• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

AkuBiomed

Malaysian Lifestyle Blogger. Suka DIY, reviu, social media influencer dan fotografi

  • Kategori
    • diy
    • hotel
    • pelancongan
    • percutian
    • resepi
    • review
    • blog
  • Profil Saya
  • Simpan Emas
    • Emas pelindung kekayaan
    • Panduan daftar Gold Accumulation Program (GAP)
    • Panduan Menambah GAP
  • Hubungi saya
You are here: Home / blog / Masalah clock spring Gen2 hatiku sakit disini

Masalah clock spring Gen2 hatiku sakit disini

19th April 2015 by akubiomed 24 Comments

Bunyi hon tanpa henti kerana kegagalan clock spring Gen2

Masalah Clock Spring membuatkan saya malu. Mana taknya kerana kegagalan menyebakan hon kereta berbunyi panjang sepanjang jalan. Pada mula agak kaget dengan masalah ini dengan menyangka ada masalah penggera kereta.

Cara kenal pasti kegagalan Clock Spring ini

Apabila memusing steering ke kiri atau kanan akan kendengaran seperti bunyi pasir. Ia adalah sebenarnya bunyi kabel didalam Clock Spring ini sudah bergesel.

Paling parah korang akan mengalami situasi paling memalukan apabila hon kereta akan berbunyi. Sudah tentu orang akan pandang semacam kenapa menekan hon tak tentu pasal.

Bapaku pulang dari kota,
bapaku belikan kereta,
kereta kecil warna merah,
bolehku bawa kesekolah.

Pom…pom…pom…pom…pom
kereta kecilku berbunyi,

Antara masalah clock spring yang dikenal pasti adalah:-

  1. Bunyi bising ketika memusingkan stereng.
  2. Hon kereta berbunyi tersendiri.
  3. Butang audio di stereng tidak berfungsi.
  4. Air bag berfungsi tersendiri.
  5. Enjin kereta tidak boleh dihidupkan kerana ada lintar pintas pada komponen elektronik .

Mengatasi masalah jangka pendek untuk mengatasi masalah Clock Spring.

Kalau terkena situasi memalukan hon berbunyi kerana kegagalan Clock Spring ini adalah dengan mencabut relay hon didalam kotak fius. Perlu ingat ini adalah penyelesaian jangka masa pendek dan masalah ini perlu diselesaikan kadar segera. AMARAN: Memandu kereta tanpa hon berfungsi adalah berbahaya.

Proton pernah memanggil balik model Proton Gen2 dan Satria Neo tahun 2004 – 2008 yang mengalami kegagalan Clock Spring ini.

Clock Spring ini boleh guna untuk model Proton Waja, Gen2, Satria Neo dan Saga BLM. Ketika membeli alat ganti Clock Spring telah diberitahu memang masalah Clock Spring sering berlaku pada model kereta Proton.

Saya beli Clock Spring ini pada harga RM200 di Rawang. Pada steering kereta saya ada hon dan butang radio bersambung kepada Clock Spring.

Alat ganti Clock Spring saya beli ini ada 10 kabel tetapi tidak semua digunakan. Perlu ambil perhatian ketika membeli dengan memastikan jumlah kabel tidak kurang dari jumlah kabel Clock Spring yang rosak.

Kali ini saya tidak menyediakan DIY cara menukar Clock Spring memandangkan faktor keselamatan perlu diambil kira ada sesetengah model yang mengunakan Clock Spring ini bersambung dengan Air Bag dan Auto Cruise.

Tidak susah untuk menukar Clock Spring ini tetapi perlu berhati-hati kerana jika posisi Clock Spring ini tidak berada didalam kedudukkan yang betul.

Kabel akan tersentap apabila memusing steering nanti. Selepas pasang Clock Spring dan didapati steering kereta senget jadi perlu hantar kedai tayar untuk membuat penjajaran semula(alignment).

Sila tekan butang kongsi:

  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2
  • Tukar hon kereta Proton Gen2 rosak secara DIY
  • Proton menarik balik model Gen 2 dan Satria Neo antara tahun 2004 - 2008

Filed Under: blog Tagged With: clock spring gen2 rosak, harga alat ganti untuk gen2

Reader Interactions

Comments

  1. akubiomed.com says

    16th July 2020 at 4:30 pm

    Orang kiri kanan akan pandang semacam. Malu weh. 🙂

    Reply
  2. Noriza Rahman says

    24th May 2016 at 10:11 am

    Kalau jadi macam ni memang tak mau bawa kereta la kan,asyik berbunyi ja

    Reply
  3. fizi says

    28th March 2016 at 7:52 pm

    salam bro..clock spring ni kalau tak tukar..ad effect tak?

