Tutorial menukar handle pintu proton cara DIY
Masalah handle pintu Proton milik saya sudah patah beberapa kali. Kali ini berpunca baby Aslah merentap handle ke bawah maka tercabut handle pintu.
Ia adalah perkara biasa akan berlaku samada kerana wear and tear atau disebabkan perkara lain.
Sudah 2 kali saya menukar handle pintu kereta. Susah juga apabila handle pintu patah hendak masuk ke dalam kereta perlu diakses melalui pintu satu lagi.
Ikuti tutorial DIY menukar handle kereta Proton
1. Buka skru dibahagian handle dibahagian atas dan bawah
2. Kopek penutup pintu dibahagian yang ditunjukkan
3. Kopek penutup untuk akses skru
4. Longgarkan skru supaya penutup handle boleh dicabut.
Tidak perlu buka habis sekadar untuk penutup handle boleh dicabut. Lebih mudah memasang handle pintu baru selepas buka cover handle.
Keadaan handle pintu tanpa cover handle.
5. Masukkan handle baru pada hujung sebelah kanan dahulu
Selepas masuk handle kita akan rasa handle kelihatan longgar apabila ditarik kerana tidak berada didalam slot yang betul.
Untuk memastikan handle berada didalam didalam slot adalah mengikuti langkah di bawah.
6. Pandangan dari dalam, ada 2 bahagain perlu diberi perhatian.
Pastikan handle baru berada didalam slot dan rod besi berada didalam lubang dengan tarik ke bawah untuk masukkannya.
Contoh handle berada didalam slot.
7. Masukkan penutup handle dan guna skru untuk kunci. Pastikan ia tidak longgar
Handle pintu Proton yang telah siap dipasang dengan cara DIY
Kemudian pasang semula penutup pintu dan uji handle yang baru diganti dapat berfungsi dengan baik.
Harga membeli handle pintu Proton ini RM15(bukan ori) boleh dibeli dari kedai alat ganti kereta.
Lebih senang bawah contoh handle yang patah sebagai rujukan.
Maklumlah kita bukan pomen main sebut sahaja alat ganti didalam bahasa kita sahaja.
Sebelum ini ada saya tunjukkan DIY hendak menukar power pintu Proton boleh dirujuk.
[youtube=http://youtu.be/TgLPQ8mivBw&rel=0]
Nota: Admin tidak bertanggungjawap dengan tutorial yang diberikan. Melakukan DIY penukaran handle pintu Proton adalah tanggungjawab sendiri.
Waa…ada disclaimer dekat hujung artikel! ;D Tombol pintu di rmh pun saya x tukar lagi, padahal dah lama beli parts. Takut pegang skru, hihihi…..
Tombol pintu rumah tak susah nak diganti. Insyallah boleh buat.
info yang sangat berguna… lepas ni bole buat sendiri .. hari tu kawan bawa ke bengkel agak mahal kena caj lebih la pla… rasa tak berbaloi..
Insyallah boleh berusaha dan kalau tak yakin boleh ke bengkel.
Salam siapa leh tolong saya tukar handle pintu waja saya ni..?? Pintu belakang dua2 rosak plak…
Nampak gaya kena bawa ke bengkel atau aksesori kereta untuk tukar.
Wah.. maza pandai tukar handle motor aje..
hehehe
Belum sampai lagi masanya nak tukar handle pintu kereta he…23x Tapi bermaafaat artikle ini 😉
Bro, saya dah cuba masukkan handle baru dalam slot,tapi handle tu tak boleh masuk dalam slot.rod besi tu dah tarik kebwah.macamane bro buat yea?
Saya rasa bro telah buka skru pada arahan no. 4 terlebih buka sehingga menghalang rod boleh ditarik. Cuba perhatikan ia tidak menghalang rod. Cuba pusing skru balik(rujuk no. 4).
AMARAN. Jangan terlalu longgar nanti plate besi bentuk `U’ tertanggal. Sekadar untuk handle berpaut pada rod. Kalau tertanggal boleh pasang balik tetapi perlu keluar semua handle dalam untuk pasang.
assalam.dah berjaya sangkut dkt besi tu..tpi besi u tu pulak tertanggal.mungkin saya terlalu longgarkan skru.mcm mane yea nak pasang balik besu U tu.
Plate “U” penting sebab nak pasang penutup cover handle(rujuk no.4) nanti selepas semua dipasang untuk lock cover(rujuk no.7). Saya mengharapkan ia “U” plate tidak tertanggal tetapi sudah berlaku. Jangan bimbang kerana sudah tahu pasang handle.
Rujuk no.5 untuk buka 2 skru dari luar untuk tanggalkan set handle. Kemudian pasang plate “U” tersebut seperti kedudukan rujuk (Contoh handle berada didalam slot). Walaupun leceh kerana kerja bertambah banyak tetapi saya rasa tidak ada masalah untuk pasang handle dengan baik selepas ini.
