Mudahnya DIY tukar Proton power window regulator untuk Gen2.
Kali ke 2 menukar Proton Power Window Regulator ini. Bimbangkan tingkap tidak tutup rapat kalau hari hujan tentu anak basah.
Bimbang anak basah sebab tingkap kereta tidak boleh tutup.
Terima panggilan daripada isteri tersayang memaklumkan tingkap pintu kereta tidak dapat tutup habis dan tersekat. Masa terima panggilan jam sudah hampir 5 petang dan cuaca pula mendung. Bimbang tak sempat membeli Proton Power Window Regulator dikedai alat ganti. Tidak boleh tunggu esok dan perlu dibaiki segera.
DIY penukaran Power Window Regulator.
Teringatkan rakan sekerja pernah membeli alat ganti kereta dari kedai alat ganti kereta berdekatan dengan premis kerja. Memang mengharapkan alat ganti yang dicari ada stok dan boleh terus dibawa balik untuk DIY sendiri menukar yang rosak. Syukur kedai alat ganti kereta ada stok. Harga Proton Power Window Regulator ini dibeli pada harga RM65 tanpa motor.
Penutup panel yang telah ditanggalkan.
Wayar Power Window Regulator sudah terkeluar dari gear dan tersekat
Sebelah kiri Power Window Regulator yang baru dan kiri pula yang rosak.
Saya hanya tukar Power Window Regulator sahaja memandangkan motor pada Power Window Regulator masih berfungsi dengan baik.
Boleh rujuk artikel terdahulu DIY lengkap cara menukar Proton Power Window Regulator Gen2 yang rosak
Sama-sama. Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah dan bermanfaat.
Thanks for sharing
Sama-sama. Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah dan bermanfaat.
nk tanya cikit tuan kereta gen2 sy,arlam x boleh of di sebabkn arlam hilang boleh kh gen2 tukar arlam yg lain tpi guna arlam yg asalnya maksud sy arlam lain remoad arlam lain boleh ke
Maaf saya kurang pasti mengenai alarm tidak boleh off. Kebiasaan berlaku kepada saya bila alarm berbunyi disebabka bateri kereta lemah kita cuba hidupkan enjin. Boleh bertanyakan kepada kedai aksesori kereta berdekatan.
DIY memang jimat… hehehe.
Mana yang boleh buat sendiri. Insyallah akan jimatkan kos selagi tidak melibatkan keselamatan tidak boleh kompromi.
pandainya buat sendiri..nampak gaya macam complicated..kalau ciktom mau hantar pi bengkel je..hehe
Sudah banyak kali pasang dan masalah ini selalu berlaku perlu redha. 🙂
Jimatkan masa dan kos kalau boleh buat sendiri bro…
Ada ilmu dan berani nak pasang sendiri. Semua boleh jadi. 🙂
Jeles betul dengan orang yang semua boleh DIY. Kalau saya… adeh lepas tengok taukey kedai buat baru tau macam mana nak DIY
Bila sudah dikongsikan secara nak pasang. Lepas ini boleh berani-beranikan diri untuk pasang sendiri.
Salah satu penyakit normal untuk pemilik proton malaysia, bagus panduan ko nih
Bersyukur dan redha boleh baiki sendiri masalah power window.
betul2 memang bagus bro.. jimat duit banyak . kalau pasang sendiri.. kalau hantor kedai , nak2 kita nih memang tak tahu langsung pasal kereta memang kena kencing jerla..
Sudah tahu. Senang nak pasang sendiri pada masa hadapan.
Dah 2 kali power window kereta saya rosak, memang tak pandai lah nak buat sendiri huhu
Redha jerlah. Dia nak rosak tanpa beri salam. 🙂
Saya pakai proton waja.. terbaru sudah 4 kali power window rosak.. agak keciwa dah banyak kali jammed.. tutorial bro amat berguna
Yang sudah tentu keciwa. Kalau tak boleh turun tingkap okay lagi. Jangan nak tutup separuh jalan sangkut. Memang naya. 🙂
wah bestnya kalau macam tu..dapat jimat kos labor kat bengkel
Boleh jimat untuk yang boleh pomen sendiri, 🙂
Memang proton selalu rosak power window ye? sebab kereta saudara yang guna proton asyik rosak jer… setakat ni guna produa belum ada masalah lagi..
Apa nak buat sudah dilabelkan sebegitu. Terima seadanya.
baguslah tuan biomed ni, tau buat benda benda gini, ianya meningkatkan skill diri sendiri, terbaikk
Buat setakat mana yang mampu selagi tidak memperjudikan keselamatan.
mcm mygyver la bro akubiomed ne …serba boleh
Macam kecik-kecik dahulu berangan hendak menjadi McGyver tapi tidak mampu hendak beli pisau Swiss. 🙂
Harap-harap lepas pasang semua ok tak menyebabkan masalah lain pulak
Sudah 2 kali pasang belum ada timbul masalah baru.
bab kereta ni
kawe hanya biasa tukar bateri saja
senang
Penting juga tahu tukar bateri.
Hebat betullah Bro ni. Semua benda boleh buat sendiri.
Tidak semua. Buat setakat mana yang mampu dan tahu.
Bestnya kan bila banyak benda boleh buat sendiri. Tinggal nak beli barang je, balik rumah, pasang. ^_^ Jimat kos pasang dah kat situ.
Setakat yang mampu akan dilakukan secara DIY selagi ia tidak mengundang bahaya kepada diri sendiri dan orang lain.
Best bila semua boley buat sendiri. Tapi kena sabarla kan utk yg first time nak try. Yg penting ada kemahuan.
Insyallah usaha dipermudahkan. 🙂
terbaek lah bro!
Terima kasih. 🙂
saya suka page ni sebab banyak yang boleh belajar DIY. #kipidap
Antara satu sebab adalah minat dan harap ia memberi manfaat.
Pergh rajin betul bro buat sendiri ya
Benda kecil jer boleh settle sendiri. 🙂
peh.
memang terbaik la.
semua hang wat sendiri nih.
Setakat yang mampu dan akan cuba settle sendiri. 🙂
Untung la tak payah nak buang duit pergi kedai suruh mekanik buatkan!
Mana yang boleh buat sendiri bolehlah ikhtiar dahulu. 🙂
proton mmg sengaja buat masalah pada power window nak bg rakyat malaysia versatile haha
Masalah wear & tear ini biasa. Power window regulator rosak selepas 9 tahun. Rasanya okay kot. 🙂
sebelum ni saya pernah juga tukar sendiri untuk proton waja.. memang susah jugalah untuk kali pertama menukar..
Setakat mana yang mampu buat secara DIY.