    Reply
    • akubiomed says

      28th March 2016 at 8:37 pm

      W S’alam, bagi gen2 dan Satria (model ada auto cruise) tahun 2004 hingga 2008 pernah dipanggil balik kerana masalah clock spring ini. Boleh baca kesan clock spring rosak dengan klik post ini: Proton menarik balik model Gen 2 dan Satria Neo antara tahun 2004 – 2008

      Reply
  4. SaniYunus says

    8th May 2015 at 12:52 am

    Serius juga masalah clock spring ni.. Memang sakitnya tuh disini kalau kena kat aku…

    Reply
  5. Wan Zawawi says

    3rd May 2015 at 4:14 pm

    kena ambil tahu juga pasal clock Spring ni , saya pun dah lama tak DIY untuk memastikan kereta berada di dalam keadaan yang baik

    Reply
  6. Raihanah Ahmad says

    23rd April 2015 at 6:13 am

    wah jimatlah kan sbb boleh baiki sendiri… kena buat ebook mekanik la camni… hihih

    Reply
  7. Hafizul says

    22nd April 2015 at 1:19 pm

    Wahhh tererr la bro bab ni..memang jimat habis tu..hehe

    Reply
  8. din says

    20th April 2015 at 1:30 pm

    memang malu kalau kena.nasib baik takde orang baling batu

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2015 at 8:53 pm

      Memang mengundang kemarahan apabila dihon. 🙂

      Reply
  9. blogger lelaki says

    20th April 2015 at 10:04 am

    memang akit hati kalau kena macam nie..asyik hon berbunyi je

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2015 at 8:58 pm

      Mengundang malu dan sakit hati.

      Reply
  10. Hajar says

    20th April 2015 at 7:41 am

    baru tahu kereta ada masalah hon yang tak berhenti sebab tak pernah dengar kereta orang bunyi hon je sepanjang jalan..huhu
    so, lepas ni kalau saya ada masalah camni boleh terus tahu apa puncanya..thanks for sharing

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2015 at 8:58 pm

      Bunyi hon yang panjang sehinggalah enjin kereta dimatikan.

      Reply
  11. mrhanafi BEST says

    20th April 2015 at 6:16 am

    kalau tak yakin boleh hantar kedai la..

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2015 at 8:58 pm

      Saya hantar kedai untuk tukar clock spring ini.

      Reply
  12. Nurinsaniah says

    19th April 2015 at 11:42 pm

    buat sendiri ke bro…power la…kalau aku memang tk jadi …

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2015 at 9:00 pm

      Hantar bengkel untuk tukar clock spring ini.

      Reply
  13. reezluv says

    19th April 2015 at 10:43 pm

    oho..baru la tau puncanya..maceh bro..kalau ada bunyi tu kena gi check le kot ni

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2015 at 9:00 pm

      Kalau ada dengar seperti bunyi berpasir di steering bermakna clock spring tunggu masa.

      Reply
  14. Syahril Hafiz says

    19th April 2015 at 10:03 pm

    Tak pernah lagi kena, aduh kalau kena dah la tukar hon lori, memang bising habis kalau jadi kes macam ni.. Yang power, boleh DIY sendiri seronok tu, terbaiklah bro.

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2015 at 9:01 pm

      Tak buat sendiri dengan hantar basikal.

      Reply
  15. farzli says

    19th April 2015 at 9:47 pm

    adakah ini bakal jadi hati ku sakit bila dah ade kete ? huhu

    Reply
    • akubiomed says

      20th April 2015 at 9:02 pm

      Bergantung. Kalau terkena masalah clock spring ini sudah tahu nak buat apa.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Primary Sidebar

LANGGAN NOTIFIKASI ARTIKEL BLOG ▲KUBIOMED

Isi alamat email:

ARTIKEL POPULAR

  • Baiki paip sinki tersumbat tahap kronik
  • Panduan guna mesin rumput sandang pertama kali
  • Bila orang rumah dapat Dapur Gas Infra Merah baharu
  • Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2
  • Pasang tinted cermin rumah secara DIY

▲KUBIOMED YOUTUBE CHANNEL

Copyright © 2021 · News Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in