• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2

28th March 2019 by akubiomed 12 Comments

set hon kereta

Tukar hon rosak kereta Proton Gen 2

Bersambung lagi masalah kereta Proton Gen 2 tua milik saya yang bebas hutang dan sudah berusia lebih 10 tahun. Kereta ini sudah banyak berjasa kepada keluarga kami. Kali ini masalah baru timbul hon kereta tidak berbunyi.

Sama langkah-langkah boleh diambil seperti saya pernah kongsi cara menyelesaikan masalah signal kereta tidak berfungsi di post yang terdahulu. Bermula dengan pekara mudah seperti fius, relay dan hon.

Fius dan Relay berada didalam kotak fius. Kedudukan kotak fius ini berada di bonet hadapan dan berdekatan dengan bateri kereta.

1. Periksa fius 15A untuk hon kereta.

Kedudukan fius 15A yang dilabel bulatan warna merah

Periksa keadaan fius samada putus atau tidak. Boleh tukar fius 15A yang sama.

2. Periksa Relay hon.

Cara uji Relay hon ini dengan masuk kunci dan pusing ON. Tidak perlu hidupkan enjin. Nak uji relay ini berfungsi atau tidak dengan minta bantuan seseorang untuk tekan hon pada stereng kereta. Rasa badan Relay hon ada getaran dan bunyi klik.

Kalau relay berfungsi, ini menandakan hon kereta sudah rosak atau kong.

Boleh juga guna Relay Blower untuk test kerana spefikasi dan pin kedua-dua relay ini sama. Boleh uji dengan ikuti langkah diatas.

Dalam kes saya, fius 15A dan Relay Hon didalam keadaan baik dan berfungsi. Ini bermakna hon kereta Proton Gen 2 sudah kong (rosak).

Boleh uji hon kereta dengan sambung wayar pada bateri kereta. Perlu berhati-hati ketika kita membuat penyambungan wayar diantara hon dan bateri kereta supaya tidak berlaku litar pintas dan boleh terkejut kerana bunyi hon yang kuat(bagi hon kereta yang berfungsi).

Saya guna bateri motorsikal untuk uji set hon kereta baru dan yang lama. Set hon kereta baru berbunyi manakala hon yang lama langsung tidak mengeluarkan bunyi.

3. Periksa keadaan Clock Spring.

Panduan untuk mengetahui masalah Clock Spring boleh rujuk posting lama saya bertajuk Masalah clock spring Gen2 

Panduan menukar hon kereta Proton Gen 2.

Set hon kereta yang dibeli dari kedai alat ganti kereta pada harga RM18

Proton Gen 2 menguna 2 hon kereta

Set hon kereta asal dan baru

Perhatikan betul-betul set hon kereta. Pada fizikal kedua-dua hon kereta ini nampak sama tetapi sebenarnya mengeluarkan frekuensi bunyi ton hon yang berbeza. Boleh dikenal pasti pada badan hon kereta ada tertera frekuensi hon atau label ‘H’ dan ‘L’.

Kedudukan hon kereta Proton Gen 2.

Puas saya Google untuk cari kedudukan hon kereta Proton Gen 2. Memang tidak jumpa. Kebanyakkan kedudukan hon kereta jenama lain terletak dihadapan radiator dan mudah dilihat apabila buka bonet hadapan kereta.

Hon kereta Proton Gen 2 terletak disebelah kanan kereta dihadapan tayar. Perlu buka fender penghalang air dan set hon kereta tertelak betul-betul dibelakang Lampu kabut atau Fog Lamp.

Saya pun tidak tahu samada Proton Gen 2 mengunakan 1 atau 2 hon kereta berlainan ton bunyi. Begitu juga bentuk hon samada Snail Horn @ Hon berbentuk Siput atau Spiral Horn @ Horn berbentuk bulat pada mulanya sehingga jumpa kedudukan hon tersebut.

Proton Gen 2 mengunakan 2 hon kereta berlainan ton dan berbentuk Snail Horn @ hon berbentuk siput.

