• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Penama untuk blog

Penama untuk blog

9th January 2011 by akubiomed 80 Comments

Bolehkah blog diwariskan?

penama

Pernahkah terfikir mengenai membuat wasiat atau penama untuk blog yang dibina. Maklumlah diblog sekarang sudah menjadi trend pemilik blog berlumba-lumba menunjukkan berapa perolehan pendapatan yang terhasil melalui pengiklanan Nuffnang, Innity dan sebagainya. Zaman sekarang banyak perkara yang tidak dijangkakan ada yang pergi pada usia muda kerana kemalangan tidak berbau seperti kemalangan jalanraya, penyakit kanser, serangan sakit jantung dan sebagainya.

Take part in Astro PVR Change your Life Contest today!

Aku bukan minta mati awal tapi berapa ramai antara kita yang telah membuat penama KWSP? Memang mudah menyerahkan pembahagian faraid sebenarnya tidak semudah yang disangkakan jika tiada penama. Aku mengambil pengalaman menguruskan arwah pak mentua meninggal dunia tanpa membuat penama KWSP dan bayangkan arwah isteri dan anak-anaknya yang seramai 10 orang. Aku tidak mahu bercerita panjang mengenai orang yang dah pergi tetapi hasil mendapatkan hak waris mengambil masa hampir setahun dengan macam-macam dokumen yang perlu diisi belum lagi cerita panjat Jabatan Agama Islam untuk mendapatkan senarai faraid sebelum diserahkan kepada Amanah Raya Berhad(ARB) yang dilantik oleh KWSP sebagai mengurus pembahagian faraid.

Aku tertarik dengan seorang blogger dan freelancer composer yang bernama Aimannajmy dengan tajuk entri beliau ‘bolehkah nama domain difaraidkan?’ sesuatu yang tidak pernah terlintas dibenakku ketika mula-mula membina blog. Belum lagi dengan hasil pendapat blog ini boleh dikeluarkan zakat pendapatan?

Are you an Advocate, an Investor, a Manager or a Hopeful?

beberapa petikan dari blog dan akhbar

“Bolehkah nama domain itu difaraidkan? Misal kata anda ada blog yang nama domain memang unik atau pun walaupun nama domain blog anda tak unik langsung tapi blog anda itu memang betul-betul menjana revenue daripadanya.Anda pemilik nama domain tersebut dan katakan anda meninggal dunia.Pernahkah anda terfikir untuk menfaraidkan nama domain tersebut kepada  anak-anak anda?”Petikan blog Aimannajmy

“Pakar-pakar teknologi maklumat masih tercari-cari kaedah paling sesuai bagi menguruskan akaun di laman-laman web yang mana pemiliknya telah meninggal dunai. Di Amerika sahaja, dianggarkan sekitar 375,000 pemilik akaun laman jaringan sosial Facebook meninggal dunia pada setiap tahun. Akaun-akaun mereka pula terbiar tanpa ahli keluarga dan saudara-mara mengetahui kata laluannya” Sumber Kosmo! Ahad

Pakar IT barat pun pening kepala memikirkan mengenai hal ini kerana ia akan menjadi lambakan blog dan pada yang sama kemanakah hendak disalurkan segala perolehan pendapatan kerana pemilik sudah meninggal dunia tanpa penama dan wasiat untuk diwariskan. Terang-terang belum ada peruntukan undang-undang didunia  ini untuk peruntukkan untuk memberi hak kepada waris yang layak.

Ini adalah sekadar cadangan:

  • Tulis wasiat untuk mewariskan blog kepada ahli keluarga
  • Penyedia laman web mungkin boleh meminta butir tambahan penama kepada siapakah blog akan diwariskan

p/s: entri ini tulis dikala siaran langsung AJL25 sedang berlangsung.

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. AZENI AHMAD says

    29th October 2014 at 5:55 pm

    Hadoii..
    Tak pernah terpikir langsung untuk penama blog kan..
    Tapi sekarang income boleh jadi beribu2 melalui blog sahaja.
    Rugi pulak dibiarkan..
    Dan cadangan untuk menamakan wasiat pun agak menarik.
    Memandangkan kes kematian mengejut dan kes mati muda amat tinggi sekarang..
    Tapi kalau anak tak pandai internet, tak pandai blog mcmna lak.. hihihi

    Reply
    • akubiomed says

      29th October 2014 at 9:21 pm

      Kalau blog berkenaan telah menjana ribuan ringgit perlu buat wasiat walaupun belum tentu ada penganti.

      Reply
  2. Ladfe Amir says

    16th January 2011 at 6:05 pm

    syukur..pasal penama KWSP dah berjaya aku buat.

    part mewariskan blog, insyaAllah..si Ladfe lagi dua orang tu akan warisi blog2 aku

    Reply
  3. sumpit says

    13th January 2011 at 9:03 pm

    ye la kenapa tak pernah terfikir pun pasal ni…

    Reply
  4. intankuterpilih says

    13th January 2011 at 12:02 pm

    betul juga yea…aku rasa blog aku ni aku wasiatkan kepada anak aku kot… tapi anak aku lelaki, mcm kelakar pula dia pakai nama intankuterpilih ek… kene usaha dapatkan anak pompuan ni…

    mungkin kalau aku pergi lebih awal, blog aku ni adek aku yg uruskan… lepas tu baru turunkan pada anak aku bila dia besar nanti…

    Reply
  5. syahrilhafiz says

    12th January 2011 at 5:32 pm

    fuh menarik tajuk yang bro kupas ni
    tak pernah la terfikir sebelum ni
    kalaulah ada, perghhhh

    Reply
  6. Amirez says

    12th January 2011 at 8:25 am

    dulu pernah terfikir juga nak wasiatkan blog yg ada sekarang ni kepada anak tapi macam tak sesuai je sebab domain berbentuk nama. kalau yg lebih umum tu rasanya ok, ataupun macam saifulislam.com, anak ustaz hasrizal nak sambung update nanti pun takde masalah 🙂

    Reply
  7. sazuwi says

    11th January 2011 at 11:21 pm

    idea pasal faraid nie mmg bagus..
    nampaknyer kener ader usaha ke arah nie supaya semua nampak jelas jer..
    susah gak kalau akaun-akaun kat internet terbiar tanpa diuruskan atau ditutup oleh pewaris kalau jadik aper2 kelak..

    Reply
  8. Kujie says

    11th January 2011 at 11:05 pm

    blog kujie2.com ada 3 Admin dan 6 Author
    akaun yahoo anak2 boleh masuk
    tak ada masalah
    entri tak sepatutnya dah padam, tinggal yg sesuai je utk bacaan org lain kalau dah tak ada lagi

    Reply
  9. sW33tDaRLinG says

    11th January 2011 at 8:47 pm

    pernah terbaca entry pasal blogger yang meninggal dunia sbb kemalangan dan dalam blog tu ada entry terakhir sehari sebelum meninggal… sedih kann…?

    nak wasiat blog rasanya tak susah sangat, bagi jer password kat trustee.. tp akaun nuffnang tu yg payah sikit.. maklumlahh, income ribuan sen setiap bulan

    Reply
  10. Fitrihadi says

    11th January 2011 at 5:14 pm

    blog pun boleh masuk wasiat ke?? boleh ke letak password blog dalam wasiat..lepas mati nanti dapat kat orang yg kita nak warisi..

    Reply
  11. haru says

    11th January 2011 at 3:45 pm

    aku ade tulis sume pssword aku dlm buku nota..xkira la akaun bank ke, akaun fb ke..sng kalo aku xder ke nnti..huhu

    Reply
  12. dnoBiz says

    11th January 2011 at 2:47 pm

    Betul tu..
    Aku tak pernah terpikir pun pasal Ni,
    Mungkin akan ada cara suatu hari nanti untuk menuntuk hak keatas benda macam ni

    Reply
  13. zik says

    11th January 2011 at 1:18 pm

    nampaknya kena wasiat juga nie.. secara bertulis.. orang yang menulis wasiat nie siapa ya… amanah raya ek??

