Set hon kereta baharu
Tukar set hon kereta Proton Gen2 secara DIY.
Kali ke 2 tukar set hon kereta untuk Proton Gen2. Sebelum ini sudah pernah tukar sekali tetapi tidak bertahan lama kerana tukar dengan set hon kereta yang murah. Set hon tidak tahan karat. Kalau nak tahu dan kenal pasti hon kereta rosak boleh baca mengenai Panduan tukar hon kereta Proton Gen 2
Tidak boleh ambil ringan dan remeh apabila hon kereta rosak. Jika berlaku situasi kecemasan atau ingin memberi amaran kepada pengguna kereta perlu guna hon. Bunyi hon boleh beri amaran kepada pengguna jalan raya yang lain.
Set hon kereta yang rosak kerana tidak kalis karat. Masa beli set hon ini murah. Jadi redha terima seadanya ketahanannya,
Set hon baharu
Set hon bersama plat pendakap
Proton Gen2 mengunakan 2 hon yang mempunyai berlainan bunyi frekuensi. Hon kereta mengeluarkan bunyi serentak tetapi berlainan frekuensi bila tekan butang hon pada stereng kereta.
Hon kereta frekuensi rendah
Hon kereta frekuensi tinggi
Kedudukan hon kereta Proton Gen2 di dalam bumper sebelah kiri dan berdekatan dengan pam air wiper.
Pusing stereng ke arah kanan bagi memudah untuk akses dan penukaran hon kereta
Hon kereta setelah ditanggalkan
Nak pasang hon kereta ada triknya. Sebaiknya semasa menanggal hon kereta jangan tanggal plat pendakap. Plat pendakap lama jika masih di dalam keadaan baik. Kalau nak tukarplat pendakap baru pasti pasang plat pendakap dahulu dan posisi kedudukan seperti kedudukan asal. Kemudian baru diikuti pemasangan hon.
Jika pasang siap-siap plat pendakap pada hon kemudian baru pasang. Percayalah memang akan mengalami kesukaran kerana tangan mudah lenguh. Pengalaman pertama kali tukar hon mengajar saya untuk pasti plat pendakap sudah dipasang dan diposisi. Barulah pasang hon.
Bahagian akhir selepas pasang hon kereta pada plat pendakap adalah menyambung wayar pada hon. Setiap hon ada 2 penyambung. Tidak perlu bimbang mengenai kedudukan polariti positif dan negatif.
Set hon kereta yang baharu
Ada yang beritahu bila tukar hon baru perlu tambah relay kerana sumber kuasa tidak cukup untuk menyokong hon baharu. Saya tukar hon kereta ini pada bulan Ogos yang lalu dan sehingga ini masih berfungsi dengan baik tanpa apa-apa modifikasi.
Boleh dapakan hon kereta yang boleh digunakan plug & play tanpa tambah relay dari jenama Bosch EC6 Compact Plus BM Twin Horn di Lazada.
Penafian: Saya tidak bertanggungjawab jika apa-apa masalah yang berlaku kegagalan dari panduan yang dikongsikan adalah diatas risiko sendiri.
Best bila banyak benda boleh buat sendiri. jimat pun jimat
Setakat mana yang mampu. Pada masa sama aspek keselamatan tidak boleh ambil ringan. Tiada modifikasi yang dilakukan. Pemasangan hon secara plug n play.
Antara part penting kenderaan semasa di jalan raya utk bagi amaran awal pada pengguna jalan yang lain..
Ya, keselamatan perlu diutamakan dan tiada kompromi.