Saya pun dahulu buat kesilapan sama sebab terlonggar lebih sehingga plate “U” terkeluar dari slot.
assalam.bro saya dah cuba tarik rod besi ke bwah.tapi penyangkut tu x dapat masuk dalam slot.
mcmane yea?
Bro bole rekemen kedai mana bole saya hantar area kl,takut salah hantar kena sengat nanti
Tidak mahu cuba? Saya tidak pernah hantar ke bengkel kerana sudah 3 kali buat pemasangan DIY tanpa ada masalah. Maaf saya tidak tahu harga upah bengkel untuk pasang.
Salam bro,gua try buat sendiri,tapi besi u dalam pintu tu tertanggal. Apa langkah yang perlu saya buat?
Punca besi plate “U” tertanggal adalah kerana bro buka skru sehingga habis yang sepatutnya perlu dilonggar sahaja(sila lihat langkah 4). Tidak perlu bimbang plate boleh dipasang balik kerana set pintu boleh ditanggalkan dengan membuka 2 skru diluar pintu(sila rujuk langkah 5). Maaf saya tak ada gamabr nak beri panduan tetapi bro boleh rujuk dengan membuka panel pintu lain sebagai rujukan.
terer bro buat sdiri..tgk mudah tp kalau cik tom xyakin baik jgn buat..kan xpasal2 rosak menda lain plk..hehe
Perghh….banyakkan lg tuto bro…mesti rmai yg masuk pas nih…
Nampak caranya memang tak rumit mana pun..hehe..leh la jimat kos upah dah ni..
Lepas upah untuk belanja roti canai double. 🙂
Terbaek bro!! tutorial step by step lagi… huhu… satu lagi kena buat tutorial.. pasai tingkap waja problem haha.. dah pakai waja lama dah.. tingkap masalah utama.. (power window)
Saya pernah buat tutorial tukar power window proton Gen2/Persona. Caranya lebih kurang sama sahaja.
Powerlah bro. Boleh buat bisnes tukar tombol pintu kereta. Oyeah!
P.s. – Tutorial nih pasti sangat berguna untuk orang yang ada masalah tombol pintu asyik patah 🙂
Sebenarnya ada cara hendak memastikan handle pintu ini tahan lama dengan menyelaras sensitif membuka pintu.
Better buat sendiri kan kalau benda mudah..jimat duit. Huhu
Saya berpendapat ia tidak sukar dan masih boleh dilakukan secara DIY.
Ketika mendapat latihan di Australia saya berpeluang mengikut mentor saya ke rumahnya. Setakat bertukang rumah dan tukar minyak hitam semuanya dibuat sendiri. Terkejut Direktor Kejuruteraan bertukang kayu tambah bilik dirumah sendiri.
ohhh… cenggitu.. lepas ni, boleh suruh bro tukarkan handle pintu kete orang lah kan..
Setakat belanja makan Roti Nan Cheese semuanya ditanggung beres. 🙂
kalau diikutkan mudah je kan.. tapi kalau pergi ke kedai maunya lebih rm50 diorang cas. silap silap lebih seratus dengan alasan “alat gantinya ori”.. huhu
Tak adalah caj sampai RM100 cuma masa hendak ke bengkel dan menunggu.
Siap buat step by step tu…. boleh la teruskan untuk slot nie….
D.I.Y ialah satu perbuatan yang boleh menjimatkan duit kita sebab kita boleh melakukannya dengan tutorial yang boleh didapati dalam laman web spt Youtube dan sebagainya.Terima kasih atas perkongsian tutorial menggantikan handle pintu kereta ini bro
senang aje rupanya nak tukar handle pintu.
terima kasih kerana berkongsi ilmu 🙂
jimat.. Kalau aku dah sampai kedai dah…
Blur…
Duit baiki boleh belanja ngeteh.
Walaupun ianya nampak rumit tetapi agak mudah dilakukan
Tidak rumit sebenarnya. Tidak keluar peluh pun.
Rajin bro… buat tutorial cara tukar handle pintu kereta. Tak susah sebenarnya jika tahu cara. Ia tidak melibatkan elektonik kira ok la…
Faktor keselamatan perlu diutamakan. Proses pertukaran handle baru tidak susah dan ia mudah dilakukan.
tutorial yg sgt menarik 🙂
terer bro! klu den, rosak pintu ni dibuatnye
Sekarang ini banyak DIY yang dikongsikan di online.
haa..kalau tahu, tak apa.
kalau tak tahu, jangan memandai. kang rosak benda lain. hehe..
Kerosakkan mekanikal tidak melibatkan elektronik.
jimat belanja.. bila tukar sendiri
Jimat kalau boleh membaiki kerosakkan mudah.