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2011 at 1:25 pm

      ARB pun boleh tolong tulis wasiat kalau tak pun tulis bukan secara formal. Orang-orang dahulu walaupun buta huruf dan tidak tahu menulis mereka ini membuat wasiat ketika hidup supaya memudahkan pembahagian harta pusaka kepada anak cucu.

      Cuma zaman moden kesedaran tersebut kurang dengan mudah melontarkan perkataan ‘Faraid’. Tidak semudah disebut kalau hendak dibandingkan kalau wasiat itu sudah bertulis

      Reply
  14. wazy says

    11th January 2011 at 12:15 pm

    salam

    bagus juga ni,saya pun dalam proses nak buat semua perkara ni
    sebab macam-macam perkara boleh berlaku

    Reply
  15. Kamal Mustafa says

    11th January 2011 at 11:07 am

    Elok gak diwariskan….taklah nanti bilo kito menghembuskan nafas terakhir blog kita pun mati tak berupdate. rakan-rakan blogger ingat bercuti panjang agak eh.rupo-rupo eh dah sampai hukum. Sobab tue FB pun ada gak eloknya.Bilo kawan-kawan meninggal dunia, on the sport kita dapek tahu …oh sipolan dah meninggal.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2011 at 1:22 pm

      Semasa bertugas diri Kuching Sarawak setiap pagi Jumaat radio sana ada membuat pengumuman kematian sipolan bin sipolan. Mula-mula dengar pelik juga rupanya infrastruktur disana tidak sebaik Semenanjung jadi Radio mainkan perana besar menjadi medium menyampaikan berita

      Reply
  16. puteri says

    11th January 2011 at 10:25 am

    boleh ‘rujuk’ semula tak?
    hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2011 at 1:19 pm

      Apa yang hendak dirujukkan Puteri? Kurang jelas.

      Reply
  17. RedBoys says

    11th January 2011 at 9:33 am

    betul juga. tambah-tambah kalau blog yang sudah bagus dan hebat. sia-sia saja jika tidak ada pewarisnya.

    Reply
  18. Ezany-Kun says

    11th January 2011 at 8:57 am

    tak pnah terfikir pun pasal ni.. password blog pun takde sape yg tau.. blog pun cikai2 jer.. lain la kalo btul2 hebat.. hehe..

    Reply
  19. Pejuang Kesenian Extreme says

    11th January 2011 at 3:21 am

    Macam tak relevent lak nak wasiatkan domain dan akaun fb..

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2011 at 1:18 pm

      Pengalaman saya ketika menguruskan aset peninggalan arwah seperti harta alih dan tidak alih semuanya kena declare. Nampak remeh temeh tapi kehidupan manusia zaman sekarang makin complicated

      Reply
  20. deCrewz says

    11th January 2011 at 1:57 am

    Errr….. Sape nak mewarisi blog jai..he3. Betul jugak.. Langsung x terfikir pasal ni.. Nak wariskan pd siapa yer…emmmmm

    Reply
  21. Bijen M. says

    11th January 2011 at 12:19 am

    Lepas ni kena buat agreement letak penjamin segala bagai.
    Ha ha ha.

