• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi

Cara baiki signal kereta Proton Gen2 tidak menyala atau berfungsi

27th March 2019 by akubiomed Leave a Comment

panel proton gen 2
kredit gambar: Paultan.org

Kenal pasti masalah signal kereta Proton Gen 2 tidak berfungsi.

Signal kereta Proton Gen 2 ada masalah bila kita guna tiba-tiba padam sendiri. Masalah ini kerap berlaku. Bukanlah sengaja setiap kali membelok tidak pasang signal.

Usia kereta Proton Gen 2 sudah melebihi 10 tahun dan sudah bebas hutang. Sikit-sikit masalah akan timbul seiring dengan usia kereta.

Akhirnya cuba kenal pasti masalah signal kereta yang gagal berfungsi. Boleh kenal pasti masalah dengan beberapa langkah.

Langkah mudah yang boleh dilakukan adalah dengan memeriksa fius signal dan Relay Signal di kotak fius.

Kedudukan kotak fius ini terletak didalam kereta di bahagian pemandu pada panel kanan didinding bawa dashboard kereta. Bagi nak mudah akses kotak fius ini boleh tarik kerusi pemandu ke belakang.

  1. Periksa fius 10A untuk signal kereta pada baris yang ke 6

fius 10A signal kereta proton gen 2

Boleh cabut fius tersebut dan cubat lihat jika ada tanda-tanda putus atau guna fius 10A yang sama untuk diuji.

2. Periksa Relay signal di kotak fius yang sama.

Susah nak periksa keadaan Relay Signal ini samada berfungsi atau tidak. Macam kes saya Relay Signal ini kadang-kadang berfungsi.

Cara mudah nak periksa Relay Signal samada ia berfungsi atau tidak  dengan tekan butang Hazard pada panel dashboard (seperti didalam gambar dibawah) dan pada masa rasa pada badan Relay Signal ada berasa getaran.

Relay Signal yang baik akan mengeluarkan bunyi dan terasa getaran bila disentuh pada badan Relay.

hazard signal button

atau tukar Relay Signal ini dengan yang baru.

Apa yang saya perasan bila sentuh badan Relay Signal ini akan akan terasa seperti panas mungkin tanda-tanda Relay Signal akan tidak berfungsi langsung.

Sebaiknya nak tukar Relay Signal yang sama untuk mengelakkan masalah lain selepas menganti Relay Signal ini nanti.

Saya bawa Relay Signal asal ke kedai alat ganti kereta. Relay Signal dari Proton Saga didapati mempunyai ciri-ciri yang sama dan boleh digunakan.

relay signal proton saga

Relay Signal Proton Saga dibeli pada harga RM10

perbandingan pin Relay Signal diantara Proton Gen 2 dan Proton Saga

Persamaan pin Relay Signal diantara Proton Gen 2 dan Proton Saga

relay signal proton gen 2 dan proton saga

Relay Signal asal Proton Gen 2 dan Proton Saga

relay signal baru yang telah diganti

Relay Signal yang telah diganti baru

Selesai masalah signal kereta tidak berfungsi. Jangan ambil ringan bila signal kereta bermasalah ia sangat berbahaya apabila membelok ketika signal tidak berfungsi.

Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan langkah-langkah mudah yang dikongsikan mudah untuk diikuti.

panduan jaga kereta

Penafian: Saya tidak bertanggungjawab jika apa-apa masalah yang berlaku kegagalan dari panduan yang dikongsikan adalah diatas risiko sendiri.

Filed Under: blog Tagged With: diy, proton gen 2, signal kereta

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL