• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Bila harga rokok naik apa tindakan kita?

Bila harga rokok naik apa tindakan kita?

9th October 2010 by akubiomed 10 Comments

Bila harga rokok naik.

girl smoking

“Harga rokok dinaikkan sebanyak 70 sen”

Apabila kerajaan menaikkan harga rokok sebanyak 70sen apakah tindakan kita untuk menangi masalah perokok tegar walaupun beberapa langkah diambil seperti kempen Tak Nak!, memberi insentif kepada perokok yang berjaya berhenti merokok, menaikkan harga rokok dan cukai termasuk menulis amaran dan gambar kesan merokok.

Permintaan rokok seludup yang tidak bercukai menjadi satu masalah untuk ditangani. Akan ramai perokok akan berusaha mendapat rokok yang tidak bercukai ini. Apakah perokok akan beralih alternatif lain seperti rokok gulung, rokok daun, cerut dan sebagainya yang kita ketahui kesan lebih buruk dari rokok kerana tidak ada penapis. Harga rokok elektronik alternatif kepada rokok masih mahal dipasaran dan tidak semua mampu membeli.

Fakta sepintas lalu senario dan tabiak merokok di Malaysia

  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam
  • tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.

Sumber: NIOSH Newsletter

Apakah faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok?

Keputusan untuk berhenti merokok adalah untuk kebaikan diri sendiri dan kesihatan keluarga anda. Faedah-faedah yang diperolehi dengan berhenti merokok ialah:

  • Panjang umur – Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
  • Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
  • Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
  • Kehidupan yang lebih sihat – Mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
  • Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain – bila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
  • Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
  • Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
  • Meningkatkan deria bau dan rasa
  • Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
  • Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
  • Menjimatkan wang – Labur wang anda berbanding membeli rokok (RM5.00 sehari, pelaburan =RM 150.00 sebulan = RM 1800.00 setahun. Jika anda melabur untuk 10 tahun, anda sudah mempunyai RM18,000.00 dalam akaun simpanan anda).
  • Melindungi alam sekitar – Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Meningkatkan tahap ‘kelakian’

Bagaimana hendak berhenti merokok?

Pelajari kaedah-kaedah yang betul. Banyak kaedah untuk berhenti merokok. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan.

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti
  • Yakin diri
  • Buatkan nota peringatan
  • Katakan pada diri anda “saya bukan perokok”
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Gunakan terapi penganti nikotin
  • Amalkan 12M untuk berhenti merokok

Teknik berhenti merokok

Tip Berhenti Merokok 12 M :

1.Melengah-lengahkan

oTunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar

2.Menarik nafas panjang

oTarikh nafas 3 kali secara perlahan-lahan

3.Minum air

oTerutama air masak. Elakkan minuman berkafein

4.Menyibukkan diri

oBuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok

5.Menjauhkan diri

oDaripada orang yang merokok

6.Mengelakkan diri

oDaripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

7.Mengunyah sesuatu

oSeperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis

8.Membasuh tangan selalu

9.Mandi dengan kerap

10.Meregangkan otot

oLakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk

11.Meditasi

12.Memohon doa

oBerdoa agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha

Sumber: Info Sihat

Filed Under: blog

Reader Interactions

Comments

  1. dnoBiz says

    15th October 2010 at 12:38 am

    sebenarnya apa yang orang nasihat tu semuanya betul..
    cuma tak boleh nak ikut je “dari seorang Perokok” 😀

    Reply
    • akubiomed says

      15th October 2010 at 12:50 am

      Saya ada seorang kawan seorang perokok tegar boleh ketika bersama dengan dia rokok tak pernah lekang dan dia mengisap rokok kretek Gudang Garam. Salah satu sebab dia menjadi heavy smoker kerana dia nak release tension semasa membaiki barangan elektronik. Sekarang ini dia tidak merokok dan dia tidak percaya yang dia berjaya dan boleh melakukan. Kalau kawan saya boleh tentu saudara boleh. Memberi kata semangat

      Reply
  2. Kamal Mustafa says

    14th October 2010 at 10:21 am

    Den tak merokok,tapi bila kito komen orang merokok,kito balik yang diorang marah,”kau tak merokok mano kau Tau”.Sekarang dah RM10 sekotak…masih tak ingat laie tue.Susu anak boleh boli kemudian.rokok nan ponting.Sayang sungguh duit terbakar cam tue ajo.

    Reply
  3. nash says

    11th October 2010 at 10:02 am

    so janganlah merokok..nasib baik aku xbergaul ngan budak2 ‘nakal’ semasa sekolah,aku dulu nerd jerk…tp skunk dah bergaul da….tapi dah tak mudah terpengaruh utk merokok 😛

    Reply
    • akubiomed says

      11th October 2010 at 9:30 pm

      Perokok memang kita sudah tahu kesan kesihatan. Perokok pasif iaitu individu yang menghidu asap hembusan perokok lagi bahaya terkena kesan dari menghidu bau hembusan asap rokok walaupun tidak menghisapnya

      Reply
  4. syahrilhafiz says

    9th October 2010 at 7:47 pm

    urm betul tu…seorang perokok kena la tanam niat tak mo rokok dah..
    tapi tengok, harga naik, still ada orang yang hisap..
    poket loaded tu nampak gayanya..hehehe

    Reply
    • akubiomed says

      9th October 2010 at 8:31 pm

      Nak kata golongan yang berada mampu beli tak juga sebab golongan biasa-biasa pun beli rokok.

      Reply
      • Panduan Buah Pinggang Sihat says

        9th December 2010 at 3:23 pm

        Bro,pada saya masalah yang berkaitan dengan rokok ni dah ada.Walaupun macam-macam jalan penyelesaian yang dibuat,masih menemui jalan buntu.Cuma satu jalan saja lagi yang belum diambil,iaitu tutup semua kilang-kilang rokok di Malaysia dan haramkan aktiviti mengimport rokok luar.

        Reply
        • Hadi Rofiee says

          10th December 2010 at 3:06 pm

          Mencegah lebih baik daripada mengubat. 😐

          Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in