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2011 at 1:14 pm

      Tidak perlu buat buat sampai mencari penjamin bukan buat pinjaman pun 🙂

      Reply
  22. MDHAFiZ.NET says

    10th January 2011 at 11:32 pm

    mcm serius je bunyinya.. hahaha..
    nanti kalau aku ada anak lh kot.. aku wariskan kt diaorang.. 🙂

    Reply
    • akubiomed says

      11th January 2011 at 1:13 pm

      Tidak perlu tunggu ada zuriat baru tulis wasiat. Sekarang pun boleh buat rekodkan dimana-mana. Ajal dan maut ditangan Tuhan

      Reply
  23. adele says

    10th January 2011 at 10:15 pm

    haisssh.apasal lah bro med ni selalu sama insticnt ngn sy.slalu entri yg sy nak buat mesti kuar dulu kat cni.

    hari ni sy belajar fiqh al mawaris di mana ilmu faraid di aplikasikan. ilmu faraid adalah ilmu yang paling cepat Allah angkat dari dunia kerana manusia semakin melupakannya dalam membahagikan harta sedangkan Al Quran sudah membentangkannya secara terperinci.

    Sabda Rasulullah s.a.w kpd Abu Hurairah r.a;

    “Wahai Abu Hurairah! Belajarlah Ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain kerana ia adalah separuh ilmu. Ia akan dilupakan dan ia akan menjadi perkara pertama dicabut dari umatku (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 10:28 pm

      Tak apa, Adele bentang bagaimana perlaksanaan faraid tersebut. Nampak mudah tapi ramai yang tak tahu sebab saya ingin tahu bagaimana pengiraannya secara terperinci sebelum ini menguruskan arwah Pak Mentua serah kepada Jabatan Agama Islam buat pengiraan.

      Saya selalu mengikut gut feeling seolah-olah akan berlaku selalunya betul. Contoh mengenai entri COMBI adalah contoh terbaik kerana secara kebetulan ada video mengenai membenteras nyamuk Aedes 🙂

      Reply
      • adele says

        10th January 2011 at 10:37 pm

        insyaAllah, ada masa nanti sy bentangkan dalam posting..dalam terjemahan paling mudah 🙂

        Reply
        • akubiomed says

          10th January 2011 at 10:38 pm

          Saya menanti entri dari Adele 🙂

          Reply
        • dnoBiz says

          11th January 2011 at 2:48 pm

          betul tu,
          jangan lama lama sangat

          Reply
          • Ladfe Amir says

            16th January 2011 at 2:44 pm

            jgn sampai semua orang lupa.

            tapi..kalu cik Adele tulis pasal faraid..sure ramai yg cari kat google sebagai rujukan. InsyaAllah

            Reply
            • akubiomed says

              16th January 2011 at 7:25 pm

              Kalau ada info mengenai Faraid ingin juga ambil tahu

              Reply
  24. nash says

    10th January 2011 at 9:44 pm

    alamak..komplikatednyer..adohh…kalau aku kan…aku siap2 bagi password kat adik aku….n then simpan dalam memo…nanti bila aku meninggal nanti leh la orang bukak balik blog aku…aku xnak blog aku mati bersama tuannya… 🙁

    Reply
  25. etomyam says

    10th January 2011 at 9:21 pm

    lepas ni rasa nak insurankan blog aku, boleh tak hehe

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 10:31 pm

      Satu lagi perkara yang saya tidak terlintas langsung betul juga kalau dah dapat perolehan pendapatan tiba semua entri corrupt kurang-kurang ada insuran boleh membayar ganti rugi.

      Reply
  26. kulanz says

    10th January 2011 at 8:27 pm

    tak pernah terfikir pun sebelum ni.. mungkin elok juga kalau tulis wasiat awal2.. 😀

    Reply
  27. saiful says

    10th January 2011 at 7:46 pm

    hmmm..selagi sumber mendatangkan hasil mmg patut diwasiatkan.blog pun sumber pendapatan gak.Aku dah prepare awal2 lagi hehehe..

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 10:32 pm

      Baguslah kalau sudah melihat masalah ini 🙂

      Reply
  28. Anwar Osman says

    10th January 2011 at 5:39 pm

    duk plan sesiap nak buat domain untuk anak… nanti bila dia nak start site dia, domain dah berusia dan mungkin dah byk backlink.. senang keja dia. tapi nama apa ya? lama dah pikir tapi xdak keputusan lagi. hahahaha..

    wait, tu bukan faraid namanya.. hahahaha.