Kedudukan skru hon kereta dipasang

Picit penyambung kereta supaya dapat grip yang baik apabila dipasang pada hon baru.

Lega apabila hon kereta berjaya diganti baru. Apabila memandu tidak perlu risau nak beri amaran melalui bunyi hon kereta.

Penafian: Saya tidak bertanggungjawab jika apa-apa masalah yang berlaku kegagalan dari panduan yang dikongsikan adalah diatas risiko sendiri.

  • Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi
  • Tukar hon kereta Proton Gen2 rosak secara DIY
  • Masalah clock spring Gen2 hatiku sakit disini

Filed Under: blog Tagged With: diy, hon kereta, proton gen 2

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed says

    16th July 2020 at 4:35 pm

    Saya kurang pasti kalau dihantar ke bengkel dan sudah tentu ada kos upah dikenakan .

    Reply
  2. akubiomed says

    16th July 2020 at 4:34 pm

    Bagus lah hon kereta masih berfungsi. Kedudukan hon Proton Gen2 mudah terkena air.

    Reply
  3. Wasli Shaimi says

    14th July 2020 at 9:57 pm

    Nak tanya,saya nak tukar alarm system baru kerana yang asal tak berfungsi tapi tak tau tempat alarm system dalam kereta dah puas cari.kereta saya gen 2 – 2007.minta bantuan tuan.terima kasih.

    Reply
    • akubiomed says

      16th July 2020 at 4:03 pm

      Kedudukan board alarm sistem Proton GEN2 dibawa kerusi penumpang hadapan. Salah satu kelemahan board letak dibawah kerusi penumpang mudah rosak jika ada air masuk.

      Reply
  4. Maza says

    12th December 2019 at 11:31 pm

    Maza sejak beli kereta yg itu sudah hampir 12 tahun, tak pernah tukar hon. Silap² haribulan, bunyi hon pun maza lupa. Hahaha

    Reply
  5. Cikguzim says

    11th December 2019 at 4:37 pm

    Overal berapa harga kalu repair hon di bengkel agak2? Persona sy umur 10 tahun dh rsak hon dia…nk diy xde masa

    Reply
  6. Norazizah Harlin says

    29th June 2019 at 2:35 pm

    bro.. diy cat gen 2 yg dah mati de x? ke..kne polish tu

    Reply
    • akubiomed says

      1st July 2019 at 11:28 am

      Maaf, saya kurang pasti. Mungkin boleh bertanya kedai penjagaan kereta mungkin boleh beri khidmat nasihat. Biasa cat kereta adalah jenis 2k. Lapisan atas cat base code(warna cat kereta) adalah cat clear.

      Cat clear ini lama-lama kelamaan akan kusam sebab terdedah dengan cuaca dan calar. Polish akan membuang lapisan nipis cat clear untuk kereta nampak berkilat.

      Lama-kelamaan cat clear ini semakin nipis dan sampai cat base coat apabila dipolish.

      Reply
  7. Hairul Hissam says

    2nd May 2019 at 4:48 pm

    Kalau padai pasang sendiri mcm bro.. mmg jimat banyak duit…

    Reply
    • akubiomed says

      2nd May 2019 at 4:55 pm

      Berbaloi buat sendiri. Lagi pun tidak susah.

      Reply
  8. Azian Khalil says

    27th April 2019 at 7:50 pm

    Nampak gaya anto pergi bengkel aje la…tak mampu hakak nak godek godek kereta…hahaha

    Reply
    • akubiomed says

      28th April 2019 at 1:17 am

      Siapkan duitnya jer lah. 🙂

      Reply

Leave a ReplyCancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Panduan Mati Setem Hasil Perjanjian Belajar di LHDN
  • Projek hujung minggu – tukar bingkai cermin tingkap Nako.
  • Permainan kanak-kanak perlu ada logo MC
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Selesai masalah motorsikal Modenas Kriss bateri tidak masuk cas

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2025 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in