
  25. ahmadyani says

    7th May 2014 at 9:22 pm

    Halangan terbesar ialah rasa takut yang masih menebal di hati wanita. Takut kepada ‘pemeriksaan’ dan ada perasaan….’ kanser ini tidak akan terkena pada aku tapi orang lain!’

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2014 at 12:28 am

      Salah satunya kebimbangan hasil pemeriksaan Mamogram bimbang ia adalah positif

      Reply
  26. onlajer says

    7th May 2014 at 5:41 pm

    oh baru perasan apa itu momogram, dengar dekat radio kurang jelas

    Reply
  27. Brohantu says

    7th May 2014 at 5:20 pm

    free pun tak nak.. masih kurang kesedaran

    Reply
  28. SueAK says

    7th May 2014 at 1:30 pm

    Salah satu cara utama mencegah ialah menyusukan bayi anda..

    Reply
  29. Ismail N says

    7th May 2014 at 10:02 am

    Dah lama ni. Ada kawe tulis dulu kat blog. Memang perlu subsidi sebegini.

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2014 at 12:29 am

      Bila bantuan subsidi ini mengalakkan kesedaran dikalangan wanita untuk membuat pemeriksaan Mamogram

      Reply
  30. nafisa81 says

    7th May 2014 at 8:57 am

    Kena bgtau kakak ipar ni…sbb sorang drnya telah pergi akibat keganasan kanser payudara ni

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2014 at 12:30 am

      Selepas pemeriksaan Mamogram bukan setakat itu sahaja. Jika disahkan ada tanda kanser payudara, pesakit akan dibantu untuk tindakan susulan.

      Reply
  31. myrujukan says

    7th May 2014 at 2:45 am

    bagus program kesedaran macam nih

    Reply
    • akubiomed says

      8th May 2014 at 12:33 am

      Sudah lama program Subsidi Mamogram ini hasil pembentangan bajet 2007.

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in