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 10:33 pm

      Apa lagi bro Osman terus sahaja letak nama anak mana tahu esok-esok ada yang beli nama domain tersebut 🙂

      Reply
  29. hafizmd says

    10th January 2011 at 4:49 pm

    pernah fikir juga pasal wariskan blog@apa yg seangkatan dgnnya…setakat ni…takde lagi sesiapa yg tahu katalaluan utk blog aku tuh…nk kena bagitahu orang rumah lepas ni…hehe

    pssst..kwsp dahpun letak nama pewaris…settle

    Reply
  30. tehr says

    10th January 2011 at 4:35 pm

    sebelum ni tak pernah terfikir
    sekarang dah memikir
    tapi tiada jawapan terukir 😀

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 10:34 pm

      Saya pun tidak ada ide tapi rasanya kena catit dimana-mana

      Reply
  31. niezzareena says

    10th January 2011 at 3:12 pm

    betul jugak ek… tak pernah terpk pun hal mcm ni.

    lepas ni nak kena kasi tau pada en. suami paswed nuffnang.

    *_*

    thanx 4 d info

    Reply
    • hafizmd says

      10th January 2011 at 4:50 pm

      hehe..itulah yg terbaik…hehe

      Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 10:37 pm

      Saya tidak ada niat memeningkan kepala sesiapa tapi kalau berlaku sekurang-kurang ada sumber untuk waris

      Reply
  32. aimannajmy says

    10th January 2011 at 2:56 pm

    Salam wahh bro..terharu ada petikan dari blog aimannajmy tuh huhu..tq2 huhu…semlm AJL anak mat tahiaq hanya dapat pesembahan terbaek hehe..ramai peminat die keciwa huhu

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 3:06 pm

      Saya nak ucapkan terima kasih kepada bro Aiman kerana mengutarakan entri ini diblog bro.

      Saya rasa belum ada perbincangan khusus untuk harta intelek.

      Reply
  33. abby kamil says

    10th January 2011 at 2:22 pm

    saya nak wariskan kepada anak saya nanti. hehehehehehe

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 3:04 pm

      Nak wariskan kepada siapa anak kucing? 🙂

      Reply
  34. nurmisnan says

    10th January 2011 at 1:45 pm

    good idea brother..
    kekadang susah juger kalau salah wasiatkan..
    takut si mati ada gambar TERLAMPAU dan tak sempat nak delete
    siwaris pula gunakan pd perkara tak baik..

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 3:04 pm

      Itu pun satu masalah juga semua kisah hitam akan terbongkar

      Reply
      • RedBoys says

        11th January 2011 at 9:29 am

        kalau tersebar, habis aib si mati.

        Reply
  35. suri says

    10th January 2011 at 1:31 pm

    hurm akan buat kot hee… khas untuk anak2 jelah tapi btw ada dairy ker kat situ letak paswod dan segala bagai ttg blog..baik ebok dlm mcm segala peneragan ada kat stu.

    blog suri mmg tak der buat duit pun huu. apatah lagu nuff alahai..

    Reply
  36. suri says

    10th January 2011 at 1:28 pm

    org sibuk tgok anugerah kat tv dia sempat plak layan blog update entri hee…

    Reply
    • RedBoys says

      11th January 2011 at 9:27 am

      maybe tak minat layan anugerah-anugerah macam ni. huhu

      Reply
  37. pipoq says

    10th January 2011 at 1:22 pm

    marveles tul la..aku pun tak terpikir camtu..
    memang sebaiknya dibuat gitu la..at least hak milik empunya tu berada disaluran yang betul gak..

    cam aku, semua perkara yang menggunakan password semua wifey aku tau passwordnya..

    Reply
  38. Eizil says

    10th January 2011 at 7:30 am

    Betul gak tuh kan, pernah gak terfikir suatu masa dahulu, tuh yang ada gak tulis wasiat versi tak rasmi dengan segala butiran mengenai domain dan server perniagaan 😀

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 1:07 pm

      Hmm.. bagus juga menulia wasiat walaupun tidak secara rasmi sekurang-kurang ada maklumat untuk ditinggalkan yang hidup.

      Pernah seorang penceramah motivasi menyarankan menulis hutang piutang dan perkara yang belum selesaikan setiap kali sebelum masuk tidur merujuk sebab diatas

      Reply
  39. mie says

    10th January 2011 at 5:44 am

    uihh!!
    kena didik anak berblog la..
    ehheee

    Reply
    • adamfaiz says

      10th January 2011 at 2:09 pm

      Aku ada buat blog untuk anak update bila diorang free (selalunya time cuti sekolah)

      Kalau blog dah ada trafik yang banyak dan ada pendapatan, memang kena buat perancangan supaya sesiapa dapat ambil alih..

      Reply
  40. Khidhir says

    10th January 2011 at 3:16 am

    boleh kot. sebahagian daripada harta jugak kan. tapi kalau dah tak tau password nak wat camne. kira burn je la.

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 1:09 pm

      Sebenarnya masalah untuk mentadbir perolehan pendapatan yang tidak di tuntut. KWSP pernah menyuarakan hal ini kerana mungkin ada ahli keluarga tidak sedar yang simati mencarum KWSP terutama tidak mempunyai maklumat si mati yang terkini

      Reply
  41. sangilapi says

    10th January 2011 at 3:03 am

    memang pesan kat anak sedara aku pasal perkara ni 🙂
    paling tidak pun agar domain yang sedia ada tak terlepas begitu sahaja – aset tu !

    Reply
  42. Amry says

    10th January 2011 at 12:42 am

    kaau blog saya tak perlu la kot…Nuffnang ada la seringgit lebih..haduyaiii…tapi kalau dah berlambak tu…rasanya perlu ler kot..cuma cara tu macam mana yang tak tahu tu

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 3:02 pm

      Kalau sikit perolehan pendapatan mungkin tak apa macam dengar khabar redmummy sebulan RM10k banyak tuh

      Reply
      • hafizmd says

        10th January 2011 at 4:47 pm

        kalau macam RM tuh…agaknya nak kena letak pewarislah kot…

        Reply
  43. anif says

    10th January 2011 at 12:33 am

    Rasanya memang perlu domain diwarisi.. 🙂 untuk menjamin kesinambungan.

    Terpulang pada waris untuk membuat keputusan sama ada hendak meneruskan menulis atau menjual domain tersebut!

    Reply
  44. maza says

    9th January 2011 at 11:35 pm

    isteri maza tahu password blog maza..

    dlm bab ini maza juga belum menulis wasiat tersebut lagi..huhu

    err.. tapi rasanya blog maza tak der potensi nak menjana pendapatan heheheh

    Reply
    • akubiomed says

      10th January 2011 at 3:01 pm

      Okay juga tuh sekurang ada yang mengetahui

      Reply
    • hafizmd says

      10th January 2011 at 4:47 pm

      nampak gayanya…nak kena bagitau orang rumah juga ni…hehe

      Reply
      • haru says

        11th January 2011 at 3:43 pm

        tp kalo xde org rumah mcm aku nie camne bro?? aku nk bgtaw sape..huhu..kena kawen cepat2 la nie

        Reply
        • akubiomed says

          11th January 2011 at 5:02 pm

          Jangan jadi kes terlalu percaya kepada kekasih login dan password bagi kepadanya. Apabila break up kena ugut sebar gambar

          Reply
          • haru says

            11th January 2011 at 5:06 pm

            haha itu btul..ade mmber aku die suh awek die wat fb..pastu dh gaduh ptus awek die tukar psword..so xleh nk acces fb..haha

            Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in